Thursday 27 August 2009

DAP KAFIRKAN PAS DAN MEMBAWA PAS KE NERAKA




Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib berhubung dengan penangguhan hukuman sebat keatas Kartika Seri Dewi Shukarnor yang menunjukan sokongannya tentunya mengundang kecaman dari Pas dan pihak pihak yang tidak bersikap rasional.

Najib berpendapat hukuman secara fizikal merupakan langkah terakhir dalam melaksanakan undang-undang jenayah syariah terutama terhadap pesalah wanita.

Katanya , Islam lebih mengutamakan tarbiah secara berhemah terhadap pesalah terbabit supaya mereka lebih sedar dengan kesalahan yang dilakukan.

Rasa simpati, belas kasihan serta tarbiah merupakan intipati di dalam Islam dan itu yang diamalkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW, katanya.

Pentafsiran rasional oleh pemimpin parti Barisan Nasonal itu yang dulunya Perikatan adalah penerusan sikap UMNO yang telah sekian lama menjadi pemisahan antara identiti UMNO dengan Pas . Sikap inilah yang menyebabkan UMNO di hormati oleh parti parti komponennya dan mengekalkan kerjasama antara mereka.

Bagaimanapun tidak dinafikan sikap UMNO ini tidak lagi dihargai oleh generasi baru Cina malah di kalangan MCA sendiri sejak berlakunya perubahan sikap orang Cina dalam Pilihanraya Umum 2008. Kegilaan kepada kuasa telah membutakan mata mereka terhadap bahaya berkawan dengan parti pelampau Islam.

Maka itu timbullah krisis dalaman yang menampakan kecelaruan dalam pakatan pembangkang dan menimbulkan keraguan apakah mereka dapat berkerjasama untuk kestabilan dan kesejahteraan rakyat jika berkuasa di peringkat nasional kelak.

Di Selangor umpamanya kita telah dapat melihat krisis antara Pas dengan DAP dan PKR dalam perlaksanaan pengharaman penjualan arak di kawasan yang majoritinya orang Islam yang pada akhirnya menampakan tolak ansur Pas kepada DAP.

Selain dari itu pembinaan kuil Hindu yang tidak pernah menyerlahkan krisis antara UMNO dan MIC sebaliknya diatasi secara aman sekarang telah mengocak perasaan harmoni antara kaum dan lebih menampakan kekalahan orang Islam tetapi kerajaan Selangor yang dianggotai oleh Pas tidak dapat berebuat apa apa.

Orang Islam amat tersentuh dengan hasrat untuk meneruskan pembinaan kuil itu sehingga akan berlakunya tunjuk perasaan besar besaran Badan Betindak Penduduk Seksyen 23 dengan Gabungan Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan Malaysia pada Jumaat ini di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor di Shah Alam.

Lebih buruk lagi apabila sebelum ini anggota Wanita Dewan Undangan Negeri dari PKR bersama dengan Mursyidul Pas Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan telah mempertahankan sebagai hak individu apabila seorang wanita ADUN Selangor berbogel dan berkhalwat dengan seorang Melayu. Mereka lupa bahawa apabila sesaorang itu telah menjadi pemimpin masyarakat atau selebriti maka dia adalah terdedah kepada hukuman awam.

Sikap melampau Pas di masa lalu telah menampakan parti itu berada dalam kesesatan sekarang ini apabila dari masa kemasa sejak berkawan dengan DAP dan PKR ia telah menjustifikasikan semua perbuatan yang dicacinya di masa lalu, telah menjilat ludahnya sendiri dan telah sanggup menghalalkan yang haram.

Sikap Datuk Seri Najib dalam menyokong penangguhan hukuman sebat terhadap Kartika Sari Dewi atas kesalahan minum arak untuk memberi peluang kepada Hakim Syarie Pahang menyemak semula hukuman itu tidaklah seharusnya mengejutkan mana mana pihak kerana itulah imej Islam UMNO dari sejak zaman Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman.

Kes Kartika Sari Dewi telah menarik perhatian masyarakat antarabangsa samaada Malaysia akan mengamalkan konservatisme atau dogmatik Islam seperti Arab Saudi atau Taliban atau akan meneruskan sikap kesederhanaan Islam yang menjadi wajah manis Malaysia sejak merdeka.

Dengan wajah Islam yang lembut inilah Malaysia telah mendapat penghormatan dunia dan bukan Islam sehingga ia menjadi negara Islam contoh.

Bagaimanapun jika Pas yang memberikan tolak ansur seperti ini yang telahpun terlihat sejak berkawan dengan PKR dan Pas, nyatalah ia telah menyeleweng dari dasarnya, hipoktrit, lidah bercabang dan tidak bermoral.

Dasar dasar UMNO tidak berjaya merasionalisasikan sikap PAS tetapi akhirnya DAP yang dapat mengkafirkan PAS dan akan membawa PAS ke neraka.

WATCH OUT THIS MAN!!!!


Pakatan Rakyat appointed Kajang Municipal Councillor Tan Boon Wah was the last person known to see Teoh alive, as at 600am on Thursday, is believed not co-operating with the Police. If this was true, it is not known why Tan is refusing to give a statement

Monday 24 August 2009

Dakwa insiden kekecohan arahan Anwar?


KUALA LUMPUR 23 Ogos - Seorang bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa insiden kekecohan melibatkan Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan ketika proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, Isnin lalu, dibuat atas arahan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas Pemangku Ketua Bahagian PKR Padang Serai, Jamaludin Abu Hassan berkata, dia mempunyai bukti bahawa Anwar telah mengarahkan Gobalakrishnan berbuat demikian.

Katanya, bukti yang dimaksudkannya terkandung dalam rakaman perbualan telefon yang diperoleh daripada sumbernya pada 18 Ogos lalu.

PILIHANRAYA PERMATANG PASIR: UMNO MASIH TIDAK BERUBAH




Alhamdullilah kita telah mula memasuki bulan Ramadhan dan seperti diketahui bulan ini adalah bulan yang penuh dengan kerberkatan dan kerahmatan. Dalam bulan yang mulia ini juga satu pilihanraya kecil bakal menjelma dan kali ini di Permatang Pasir gelanggang UMNO dan Pas sekali lagi menjadi pertaruhan satu lawan satu.

Jika di Manek Urai Pas hampir tersungkur akan kebangkitan UMNO yang telah mendapat semula sokongan rakyat. Majoriti undi sebanyak 65 undi adalah ukuran buat sokongan rakyat semakin bertambah pada UMNO kerana memasuki pertandingan di kubu kuat Pas. Sama juga dengan Permatang Pasir, ia boleh dijadikan satu medan buat UMNO dan BN untuk membuktikan sokongan rakyat semakin bertambah jika dapat mengurangkan majoriti undi calon Pas. Tapi kalau memperolehi kemenangan lagi bermakna buat UMNO/BN apatah lagi di saat-saat pergolakan dalam parti Pakatan rakyat dan isu-isu penyelewengan kuasa oleh pemimpin-pemimpin Dap di Pulau Pinang dan Selangor sedang hangat di perkatakan.

Namun situasi berbeza antara pilihanraya Manek Urai dan Permatang Pasir, jika di Manek Urai pendekatan yang digunakan oleh kedua-dua parti semasa berkempen lebih tumpu pada pembangunan dan hasrat untuk membina masa depan Dun tersebut. Sebaliknya di Permatang Pasir, serangan peribadi calon menjadi bahan utama kempen dan tiada ungkapan dari mana-mana parti bertanding untuk membawa pembangunan kepada Permatang Pasir.

Kenapa kempen di Permatang Pasir berlaku sebegini? Adakah strategi utama PR sememangnya untuk mengelak rakyat terpengaruh akan bahan kempen pembangunan yang di bawa oleh UMNO/BN kepada rakyat seperti di Manek Urai. Pemimpin PR terutama MP Permatang Pauh, tahu rakyat dahagakan pembangunan setelah sekian lama dan sehingga Dun Permatang Pasir masih ketinggalan dari arus pembangunan dan tidak dihiraukan oleh pejuang keadilan yang juga MP Permatang Pauh.
Serangan peribadi semakin menjadi-jadi, calon Pas dituduh melenyapkan wang peruntukan parti manakala calon UMNO pula dituduh dengan pelbagai tuduhan dan terbaru dikatakan telah mengahwini seorang wanita secara sulit pada 2005 dan kini bekas isterinya itu diabaikan. Kenapa serangan peribadi calon berlaku di Permatang Pasir? Benarkah seperti apa yang dicakapkan oleh sesetengah pihak pemilihan calon UMNO ini hanyalah tindakan untuk mensabotaj UMNO dari dalam?

Jika benar sikap laknat ini masih wujud dalam UMNO sampai bilapun UMNO/BN akan kalah dan kalah dalam mana-mana pilihanraya kecil atau umum. Kenapa sabotaj dalam UMNO masih wujud? Tidakkah pimpinan tertinggi parti sudah berulangkali menyatakan dan berpesan agar semua kembali menghulur tangan dan membanting tulang maju kehadapan bukan lagi mundur kebelakang? Tapi jika benar apa yang berlaku di Permatang Pasir ini, sememangnya ada pemimpin dalam UMNO yang mahu lihat UMNO terus tersungkur.

UMNO/BN kembali semula untuk bangkit di kawasan-kawasan kuat PR dan contohnya bagaimana di Manek Urai Pas tersungkur, tapi nampaknya pendedahan demi pendedahan akan kelemahan calon UMNO di paparkan dan ini akan membuatkan rakyat semakin hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti. Sepatutnya apa yang berlaku di Kuala Terengganu dijadikan ikhtibar dan pengajaran buat UMNO, namun ia sebaliknya juga berlaku.

Adakah Ketua Perhubungan UMNO di Pulau Pinang yang juga Naib Presiden UMNO dan juga Menteri Pertahanan tidak mengkaji perkara ini? Adakah beliau tidak berkerja dengan hanya menyerahkan pada pemimpin negeri? Atau adakah dia masih ‘setia’ pada ketuanya yang lama dan tidak mahu menyapu arang di muka bekas ketuanya jika UMNO menang selesa di Permatang Pasir? Semuanya ada kemungkinan, kerana sebelum PUR lalu beliau antara yang memaklum awal kepada bekas ketuanya tarikh bubarnya Parlimen yang lalu dan beliau juga lah yang disoal siasat oleh polis kerana dikatakan menyalurkan peruntukan kepada bekas ketuanya.

Betul atau tidak hanya tuhan saja yang tahu, tapi dari segi cakap-cakap politik inilah yang berkumandang dan jika benar ada sebotaj dalam UMNO dari dalam, apa yang dikatakan ada kemungkinan. Kerana dalam politik semuanya boleh terjadi, untuk berkuasa, mendapat pangkat dan kedudukan, kawan boleh menjadi lawan, lawan juga boleh menjadi kawan. Selamat berpuasa.

Akok@Baulu

Wednesday 19 August 2009

MARUAH ISLAM DAN KEPENTINGAN POLITIK




Sejak akhir-akhir ini pelbagai isu dan cerita politik dalam negara hangat diperdebatkan dan diperkatakan sehinggakan ia amat meloyakan. Masing-masing cuba menunjukkan kehebatan dan kebaikkan dan tidak lupa juga yang cuba menolak dan menafikan segala kejahatan dan kelaknatan yang telah dilakukan. Bukan setakat hak keistimewaan ketuanan dipertikaikan bahkan sensitiviti dan hal berkaitan agama juga disentuh dan dipersendakan. Tapi paling menyedihkan dan terguris perasaan apabila terdapat kenyataan-kenyataan membela mereka yang menghina Islam.

Disini penulis ingin berkongsi pengalaman berhubung situasi politik yang semakin membimbangkan kerana ada pihak sudah berani dan tanpa segan silu menyentap kesucian Islam. Tapi sedihnya apabila Islam secara terangan dihina dan diperlekehkan sedemikian rupa, tiada pihak yang berani tampil menegakkannya. Sebaliknya pula ada pihak sanggup mengadaikan Islam membenarkan Islam dihina dan dicerca hanya kerana menjaga hati kawan dalam satu pasukan.

Malam minggu diambil kesempatan oleh sesetengah pihak berjumpa dan berkumpul bersama rakan taulan sama ada untuk berbincang pasal perniagaan atau bersembang mengeratkan perhubungan tali persaudaraan. Penulis juga telah mempunyai appoinment dengan rakan-rakan di sebuah kopitiam pilihan penduduk sekitar Bangi, Selangor yang sudah kami tentukan. Boleh dikatakan ramai pengunjung berada kedai tersebut dari pelbagai peringkat umur ketika kaki penulis melangkah masuk.

Sedang menunggu rakan-rakan sebelah meja terdapat sekumpulan pengunjung begitu tekun mendengar rakan mereka mengutarakan cerita. Penulis mencuri dengar perbualan mereka dan ada terdengar disebut nama Nik Aziz, Islam, umat Islam, Dap dan sebagainya. apa yang mereka sembangkan itu menarik minat penulis dan telinga makin dipasang.

Salah seorang dari mereka menyatakan bahawa jangan kita terlalu taksub kepada pemimpin-pemimpin agama kerana ada kalanya ungkapan mereka itu tidak lebih dari kenyataan yang bersifat politik semata-mata untuk menarik undi dan sokongan politik semata-mata. Dipersoalnya kenapa pemimpin agama seperti Nik Aziz terlalu berlembut dengan kaum bukan Islam yang sekarang ini begitu berani menghina kesucian agama kita.
Bukankah sebelum ini pemimpin-pemimpin Pas pernah buat bantahan dan mengecam beberapa tindakan pihak negara luar yang menghina Islam. Seperti Salman Rushdie, penghinaan terhadap Islam dalam penulisan akhbar Denmark, keganasan zionis di Palestine dan sebagainya? Kenapa Pas dalam soal Dap tidak pula bertegas sebaliknya mempertahankan kenyataan pemimpin Dap dengan alasan mereka bukan Islam dan tidak memahami Islam secara mendalam?
Bolehkah kita terima bahawa pemimpin Dap tidak memahami Islam secara mendalam? Sudah berapa lama mereka ini hidup dan membesar di dalam negara? Tidakkah mereka lahir Islam itu sudah bertapak di bumi Malaysia dan menjadi agama rasmi bagi Malaysia? Adakah pemimpin Dap seperti Ronnie Liu dan Jeef Oii semasa disekolah rendah dan menengah tidak diajar untuk menghormati agama orang lain? Adalah mustahil kedua-dua pemimpin Dap ini tidak tahu mengenai sensitiviti orang-orang Islam, sedangkan mereka begitu faham apabila melarang dengan tegas rakan mereka Pas menubuhkan sebuah negara Islam.
Rakannya pula menyampuk, mengapa susah sangat nak menegur Nik Aziz? Nik Aziz bukan kali ini saja mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan umat Islam tetapi sebelum ini pada 24 Januari 1999 kenyataan beliau "Sesiapa yang nak tolong kerajaan islam, kami sebagai pemimpin islam, mesti terima sama ada DAP, MCA atau MIC. Kalau nak tolong kenapa kita nak tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun saya terima."
Tak salah kalau kita menegur seorang pemimpin tapi penyokong Pas hanya diam seribu bahasa dan tidak berani berkata-kata. Sedangkan Umar r.a. ketika dihunuskan pedang oleh seorang wanita yang berkata jika engkau tidak berlaku adil, aku akan menegurmu dgn pedang ini. Sudah semestinya dan tiada salahnya untuk menegur Nik Aziz, dia tidak maksum pun dan belum tentu dimana tempatnya di alam akhirat kelak. Yang bukan Islam selamba hina Islam dan caci Islam kita tidak menentang. Tapi kalau kita lihat jika pasal babi dan arak pemimpin Dap ini sanggup dan rela meninggalkan persahabatan dengan Islam dan bangun bersuara menentang amalan dan peraturan Islam. Tapi orang Islam bukannya hendak bersatu sebaliknya lebih sibuk nak tunjuk siapa lebih Islam sehinggakan sesama Islam sibuk mencerca dan menghina sesama Islam dan akhirnya siapa yang untung? Bukankah Dap juga yang untung? Itulah luahan seorang dari rakan kumpulan tersebut.
Jawab kawannya pula, jadi tak payah la nak ungkit siapa baik dan buruk, siapa Islam dan siapa kurang Islam kerana yang pasti pemimpin Dap tentu gembira kerana mereka dapat laga-lagakan umat Islam. Kenapa umat Islam begitu senang dan mudah mengikut rentak tari Dap? Adakah kerana mereka ini berjuang bukan kerana jalan Allah yang sebenarnya atau hanya kerana pangkat dan kuasa? Kenapa pemimpin yang menggelarkan diri mereka perjuangkan Islam sanggup dan lebih rela bersekongkol dengan Dap yang terangan menolak Islam?
Kawannya pula menyampuk, yang salah tetap salah dan tidak kira siapa yang menghina Islam, dari parti mana, walau setinggi mana jawatannya. Penghinaan terhadap Islam perlu dihentikan oleh semua pihak dan Islam perlu dipertahankan oleh semua umat Islam tak kira dari parti politik mana pun. Jangan kita diperbodohkan oleh pemimpin Dap yang sememang ingin mewujudkan sausana tidak tenteram dalam negara dengan melaga-lagakan umat dari dua parti yang berbeza. Sepatutnya umat Islam perlu hantar mesej jelas bahawa umat Islam berperang dalam hal politik tapi bila datang hal kesucian Islam, tidak kira dari parti mana umat Islam akan bersatu bergabung mempertahankan Islam.
Kesimpulan dari perbualan itu tadi dapatlah penulis simpulkan supaya kita letakkan kepentingan politik kita ketepi sebaliknya bersama bersatu suara dan hati mempertahankan kesucian Islam yang kita cintai. Bukannya masa untuk mencari siapa lebih Islam dan bukanya masa untuk mencari cacat cela saudara Islam yang lain, bukannya masa untuk menghina saudara Islam yang lain tapi bersatulah kerana Allah mempertahankan kesucian Islam yang semakin diperkotak katikkan.


Akok@Baulu
















Tuesday 18 August 2009

PERANGAI PENYOKONG PAS TIDAK GAMBAR JIWA ISLAM

DIPETIK DARI BLOG ZORRO UNMASKED.

NAMA SAHAJA MEMPERJUANGKAN ISLAM TAPI PERANGAI LANGSUNG TIAK MELAMBANGKAN SIFAT DAN BUDI ORANG ISLAM. BACALAH PEMERHATIAN ZORRO YANG JUGA MELUAT TENGOK PERANGAI PENYOKONG PAS DAN MEMUJI TINGKAH LAKU PENYOKONG UMNO. NOW SIAPA YANG AKAN MASUK SYURGA DAN SIAPA YANG MASUK NERAKA.


PASSION HAS TO BE HANDLED WELL

I did not try to, but I always instill PASSION into my students, my athletes and my football team. I tell them that they must be winners and that coming out 2nd is to be a winner amongst losers. However, none of us can be #1 all the time, but you will be a winner if at the end of your quest you tell yourself that you did your best and you injected passion into the task. You are a winner.

However Passion has its dark side too. Being passionately in love can cloud our reasoning. Being passionate about an ideology or a belief can negate alternatives. This morning at the Permatang Pasir, I saw passion plaayed out in various shades.


Duke, Shanghai, Gus and I followed some instructions and landed on the wrong divide. We parked and walked into the Barisan side. We knew it but just went ahead. Duke and Gus wore their anak bangsa malaysia tees and I wore a Tok Guru tee. I stood out like a sore thumb and some UMNO suporters cast looks that sent the same message that a UMNO guy said to me, smiling: You have come to the wrong side. I acknowledge with a reciprocal smile. None of the UMNO people taunted me. I salute them. I always have said that there are many good people in UMNO, it is the politicians that have exploited their members.

To get to the Pakatan side we trespassed a rambutan plantation by scaling fences three times. When we finally got to the PR side and was just settling down to do the necessary observations, this uncalled for thing happened. There was loud booing, jeering and taunting. Like us, an UMNO Puteri too strayed unknowingly into the PR camp. That was downright bullying and bullying a girl at that.This predominantly PAS crowd MUST NOT GO THIS ROUTE AGAIN. If Tok Guru was around this would not have happened and Tok Guru cannot be everywhere, can he? Think about this, PLEASE.

Thursday 13 August 2009

NAJIB TIDAK HARUS PROJEK IMEJ ABDULLAH BADAWI.



Perdana Menteri Datuk Seri Najib tidak seharusnya memprojekan imej Abdullah Badawi yang telah menyapu di bawah tikar (sweeping under the carpet) beberapa isu sensitif bersifat hasutan yang telah ditimbulkan secara agresif oleh parti parti pembangkang sejak mereka mendapat tempat sebagai kerajaan negeri dan sebagai pembangkang yang besar selepas pilihanraya 2008.

Ini dapat dilihat dari tentangan Ketua Menteri DAP Pulau Pinang terhadap dasar DEB, pencerobohan Hari Raya Idilfitri oleh kumpulan haram Hindraf hingga kepada penghinaan terhadap lagu Negaraku disamping berbagai bagai isu yang menghina Islam, orang Melayu dan Raja Raja Melayu. Ini semua berlalu dengan hanya diberi amaran demi amaran dibawah era Abdullah Badawi.

Sikap ini diteruskan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Hishamuddin Onn yang perlantikannya telah menimbulkan berbagai keraguan dari segi ketegasan dan keupayaan berdikari.

Isu terakhir menenai penghinaan yang dibuat dalam blog Ketua Pemuda Sosialis DAP Loke Siew Fook terhadap Islam dan Melayu berhubung dengan tulisan seorang Islamic Scholar, Dr Ridhuan Tee Abdullah dalam Mingguan Malaysiat baru baru ini mendapat reaksi akan disiasat oleh Menteri yang berkenaan.

Bahawa blog Siew Fook menghasut kepada pergaduhan kaum amat jelas apabila beliau sendiri merasakannya yang dibuktikan dengan tindakannya memadamkan posting yang menghasut itu dari blognya.

Dalam hal ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Hishamuddin Onn membuat kenyataan untuk menyiasat dalam suatu perkara yang “sudah terang lagi bersuloh” yang sepatutnya beliau lebih dahulu telah mengetahui dengan selangkapnya untuk membolehkannya membuat kenyataan yang tidak menyebabkannya menjadi seorang menteri yang keupayaannya tambah diragukan.

Beberapa pihak telah pun menganggapnya sebagai “Menteri Amaran” kerana telah banyak memberikan amaran dari masa kemasa tanpa tindakan.

Ini telah disahkan sendiri dari kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim sendiri yang berkata “kita sudah mendengar terlalu banyak keluhan, cemuhan berkaitan dengan memperli agama atau mewujudkan situasi hasutan tetapi tidak nampak tindakan setimpal diambil oleh pihak pihak yang berkuasa. (Utusan Malaysia 12 Ogos).

Inilah masanya bagi mereka menjalankan tindakan tersebut, kata Rais.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib sendiri telah menegaskan bahawa beliau mahukan orang jahat yang membangkitkan kebencian agama dan kaum ditangkap. Ini membesarkan lagi harapan rakyat yang telah dikecewakan perasaan mereka sekian lama sehingga mendorongkan Tan Sri Muhyiddin Yassin menginisiatifkan tindakan yang berani untuk menyingkirkan Abdullah Badawi..

Tanpa tindakan berani Muhyiddin, Najib tidak menjadi Perdana Menteri pada hari ini.


Jika sekiranya rakyat tidak juga melihat suatu tindakan yang tegas diambil berikutan dengan kenyataan Najib dan hanya akan mendengar Menteri Dalam Negeri mengulangi amarannya, maka inilah suatu permulaan kearah terhakisnya imej Datuk Seri Najib yang telah diberikan keyakinan dan sokongan oleh rakyat Melayu untuk menggantikan Abdullah Badawi yang gagal untuk memelihara maruah Melayu..

Najib mesti menunjukan bahawa beliau bukan Abdullah Badawi.



Sunday 9 August 2009

ARAK: LAWAK BODOH KERAJAAN SELANGOR


Seperti sudah dijangka satu sandiwara dan lawak bodoh sedang berlaku di Selangor mengenai isu arak. Walaupun dibantah dan kenyataan Menteri Besar Selangor yang memihak kepada Dap, tapi ia sebenarnya menonjolkan dengan jelas bagaimana sebuah sandiwara dan lawak bodoh ini digunakan untuk menutup isu-isu tertentu yang melanda dan menimpa para pemimpin PR.

Sejak isu arak dan bantahan oleh pemimpin Pas Selangor ke atas Ronnie Liu, media-media dan laman blog pembangkang seperti Harakah Daily langsung tidak menyentuh isu tersebut. Kenapa media rasmi Pas itu mengambil sikap berdiam diri mengenai isu arak ini? Sebaliknya hanya membiarkan media arus perdana saja memutarkan isu tersebut? Tidakkah isu ini merupakan antara prinsip sebenar perjuangan media Pas iaitu menegakkan syiar Islam antaranya melarang penjualan arak secara berleluasa? Tapi kali ini media Pas memilih untuk berdiam diri atau mempunyai agenda tersendiri dalam isu ini?

Lebih mendengkilkan lagi apabila ada juak-juak dalam Pas menuding jari kepada BN di atas apa yang berlaku. Perkara ini bukan sekali dan bukan hanya pada isu arak, tetapi dalam setiap isu apabila terkena batang hidung mereka, jika tidak dapat ditutup maka mereka akan menyalahkan petadbiran lama. Kenyataan Timbalan Pemuda Pas, Ahmad Zaidy Abd. Mutalib amat memualkan berhubung isu arak dan Ronnie Liu. Beliau dengan sekeras-kerasnya menafikan yang Pemuda Pas Selangor akan mengadakan demontrasi di masjid negeri Selangor Jumaat lalu bagi membantah dan mendesak kerajaan Selangor melucutkan portfolio Ronnie Liu.

Sebaliknya beliau melontarkan dan mendakwa demontrasi itu hanyalah tindakan UMNO untuk mengeruhkan hubungan antara Pas dalam PR. “Pemuda PAS Selangor tidak pernah menghubungi Pemuda Umno dan tidak pernah merancang hendak mengadakan demonstrasi," tegasnya. Beliau menegaskan, Pemuda Umno cuba mengeruhkan keadaan dan mahu merosakkan hubungan akrab parti dalam Pakatan Rakyat” (HarakahDaily.Net 6 Ogos 2009).

Inilah sikap juak-juak dalam Pas dan nampak kejahilan mereka dan tunduknya Pas di atas kuasa Dap. Kenapa mereka takut dan menafikan ingin mengadakan demontrasi bagi menegakkan syiar Islam supaya arak tidak dijual di Selangor? Kenapa jika isu ISA mereka sanggup bersekang mata dan mengerahkan tenaga mengadakan demontrasi jalanan? Tapi bila sampai pada perjuangan agama dan menegakkan syiar Islam, mereka tidak pula sanggup membuat demontrasi, kenapa?.

Kenapa wujudnya keadaan ini? Jawapannya paling mudah, kerana apa yang mereka lakukan sebelum ini hanyalah perjuangan politik dan keduniaan semata-mata. Perjuangkan Islam yang dilaungkan itu hanyalah simbolik untuk menarik sokongan dan undi orang-orang Melayu ketika menjelang pilihanraya.

Jika kita lihat sebelum Selangor di bawah petadbiran PR, Pas mengguna dan melabelkan Kerajaan Selangor di bawah BN dengan pelbagai kata. Seperti memanggil Selangor sebagai negeri Darul Babi, negeri Darul Arak dan sebagainya. Selain itu, mereka juga mendakwa Islam di Selangor tidak dilaksanakan dengan sepenuhnya dan pemimpin-pemimpin BN dilabelkan dengan pelbagai kata-kata hina. Akhirnya, apabila berkuasa dan mentadbir Selangor, tidak pula mereka melakukan seperti apa yang mereka kata. Gejala sosial semakin meningkat, bertambahnya rumah urut, pub, dan sebagainya hanya dilihat tanpa sebarang tindak dibuat oleh pemimpin Pas. Sebaliknya mereka hanya pandai menuding jari kepada Kerajaan terdahulu dalam setiap kali isu timbul.

"Semua perkara ini berpunca daripada Umno yang telah memerintah selama 50 tahun tetapi mereka tidak dapat mengharamkan penjualan arak di kawasan-kawasan majoriti Melayu," tegasnya. Ini kerana tambah beliau, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah melaksanakan perkara tersebut walaupun baru setahun empat bulan kerajaan Pakatan Rakyat memerintah” Timbalan Pemuda Pas, Ahmad Zaidy Abd. Mutalib (HarakahDaily.Net 6 Ogos 2009).

Jika ia berpunca dari UMNO, kenapa pemimpin-pemimpin Pas tidak membetulkan keadaan? Bukankah itu tugas para pemimpin Pas untuk memgubah keadaan menurut hukum Islam setelah mereka mengambil ali pentadbiran? Apabila Khalid mengeluarkan kenyataan, kenapa pemimpin-pemimpin Pas hanya berdiam diri dan menerima saja kenyataan Khalid berhubung isu penjualan arak di Selangor? Apakah beza konsep self regulation dengan kebenaran menjual arak yang diamalkan sebelum ini, apa bezanya kedua-dua ini? Kenapa pemimpin-pemimpin Pas tidak berdemontrasi? Bukankah Pas sebuah parti yang memperjuangkan Islam? Kenapa hanya berdiam diri apabila cadangan untuk melarang jualan arak di premis 7eleven itu ditolak oleh Khalid?

Bukan itu saja, jika benarlah Pas memperjuangkan Islam, kenapa mereka tidak perjuangkan supaya ditutup semua kelab, pub dan yang mengundang gejala sosial di Selangor? Kenapa Pas sanggup memperjuangkan Exconya yang terlibat dalam kehidupan moral yang begitu rendah sekali apabila bersedudukan tanpa ikatan perkahwinan? Sebaliknya pemimpin-pemimpin Pas lebih suka dan senang menuding jari kepada orang lain.

Apakah motif sandiwara yang dimainkan oleh PR di Selangor oleh Pas? Kenyataan Khalid sedikit sebanyak menonjolkan satu lawak bodoh dalam petadbirannya di Selangor. Begitu juga dengan lakonan Nik Aziz sejak kebelakangan ini yang dilihat agak sopan santun, lembut dan lebih berbudi bahasa. Kenapa semua ini berlaku dalam tempoh yang begitu mendadak? Atau Nik Aziz dan Pas sudah nampak, gaya pendtadbiran dan cara Najib mula mendapat sokongan rakyat? Kemenangan tipis di Manek Urai mungkin alasan kuat untuk Nik Aziz dan Pas Selangor kembali meraih simpati rakyat? Sebab semua tahu, Permatang Pasir bakal menjelang tiba, sudah pasti Pas tidak mahu bala menimpa.



Thursday 6 August 2009

ANTARA RONNIE LIU DAN ARAK


Sejak negeri Selangor ditadbir oleh PR tidak banyak perubahan yang dilakukan terutama dari segi pembangunan sosial dan ekonomi. Di bawah pentadbiran PR jumlah pendapatan FDI bagi akhir tahun 2008 hanyalah berjumlah RM4 bilion saja berbading semasa di bawah pentadbiran BN jumlah FDI bagi ahkir tahun 2007 adalah RM11.8 bilion (Utusan Malaysia 29 Julai 2009). Akibat kegagalan menarik pelabur asing melabur ke Selangor juga mengakibatkan peluang perkerjaan semakin berkurangan berbanding semasa pentadbiran Kerajaan BN yang dapat menawarkan perkerjaan sehingga 30,000 peluang pekerjaan kepada rakyat Selangor.

Apakah punca dan penyebab utama jumlah FDI Selangor semakin berkurangan? Tidkakkah Selangor ditadbir oleh ‘cerdik pandai’ yang sebelum ini begitu pandai mengajar dan mempertikaikan setiap perkara yang dilakukan oleh Kerajaan BN. Kenapa mereka yang cerdik pandai dalam PR ini tidak mampu dan tidak boleh meningkatkan jumlah pelaburan dalam Selangor? Sedangkan sebelum PUR yang lalu, mereka begitu pandai mengcongak dan sehinggakan membentangkan ‘budget rakyat’ kononnya apa yang mereka buat lebih baik dan terbaik untuk rakyat. Tapi akhirnya, negeri Selangor yang sebelum ini negeri paling banyak sumber pendapatan telah menerima kesannya setelah tompok pentadbiran bertukar di bawah PR.

Kerajaan PR sebenarnya tidak pentingkan usaha untuk membangunkan pendapatan atau pembangunan ekonomi dan sosial Selangor. Kerana apa yang penting bagi mereka ialah menyalak dan menghasut rakyat berarak di jalan raya bagi kepentingan politik mereka. Hari-hari rakyat disogokkan dengan cerita tahyul dan dogeng PR sehinggakan rakyat terpukau akan kejahilan pemimpin PR dalam setiap ceramah yang menaburkan pelbagai janji tetapi tidak ditepati.

Setelah mereka sedar rakyat mula terpukau dengan janji dan cerita tahyul yang mereka lontarkan, mula mereka ambil kesempatan. Bukan setakat wang Zakat ingin dikebas, wang Baitulmal juga mula di intai tetapi tanah wakaf bagi perkuburan Islam juga nampaknya akan di rampas. Isu pembinaan Dewan orang ramai bagi kaum Cina di atas tanah perkuburan Islam di Kampung Kebun Bunga, Shah Alam tidak dipedulikan oleh Exco Pas yang memperjuangkan Islam. Jika semasa di bawah Kerajaan BN pada 2007, telah ada perbincangan supaya dewan tersebut di pindahkan ke kawasan tanah perkuburan orang Cina yang bersebelahan dengan perkuburan orang Islam dan pemindahan tersebut akan di tanggung oleh kerajaan negeri. Itu telah dipersetujui, tapi setelah PR ambil alih, perkara ini terus sunyi dan sepi.

Jadi tidak dinafikanlah seperti apa yang dikatakan sebelum ini bahawa kerajaan Selangor di PR walaupun di ketuai oleh pemimpin dari PKR tetapi hakikatnya ia hanyalah ‘keldai tungangan’ Dap. Dap lah yang sebenarnya pembuat keputusan dalam kerajaan negeri Selangor, Menteri Besarnya hanyalah ‘boneka’ untuk menunjukkan Selangor masih di bawah petadbiran orang Melayu. Kenyatan-kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa Exco Selangor termasuk Datuk Dr. Hassan Ali supaya dikaji balik kedudukan Ronnie Liu dalam Exco hanyalah satu sandiwara kerajaan PR untuk menarik kembali sokongan rakyat yang semakin hilang keyakinan kepada kewibawaan PR mentadbir Selangor.

Akibat kelemahan dalam pentadbiran dan kepincangan dalam kesepakatan dalam Pakatan Dap, Pas dan PR maka mereka mula mencipta watak ‘hero’ untuk menarik kembali sokongan rakyat. Hero bagi orang Melayu bergama Islam dan bagi masyarakat Cina kerana masing-masing berjuang mempertahankan hak masing-masing.

Dalam isu penjualan arak, kenapa Pas hanya bertegas melarang jualan arak di premis 7Eleven saja? Kenapa tidak penjualan arak di premis-premis perniagaan seperti hotel, pasar raya, pusat hiburan dan sebagainya di Selangor tidak dimasukan sebagai tempat larang menjual arak? Kenapa hanya di 7Eleven? Hakikatnya 7Eleven dan premis seperti hotel, pasar raya dan pusat hiburan adalah tempat terbuka kepada orang ramai terutamanya orang Melayu.

Kenapa tidak saja diperjuangkan supaya ditutup saja kilang arak yang beroperasi di Selangor? Kenapa tidak diperjuangkan supaya pusat-pusat hiburan yang tidak bermoral ditutup? Sebaliknya di bawah pentadbiran kerajaan PR lesen pusat hiburan, SPA dan judi haram semakin bertambah sehingga 4,000.

Kenapa keputusan pembinaan dewan orang ramai Cina di atas tanah perkuburan orang Melayu tidak diperjuangkan? Inilah yang dikatakan apa yang terjadi antara Exco Pas, pegawai pihak berkuasa tempatan dengan Ronnie Liu dalam isu larangan menjual arak di premis 7 Eleven hanyalah sandiwara PR. Ia juga antara lain bertujuan untuk menutup isu lebih besar yang akan melibatkan Ronnie Liu dalam kes kematian Teoh dan menyelamat Ronnie dari penyelewengan yang beliau telah lakukan.

Dalam masa yang terdekat ini akan ada lagi satu pilihanraya kecil dan dengan kurangnya majoriti Pas di Manek Urai menjadi tamparan hebat buat Pas dan PR. Jadi isu Ronnie dan arak sedikit sebanyak menjadi modal buat Pas menunjukkan mereka masih teguh dengan perjuangan Islam mereka.


Akok@Baulu
















Monday 3 August 2009

TUN MAHATHIR DAN ASMAH PENGANTI BARU.



Oleh Munsyhi Abdullah.





Saya melihat di beberapa majlis perkahwinan yang saya hadhiri , mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir dan isteri sebagai tetamu menjadi tumpuan anak anak muda dari berbilang kaum untuk bergambar dengannya, ibarat seorang seniman pujaan.

Mungkin ini berlaku juga ditempat tempat lain tetapi suasana di majlis perkhawinan lebih menampakkan tumpuan kepadanya kerana turut hadhir lain lain menteri termasuk bekas perdana dan menteri menteri lain yang lebih muda dan artis artis popular.

Lebih dari itu yang sewajarnya yang menjadi tumpuan ialah pengantin baru tetapi seolah olah Mahathir dan Asmah pengantin baru.

Kesimpulannya ialah Mahathir dan Asmah sudah lebih tua dari UMNO, tetapi tetap diagung agungkan oleh generasi muda yang memberikan gambaran tidak sahaja generasi tua yang mengenangkan segala jasanya tetapi anak anak muda juga telah dijiwai oleh zamannya yang dipenuhi tidak sahaja dengan pengucapan pengucapan besar tetapi dengan projek projek yang menjadi ikon negara.

Seorang bukan Melayu yang juga bekas seorang pemimpin yang terkenal pada suatu masa dahulu yang duduk disamping saya di dalam suatu majlis perkahwinan memberitahu bahawa dia telah bertanya seorang anak muda Cina yang berjaya dalam perniagaannya semasa penerbangan pulang bersamanya dari Beijing ke Kuala Lumpur, siapakah yang akan dipilihnya dalam pilihanraya akan datang?

Anak muda ini menjawab bahawa “apabila saya bangun pagi saya melihat pencakar langit petronas tower, saya memijak KLIA, saya memandu diatas lebuh raya yang indah, saya ingat Mahathir”.

Dia yang memulakan perniagaannya dalam masa Mahathir seterusnya memberitahu bahawa selepas era Mahahtir dia hanya mendengar banyak pengumuman projek berbilion billion ringgit tetapi dia tidak turut merasakannya tempiasnya.

Ini bukan pertama kali saya dengar cerita seperti ini dari seorang Cina tetapi telah banyak kali sebelumnya.

Artinya di sebalik kempen untuk menonjolkan Mahathir sebagai seorang rasis, disamping adanya usaha untuk menandingi F1 dengan Monsoon Cup , Koridor Utara dan Selatan dengan Putra Jaya, Pertanian lawan Perindustrian namun yang tetap dikenangkan adalah apa yang ditinggalkan oleh Mahathir dalam eranya.

Di awal pemerintahannya pun beliau telah membangunkan perasaan kebesaran bangsanya dengan mengambil alih Carcossa dan membangunkan bangsanya lebih awal dari tidur dengan mempercepatkan waktu.

Sekalipun projeknya yang mempunyai inspirasi dan visi dibatalkan dalam masa persaraannya tetapi tidak berjaya untuk memadamkan inspirasinya. Jika jambatan bengkok diteruskan pasti pada akhirnya akan dipandang sebagai jambatan lurus dan betul oleh rakyat kerana akan menjadi lambang kehormatan dan keberanian suatu bangsa yang diperkecil dan dihina oleh suatu bangsa lain dipintu masuknya.

Kesimpulannya ialah kiranya Mahathir yang sudah lebih tua dari UMNO dan BN masih di terima, maka UMNO dan BN akan tetap diterima oleh rakyat termasuk generasi muda kiranya kepimpinan parti berkeupayaan untuk terus memberikan wajah baru kepada rakyat dengan projek yang bervisi sesuai dengan mimpi dan inspirasi mereka.




Sunday 2 August 2009

MANSUHKAN ISA, SIAPA BERJAYA?



Berdasarkan laporan media hampir 10,000 penyokong PR berhimpun sekitar Kuala Lumpur berarak mendesak Kerajaan memansuhkan ISA. Walaupun amaran demi amaran dan teguran dikeluarkan oleh pihak berkuasa, nampaknya mereka meneruskan perhimpunan kononnya untuk menyerahkan memorandum kepada Yang diPertuan Agong supaya ISA dimansuhkan.

Walaupun puluhan ribu warga kota termasuk para peniaga melahirkan rasa marah dan kecewa dengan sikap penganjur demontrasi iaitu Gerakan Mansuh ISA (GMI) tapi para pemimpin GMI termasuk pemimpin politik PR gembira dan berasa bangga kerana berjaya menghimpun penyokong untuk mewujudkan huru-hara.

Mereka juga langsung tidak memikirkan akan nasib para peniaga dan penjaja disekitar Jalan Masjid India, Jalan Tunku Abdul Rahman dan kedai-kedai sekitarnya. Boleh dikatakan para peniaga dan penjaja terpaksa menanggung kerugian akibat kedegilan pihak tersebut, sedangkan hari minggulah hari buat para peniaga mendapatkan sedikit keuntungan.


Mereka mendakwa demontrasi hari ini berjaya dan Tian Chua ketika menyampaikan ucapannya berkata dengan angkuhnya bahawa demontrasi sebegini akan diulang lagi hinggalah ISA dimansuhkan. Ada Tian Chua atau rakan-rakan dalam PR yang mengadakan demontrasi meluahkan rasa simpati terhadap para peniaga dan penjaja disekitar Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Masjid India dan sekitarnya? Siapa yang akan menanggung kerugian yang dialami oleh mereka?

Mereka yang kononnya berjuang untuk keadilan langsung ‘tidak guna otak’ dalam tindakan mereka.
Kalau mereka ini waras atau menggunakan ‘otak’ sudah pasti mereka akan mencari tempat yang sesuai seperti di stadium, tempat tertutup atau tempat yang jauh dari orang ramai untuk mengadakan demontrasi dan perhimpunan agar tidak menyusahkan rakyat atau penduduk yang ingin bersiar-siar bersama keluarga di bandaraya Kuala Lumpur.

Sebaliknya mereka memilih jalanan untuk mengadakan demontrasi dan tindakan mereka ini menimbulkan seribu pertanyaan dan persoalan apakah motif dan tujuan sebenar disebalik hasrat mereka untuk memansuhkan ISA.
Siapakah yang sebenarnya inginkan ISA dimansuhkan? Dalam demontrasi jalanan untuk mansuhkan ISA tersebut kaum manakah paling ramai? Dimanakah kaum India dan Cina? Dimana mereka berada sedang orang-orang Melayu dari PR sanggup bermandi air dari trak water canon pihak polis? Kalau ada pun hanya pemimpin politik saja dari dua kaum tersebut tapi penyokong-penyokong mereka semuanya bersenang-senang dan hanya menunggu waktu dan ketika saja jika negara huru-hara. Kenapa mereka ini takut dengan ISA? Adakah ISA ini ancaman buat kita sebagai rakyat biasa yang inginkan kehidupan yang aman dan selesa tanpa takut dengan anasir-anasir yang mampu mengugat dan mengancam keselamatan negara? Kalau kita tidak buat salah dan mengikut peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan buat apa kita takut dengan ISA atau undang-undang serta peraturan keselamatan yang telah ditetapkan.

ISA tidak akan tangkap mana-mana rakyat atau individu jika rakyat atau individu itu tidak melakukan kesalahan atau perkara yang membolehkan wujudnya kekacauan dalam negara.
Tapi jika seseorang itu mempunyai kepentingan dan ingin menimbulkan huru-hara dan keadaan tidak tenteram dalam negara, sudah pasti pilihan mereka ialah supaya ISA dimansuhkan. Agar senang mereka melakukan perkara melampaui batasan dan boleh menghancurkan negara maka senanglah mereka bermaharajalela merampas segala harta kekayaan milik kita.

Yang diperalatkan ialah para penyokong PR terutama orang Melayu dari PKR dan Pas. Mereka ini ‘diperbodohkan’ supaya mengadakan demontrasi dengan umpan ISA dimansuhkan. Apabila ‘diperbodohkan’, maka beramai-ramailah penyokong PKR dan Pas keluar mengadakan demontrasi kononnya berjuang supaya ISA dimansuhkan. Akhirnya mereka ditangkap dan sumbat dalam tahanan, maka mula lah mereka menyalahkan Kerajaan terutamanya pihak berkuasa kerana bertindak ganas dan keterlaluan.

Sengketa antara sama bangsa dan agama akan wujud kerana Melayu sama Melayu sudah tidak percaya satu sama lain. Mereka bergaduh, bertekak dan tidak mempunyai semangat persaudaraan lagi. Tapi satu pihak tersenyum lebar dan gembira apabila strategi mereka sudah mengena. Inilah yang mereka inginkan, apabila Melayu sama Melayu sudah bergaduh dan tidak lagi boleh duduk semeja untuk berbincang maka mudahlah bagi mereka merampas apa yang ada. Jadi apabila ‘umpan’ sudah mengena, mereka hanya mencuci tangan sambil berkata, ‘dunia ini ana yang punya’. Melayu sama Melayu sudah tidak dapat hidup bersama, Melayu sama Melayu sudah hilang punca dan tiada lagi kerjasama. Yang akan sengsara ialah anak cucu kita, kerana jika tidak ada langkah tegas diambil kepada perancang utama yang cuba mewujudkan suasana huru-hara, maka menangislah anak cucu kita kerana kealpaan datuk nenek moyang mereka.

Mereka yang berniaga terutama di Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Masjid India dan sekitarnya melahirkan rasa kecewa kerana kerugian barangan yang mereka niaga akibat sikap manusia yang tidak menggunakan akal yang sempurna walaupun dianugerahkan Tuhan sebaik-baik dan semulia kejadiannya. Maka, slogan ‘rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’ haruslah dihayati dengan para pemimpin BN terutama Menteri Wilayah Persekutuan atau PM atau Timbalannya hendaklah turun padang mendengar keluhan dan tanamkan keyakinan akan kejadian sama tidak akan berulang.


Akok@Baulu