Wednesday 7 March 2012

SIRI JELAJAH BADROLAMIN MENEGAK BENANG BASAH


Nampaknya Badrolamin bersama PR sedang merancang dan akan menggerakan siri jelajah bagi menerangkan secara terperinci aksi-aksinya kepada pengikut mereka disekitar Pandan, Ampang, Gombak dan kawasan-kawasan sekitar dan sewaktu dengannya.

Dalam siri jelajah tersebut beliau akan menjelaskan kepada umum jumlah isteri yang telah dinikahinya dan harap-harap akan juga perjelaskan kepada umum isteri orang dan janda yang telah beliau kahwin tanpa pengetahuan isteri-isteri yang dinikahinya. Dalam siri jelajah ini juga beliau akan menjelaskan kenapa Zatiwani hanya inginkan kaunseling dari Badrolamin serta mendapat perlindungan istimewa diawal jam 3 pagi dan bukan di siang hari.

Juga akan dijelaskan oleh Badrolamin, kenapa sesi kaunseling dan sesi perlindungan itu hanya boleh dikerjakan bilik dan bukannya di lobi hotel. Alasan yang akan diberikan jika sesi kerja dan kaunseling untuk Zatiwani di lobi hotel susahlah beliau nak memfitnah UMNO dan menjadi JAIP ‘keldai’ UMNO.

Selain itu, beliau juga akan menjelaskan kenapa Zatiwani bermati-matian tetap mencari beliau dan bukannya ibubapanya atau si mertuanya walaupun diawal pagi. Beliau juga akan menerangkan terperinci apa yang berlaku semasa dalam bilik berkenaan yang menyebabkan beliau mengambil masa yang agak lama untuk membuka pintu apabila diketuk oleh JAIP.

Beliau juga akan melemparkan fitnah dan menuduh bagaimana UMNO dan JAIP merencana semua kejadian di Swiss Garden termasuk 20 pondan yang bertindak memukul beliau sehingga ‘lembik’ dan ‘lebam’ di tengkok dan celah kangkangnya.

Nampaknya tak lama lagi ramai lah pemimpin-pemimpin PKR akan memakai 2 gelaran sekaligus seperti Badrolamin, iaitu ustaz dan doktor. Sebab apa? Sebabnya jika ada Ustaz kat depan orang segan dengan kita, hormat sebab ‘itu ustaz tu’ alim. Sekurangnya kalau kena tangkap duduk berduaan dalam bilik atau tengah tunggang bini orang atau janda pun, orang percaya bukan ‘ustaz’ yang buat. Itu semua fitnah dan konspirasi fulan si fulan.

Keduanya dengan memakai gelaran Doktor, maka senanglah kalau nak dapatkan bini orang atau si janda sebabnya tunjuk saja jarum sudah pasti si bini orang dan si janda akan datang ‘hulur’. Maklumlah ubat dari doktor dan juga ‘ustaz’ mesti mujarab sebab orangnya alim dan ulamak.

Jadi kalau dibiarkan si ‘usztaz’ dan ‘doktor’ Badrolamin terus berkuasa dan menguasai Negara, takutnya semua bini orang dan si janda akan menjadi hak miliknya.


Thursday 1 March 2012

PKR PUTAR BELIT ISU KHALWAT USTAZ DUNIA AKHIRAT


Nampaknya isu khalwat Badrolamin mula diputar-belit oleh pemimpin dan media PKR. Jika sebelum ini Badrolamin dengan gengnya mendakwa beliau dibelasah oleh hampir 20 lelaki, menuduh UMNO perancang utama dan mendakwa JAIP berkonspirasi dengan pihak tertentu. Namun akibat terdesak, melalui ceramah dan putar belit media PKR, beliau cuba mengheret Istana dengan mendakwa pihak Istana kononnya menyebelahi beliau.

Tindakan terdesak ini samalah dengan strategi bosnya Anwar Ibrahim yang sanggup menjual maruah negara di luar negara dan menipu seluruh penyokongnya dengan janji melangit. Bukan hanya maruah negara yang sanggup digadai oleh pemimpin PKR, maruah agama, bangsa dan keluarga sanggup mereka telanjangkan hanya kerana ‘gila’kan kuasa untuk ke Putrajaya.

Oleh kerana ‘gila’ inilah pemimpin PKR sanggup mengheret sesiapa saja dan melakukan apa saja bagi membenarkan mereka mengauli semua perempuan tak kira yang dara atau bini orang mahupun si janda. Setakat ini hanya media PKR yang memerah keringat mempertahankan kes Badrolamin. Media puak Pas masih dilihat segan-segan dan malu-malu untuk mengulas isu ini. Kenapa? sebabnya nafsu serakahpemimpin Pas yang susah nak lepaskan ‘sandwich’ bini orang dan si janda telahpun dibongkarkan oleh media kepada orang ramai.

Selain Mat Sabu, Adun Pas Selising juga sukar nak lepas ‘sandwich’ bini orang apabila ditangkap ketika melakukan seks dalam keretapi, Adun Pas Tanjung Dawai kemarut ‘sandwich’ siam dolls manakala Adun Pas Dabong yang juga kemarut dengan ‘sandwich’ ditangkap berkhalwat dalam Pajero. Itu antara yang terdedah dan mungkin ramai lagi aktiviti seks pemimpin-pemimpin PR yang belum didedahkan ceritanya yang hanya tunggu saat dan ketika.

Lagipun mungkin ustaz-ustaz Pas tak sabar-sabar nak tonton video Badrolamin dan nak tengok sejauh mana ‘jaguh’ nya Badrolamin dalam bilik hotel MS Garden bersama pasangannya. Adakah Badrolamin setanding dengan bosnya, Anwar Ibrahim atau lebih hebat dari Adun-adun Pas berkenaan. Jika Badrolamin lebih hebat dari Adun-adun Pas maka Harakah perlu merangka mengubah strategi pengiklanan ubat seks dan ubat kuat untuk lelaki di media mereka.

Tapi yang nyata, aktiviti seks pemimpin PKR lebih standard berbanding dengan adun-adun Pas, sebab mereka ‘main’ tempat yang ada ‘class’ tersendiri, iaitu bilik hotel. Berbanding dengan adun Pas suka ‘main’ dalam keretapi dan pajero. Mungkin adun Pas suka yang lebih adventure dan ekstrem berbanding permainan Badrolamin dan Anwar Ibrahim yang tradisonal.

Apapun, PKR dan medianya akan terus putar belit aktiviti seks pemimpin mereka. Yang pasti mereka akan menggunakan ‘sandwich’ beranak satu Badrolamin sebagai senjata menangkis segala aktiviti seksnya. Perempuan berkenaan akan dijaja dalam roadshownya untuk memutar belit cerita. Strategi pertama mereka adalah supaya penyokong mereka bersimpati dengan cerita yang akan dijaja kemudian melahirkan rasa benci kepada mereka yang mendakwa.