Wednesday 12 November 2008

PKR BERJUANG UNTUK KEPENTINGAN DIRI

Pak Abu Jalil seperti setiap pagi Ahad akan singgah untuk sarapan pagi roti bakar dengan serikaya. Ahad lalu dia diteman kawan lamanya , Meor Yang Shamsuddin bersarapan salepas berjogging di taman berdekatan. Mereka duduk agak lama berbual hal-hal keluarga dan isu-isu semasa. Saya terdengar sekali-sekala, Pak Abu Jalil meninggikan suaranya bagai mengiayakan kesungguhannya menjelaskan pendapatnya kepada Meor Yang. Bila di amati apa yang dibincangkan ternyata mereka rasa terkilan dengan Pakatan Rakyat yang pada pendapat mereka hanya berjuang untuk kepentingan peribadi dan bukan untuk rakyat. Sebab itulah pada pendapat Pak Abu, mereka mencari tempat selamat untuk memancing undi setiap kali pilihan raya. Lihat sajalah Ahli Parlimen Wangsa Maju dari PKR yang berasal dari Kelantan.

Kenapa beliau tidak bertanding di kawasan kampung halamannya yang dia tahu selok belok kawasan tersebut? Beliau juga sebenarnya adalah ahli DAP tetapi di tolak oleh Lim Kit Siang lalu masuk PKR. Beberapa lagi Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang bukan orang asal dari kawasan diwakilinya dan ia berbeza dengan BN mewakili rakyat di kawasan mereka sendiri.

Pakatan Rakyat juga adalah sebuah parti anak beranak. Bermula dengan Lim Kit Siang dan Lim Guang Eng, Karpal Singh dan anaknya Ahli Parlimen Puchong, Anwar dan anaknya Ahli Parlimen Lembah Pantai dan beberapa lagi ahli Parlimen.

Hakikatnya Pakatan Rakyat sedar gunung yang mereka kejar semakin jauh dari pendangan mereka. Akibat desakan dan permasalahan dalaman Pakatan Rakyat membuatkan rakyat sedar dan tidak mustahil gunung yang diidamkan itu akan hilang dana lenyap dari pandangan. Meor Yang Shamsuddin terpaku mendengar hujahan Pak Abu dan sekali-sekala mencelah mengiakan pendapat Pak Abu. Akhirnya, Meor Yang akur bahawa pendapat pak Abu itu ada benarnya kerana segala tindak-tanduk PKR sejak diakhir ini mengesahkan pendapat tersebut.

1 comment:

Anonymous said...

Ambo setuju sangat tuh! Puak-puak PR ni..baik PAS, baik DAP..baik pun PKR..rata-rata dok bertanding di negeri orghe lain! Kelih jah di Kelate tuh..maso Arwah Dato' Asri lagi! Lepah tu Mat Sabu (tok laku gadai kampung dio..mai bertanding di Kubang Kerian). Daeng Sanusi daeng Mariok tuh..jawa sulawesi mano..? Kelate takdok jawo weh! Bertanding di Pasir Mas ko Rantau Panjang..ambo tok berapo ingat doh!

PRU-12 lagi berat la wei..Sallehuddin Ayub, Nasarudin Mat Isa huh..orghe PAS dgn PKR Kelate doh takdok pelir ko..? Dok bui kerusi ko puak-puak luar tuh?

Hok mengundi pun bodoh serupa batu pelir! Nik Aziz kato "Demi Islam" pakat-pakat pangkoh PAS! Habis satu negeri bodoh!

Tapi bodoh satu hal..hok jahat UMNO pun boleh tahan jugok.. dulu datuk jah..la ni dapat Tan Sri dah.

Kalu nak tau lebih-lebih kena tanya Abe Him YB Pasir Mas! Walaupun BEBAS tapi jiwo UMNO! Boleh ccayo ko..?