Saturday 27 December 2008

RM90 JUTA: TERESSA KOK,ORANG KAYA BARU

Teresa Kok adalah Ahli Parlimen Seputeh yang juga anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor yang lantang bersuara dan kekadang isu yang dibangkitkannya itu menyentuh sensiviti orang-orang Melayu. Beliaulah juga Ahli Parlimen yang di dakwa meraikan kejayaan DAP sempena kejayaan pada PUR yang lalu dengan mengadakan jamuan dan menjamu penyokong-penyokongnya dengan 5 ekor babi dan 5 ekor babi itu diumpamakan 5 negeri yang di tawan oleh Pakatan Rakyat.

Sejak keanggotaan pembangkang yang semakin ramai di Parlimen iaitu 81 kerusi, Teresa Kok di awal-awalnya dilihat antara yang paling menonjolkan diri dan lantang besuara di dalam Dewan. Kelantangan suara Teresa Kok hingga membawa kepada penahanan beliau di bawah ISA. Keluar saja dari ISA beliau kembali membelasah Kerajaan dan mendakwa layan yang teruk diterima oleh beliau sepanjang di tahan di bawah ISA.

Beliau mendakwa diberi makanan yang tidak sepatutnya di berikan kepada manusia dan mendakwa makanan tersebut hanya layak diberikan kepada anjing. Apabila media menyiarkan kenyataan beliau tersebut, beliau membantah dan menafikannya sekeras-kerasnya dakwaan media tersebut. Tetapi rakyat semua tahu dan mendengar dengan jelas akan kenyataan beliau yang disiarkan oleh media melalui berita-berita utama. Jelas bahawa beliau cuba menafikan dan mempolitikan isu tersebut.

Kenapa Kerajaan tidak mengambil tindakan yang sewajarnya berhubung kenyataan Teresa Kok tersebut? Tidakkah ia menjatuhkan maruah dan integriti Kerajaan dan pihak-pihak berkenaan yang melaksanakan peraturan dan undang-undang? Sebaliknya hanya membiarkan saja Teresa Kok menghina Kerajaan dengan dakwaan yang tidak benar sama sekali?

Ada pihak yang mendakwa dan menyatakan bahawa sepanjang Teresa Kok di bawah tahanan ISA beliau sebenarnya mendapat makanan yang ‘istimewa’. Memang setiap tanahan di bekalkan dengan makanan yang dinyatakan oleh Tersa seperti minum pagi hanaya segelas milo dan roti, makan tengah hari nasi, sayur dan ikan kembung tapi ada yang mendakwa Tersa mendakwa lebih daripada itu.

Ada pihak mendakwa sepanjang Teresa Kok dalam tahanan ISA beliau masih boleh menikmati hidangan seperti KFC, Pizza Hut, masakan tom yam dan sebagainya dan memang beliau tidak menjamah pun makanan yang disediakan oleh pihak penjara. Sebaliknya apabila keluar dari ISA beliau menceritakan sebaliknya. Sebab itulah jika kita perhatikan, sebaiknya saja isu kenyataan beliau ini mendapat perhatian masyarakat beliau mula kurang bersuara. Kerana beliau tahu, apa yang beliau katakan itu memang tidak benar sama sekali dan hanya bermotifkan politik saja. Namun akhir-akhir ini beliau kembali lagi dengan menggunakan pendekatan baru.

Beliau tidak mengeluarkan kenyataan, sebaliknya bertindak menyaman akhbar Utusan Malaysia dengan dakwaan-dakwaan tertentu dengan jumlah tuntutan yang sama iaitu angka RM30 juta. Bermula pada Oktober lalu menyaman Utusan kerana menyiarkan artikel yang didakwa memfitnahnya iaitu artikel bertajuk 'Azan, Jawi, Jais, UiTM dan ba-alif-ba-ya.' Artikel ini mendakwa beliau melarang azan di laungkan di sebuah kawasan taman perumahan dan mendapat reaksi penduduk berhubung kenyataan Teresa Kok.

Saman kedua pula dibuat oleh Teresa Kok berhubung cerpen yang disiarkan oleh Utusan yang mengaitkan dengan diri beliau. cerpen berjudul Politik Baru YBJ yang disiarkan oleh Utusan pada 12 Oktober lalu dikatakan menyentuh kisah Teresa Kok. Persoalannya kenapa beliau begitu percaya dan yakin bahawa insan yang di gambarkan dalam cerpen tersebut adalah beliau. sedangkan di Malaysia ini ramai lagi ahli-ahli politik dan mungkin juga cerpen in hanya sekadar cerita untuk hiburan semata-mata. Jadi jelas bahawa, jika DAP memerintah nanti, jika ada sesuatu cerita yang mereka rasa menyentuh pemimpin parti dan parti DAP sendiri sudah pasti akan di hentam secukupnya dan di saman berjuta-juta.
Terbaru sama beliau terhadap Utusan yang menyiarkan berita sama mengenai ‘ada usaha larangan azan di masjid-masjid Selangor’ dan artikel ini ditulis oleh bekas Menteri Besar Selangor dan disiarkan di Utusan. Teresa mendakwa artikel tersebut adalah fitnah dan bermaksud dan difahami bahawa beliau adalah bersifat perkauman, taksub agama, tidak boleh dipercayai, tidak berprinsip, ahli politik cauvinis yang anti Islam dan anti Melayu serta cenderung melakukan jenayah. Beliau juga menyatakan gambaran tersebut adalah tidak wajar dan tidak berasas dan mendakwa utusan yang menerbitkan fitnah itu mempunyai niat dan tujuan memperkecilkan beliau sama ada secara peribadi atau rasmi.
Nampaknya tidak lama lagi Teresa Kok akan menjadi orang kaya baru atau OKB jika semua kesnya memihak kepada beliau kerana beliau bakal menerima sejumlah wang sebanyak RM90 juta dengan begitu senang saja. Tindakan Teresa Kok juga dilihat cuba memperlekeh dan mempersenda sensitiviti orang-orang Melayu. Jika inilah bakal pemimpin yang di puja, nescaya merana dan merempatlah Melayu di bumi sendiri.

Teresa Kok asyik menyaman Utusan dan individu tertentu yang di dakwanya memfitnah beliau dalam artikel-artikel yang disiarkan oleh Utusan. Kenapa Utusan saja yang menrima nasib malang ini? Bagaimana dengan akhbar-akhbar lain? Dan kenapa Kerajaan tidak menyaman Teresa Kok berhubung kenyataan beliau yang menghina institusi kehakiman dan penguatkuasaan serta pihak polis dan penjara yang menyediakan manakan yang hanya layak di makan oleh anjing?



Mudahan-mudahan rakyat semua fahaman. Kekadang apabila kita terlampau lembut mereka bangun memijak kepala kita dan bila sudah tidak terkawal inilah padahnya. Semua yang Kerajaan laksanakan dipersenda dan diperlekehkan bagaikan satu sandiwara buat mereka.


Akok@Baulu

Wednesday 24 December 2008

HUDUD: STRATEGI PAKATAN RAKYAT

Hukum Hudud sudah adalah satu wadah perjuangan PAS untuk menegakkan sebuah negara Islam. Boleh dikatakan perjuangan untuk meperjuangan syiar Islam sudah lama di perjuangkan oleh PAS dan Hukum Hudud adalah antara perjuangan PAS yang belum selesai.

Sejak memerintah Kelantan yang sudah menghampiri 20 tahun lamanya, bayangan Hukum Hudud belum juga muncul hanya sekadar mainan politik kerana apabilasetaip kali menjelang pilhan raya Hukum Hudud akan muncul semula. Jika di awal memerintah Kelantan, PAS bermati-matian memperjuangkan Hukum Hudud dan ingin melaksanakannya di Kelantan dan apabila PAS menguasai Terengganu sekali lagi mereka melaungkan perjuangan untuk melaksanakan hukum Allah tersebut.

Namun akhirnya hampir 20 tahun memerintah Kelantan Hukum Hudud belum juga dilaksanakan tetapi pusat hiburan semakin bertambah malah pembukaan semula pusat snooker yang dirasmikan sendiri oleh Menteri Besar Kelantan yang di tutup seawal PAS memerintah Kelantan menunjukkan bagaimana permainan poilitk PAS dalam memperjuangkan Islam.

Begitu juga dengan Terengganu semasa di bawah pimpinan PAS sehingga lah Kerajaan PAS Terengganu di bawah pimpinan Haji Hadi lenyap di bawah arus kebangkitan gelombang rakyat Terengganu Hukum Hudud hanya tinggal kenangan.

Namun, apabila menjelangnya Pilihan raya kecil Kuala Terengganu pada 17 Januari 2009 nanti, Hukum Hudud mula kedengaran semula. PAS, PKR dan DAP memulakan lakonan mereka mengenai percaturan dan perselisihan faham mengenai Hukum Hudud. Ia bermula apabila debat yang diadakan oleh Husam Musa dengan Khairy Jamaluddin baru-baru ini yang membangkitkan isu perlaksanaan Hukum Hudud oleh PAS.

Sandiwara PAS bermula dengan menyatakan dengan nada yang keras bahawa Hukum Hudud akan dilaksanakan jika PAS memerintah Malaysia dan kenyataan tersebut disambut dan ditegah oleh pelakon atau hero kedua DAP Lim Guan Eng yang tetap menolak perlaksanaan Hukum Hudud dan mendakwa bahawa tiada sebarang perjanjian antara Kerajaan Pakatan Rakyat yang bersetuju untuk melaksanakan Hukum Hudud jika mereka menguasai Kerajaan nanti.

Bagi menguatkan lagi cerita Hukum Hudud ini, Menteri Besar Kelantan yang juga pejuang kepada Hukum Hudud mula membuka mulut yang kononnya Hukum Hudud ini akan tetap dilaksanakan jika PAS menjadi Kerajaan atau memerintah Malaysia, wal hal sehingga kini Hukum Hudud di Kelantan belum terlaksana.

Timbul lah persoalan, kenapa hanya bila PAS dapat memerintah Malaysia baru Hukum Hudud akan terlaksana? Kenapa tidak dilaksanakan dulu di Kelantan? Boleh kah PAS menjadi pemerintah? PAS patut sedar kerana macam mana nak memerintah Malaysia jika setakat memenangi 20 kerusi Parlimen berbanding rakan mereka dari DAP 28 dan PKR 30 kerusi Parlimen? Bukankah PAS ini hanya sekadar dijadikan batu loncatan oleh PKR dan DAP untuk melebarkan kuasa mereka?

Berbalik kepada Hukum Hudud, sebenarnya ia hanyalah permainan politik Pakatan Rakyat untuk memerangkap BN dalam pilihan raya kecil kuala Terengganu nanti. Kerana Hukum Hudud pada dasarnya sudah luput dalam perjuangan PAS berdasarkan dasar-dasar parti PAS yang sejak kebelakangan ini yang lebih terbuka sikapnya dan mula menyisihkan perjuangan Islam yang diperjuangkan selama ini.

PAS sedar, kerana Hukum Hudud lah yang menjauhkan rakyat terutama kaum bukan melayu untuk mendekati PAS dan antara punca PAS terpaksa menyerahkan kembali Terengganu kepada BN. Jika Hukum Hudud ini diteruskan juga, PAS sedar mereka akan berjuangan keseorangan kerana dasar DAP dan PKR sudah terang lagi jelas lebih kepada perjuangan politik dunia. Mahu tidak mahu, segala perjuangan untuk menegakkan terutamanya Hukum Hudud hendaklah diperlahankan kerana takut rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat akan arahkan mereka keluar dari pakatan.

Janganlah ada pihak terperangkap dengan sandiwara PAS, DAP dan PKR dalam isu Hukum Hudud ini. Ia hanyalah sekadar mainan politik PAS dan rakan dalam Pakatan semata-mata untuk meraih sokongan dan perhatian rakyat menjelang plihan raya kecul Kuala Terengganu nanti.



Akok@Baulu

Thursday 18 December 2008

GELORA PAS SELANGOR

Tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa itu membuka mata pihak-pihak tertentu supaya tidak leka dan alpa untuk mengejar keuntungan dan membelakangi peraturan dan undang-undang. Janganlah pula menggunakan kuasa dan pengaruh politik untuk ‘menghalalkan’ yang perkara yang tidak sepatutnya.
Jadikanlah tragedi di Bukit Antarabangsa sebagai ikhtibar dan pengajaran untuk masa depan agar perkara yang sama tidak lagi berulang. Jesteru marilah kita sama-sama merenung dan menghayati betapa besarnya kuasa Allah dan tiada apa yang mampu menghalangnya.
Begitulah juga gelora politik yang sedang melanda Selangor antara PAS dengan PKR dan DAP. Nampaknya perhubungan ‘intim’ dan ‘mesra’ yang diharapkan berpanjangan rupanya badai gelora yang melanda. Dari hari ke hari, dari minggu ke minggu dan dari bulan ke bulan, nampaknya semakin tembok yang baru dibina sudah mula di makan anai-anai.
Badai yang melanda sudah tidak dapat diselindungi lagi memandangkan tuan empunya badan dalam kerajaan negeri mula membuka mulut, tidak tahan kerana dikeldaikan pada khalayak.
Nampaknya apabila Pesuruhjaya PAS Selangor dan juga Exco Selangor, YB. Datuk Hassan Ali mula bersuara meluahkan ketidak puashati terhadap Kerajaan Negeri yang pimpinan Tan Sri Khalid yang telah ‘mengkeldaikan’ PAS, maka suara-suara sumbang dalam Pakatan Rakyat mula berbunyi. Datuk Hassan Ali bukan saja kecewa, tetapi turut mengakui bahawa perjuangan untuk menegakkan syiar Islam amat sukar di bawah pimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh PKR dan DAP.
Syiar Islam tidak mendapat tempat dalam Kerajaan Negeri Selangor, ia berlaku kerana demi menjaga hati ‘saudara’ perjuangan dan demi melebarkan pengaruh politik perjuangan Islam ‘ditinggalkan’.
Untuk mengelak dari rakyat yang sudah mula sedar, serangan ‘gerila’ dilontarkan dengan melemparkan tohmahan untuk menutup ‘luka’ yang semakin ‘berulat’. Kata-kata dusta yang keluar dari media-media Pakatan Rakyat terus menyerang Utusan Malaysia dan mendakwa kenyataan Datuk Hassan Ali itu telah disalah ertikan. Hakikatnya, empunya badan tidak pula membuat ulasan atau kenyataan tentang berita yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia pada 6 Disember 2008 itu.
Ada yang menyatakan bahawa hakikatnya penyertaan PAS dalam Pakatan Rakyat hanyalah mimpi indah disiang hari. Kerana dari awal lagi seluruh negara sudah sedari bahawa ideologi PAS dan matlamat perjuangan PAS adalah berbeza dengan PKR dan DAP. Sebab itulah PAS mengakui begitu sukar bagi mereka untuk memperjuangkan dan mempertahankan hak orang Islam dan Melayu di Selangor.
Sehinggakan PAS terpaksa mengorbankan perkampungan orang Melayu dan perjuangan islamnya demi menjaga hati 20 keluarga penyokong setia DAP dalam projek CAR oleh TNB yang tertangguh sehingga hari ini.
Benarkah PAS Selangor tidak akan bertolak ansur dalam hukum seperti soal halal-haram? Adakah PAS Selangor akan mempertahankan berhubung perkara ini? Hakikatnya sehingga kini PAS terpaksa akur dan tunduk atas tekanan dan telunjuk PKR dan DAP apabila cadangan mereka supaya kajian penjualan arak ditolak oleh Kerajaan Negeri yang berpaksikan DAP.
Terdapat suara-suara penyokong PAS mendakwa, kenyataan Datuk Hassan Ali itu sebenarnya adalah tanda dan bukti yang PAS sebenarnya tidak gentar dan tidak akan tunduk lagi dengan sebarang ugutan atau kekebalan yang ada pada PKR dan DAP. Ia juga mengambarkan cara bertolak ansur sudah tidak boleh dipakai lagi dalam gabungan Pakatan Rakyat. Ia seolah-olah PAS sudah mula sedar dan tidak sanggup lagi dikeldaikan oleh PKR dan DAP apabila pandangan dan teguran serta nasihat PAS langsung tidak diterima selama ini.
Lagipun para penyokong PAS sudah tidak sanggup lagi hidup dalam kepuraan kerana sebelum ini merekalah yang menyerang BN berhubung ladang babi di Sepang sehinggakan mereka mengelarkan Selangor ‘Negeri Selangor Darul Babi’ semasa berkempen pada PUR yang ke 12 lalu.
Namun hari ini sebaliknya berlaku, hakikatnya para pemimpin PAS tidak bersetuju dengan hasrat Kerajaan pimpinan Tan Sri Khalid untuk meneruskan projek ladang babi tersebut tetapi terpaksa akur kepada DAP yang tetap mempertahankan dan mendakwa ingin membalas jasa pengundi Cina yang memberikan kemenangan buat DAP dan PKR. Natijahnya rakan-rakan dari luar Selangor mula memandang sinis PAS Selangor kerana tidak dapat mempertahankan dan memperjuangkan syiar Islam terutamnya isu projek ladang babi.
Begitu juga dengan aktiviti-aktiviti sosial yang tidak bermoral seperti rumah-rumah urut dan pusat hiburan yang menawarkan khidmat pelacuran tidak dapat ditanggani oleh PAS Selangor. Bahkan, terdapat bisik-bisik dikalangan penyokong PAS yang mendakwa tempat-tempat maksiat tersebut tidak boleh ‘disentuh’ kerana ia menyumbangkan pendapatan kepada Kerajaan negeri dan juga perniagaan utama penyokong kuat DAP.
Ada yang mendakwa pergabungan PAS dalam Pakatan Rakyat sebenarnya tidak mampu menarik sokongan orang Melayu. Sebaliknya orang Melayu mula menjauhkan diri dengan PAS kerana dasar dan matlamat perjuangan yang sudah lari dari perjuangan asal mereka. Sebaliknya ia memberi kelebihan kepada PKR dan DAP kerana gambaran ‘buruk’ PAS dalam Pakatan Rakyat.
Walau bagaimanapun para penyokong PAS semakin sedar, bukan saja ianya berlaku di Selangor tetapi juga di Perak yang menerima nasib yang sama. Cuma Kedah saja masih mampu mempertahankan dan memperjuangkan syiar Islam. Sebab itulah DAP cuba ‘mengusik’ Kerajaan Negeri Kedah namun ditempelak oleh MB nya.
Sekurang-kurangnya PAS Selangor sudah bukak mata namun PAS Perak masih dilamun ‘cinta’ pada kuasa. Gelora yang melanda Selangor bahangnya semakin melebar ke Perak. Mudahan syiar Islam yang di bawa oleh PAS tidak dibuang oleh puak-puak yang mementingkan kuasa dan kedudukan.


Akok@Baulu

Sunday 7 December 2008

MEDAN UJIAN UMNO

Negara dikejut dengan kematian Timbalan Menteri Pelajaran, YB. Dato’ Razali Ismail yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu pada petang Jumaat lalu kerana serangan sakit jantung ketika bermain badminton di Institut Aminuddin Baki (IAB),Genting Hingland. YB bukanlah orang asing kepada saya. Beliau mudah mesra dan amah berhemah. Malah saya pernah memberitahunya bahawa suaranya mirip seperti suara Ghazali Sumantri, pelakon filem seangkatan arwah Tan Sri P.Ramlee. Takziah buat seluruh keluarga allahyarham dan sesungguhnya seluruh rakyat mendoakan mudahan rohnya akan berada disisi orang-orang yang beriman.

Sesungguhnya pemergian Datuk Razali seumpama hilangnya sebutir mutiara yang tidak ternilai harganya kepada negara dan juga UMNO. Apa yang diungkapkan oleh Menteri Pelajaran bahawa pemergian timbalannya itu merupakan satu kehilangan besar buat beliau dan juga Kementerian Pelajaran serta negara ada benarnya. Luahan perasaan dan kebenaran tersebut juga keluar di bibiri Perdana Menteri yang menyatakan bahawa pemergian Allahyarham adalah satu kerugian kepada UMNO dan Kementerian Pelajaran kerana Allayarham adalah seorang yang berbakat dan telah melaksanakan tanggungjawab dan amanah dalam tugasannya.

Oleh kerana pengalaman dan kearifan Allahyarham dalam dasar-dasar Kementerian Pelajaran, Perdana Menteri mendakwa beliau sememangnya menaruh harapan satu hari beliau akan menjadi Menteri Pelajaran(Utusan Malaysia, 29 Nov. 2008).
Jika kita lihat cara beliau membentangkan hujahnya dalam Parlimen, ramai yakin apa yang keluar dari mulut Pak Lah dan Datuk Hishamuddin memang tak boleh disangkal. Jika dibandingkan dengan menteri-menteri atau timbalan menteri yang selalu berhujah di Parlimen, tidak salah jika Allahyarham lah yang paling berkaliber dalam membentangkan hujahnya. Sehinggakan pihak pembangkang sukar untuk mencari kesilapan beliau.
Sukar untuk dipercayai bahawa berita kehilangan sebutir mutiara ini bukan saja menjadi bualan mulut dikalangan penyokong UMNO bahkan juga penyokong pembangkang. Boleh dikatakan mereka juga memuji sikap Allahyarham dalam melaksanakan tugasan yang diamanahkan.
Walau bagaimanapun yang pergi tetap pergi, walau hebat mana kita puji tiada gunanya lagi. Sebaiknya marilah kita sama-sama bersedekah Alfatih kepada Allahyarham, mudahan rohnya aman dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman, amin.
Nun jauh di sana mungkin sudah ada yang berkira-kira, mana la tahu tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu. Mungkin semalam ada yang dah bermimpi untuk menjadi timbalan menteri tapi lebih baik sekiranya buat masa ini berangan atau intai-intai peluang kiranya ada rezeki untuk bertanding sebagai MP (Ahli Parlimen). Tapi mampukah yang akan mengganti dapat memberi yang terbaik dari yang sudah pergi?
Dengan Tsunami yang masih melanda dalam UMNO mampukah UMNO menarik kembali sokongan rakyat setelah media hari ini heboh mengaitkan UMNO dengan kancah rasuah politk? Sesungguhnya pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu ini adalah bakal dijadikan sebagai kayu ukur sokongan rakyat ke atas UMNO. Sekurang-kurangnya pelan peralihan kuasa kepada Najib yang telah dipersetujui semua ahli UMNO bakal diuji. Rakyat di akar umbilah bakal jadi penentu samada UMNO masih di hati atau Pakatan Rakyat dapat melebarkan lagi jurang popularitinya.

Seperti apa apa yang telah diungkapkan oleh Ketua Penerangan UMNO, jentera UMNO sentiasa bersiap sedia dalam apa jua situasai yang melanda. Tetapi timbul persoalan, sejaumana bersedianya para penyokong UMNO untuk bersatu menghadapi suasana pilihanraya kecil kali ini? Dengan kemelut gejala rasuah yang melanda dalam parti, perbalahan dalam perebutan kuasa antara ketua-ketua dalam parti dan lain-lain masalah dalaman UMNO mampukah sokongan rakyat kekal pada UMNO.

Jika di buat tafsiran secara kasar, UMNO bakal merentasi laluan sukar berdasarkan PUR 12 pada Mac lalu. Sekadar majoriti 600 undi UMNO tidak boleh mendabik dada sebaliknya hendaklah berkerja keras dalam memastikan Parlimen Kuala Terengganu tidak jatuh pada tangan pembangkang. Sehubungan itu UMNO perlulah merangka pelan dan strategi yang berkesan dan meninggalkan segala perbalahan. Jika sikap pentingkan diri pangkat dan kedudukan tidak dihakis keluar, bala yang datang mampu menggugat masa depan, jadi berilah tumpuan dalam kukuhkan parti dan bukannya mencari populariti.

Cakap-cakap di WCT pula mula kedengaran, masing-masing melontarkan pelbagai cerita dan teori mengenai pilihan raya kecil akan datang. Cuma yang pasti, jika tersalah strategi padah menanti dan pasti ada yang tergigit jari. Dari cakap-cakap tersebut muncul lah pelbagai strategi dan kekadang mungkin boleh menguris hati. Tapi sebagai sebuah negara demokrasi sekadar pandangan dan teguran kenalah kita hayati.

Dari cakap-cakap kedai kopi, ada yang menyatakan jika UMNO ingin mendapatkaan kejayaan yang paling utama kenalah semua penyokongnya bersatu hati. Rasuah wang dalam parti hendaklah dihapuskan sama sekali, barulah rakyat yakin sepenuh hati. Pelan dan pandangan Muhyiddin Yassin perlu dihalusi. Ada benarnya jika ingin hapuskan rasuah dalam parti berilah peluang kepada hampir 100,000 pemimpin cawangan dalam parti memilih pemimpin mereka dan bukannya terhad kepada 2,500 saja seperti amalan sebelum ini.

Dalam pada itu ada cakap-cakap mengatakan supaya UMNO tidak menurunkan Khairy ke padang membantu pilihan raya kecil nanti. Mereka mendakwa, antara punca kekalahan UMNO dalam PUR 12 yang lalu adalah datangnya dari Khairy. Mereka mendakwa akar umbi sudah lama menasihati tetapi kerana degil hilanglah UMNO 5 negeri. Puncak kepada teori ini apabila ada mendakwa Penggerakan Wanita telah mengadakan satu post mortem selepas PUR yang lalu dan hasilnya diserahkan kepada Perdana Menteri. Khairy lah dikatakan punca UMNO hilang 5 negeri lantas Rafidah Ketua Penggerakan Wanita UMNO digugurkan dalam senarai Menteri Kabinet. Benar atau tidak hanya tuhan yang esa saja mengetahui dan empunya badan saja yang mengerti. Namun, sebagai sebuah keluarga dalam parti, perkara ini harus diperhalusi takut namanya (Khairy) akan dijadikan modal untuk pembangkang meraih simpati.

Najib yang bakal menjadi Perdana Menteri hendaklah turun ke padang mengetuai jentera parti. Sudah pasti isu-isu seperti altantuya, pembelian helikopter, pembelian kapal selam, pembentangan bajet 2009 dan sebagainya akan dijadikan senjata buat pembangkang untuk mempertahankan diri menghukum UMNO supaya rakyat lari. Tapi Najib hendaklah berani, tampil kehadapan menjelaskan situasi tunjukan aura kepimpinan diri. Hakikatnya pembangkang sudah dibayangi ketakutan kerana rakyat tahu menilai apa yang terjadi di Selangor, Perak dan Pulau Pinang hanyalah perjuangan peribadi pembangkang yang tidak memberi sebarang erti kepada rakyat.

Begitu juga dengan Menteri Besar Terengganu yang perlu kerja lebih keras untuk mempertahankan kerusi dan kalau boleh meningkat majoriti undi. Yang merisaukan ahli-ahli UMNO peringkat akar umbi, takutnya MB ‘keras kepala’ menggunakan kuasanya dan kena ikut apa yang dia hajati. Apa yang berlaku sebelum ini adalah bukti jika tidak ditanggani akan menambahkan lagi duka dihati. Ini kerana ada cakap-cakap mengatakan beberapa tindakan Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Menteri Besar tidak digemari oleh segelintir rakyat. Yang paling ditakuti calon yang bakal di pilih nanti, jika tersilap pilih akan muncul 2 atau 3 puak yang tidak puas hati.

Jika ini terjadi muncullah kem-kem berhaluan kiri, yang tidak dipilih takutnya akan merangka strategi supaya calon yang dipilih mengigit jari. Jadi UMNO kenalah belajar dari Permatang Pauh supaya pisang tidak berbuah dua kali. Buat masa ini usahlah berlagak sombong dan bongkak diri sebaliknya tumpukan usaha pulihkan keakraban dan hala tuju parti.

Sudah pasti pelbagai isu akan lontarkan namun, UMNO perlulah berhati-hati dan janganlah berkempen memburukan peribadi. Senjata utama pembangkang adalah Anwar Ibrahim, dialah bakal berkampung di Kuala Terengganu untuk meraih simpati. Isu liwatnya adalah senjata utama dalam kempen pilihan raya kecil nanti. Apa jua pun terserah pada UMNO dalam merangka strateginya dalam memastikan kemenangan di Parlimen Kuala Terengganu kekal milik UMNO.

Apa yang menarik perhatian saya minggu ini ialah ucapan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Dato’ Wan Azizah semasa kongres keadilan di Shah Alam. Harakahdaily 29 Nov. 2008 melaporkan seperti berikut:

Sebaliknya, bekas ahli Parlimen Permatang Pauh itu mengkritik pelan penggantian kuasa perdana menteri kepada timbalannya yang dianggap "sebuah pentadbiran yang mirip kepada regim lama" yang menyebabkan "kemusnahan dahsyat" kebanyakan insitusi pentadbiran dalam negara”

Kenapa beliau mengkritik pelan perlalihan kuasa UMNO? Tidakkah apa yang beliau buat dalam PKR lebih dahsyat berbanding pelan peralihan kuasa antara Pak Lah dan Najib? Sebaliknya keretakkan yang berlaku dalam Pakatan Rakyat pada hari ini adalah hasil dari peralihan kuasa Azizah kepada suaminya Anwar sehinggakan PAS dipinggirkan.

Akok@Baulu

ADAKAH NAJIB AKAN TERUSKAN DASAR LIBERALISASI?

Oleh Munshi Abdullah

Abdullah Ahmad Badawi yang menyangka kemenangan terbesar BN penuh bersejarah dalam pilihanraya 2004 kerana keyakinan seluruh rakyat kepadanya , telah mengambil langkah berani bagi membuat experiment terhadap kekuatan demokrasi Malaysia dengan membuka “era liberalisasi baru” sesuai dengan tuntutan globalisasi.

Beliau menampakan perpisahan dari aliran lama dan mahu mencatitkan sejarah baru era kepimpinannya. Beliau merongkaikan ikatan tertulis dan tidak tertulis antara rakyat yang sekian lama menjadi syarat hidup bersama . Beliau mengizinkan tunjang kekuatan negara yang masih rapoh diganggu gugat yang menyebabkan kecairan nilai nilai yang selama ini bertahan di bawah pengawalan.

Keadaan ini diburukan lagi oleh berleluasannya Media Siber dengan blog dan portal berita yang tidak terbatas dan terkawal.

Dengan itu kita melihat pendekatan media bukan Melayu telah melampaui batas kesopanan yang telah dipersetujui bersama. Kawasan isu-isu sensitif telah di ceroboh dan dibincangkan secara terbuka. Provokasi terhadap nilai-nilai nasional dilakukan tidak sahaja di media cetak dan letronik tetapi juga di jalan raya termasuk oleh golongan peguam yang hanya memahami kebebasan dari buku undang undang dan bukan dari proses sejarah sosialisasi negara.

Jelas orang bukan Melayu terutama generasi baru telah mendapat kesedaran baru bahawa sekatan-sekatan di bawah kontrak sosial adalah semata mata untuk kepentingan orang Melayu dan Islam sehingga mereka melihat orang Melayu sebagai “Pembuli”.

Sikap kepimpinan negara yang tidak menunjukan reaksi keras terhadap berbagai isu sensitif samada bersifat ucapan, tulisan dan yang sebelum ini dianggap sebagai hasutan dan perkauman telah menggalakan lagi berbagai provokasi sehingga kepada soal Ketuanan Melayu.

Tanpa di sedari oleh orang Melayu, exploitasi bijak media bukan Melayu ( Inggeris,China dan Tamil) mengenai isu isu kepentingan Melayu telah berjaya memprojekannya sebagai isu perkauman dan isu perjuangan bukan Melayu di gambarkan sebagai isu nasional.

Dasar liberalisasi, keterbukaan dan ketulusan telah memberikan kesempatan keemasan kepada bukan Melayu untuk memperkecilkan kepimpinan Melayu yang selama lebih 50 tahun telah dapat membuktikan kewibawaan mereka dalam krisis dan dalam damai.

Ketika orang Melayu berada dalam krisis keyakinan yang paling mencabar ini dan ketika peralihan pucuk pimpinan dari Abdullah Ahmad Badawi kepada Najib Tun Abdul Razak telah pasti, seorang wartawan bukan Melayu yang akan meninggalkan The New Straits Times dalam sebuah tulisannnya telah menasihatkan bakal Perdana Menteri baru supaya meneruskan dasar kebebasan yang telah dijuarainya bersama rakan-rakannya dari keturunan India.


Apakah Najib akan meneruskan dasar liberalisasi yang telah menghancurkan asas kekuatan rakyat Malaysia.

Apakah kita merasa amat malu dan berat untuk kembali kepada nilai dan prinsip asas sedangkan di bawah dasar liberalisasi sekarang kita merasa perlu untuk menutup semula majlis rumah terbuka hariraya Aidilfitri yang setiap tahun berjalan dengan aman damai sebelum peristiharan dasar keterbukaan dan ketulusan.

Perdana Menteri Kedua Tun Abdul Razak telah mengembalikan keyakinan rakyat dalam keadaan negara masih berdarah. Tetapi adalah lebih rumit dan sukar bagi Najib untuk membetulkan suatu keadaan negara yang terbukti kesetiaan sesetengah rakyat , persahabatan, setiakawan mereka adalah palsu.

Negara memerlukan pemimpin yang dapat menghayati dan menyempurnakan Wawasan 2020 menerusi dasar, nilai dan identiti sendiri yang telah pun terbukti berkesan dan berjaya.

Kembalilah kepada prinsip asal.

Saturday 6 December 2008

Penduduk hadapi masalah, pemimpin PR ‘hilang’


Seorang pelanggan tetap berasa cukup gembira apabila melihat WCT kembali ceria dengan pelanggan. Seperti biasa beliau meluahkan kekecewaanya kerajaan Pakatan Rakyat. Beliau berkata, pada hakikatnya Pakatan Rakyat (PR) – Parti Keadilan Rakyat, Pas dan DAP – memerintah Selangor, tetapi kuasa sebenarnya masih berada di tangan rakyat iaitu orang yang diperintah yang memangkah pada hari pilihan raya.

Betapa benarnya hakikat ini dirasai oleh seorang pemimpin masyarakat dilantik menjadi AJK Zon dalam kawasan undi Parlimen Gombak dimenangi oleh Mohamad Azmin Ali daripada PKR.

Mungkin pada sangkaan pemimpin akar umbi ini segala arahan pegawai, Adun serta Ahli Parlimen PKR akan dituruti dan dilaksanakan oleh petugas semua Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah yang digajikan kerajaan pembangkang.

Sedihnya pemimpin ini mendapati, kuasa mutlak masih terletak di tangan petugas yang selama ini berkhidmat dengan kerajaan BN-Umno dan kekal setia. Luahan kekecewaan pemimpin ini diemelkan kepada laman web Pas, Harakahdaily.com baru-baru ini.

Beliau mendedahkan betapa setelah lapan bulan pembangkang mencapai kemenangan dan hampir empat bulan menerajui majlis-majlis kerajaan tempatan melalui ahli Majlis wakil Pakatan rakyat yang dilantik, banyak isu melibatkan keselesaan rakyat tergantung di awang-awangan.

"Sedar atau tidak, penyokong bawahan Pakatan Rakyat melihat isu membabitkan perkara asas keselesaan rakyat semakin teruk. Tidak keterlaluan boleh dikatakan ahli-ahli Majlis dari Pakatan Rakyat sebenarnya dibuli oleh kakitangan majlis kerajaan tempatan daripada peringkat Yang Dipertua sehinggalah kepada peon biasa.

“Apa tidaknya, pada pandangan saya, pelantikan ke jawatan di majlis tempatan adalah atas dasar politik BN-Umno yang berkepentingan,” katanya.

Menurut beliau, pelbagai alasan diberikan oleh kakitangan majlis setiap kali sesuatu masalah berkaitan penduduk diajukan. Mereka memberi alasan seperti tidak duit, tiada keutamaan, segala permintaan mesti dibuat mengikut prosedur, apakah orang berkenaan memiliki lesen atau sesuatu yang dikehendaki perlu mengikut undang-undang.

“Masalahnya, semua alasan ini dipersetujui oleh ahli majlis dilantik oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang kita anggap sebagai terlalu ikhlas, telus dan berjiwa rakyat,” kata pemimpin itu.

Beliau mendakwa kegagalan ahli majlis pembangkang bertindak segera berikutan pelbagai alasan dianggap remeh diberikan petugas itu sering ditertawakan oleh kakitangan berkenaan.

Selain itu, pemimpin terlibat juga mendedahkan Pakatan Rakyat masih tidak dapat mengurus dan menguasai pengurusan pasar malam, penggunaan dan penyewaan Dewan Orang Ramai, selain gagal menggerakkan PBT untuk segera mengambil tindakan bagi mengatasi pelbagai masalah dan laporan dikemukakan dari peringkat akar umbi khususnya membabitkan pemimpin sama ada Pas, DAP atau Keadilan.

Kelemahan ini, dakwanya telah menyebabkan ramai penyokong tiga parti itu, kecewa lantas ada penyokong mula menurunkan bendera di perkarangan rumah kerana malu. Mereka hampa masalah penduduk sering dibangkitkan dalam mesyuarat demi mesyuarat tetapi masalah kecil seperti longkang tersumbat pun tidak mampu diselesaikan.

Kemelut itu menyebabkan pemimpin ini menuduh PBT berlagak seperti “BN Kedua”.
Di tengah-tengah kehampaan itu beliau menimbulkan persoalan mengapa Exco kerajaan Pakatan Rakyat menghilangkan diri atau tenggelam akibat glamour dimenangkan rakyat yang menolak BN.

Beliau mahu masalah kutipan sampah, longkang tersumbat, anjing liar, pembiakan nyamuk, pemaju engkar, kebersihan tidak dijaga, jalan raya berlubang-lubang, gerai haram, selain tempat cuci kereta tanpa lesen, diatasi segera.

Jika keadaan tidak berubah, beliau bimbang pengundi akan mula memperli dan mengejek kerajaan pembangkang.Harakahdaily menarik perhatian apa yang berlaku itu mungkin tidak hanya menjejaskan rakyat di Selangor malah boleh jadi di Perak, Pulau Pinang dan Kedah.

Itulah hakikat bagi yang berkuasa tak semudah melakukan perubahan dan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh kuasa. Semasa menjadi pembangkan, mudah saja bercakap tentang kelemahan kerajaan, namun hakikatnya bukan memudah untuk melaksanakan tanggungjawab.

Keluhan Pesuruhjaya Pas Negeri Selangor, Dato Hassan Ali, akan sukarnya untuk menjadi pentadbir sebuah kerajaan dan sukarnya berkerjasama dengan PKR dan DAP seperti yang diluahkan oleh beliau yang disiarkan dalam Utusan Malaysia hari ini merupakan hakikat sebena sebuah kerajaan negeri yang rapuh.

WCT kembali di buka

Ramai pelanggan Warta Citra Cafe tertanya-tanya kenapa WCT lama tutup. Adakah dah bankrap ataupun kena tahan lesen perniagaan kerana bincang benda yang ada orang tak suka...Sebenarnya WCT tutup kedai agak lama kerana pertamanya tokey cuti panjang dan keduanya semasa cuti tokey demam dan batuk-batuk. Maka tak dapatlah menjenguk WCT sekian lama.

Semalam saya dikejutkan dengan berita tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Kenangan dan ingatan kepada peristiwa Highland Towers dan tanah runtuh yang menimpa rumah Tans sri Ismail menjelma kembali. Sewaktu itu saya terlibat dengan kerja-kerja menyelamat dan menyediakan kemudahan kepada wartawan asing dan tempatan untuk membuat liputan kedua-dua kejadian tersebut.

Dari kenyataan yang dibuat di kejadian kali ini, jelas tampaknya ada orang yang masih tidak serik dan tak mengambil iktibar dari kedua-dua peristiwa tanah runtuh tersebut. Alasan dan sebab musabab ketiga-tiga kejadian itu hampir sama iaitu resapan air yang menyebabkan berlaku rekahan pada tanah cerun dan menyebabkannya runtuh.

Pelbagai pihak khususya pemaju dan majlis perbandaran ampang jaya berjanji untuk membaiki tanah-tanah cerun sekitar Bukit Antarabangsa agar peristiwa sedemikian tidak berulang. Namun ia ternyata hangat-hangat tahi ayam. Apabila soal tanah runtuh dan mula dilupakan maka usaha-usaha dan janji-janji turut juga dilupakan..Projek-projek baru terus diluluskan dan projek-projek terbengkalai yang dikatakan antara sebab berlakunya kejadian-kejadian tersebut terus terbengkalai dan pastinya akan menjadi penyebab kepada kejadian-kejaian akan datang.

Kesian pada rakan-rakan yang telah memberi hartanah dikawasan Bukit Antarabangsa. Peristiwa ketiga ini pastinya akan menyebabkan nilai hartanah mereka merudum.