Tuesday 27 July 2010

DAP MENYUSUN STRATEGI, PAS DAN PKR MENGIGIT JARI


Ibarat jatuh ditimpa tangga, Hassan Ali sekali lagi diserang oleh puak endorgan dalam PR ekoran pendedahan beraninya berhubung perjumpaan secara sulit dengan Mufti Perak bagi membincangkan isu perpaduan umat Islam. Walaupun beliau telah menjelaskan kepada media bahawa perjumpaan tersebut bukanlah untuk membincangkan bentuk kerjasama UMNO-Pas sebaliknya lebih kepada membincangkan mengenai kesejahteraan dan kemajuan umat Islam dikedua-dua buah negeri, beliau tetap di ‘belasah’.

Sebenarnya perjumpaan antara Hasan Ali dengan Mufti Perak ini telah menimbulkan rasa takut bukan saja puak endorgan tetapi para pemimpin Dap. Dap takut strategi ‘melembukan’ PKR dan Pas tidak akan tercapai menjelang PRU 13 nanti jika umat Islam negara ini bersatu padu dan UMNO-Pas berkerjasama. Kerana mereka sedar bahawa jika tanpa sokongan orang Melayu, Dap sudah pasti tidak akan dapat menguasai politik negara dan berjaya seperti hari ini.

Dap lebih memahami Perlembagaan negara berbanding PKR dan Pas. Perlembagaan negara jelas dan tidak tertulis didalamnya bahawa Perdana Menteri adalah mesti orang Melayu dan beragama Islam. Ini adalah kenyataan dan jelas dalam Perlembagaan negara kita kecuali negeri-negeri yang cerdik seperti Perak yang jelas berjaya menyelamatkan bumi Melayu di ‘jajah’ oleh Dap.

Oleh kerana Perlembagaan tidak menyatakan orang Melayu atau beragama Islam jadi Perdana Menteri, sebaliknya Perdana Menteri adalah dilantik dari parti yang memenangi majoriti kerusi Parlimen. Jadi inilah strategi yang digunakan oleh Dap ‘melembukan’ PKR dan Pas untuk menghapuskan UMNO atau dengan kata lain ‘menggali kubur’ untuk orang Melayu. Di Selangor, Melaka, Perak, P.Pinang, Sarawak dan Negeri Sembilan Dap sedang menyusun strategi untuk melebarkan kerusi mereka dalam PRU 13 nanti. Di negeri-negeri tersebut Dap akan menuntut kerusi Parlimen dan DUN lebih dari PKR dan Pas, alasan mereka kerana majoriti kawasan tersebut pengundi Cina atau pengundi Cina di kawasan tersebut adalah penentu kemenangan PR.

Seperti telah dinyatakan, Perlembagaan tidak nyatakan Perdana Menteri mesti orang Melayu atau beragama Islam, sebaliknya Perdana Menteri dipilih berdasarkan Parti yang mendapat majoriti dalam Pilihanraya Umum. Jadi, cuba kita renungkan, dalam PR parti manakah yang memperolehi kerusi paling banyak? Bukankah Dap? Jadi strategi-strategi yang dinyatakan di ataslah yang sedang digunakan oleh Dap untuk mengusai majoriti kerusi Parlimen dan seterusnya menafikan PKR dan Pas untuk menjadi penerajui utama.

Jika Dap memperolehi majoriti kerusi Parlimen, adakah sanggup mereka biarkan jawatan Perdana Menteri diserahkan kepada orang Melayu dari PKR dan Pas? Bolehkah orang Melayu dalam Pas dan PKR menyekat hasrat Dap tersebut mengikut undang-undang? Cuba lihat apa yang terjadi di Perak. Dap cuba untuk memerintah Perak kerana mereka memenangi Dun dengan majoriti, tetapi undang-undang negerilah yang menyekat mereka dari ‘menjajah’ Perak. Jika Perak berada di bawah Dap, sudah pasti orang-orang Melayu Perak akan menerima nasib yang sama seperti orang Melayu di P. Pinang. Apatah lagi jika mereka menguasai negara, sudah pasti lebih dari itu mereka akan lakukan ke atas orang Melayu, mungkin sama nasib dengan orang Melayu di Singapura.

Untuk mengukuhkan lagi pengaruh mereka, selain dari negeri-negeri yang disebutkan tadi, Dap akan berusaha untuk meletakan calon Melayu/India bertanding di bawah parti mereka. Inilah muslihat dan strategi Dap untuk menguasai negara yang tidak disedari oleh PKR dan Pas.

Akok@Baulu

Tuesday 20 July 2010

Kesan ketara meritokrasi ke IPTA: Pelajar Melayu hanya 26 peratus

Nasib Melayu dibumi sendiri semakain terancam. Sekarang hanya 26 peratus sahaja pelajar Melayu yang dapat menjejaki menara gading. Selebihnya 74 peratus adalah pelajar bukan Melayu. Ini jauh merosot daripada matlamat asal. Sudahlah biasiswa keluar negeri semakin mengecil, yang didalam negeri pun semakin tidak mendapat tempat. Pelajar Bumipuitra nak belajar ke mana lagi......


Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAILrencana@utusan.com.my

HEBOH seketika dulu apabila jumlah pelajar wanita ke insititusi pengajian tinggi (IPT) bagi sesi kemasukan 2009/2010 mengatasi pelajar lelaki. Daripada 40,366 calon yang ditawarkan mengikuti program ijazah pertama di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bermula Jun lalu misalnya, 65 peratus atau 26,200 orang daripada mereka ialah pelajar wanita.

Namun, ia bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana sejak beberapa tahun kebelakangan ini, trend pelajar perempuan mendominasi IPT sudah menjadi sesuatu yang biasa. Ia turut berlaku di kebanyakan negara apabila kebanyakan wanita hari ini mempunyai akses yang sama rata kepada sistem pendidikan.

Tetapi ada perkara lain daripada jumlah pengambilan pelajar baru ke IPTA di negara ini yang sepatutnya lebih mendapat perhatian. Secara komposisi kaumnya, daripada jumlah keseluruhan pelajar ke IPTA sesi kali ini, sebanyak 27,829 orang adalah calon bumiputera. Seramai 10,116 orang pula merupakan pelajar kaum Cina manakala selebihnya iaitu sebanyak 2,421 terdiri daripada pelajar kaum India dan kaum lain.

Pada dasarnya, kemasukan pelajar bumiputera masih tinggi berbanding pelajar bukan bumiputera. Tetapi apa yang tidak kelihatan ialah bagaimana pecahan sebenar komposisi pelajar itu jika dilihat daripada kaedah kemasukan iaitu berdasarkan prinsip meritokrasi?
Sejak 2003, pengambilan pelajar ke IPTA tidak lagi berdasarkan kuota yang mana 55 peratus tempat diperuntukan kepada bumiputera manakala 45 peratus yang lain kepada bukan bumiputera. Sebaliknya, kerajaan memperkenalkan prinsip meritokrasi yang membuka peluang sama rata kepada pelajar pelbagai kaum berdasarkan kemampuan pelajar.

Ketika diperkenalkan, sistem meritokrasi antara lain dirujuk sebagai satu bentuk pengajaran kepada kaum bumiputera supaya tidak mensia-siakan peluang pendidikan yang telah disediakan oleh kerajaan. Dengan pelaksanaan itu juga, para pelajar akan dipilih berdasarkan 90 peratus markah akademik dan 10 peratus markah kokurikulum.

Pemilihan itu pula dibuat oleh sebuah badan yang ditubuh khas iaitu Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (yang dahulu dikenali Unit Pusat Universiti atau UPU). Ketika peringkat awal pelaksanaannya, kemasukan pelajar bumiputera ke IPTA dicatatkan sebanyak 68.9 peratus. Ia memeranjatkan banyak pihak terutamanya mereka yang menentang pelaksanaannya kerana bimbang sistem itu akan dibolot oleh pelajar bukan bumiputera yang diketahui lebih pandai dan cemerlang.

Rekod penguasaan pelajar bumiputera itu terus dipertahankan untuk tahun-tahun berikutnya iaitu 62.6 peratus pada sesi 2003/2004 dan 63.8 peratus pada 2004/2005. Bagaimanapun selepas kira-kira lapan tahun pelaksanaannya, jumlah pelajar bumiputera itu menunjukkan perbezaan yang sangat ketara.

Tahun ini, iaitu bagi pengambilan pelajar sesi 2009/2010 yang bermula Jun lalu, jumlah pelajar bumiputera yang layak berdasarkan prinsip meritokrasi dikatakan hanya sebanyak 26 peratus sahaja. Bakinya iaitu 74 peratus tempat yang lain, dibolot oleh pelajar-pelajar bukan bumiputera.

Meskipun fakta ini tidak didedahkan oleh agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam urusan pengambilan pelajar ke IPTA, namun ia mempunyai asas yang kukuh untuk diyakini.
Ini bermaksud, apa yang dibimbangi oleh banyak pihak sebelum ini mengenai akan berlakunya tempat yang dibolot oleh pelajar bukan bumiputera menjadi kenyataan.

Asas kebimbangan itu sebenarnya sangat jelas kerana pelajar bukan bumiputera mempunyai kelebihan dari sudut pencapaian akademik kerana beberapa faktor. Antaranya kerana kedudukan ekonomi mereka yang lebih baik yang membolehkan pelajar bukan bumiputera mendapatkan pendidikan tambahan di luar sesi persekolahan.

Malah, ada yang mampu mengupah guru persendirian khusus untuk mengajar anak-anak mereka secara peribadi. Sudah semestinya, keputusan peperiksaan mereka jauh lebih baik jika dibandingkan dengan pelajar-pelajar bumiputera yang rata-ratanya hanya bergantung kepada pendidikan asas di sekolah biasa.

Ketidakadilan itu lebih dirasai oleh pelajar-pelajar di luar bandar yang mana akses mereka kepada pendidikan tambahan lebih terhad. Belum pun satu dekad prinsip meritokrasi itu dilaksanakan, jurang antara pelajar bumiputera dan bukan bumiputera yang layak ke IPTA sudah kelihatan begitu besar.

Tidak mustahil, tiada lagi pelajar bumiputera yang layak ke IPTA berasaskan sistem merit sekiranya dasar ini dikekalkan untuk satu jangka masa panjang. Kerana itu adalah wajar bagi kerajaan mengkaji semula dasar ini dengan mengambil kira survival pendidikan tinggi bumiputera.

Perkara ini bukan tidak disedari oleh pihak kerajaan kerana khabarnya, kerajaan terpaksa menambah bilangan pelajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) bagi mengimbangi jumlah pelajar bumiputera dan bukan bumiputera di IPTA.

Ini kerana UiTM ketika ini merupakan satu-satunya universiti khusus milik bumiputera dan tidak mengamalkan sistem merit sepenuhnya dalam pengambilan pelajar. Akan tiba masanya, UiTM juga tidak lagi mampu menampung lebihan pelajar berkenaan dan ketika itu, ke mana pelajar-pelajar bumiputera akan ditempatkan?

Soal menjamin pendidikan kepada bumiputera adalah sesuatu yang jelas dalam Perlembagaan dan menjadi tanggungjawab kerajaan. Tidak perlu ada rasa bersalah dalam memastikan bumiputera mendapat kelebihan kepada akses pendidikan yang sempurna termasuk di peringkat pengajian tinggi kerana itu merupakan hak mereka.
Sementelah, kaum bumiputera juga berdepan dengan persekitaran yang tidak adil untuk diajak bersaing secara terbuka menerusi pelaksanaan prinsip meritokrasi. Ini kerana mereka tidak berkemampuan untuk ke sektor pengajian swasta seperti kaum lain sekiranya gagal ke IPTA kerana kos pengajian yang terlalu tinggi.

Kaum bukan bumiputera pula seharusnya sedar bahawa sistem kuota yang dilaksanakan sebelum ini tidak sedikit pun menafikan hak mereka untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA. Dengan komposisi kemasukan pelajar mengikut kaum yang terlalu kecil, kuota 45 peratus yang disediakan kepada bukan bumiputera ke IPTA masih meninggalkan baki yang tidak dipenuhkan.

Selain itu, mereka juga disediakan beberapa buah universiti khusus untuk kaum tertentu yang dananya disalurkan oleh kerajaan. Sebagai contoh Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Universiti Terbuka Wawasan, Kolej New Era dan beberapa universiti lain. Begitu juga dengan lambakan universiti dan kolej universiti swasta yang majoriti pelajarnya terdiri daripada bukan bumiputera.

Dalam erti kata yang lain, kaum bukan bumiputera sebenarnya tidak mempunyai banyak masalah untuk melanjutkan pelajaran di peringkat tertinggi di negara ini meskipun ketika amalan kuota diguna pakai.

Malah jika faktor itu juga diambil kira, kita akan menyedari bahawa kaum bumiputera sebenarnya berdepan dengan peluang yang sangat terhad untuk mendapatkan pendidikan tinggi. Sekiranya keadaan ini dibiarkan berterusan, bukan hanya kekuasaan ekonomi yang akan terlepas daripada tangan kaum bumiputera. Malah kita juga akan kekurangan kumpulan cerdik pandai yang akan menguruskan negara pada masa depan.

Lenggong Valley: Hanya yang kurang waras tidak percaya Anwar berjuang utk Yahudi

Terjemahan Lenggong Valley:
Macam mana untuk mendapat sambutan "permaidani merah" di Pentagon?
Kontroversi terbaru Ketua pembangkang yang tidak berparti, Anwar Ibrahim, apabila dihentam habis-habisan oleh media arus perdana Amerika berikutan pendirian anti-Yahudinya di Dewan Rakyat kini semakin rancak.
Kontroversi tersebut membakar dirinya dengan marak walaupun dia bersusah payah menghilangkangkan diri daripada gerombolan Pakatan Rakyat di Malaysia yang menghadapi pelbagai masalah dan cabaran.
Kini, Anwar macam cacing kepanasan membelit cerita selain cuba menepis pelbagai persoalan dan isu dalam usaha memboloskan diri daripada perangkap yang diletaknya sendiri, tetapi memakan tuan.Minggu lalu semasa berucap di persidangan Perdana Global Foundation Peace Organisation (PGPO), mantan Perdana Menteri ke 4 Malaysia Tun Mahathir berkata," Sekiranya Anwar setia kepada tuannya, iaitu Yahudi, dia tidak mungkin akan dapat menunjukkan kesetiaan ikhlas kepada Malaysia."
Lantaran itu, kerana terdesak dan seperti dijangka, dia memutar belit fakta hingga sanggup berbohong kononnya dia bukanlah "anak emas Yahudi."Kini, tidak dapat dinafikan Anwar sebenarnya "Anak Emas Yahudi Neo Con" di Malaysia.
Semasa dia menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 1997, Setiausaha Pertahanan Amerika William Cohen memberikannya "Layanan Permaidani Merah" ketika membuat lawatan ke Pentagon. Dia mempunyai hubungan rapat dengan bekas Setiausaha Perbendaharaan Amerika Robin E. Rubin, bekas Setiausaha Negara Amerika Madeleine Albright, bekas Presiden Bank Dunia Paul Wolfowitz dan James Wolfensen.
Setelah keluar dari penjara berikutan pembalikan hukuman liwat oleh Mahkamah Persekutuan pada 2004, Anwar berlepas ke Munich, Jerman untuk kononnya menjalani rawatan ortopedik. Semasa dia di hospital, Albright bergegas terbang dari Washington DC untuk menziarahnya.Sekarang pecahlah tembelang Anwar. Pelbagai organisasi cetusan ideanya yang berselindung di sebalik usaha berasaskan komuniti seperti siri perbincangan intelek di Malaysia untuk kononnya memperjuangkan "Demokrasi, Kebebasan bercakap, dll." sebenarnya dibiayai oleh organisasi-organisasi didalangi Yahudi, termasuk Heritage Foundation dan Foundation of the Future.
Bertolak daripada ini, PKR sendiripun mendapat pembiayaan terus daripada tokoh korporat dunia, seperti George Soros.Perkaitan dan kepentingan Anwar dengan lobi Yahudi di Amerika begitu penting hinggakan pada setiap ceramah politik yang di hadiri Anwar, seorang atase politik dari keduataan Amerika di Kuala Lumpur pasti akan hadir sama.
Kehadiran atase politik tersebut jelas membuktikan pembabitan rapat CIA dengan agenda politik Anwar Ibrahim.Tiris sekali alasan Anwar apabila berdepan dengan pendedahan ini. Mungkin hanya mereka yang kurang waras mempercayai Anwar bukan petualang Yahudi di Malaysia.
-Terjemahan post blog Big Dog.

Monday 19 July 2010

PERPADUAN UMNO/PAS AGENDA PENYATUAN MELAYU


Isu perpaduan dan kesepakatan antara UMNO/Pas untuk penyatuan orang Melayu sudah lama diutarakan dan pada satu seketika kedua-dua pihak dilihat bersetuju untuk menubuhkan sebuah Kerajaan perpaduan. Namun terencat kerana tekanan yang diterima oleh pemimpin Pas menyebabkan usaha mewujudkan Kerajaan perpaduan terbantut. Sedangkan beberapa pemimpin tertinggi Pas bersetuju dengan hasrat menubuhkan Kerajaan perpaduan tersebut. Pas bukan saja menerima desakan dari dalaman, bahkan desakan dari rakan dalam pakatan terutamanya Dap.

Namun, atas semangat untuk mewujudkan perpaduan dan penyatuan orang Melayu, UMNO sekali lagi berusaha dan memulakan langkah menyuarakan hasrat untuk duduk semeja berbincang dan bermusyawarah demi kepentingan masa depan orang Melayu. Walaupun UMNO sudah membuka ruang dan sedia duduk semeja, pemimpin tertinggi Pas yang diketuai Nik Aziz menolak hasrat murni UMNO tersebut. Nik Aziz secara terangan menyatakan Pas tidak akan berkerjasama dengan UMNO dan sudah lama diputuskan sebaliknya hanya sedia bersemuka dengan UMNO untuk membincangkan isu royalti minyak di Kelantan.

Adakah Nik Aziz tidak sedar jika perpecahan orang Melayu dalam UMNO/Pas akan merugikan bangsa sendiri? Tidakkah Nik Aziz sedar bahawa rakan mereka Dap secara jelas dan berulang kali menyatakan bahawa tidak akan wujud sebuah negara Islam jika PR berjaya ambil alih pucuk pentadbiran negara. Jelas bahawa perbezaan dasar kedua-dua belah pihak iaitu Pas dan Dap dalam hala tuju agenda politik mereka. Adakah Pas akan dapat menyekat kuasa Dap jika benar satu hari PR menguasai negara? Jika hari ini diperhatikan pun, Dap menguasai kerusi di Parlimen berbanding dengan Pas. Tidakkah Pas sedar akan strategi yang digunakan oleh Dap semasa proses pelantikan Menteri Besar Perak?

Jika Pas sedang mengembangkan sokongan mereka kepada bukan Melayu melalui penubuhan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) sebagai sayap kanan parti, Dap juga tidak berdiam diri. Di Selangor dan Pulau Pinang, Dap sedang mengatur strategi memindah dan menyusun semua pengundi mereka. ada juga pihak menyatakan bahawa Dap juga akan meletak calon mereka berbangsa Melayu untuk menguasai Adun dan Parlimen di seluruh negara. Kenapa Dap meletakkan calon orang Melayu? Ini kerana pemimpin Dap yakin bahawa calon-calon mereka di Dun/Parlimen majoriti kaum Cina akan memihak kepada mereka, jadi untuk melebarkan penguasaan mereka untuk Dun/Parlimen terutama kawasan majoriti Melayu, calon Melayu adalah pilihan terbaik kerana selain mendapat undi Melayu, Dap yakin 80% undi bukan Melayu memihak kepada mereka.
Apabila Dap menguasai majoriti Dun/Parlimen, sudah pasti mereka akan menuntut untuk mengepalai jentera Kerajaan. Dengan kata lain, inilah antara strategi yang sedang disusun oleh Dap menjelang PUR 13 untuk mengusai pentadbiran negara.

Apabila Dap menguasai Kerajaan adakah Dap akan mendengar teguran/nasihat rakan dalam PR terutama Pas? Kita lihat apa terjadi pada Dato’ Hassan Ali, niat untuk perjuangkan Islam dinafikan sebaliknya perkara kufar dijulang dan pemimpin Melayu dalam PR terpaksa akur dengan kehendak Ronnie Liu dalam isu arak dan sebagainya. Orang Melayu di Selangor dilaga-lagakan oleh Dap dan perpecahan orang Melayu semakin ketara tetapi kaum mereka sedang mengaut untung dan walaupun baru 2 tahun menguasai Selangor, mereka sudah kaya raya. Begitu juga di Pulau Pinang, orang Melayu disingkirkan tanpa belas ehsan manakala pemimpin Melayu dalam PKR dan Pas diam seribu bahasa tidak berani berkata-kata.

Jika PR menguasai Kerajaan Persekutuan adakah Pas boleh menubuhkan negara Islam? Jika pun Pas ingin menubuhkan sebuah Kerajaan Islam mereka perlu mendapat persetujuan 2/3 Dewan Rakyat. Tapi Pas perlu melangkah mayat Karpal Sigh terlebih dahulu jika ingin tubuhkan negara Islam, sanggupkah Pas berbuat demikian?
Hari ini Pas hanya pada nama saja sebuah parti yang memperjuangkan Islam, hakikatnya tidak. Dengan kata lain, demi politiknya Pas yang ditunjangi oleh Nik Aziz sanggup gugurkan tuntutan menubuhkan negara Islam kerana Dap. Ini jelas dari beberapa kenyataan sebelum dan selepas Nik Aziz berkawan dengan Dap yang menunjukkan betapa politik menguasai Pas berbanding perjuangan asal mereka.
“Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram.” Hukum Dewan Ulama Pas Kelantan, Ogos 1993.
“Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan Pas yang menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram.” Harakah, 23 April 1994.
“Menentang Pas adalah haram mengikut Al Quran.” Berita Minggu, 24 April 1994.
“Kita bersyukur dengan pendirian Dap sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan Pas, asalkan tidak mendirikan negara Islam.” Berita Harian, 12 Mei 1999.
“DAP kalau nak hina Islam (tidak apa) pasal dia bukan Islam.”
Pada 30 Jun 2010, HarakahDaily melaporkan Nik Aziz sebagai berkata, “You (Karpal) sebut Islam tak betul dengan hujah yang tak pasti, tetapi selagi you tak boleh menyebut Islam ini tak betul sama ada dari segi akidah, muamalah, saya nak tinggal Islam pun tak boleh…”
Lebih memeranjatkan lagi ialah apabila New Straits Time melaporkan pada 9 Julai 2010 kenyataan Nik Aziz yang saya terjemahkan seperti berikut, “Saya sudah sebut banyak kali. Kalau mereka yang tak boleh terima polisi kita boleh tunjukan saya bukti terdapat kesilapan dengan Islam, saya sendiri akan tolak Islam. Kalau tidak kamu tidak boleh bagi bukti, maka saya tidak ada alasan untuk meninggalkan Islam, (kenyataan asal, I have mentioned this many times. If those who cannot accept our policies can show me what is wrong with Islam, then I personally will reject Islam. If you cannot give proof, the I have no reason to leave my religion,”.
Mengapa tidak boleh Pas terus berjuang ke arah menubuhkan negara Islam dengan UMNO? Sebaliknya Nik Aziz sanggup melacurkan Islam hanya kerana kepentingan politiknya dan menjaga rakannya Dap yang jelas menolak Islam.


Akok@Baulu

Thursday 8 July 2010

RAHMAT UNTUK PENEROKA FELDA




Disebalik penipuan dan fitnah pihak PR kononnya FELDA bankrap disanggah apabila Najib mengumumkan ‘duit raya’ buat semua peneroka FELDA seluruh negara sejumlah 112, 635 peneroka. Itulah tanda FELDA bankrap sehinggakan FELDA boleh memberikan sumbangan sebegitu rupa untuk seluruh peneroka FELDA di seluruh negara. Bukan itu saja, mercu kejayaan FELDA semakin bertapak dan gah di persada negara apabila terbinanya MRSMF di Trolak dengan kemudahannya setaraf dengan universiti.

Adakah FELDA bankrap? Kalau dilihat seperti apa yang dijelaskan oleh Najib yang bankrap itu adalah pihak PR. Mereka bankrap idea dan isu untuk menjatuhkan BN dan pasti nanti isu lain akan timbul dan isu yang timbul itu lebih kepada serangan atas kepentingan Najib. Semua yang mempunyai kaitan dengan Najib seperti adik beradiknya, suadara maranya, anak-anaknya dan termasuklah isterinya diintai dan dicari apa saja perkara yang boleh dijadikan isu untuk diketengahkan oleh PR dalam usaha meraih sokongan rakyat.

Mungkin rakyat tidak sedar akan kejayaan FELDA bukan saja dalam negara bahkan juga di peringkat antarabangsa. Dalam negeri saja peneroka FELDA perlu berbangga kerana FELDA sudah mempunyai sebuah Hotel 4 bintang di Kuala Terengganu. Itu belum lagi tempat-tempat peranginan dan resort yang dimiliki oleh FELDA diseluruh negara dan juga paling membanggakan FELDA mempunyai cateringnya yang bertaraf antarabangsa iaitu D’Saji yang semakin melakar namanya bukan saja di dalam negara bahkan di luar negara. Serta banyak lagi kejayaan FELDA dalam mermartabatkan dan memperjuangkan nasib orang Melayu dalam dunia perniagaan. Tapi Melayu dalam PR mudah lupa seperti apa yang dinyatakan oleh Tun Mahathir.


Namun disebalik pendedahan dan penjelasan isu FELDA bankrap ini sedikit memberi ruang kepada Dap untuk mengubah ceritanya. Jika penjelasan dan pendedahan kejayaan FELDA mampu mendedahkan penipuan PR, sebaliknya bagi Dap ia adalah isu yang mereka akan jaja untuk meraih sokongan bukan Melayu untuk terus menyokong mereka. Kenapa? Sebabnya ia telah mendedahkan betapa ‘sayangnya’ Kerajaan terhadap FELDA betapa FELDA adalah ‘anak emas’ Kerajaan. Inilah yang sudah didengari, mungkin agen-agen dari Dap yang sedang menjelaskan dan mengapi-apikan kepada bukan Melayu dengan sensitiviti perkauman sempit mereka bahawa bukan Melayu disisihkan, bukan Melayu tidak dijaga seperti Kerajaan menjaga FELDA dan sebagainya.

Sikap cauvanis dan perkauman sempit Dap memang tidak berubah dan strategi komunis yang diwarisi oleh pemimpin mereka diteruskan dan dijadikan alat untuk meraih sokongan bukan Melayu. Mereka ‘mengkeldaikan’ PKR dan Pas untuk menyerang BN dan melaga-lagakan orang Melayu bertujuan supaya Kerajaan mendedahkan segala kebenaran dan orang Melayu sudah pecah belah maka senanglah mereka meraih sokongan bukan Melayu dan seterusnya menguasai politik negara.

Jadi PR sudah pasti tidak akan senyap dengan isu-isu yang akan mereka bawa untuk memburukkan BN. Jika sebelum ini mereka gagal dalam isu Altantuya dan isu APCO, maka FELDA adalah target mereka. Tapi mengenai isu FELDA mereka tidak akan menyerah kalah kerana FELDA adalah institusi yang dekat di hati Najib. Peneroka FELDA harus buka mata dan telinga, pendedahan Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu bahawa pembohongan, maki hamun, fitnah, hina orang dan sebagainya adalah cara dan strategi PR untuk melemahkan Kerajaan. Inilah yang dilakukan oleh PR tetapi tidak disedari oleh penyokong mereka.



Jadi bukan hanya peneroka FELDA tetapi seluruh rakyat Malaysia hendaklah keluar dari mentaliti PR dan hendaklah bersama-sama terus mempertahankan FELDA sebuah organisasi yang telah banyak berjasa kepada orang Melayu dan juga mempertahankan institusi lain yang dimiliki oleh orang Melayu agar ia tidak lenyap dimuka bumi ini angkara firaun-firaun kecil yang sedang merangka strategi mereka.