Wednesday 18 August 2010

POLITIK MEMBABI BUTA UMAT ISLAM BINASA

Di bulan Ramadhan ini ramai mengambil kesempatan untuk menambah pahala. Ada yang melipat kali gandakan amalan ibadat mereka kepada yang Esa, ada yang membayar zakat untuk menyuburkan harta mereka, ada yang menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukannya dan sebagainya. Tidak ketinggalan ada juga yang membuat jamuan, gotong-royong atau program berbuka puasa di masjid-masjid untuk menambahkan lagi pahala mereka. Selalunya ahli-ahli politiklah yang selalunya sibuk mengadakan program dan sebagainya di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Tapi paling mendukacitakan apabila niat untuk merapatkan ukwah dan membantu sesama umat Islam yang kurang bernasib baik di bulan Ramadhan ini dinafikan dan lebih meloyakan lagi dipolitikan semata-mata kepentingan politik sempit. Inilah yang terjadi dibeberapa kawasan ahli Parlimen/Adun UMNO apabila hasrat mereka untuk mengadakan program sempena bulan Ramadhan dinafikan oleh ahli jawatankuasa masjid atau surau yang dikuasai oleh PR. Yang peliknya kenapa perkara sebegini wujud hanya pada umat Islam? Kalau dilihat di rumah-rumah ibadat bukan Islam, siapa saja boleh datang untuk mengadakan program dan menghulurkan bantuan tidak kira walaupun mempunyai fahaman politik yang berbeza.
Tapi yang berlaku pada umat Islam amatlah berbeza, walaupun Ahli Parlimen UMNO mempunyai niat murni untuk menghulurkan bantuan atau merapatkan ukhwah sesama umat Islam tapi ia dinafikan oleh pemimpin/pengikut PR yang mempunyai pemikiran dangkal dan sempit politiknya. Paling meloyakan apabila jawatankuasa masjid yang dikuasai oleh PR ini menafikan program oleh Ahli Parlimen/Adun UMNO dengan alasan tidak membenarkan politik di dalam masjid, itulah kata mereka.

Tapi yang peliknya, apabila pemimpin politik dari PR tidak pula mereka nafikan sebaliknya mereka mengalu-alukan diadakan program di masjid atau surau mereka. Inilah politik yang sedang melanda dalam negara, oleh kerana terlalu taksub kepada satu-satu parti ada pihak sanggup ketepikan ajaran agama yang mereka anuti. Semua ini berlaku kerana mereka-mereka ini sudah termakan dan tertipu dengan dakyah pihak tertentu yang ingin melihat ukwah umat Islam hancur binasa.

Jika sebelum ini politik negara dihanyirkan dengan keadaan seperti adanya sembahyang Jumaat 2 Imam, wujudnya masjid Pas dimana ahli Pas tidak akan mengerjakan sembahyang di masjid/surau BN, perceraian atau putus persaudaraan kerana fahaman politik berbeza tapi semua ini sudah beransur hilang dalam politik negara. Tetapi sejak Pas mula berkawan dengan rakan dari PKR dan Dap sertaa mereka mulai mempunyai ‘kuasa’ sikap sedemikian kembali menguasai diri mereka.

Perkara ini bukan berlaku di semua negeri, sebaliknya hanya beberapa negeri yang pengikutnya begitu taksub kepada parti mereka secara membabi buta. Apatah lagi dibelakang mereka adanya juak-juak yang sengaja ingin melihat umat Islam hancur binasa bertelingkah semasa mereka. Umat Islam terutamanya pengikut Pas tidak sedar akan strategi pihak bukan Islam dari PKR dan Dap yang sanggup turun padang menghadiri program berbuka puasa dengan mereka dan dengan berbuat demikian, maka semakin bertambah yakinlah juak-juak Pas terhadap pemimpin bukan Islam dari PKR dan Dap serta ditambah lagi jika mereka memperagakan baju Melayu dan berkain pelikat ketika menghadiri program berbuka puasa.

Strategi yang dijalankan oleh PKR dan Dap ternyata amat berkesan dan berjaya kerana apa yang berlaku pada umat Islam sudah pasti seperti yang telah mereka rencanakan. Kalau boleh mereka ingin jadikan umat Islam di Malaysia sama seperti apa yang berlaku di Iran dan Iraq serta di Timur Tengah lain di mana wujudnya pertelagahan umat Islam kerana mempunyai perbezaan ideologi dalam politik dan agama. Apabila pertelingkahan umat Islam ini semakin menjadi-jadi, di mana umat Islam yang berbeza fahaman politik sudah tidak boleh duduk semeja, permusuhan dan pembunuhan sesama umat Islam akan terjadi dan sebagainya maka senanglah mereka merampas mana yang ada.



Thursday 5 August 2010

STRATEGI PR KE PUTRAJAYA SEMAKIN TERDESAK


BN pada 2008 PR seSejak Tsunami politik melanda hingga kini duduk menjaja cerita yang mereka akan ke Putrajaya menguasai pentadbiran negara. Bermula dengan September 2008 cita-cita PR yang diterajui oleh Anwar Ibrahim sehingga kini tidak menampakkan hasil. Sebaliknya tindakan keluar parti pemimpin dan ahli PR terutamanya dari PKR telah mendedahkan dan melondehkan sikap Anwar betapa terdesaknya beliau sehingga sanggup menipu penyokong mereka hanya semata-mata mengejar cita-cita peribadinya.

Jika BN dilanda Tsunami, PR terutamanya PKR juga turut mengalami perkara sama. Semakin ramai para pemimpin dan penyokong mereka keluar parti jelas menunjukkan PKR adalah parti rapuh. Begitu juga isu-isu yang melanda Dap berhubung penyalahgunaan kuasa seperti isu pasir, isu penyelewengan wang/projek dan sebagai sedang melanda dan menanti tersungkurnya PR menyembah bumi. Sedar terdedahnya sikap buruk mereka kepada rakyat, PR melalui siri ceramahnya berterusan memperdaya penyokong mereka berhubung hasrat ke Putrajaya bagi menutup segala permasalahan dan keburukan sikap mereka yang terdedah kepada umum.
Jika sebelum ini mereka menabur pelbagai janji kepada rakyat jika mereka berjaya ke Putrajaya seperti menurunkan cukai pendapatan, tidak naikkan tol, harga petrol dan barangan keperluan harian tidak naik dan sebagainya kali ini mereka pergi lebih jauh. Lebih menyedihkan apa yang dicanangkan oleh pemimpin-pemimpin PR dalam siri ceramah mereka langkah untuk ke Putrajaya berjaya memperdaya sesetengah pengikut mereka.

Oleh kerana terdesak dan takut dengan langkah pentadbiran Najib yang mesra rakyat dan menjaga kepentingan dan kebajikan pegawai-pegawai Kerajaan, apa yang dicanangkan oleh pemimpin PR ialah jika mereka menang, kuarters Kerajaan seperti rumah/apartment yang sedang diduduki oleh kakitangan Kerajaan di Putrajaya akan dijual kepada kakitangan Kerajaan yang menduduki kuaters tersebut dengan harga jauh lebih murah dan tidak membebankan kakitangan Kerajaan. Bahkan jumlah keseluruhan elaun rumah yang telah dipotong oleh Kerajaan selama kakitangan Kerajaan tersebut menetap di kuarters berkenaan akan di tolak dari harga kuaters berkenaan. Tumpuan mereka bukan hanya di Putrajaya tetapi dicanangnya ke seluruh negara.

Untuk menarik kembali sokongan dari golongan muda PR masih menggunakan isu PTPN untuk menarik sokongan. Pada 2008 isu PTPN yang mereka bawa boleh dikatakan antara sebab menarik sokongan muda menyokong mereka. Melihat Kerajaan di bawah Najib peka isu PTPN dengan menukar pinjaman PTPN kepada biasasiswa jika pelajar mendapat kelas pertama maka mereka mencanang lebih dari itu. Apa yang mereka tawarkan lagi hebat, jika mereka berjaya ke Putrajaya sesiapa yang telah dan masih menanggung hutang pinjaman PTPN akan dibebaskan. Mereka juga mencanangkan mereka akan bayar kembali jumlah yang telah di bayar oleh bekas peminjam PTPN tapi dalam jumlah tertentu yang akan ditentukan kemudian. Itulah wardah PR untuk ke Putrajaya untuk menarik sokongan dari kalangan kakitangan Kerajaan dan golongan muda.

Bukan setakat dua perkara di atas saja tapi banyak lagi yang mereka janjikan jika mereka berjaya ke Putrajaya tapi 2 benda yang dinyatakan di ataslah bakal penentu undi mereka kerana mereka sudah boleh berkira-kira pengundi Cina sudah dalam gengaman mereka. Isu menegakkan agama Islam tidak boleh lagi dijadikan senjata untuk menarik pengundi Melayu kerana Pas dan PKR sendiri telah jual agama. Sebab itulah mereka menggunakan cara terdesak untuk menarik sokongan dengan menjanjikan pelbagai omongan kosong yang boleh mengugat kerajaan.

Tuesday 3 August 2010

APAKAH NASIB ORANG MELAYU PULAU PINANG?



Bak kata orang-orang tua, untung sabut timbul untung batu tenggelam tapi bagi orang Melayu Pulau Pinang adakah nasib mereka timbul atau terus tenggelam dan dilenyapkan begitu saja tanpa adanya pembelaan daripada mana-mana pihak. Jika sebelum ini peduduk kampung Buah Pala disentap oleh tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang tapi kali ini penduduk kampung Asam pula bakal menjadi mangsa.

Jika penduduk kampung Buah Pala boleh menarik nafas lega jika dibayar pampasan sehingga ratusan ribu ringgit, namun nasib malang menimpa penduduk kampung pokok Asam apabila hanya kurang RM70 ribu saja pampasan yang dijanjikan untuk diberikan kepada penduduk yang majoritinya Melayu dan bekerja sebagai nelayan. Dengan pampasan hanya RM70 ribu, orang Melayu tidak mampu membeli kediaman di Pulau Pinang sebaliknya mereka hanya mampu membeli kediaman di luar Pulau Pinang seperti di Kedah. Namun, belum pun isu kampung pokok Asam selesai sebuah lagi perkampungan Melayu bersebelahan dengan kampung pokok Asam iaitu kampung Tengah pula dikatakan telah diberikan notis ‘pengusiran’.
Dengan apa yang berlaku dan akan terus dilakukan oleh kerajaan negeri di bawah pimpinan ‘Khalifah Umar’ tak tahu bagaimana nasib orang Melayu di Pulau Pinang kerana kampung pokok Asam dan kampung Tengah bukanlah satu-satunya kampung yang akan ‘diranapkan’ atas nama pembangunan di negeri itu, difahamkan terdapat empat hingga lima buah kampung Melayu lagi juga akan menimpa nasib serupa.

Nampaknya semakin hari orang Melayu di Pulau Pinang semakin tertekan di bawah pentadbiran ‘Khalifah Umar’ yang disanjung oleh pemimpin Pas dan PKR. Apa yang berlaku ini adalah disandarkan dengan segala bentuk alasan ‘tsunami pembangunan’ yang akhirnya bakal menyaksikan orang Melayu diusir secara sistematik dari tanah tempat tumpah darah mereka sendiri.

Namun dari satu sudut, ia bukan hanya strategi sistematik merampas tanah milik orang Melayu, sebaliknya satu strategi bagi memecahkan undi Melayu dengan menghapuskan kawasan-kawasan majoriti penduduk Melayu dan membawa dan mempelawa masuk bukan Melayu. Dengan kata lain ia sama seperti apa yang dilakukan oleh Zionis ke atas penduduk Palestine, penduduk asal dinafikan hak mereka dan tanah mereka dirampas tanpa belas ehsan hanya semata-mata untuk meluaskan dan pertahankan kuasa mereka.

Sebelum ini para penduduk kampung Melayu tersebut begitu memuja dan memuji pentadbiran ‘Khalifah Umar’ setelah mereka ‘kerjakan’ kerajaan BN kerana pemintaan mereka untuk menggantikan jalan kampung berlopak digantikan dengan jalan baru ditunaikan. Tapi keseronokan mereka hanyalah sementara apabila jalan siap diturap, notis berpindah pula mereka diberikan. Maka berkeliaranlah penduduk kampung mencari penyelamat.

Tapi secara terangnya, usaha kerajaan negeri adalah hanya semata-mata untuk memecahkan undi melayu dan jika undi kelompok Melayu dapat dipisahkan, maka undi Melayu akan menjadi lemah. Kawasan yang telah ditinggalkan oleh orang Melayu akan diisi oleh bukan Melayu dan akan diperlebarkan keluasannya sehingga mereka boleh mengistiharkan negeri tadbiran mereka sebagai sebuah Negara Republik.