Wednesday 22 May 2013

RAKYAT KELANTAN NAK PERUBAHAN, UMNO KELANTAN?

 
Bahang PRU 13 semakin terasa dan kenyataan nakal Menteri Besar Selangor menampakan kebodohan berterusan kerana sebarang pembubaran DUN mestilah mendapat berkenan  Sultan.  Pastinya PRU 13 akan berlangsung dan kemungkinan Dun akan dibubarkan pada April dan PRU 13 akan diadakan ada bulan Mei.

Boleh dikatakan semua parti yang akan bertanding dalam PRU nanti sudah bersiap siaga dan rakyat juga sudah tidak sabar untuk melakukan suatu perubahan sesudah melihat kepincangan dan pembohongan yang dilakukan oleh parti yang tidak bertanggungjawab. Di Kelantan, dikatakan gelombang merah semakin membara dan rakyat di seluruh negeri Kelantan sudah tidak sabar inginkan perubahan. Melalui beberapa program yang dilaksanakan oleh BN nampaknya rakyat Kelantan sudah bangkit dan ramai yang mula mengibar bendera BN samada di perkarangan rumah atau menghadiri program anjuran BN.

Kenapa rakyat Kelantan inginkan perubahan? Sebabnya sesudah 20 tahun lebih Pas memerintah Kelantan, taraf hidup rakyat Kelantan tetap sama. Masih ramai rakyat Kelantan berhijrah keluar negeri mencari pekerjaan, pembangunan masih ditahap lama hasil peningalan Kerajaan BN, masalah sosial seperti dadah dan maksiat tidak dapat di atasinya sebaliknya setiap tahun peningkatan yang begitu ketara.

Dalam 20 tahun memerintah, tidak ada satupun pembangunan yang dilakukan oleh Pas Kelantan bagi memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Kelantan. Projek pembinaan Bazaar Tok Guru dan Bazaar Tengku Anis lebih kepada suatu bentuk projek bagi mengkayakan kroni semata-mata. Rakyat menolak pembinaan kedua-dua bazaar ini kerana ruang niaga yang amat sempit dan sewa yang terlalu tinggi. Keadaan ini menyebabkan rakyat menilainya sebagai suatu projek pembaziran kerana banyak ruang yang tidak diisi oleh peniaga dan terbiar kosong seperti rumah puaka.


Begitu juga dengan pembinaan kawasan perniagaan di Lembah Sireh. Rakyat sudah sedar dan buka mata, walaupun berkopiah dan berjanggut hingga ke pusat pun, apabila disogok dengan wang dan kuasa mereka ini boleh menjadi seumpama anjing gila. Penduduk Lembah Sireh ditipu dan dianiayai oleh pak lebai berkopiah dan berjanggut Pas agar menyerah dan membenarkan kawasan tersebut dibangunkan dengan alasan untuk masa depan. Penduduk Lembah Sireh dijanjikan dengan peluang untuk menjalankan perniagaan dan pemilikan premis atau bangunan dengan harga dan sewa berpatutan.

Akhirnya, semua pembohongan itu terserlah jua, yang mampu memiliki premis dan menyewa ruang perniagaan di kawasan perniagaan berkenaan di manapoli oleh orang-orang Cina dan pemimpin Pas durjana. Penduduk Lembah Sireh yang rata-rata berpendapatan di bawah RM1000 sebulan hanya mengigit jari kerana mana mereka nak patkan wang untuk membeli premis dengan harga RM 400 ribu ke atas dan sewa ruang niaga RM 500 hingga RM2000 sebulan.

Bukan itu saja, rakyat Kelantan juga tidak rela lebih banyak tanah diserahkan atau diagihkan kepada orang luar. Tindakan mengundi dan menyokong Pas seumpama menghalalkan usaha Pas menyerahkan lebih banyak tanah kepada kroni politik mereka dari luar Kelantan. Pemberian tanah hampir 4,000 hektar di Gua Musang oleh Pas kepada pemimpin Dap Perak perlu dijadikan pengajaran buat seluruh rakyat Kelantan. Bukan itu saja, Pas Kelantan terus menyerahkan tanah secara pajakan selama 99 tahun kepada orang luar yang kononnya bagi projek ladang rakyat.

Memang rakyat Kelantan dilihat inginkan perubahan dan sokongan ini dilihat semakin berterusan. Cuma adakah keinginan rakyat Kelantan ini dapat diterima oleh UMNO Kelantan? Dari sembang-sembang kedia kopi, ada yang sudah merancang untuk mengelak BN Kelantan mencapai kemenangan. Sebabnya jika BN memang maka susahlah UMNO Kelantan mencari makan. Ini kerana, segala wang projek akan dikawal sepenuhnya oleh Ketua Perhubungan Negeri dan ia berbeza dengan hari ini kerana segalanya diuruskan oleh ICU, JPM.

UMNO Kelantan beranggapan, jika Kelantan terus di bawah Pas, maka Kerajaan Pusat akan membawa turun seguni atau sekarung wang untuk diagihkan kepada UMNO Kelantan. Ia berbeza jika BN menjadi pemerintah di Kelantan. Inilah perangai yang perlu diubah oleh UMNO Kelantan. Rakyat sememangnya sudah bersedia untuk mengubah kerajaan negeri tetapi juak-juak UMNO yang hanya berjuang kerana wang akan berusaha untuk mengagalkan usaha BN Pusat. Jika ini benar, maknanya, Pas Kelantan tidak perlu gusar kerana ada orang bekerja secara percuma untuk mereka dan sekaligus akan lebih banyak tanah di Kelantan akan diserahkan kepada orang luar.

ISLAM YANG DIPERJUANGKAN TIADA DALAM JANJI 100 HARI


BN semasa mengadakan konvensyennya tidak menjanjikan bulan dan bintang. Sebaliknya PR semasa konvensyennya bertempat di Dewan Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang telah menawarkan pelbagai janji kepada seluruh rakyat Malaysia sekiranya PR rakyat berjaya menawan Putrajaya dalam PRU 13. Dalam tempoh 100 hari jika berjaya menawan Putrajaya, antara janji melangit PR adalah seperti menghapuskan Akta ISA, memberi imbuhan RM500 sebulan kepada guru, tubuh Suruhanjaya Diraja untuk pulihkan sistem kehakiman, naikkan 20% royalti minyak untuk Sabah dan Sarawak, struktur semula pinjaman PTPTN dan banyak lagi.

Inilah antara janji melangit PR untuk seluruh rakyat Malaysia setelah semangat 1Malaysia dan segala gerak kerja BN mendapat tempat di hati rakyat. Janji melangit ini juga sebenarnya adalah untuk menutup segala kelemahan dan kemelut yang sedang melanda PR lebih-lebih lagi pendedahan oleh Wikileaks mengenai isu seks Anwar Ibrahim.
Secara logiknya, jika janji PR seperti memberi imbuhan RM500 sebulan kepada guru bagaimana pula dengan imbuhan untuk kakitangan Kerajaan yang lain? Kenapa PR hanya prihatin kepada guru? Adakah kakitangan Kerajaan lain tidak penting seperti guru? Adakah ini bermakna ramai guru di dalam negara adalah penyokong kuat mereka? tapi apa pun, PR sedang giat turun padang menerangkan janji 100 hari jika Putrajaya dapat mereka tawan.
Gerakan turun padang turut disertai oleh pemimpin Pas, tapi lebih malang dalam janji-janji 100 hari PR tidak ada satu pun janji untuk menegakkan negara Islam seperti yang diperjuangkan oleh Pas sebelum ini. Namun, pemimpin Pas seperti buat ‘buta tuli’ demi menjaga hati rakan-rakan dalam PR isu negara Islam langsung tidak dimasukkan dalam janji 100 hari. 

Jika Anwar mampu membohongi rakyat mengenai 16 September, janji 100 hari jika berjaya menawan Putrajaya apalah sangatnya. Namun, lebih menyedihkan mimbar Jumaat hari ini (31 Disember 2010) memperkecilkan dan memperlekeh keikhlasan pemimpin negara memberikan cuti umum di atas kejayaan pasukan Harimau Malaya berjaya merangkul kejuaraan. Kata-kata khatib di Masjid Al-Islah Tamak Kajang Mewah, Kajang lebih kurang berbunyi begini “ .. apalah sangat dengan kejayaan bola sepak sehinggakan pemimpin mengumumkan cuti umum, padahal kemenangan tersebut bukannya diperingkat antarabangsa mana pun ...”. 

Apa saja yang dibuat oleh BN, semua salah, sedangkan mereka terutama pemimpin Pas ‘buta dan tuli’ kerana dalam 100 hari janji PR tiada satu pun dibangkitkan mengenai negara Islam.