Wednesday, 12 November 2008

AKHBAR PAPAR KHAIRY JAMALUDDIN (KJ) MACAM MENTERI




Minggu lalu, seorang lelaki yang pertama kali berkunjung ke Warta Citra Cafe memberikan komen yang agak menarik. Saya lupa bertanya namanya. Tetapi dari gaya cakapnya beliau adalah seorang pemerhati media dan pernah terlibat dalam dunia persuratkhabaran atau mungkin juga seorang penulis sambilan. Sambil minum kopi Cham dan menatap beberapa naskah akhbar tempatan, beliau memberikan komen terhadap apa yang dilihatnya sebagai keterlaluan.

“Jika dikira kekerapan berita beserta gambar seorang menteri dipaparkan di akhbar dengan berita dan gambar Khairy Jamaluddin lebih dikenali sebagai KJ, tentu sekali menteri akan cemburu” katanya.

Seterusnya ujar beliau, “pembaca tentu akan tertanya-tanya apakah KJ ni setaraf menteri sehingga akhbar dan media elektronik arus perdana termasuk terbaru Astro pun pasti perlu menyiarkan laporan lengkap dengan gambar wajah KJ.

Kekerapan KJ terpampang di dada akhbar dan kaca tv tidak kira apa pun rancangan dan bentuk berita itu semakin ketara dan lebih jelas lagi sejak beliau menerima pencalonan kurang bagi merebut jawatan Ketua Pemuda Umno.

Kini akhbar kerdil atau disebut’mosquito paper’ pun ‘dipaksa’ memberi ruang kepada KJ. Sebagai contoh Mingguan Watan keluaran 2-8 November bertempek “Khairy Mangsa Sentimen’ dengan tiga muka penuh wawancara khas menjelang pemilihan pada Perhimpunan Agung Umno Mac, 2009. Siapa baca Watan. Edarannya 2,000.

Jika di syarikat-syarikat akhbar arus perdana, KJ menggunakan ‘red hotline’ menghubungi ketua pengarang kumpulan bahawa beliau ada berucap atau mahu membuat ulasan, kini di akhbar kerdil dan saluran tv arus perdana pun beliau diwajibkannya memberi ruang.

Wajahnya tidak lagi dipaparkan di TV3 dan yang sekongkol dengannya saja malah kini terjamin 100% Astro pun akan memanggil KJ untuk program tertentu.

Apa yang menarik adalah walaupun berita di akhbar perdana mengenai dua lagi calon Ketua Pemuda, iaitu Datuk Mukhriz Mahahtir dan Datuk Seri Khir Toyo dengan KJ disebut sekali lalu pun, gambar menantu PM itu juga dipaparkan. Sehinggakan gambar yang dianggap sebagai untuk album saja pun kini dipaparkan.

Dengarnya bagi sesetengah pengarang kanan, tempoh khidmat mereka dijangka tamat tidak lama lagi kerana ia berdasarkan kontrak, jadi KJ dengan kekuatan hubungan baiknya dengan Kalimullah Hassan memastikan berita dan wajahnya pasti disiarkan semua akhbar dari Balai Berita. Jika tidak alamat pengarang berkenaan gulung tikar.

Begitu juga keadaan di Jalan Chan Sow Lin dan di Bukit Jalil dan Damansara. Agaknya sebut saja KJ mahu berita dan gambarnya dipaparkan maka kelam kabutlah bilik berita dengan arahan usah ingkar.

Apa yang berlaku ini macam sama saja ketika Anwar Ibrahim berkuasa pada tahun-tahun 90-an apabila apa saja berita beliau pasti mendapat tempat lengkap dengan gambar sekali. Jelas apabila seseorang dianggap pemimpin disanjung begitu tinggi apabila dia terjatuh, sukar baginya untuk bangkit semula.

Ketika itu, bagi komisar-komisar Anwar, kata-kata beliau itu keramat dan gambarnya boleh jadi idola semua. Namun pada masa itu, malang tidak berbau.
Sehingga hari ini pun, Mukhriz yang tegas dan tidak menarik balik kenyataannya meminta Presiden Umno berundur terus mendapat pencalonan dengan KJ di belakangnnya. Mujur Rembau mencalonkan KJ.
Akhbar Mingguan Malaysia dan Berita Minggu, 9 November menyiarkan berita pencalonan itu lengkap dengan gambar (tidak ada nilai pun) sedangkan The Star hanya beberapa perenggan.

Apakah KJ mengharapkan paparan berita dan wajahnya akan membuat perwakilan Pemuda Umno swing kepada beliau pada hari pemilihan atau Mukhriz dianggap lebih berwibawa, berani, tegas dan berprinsip seperti bapanya Dr Mahathir Mohamad sehingga dipecat dari Umno, pada 1969, muncul mengetuai Pemuda.

“Ada kalanya paparan melampau boleh membuat orang meluat dan menyampah”, tambahnya sambil melambaikan tangan kepada pelayan cafĂ© untuk membawakan bil minuman kepadanya.

Friday, 7 November 2008

DEMI POLITIK, AGAMA ISLAM DI JADIKAN ALAT UNTUK SOKONGAN

It seems the warning by the Majlis Raja-raja has not gone down well among members of the public. The question on ketuanan Melayu and the special priviledge of the Malays as enshrined in the constitution are still a bone of contention. At Warta Citra Cafe, this topic is still a hot topic, not because it is the the most frequent topic discussed but it always end up in heated arguements and once into a fist fight. The aftermath of the fiasco, I was left with a few broken chairs and cups. Hey...its not easy to get an authentic kopi tiam chairs and cups nowadays...

Nevertheless, I transcibed an arguement by one regular customer named Osman Mansor.

Pepatah Melayu ada mengatakan ‘indah khabar dari rupa’, ‘cakap tak serupa bikin’ begitu juga peribahasa Ingggeris “don’t judge a book by it cover’ mengingatkan saya akan perjuangan sebuah parti politik yang mendukung Islam sebagai madah perjuangan mereka iaitu Parti PAS. Peribahasa itu digunakan adalah tepat kerana keluhan oleh masyarakat kita hari ini terutamanya yang beragama Islam yang mula mempertikai dan meragui akan madah perjuangan Parti PAS pada hari ini.
Kalau sebelum ini agama Islam dijadikan tonggak perjuangan PAS yang bercita-cita untuk mendirikan sebuah Kerajaan Islam, sehinggakan politik ‘kafir-mengkafir’ dan ‘halal haram’ ciptaan PAS untuk memperjuangkan agama Islam malah bagi menguatkan madah perjuangan mereka dijadikan senjata untuk menarik sokongan masyarakat Melayu. Untuk menyakinkan lagi masyarakat Islam, PAS mengistiharkan akan melaksanakan Hukum Hudud di Kelantan. Namun, pada masa itu ramai yang berkata, apa yang di buat oleh PAS itu hanyalah semata-mata helah politik mereka dan ianya hanya dijadikan sebagai alat untuk menarik sokongan politik sahaja.
Namun, semua itu tinggal kenangan, ramai tertanya-tanya dimana laungan untuk menubuhkan sebuah negara Islam dan Hukum Hudud yang menjadi teras dalam kecemerlangan pentadbiran? Kelantan di tadbir hampir 18 tahun lamanya tapi sehingga kini Hukum Hudud tidak terlaksana juga. Jelas dan ternyata bahawa, perjuangan PAS sebelum ini hanyalah mainan politik mereka saja. Ini kerana mereka sedar, jika Islam dijadikan teras perjuangan dalam parti mereka, cita-cita untuk mentadbir negara hanyalah mimpi semata-mata.
Madah perjuangan mereka tidak mampu menarik semua yang beragama Islam menyokong mereka, kerana majoriti beragama Islam adalah Melayu yang telah berpecah dua kepada UMNO, sebaliknya madah perjuangan PAS sedikit sebanyak telah menakutkan bukan Islam.
Atas kesedaran itulah dan demi untuk mencapai cita-cita dalam politik, pada hari ini mereka sanggup menjilat ludah sendiri hanya kerana impian dan cita-cita besar dalam politik dan sanggup bersetongkol dengan DAP. Oleh kerana ingin menjaga kesepakatan dalam parti Pakatan Rakyat, PAS mula menjauhi perjuangan mereka. Jika sebelum ini segala bentuk hiburan dan sukan yang berbentuk perjudian adalah haram, namun kini nadanya adalah berlainan. Hiburan dan sukan snooker sudah di‘halal’ kan dan jika sebelum ini semua orang UMNO dituduhnya ‘kafir’ kerana berkawan dengan MIC dan MCA, tetapi apa yang terjadi hari ini mereka pula berkawan rapat dengan DAP.
Lebih menyedihkan apabila terdapat beberapa pemimpin DAP dan PKR dalam hujah mereka bercakap mengenai Islam dan semata-mata menarik sokongan masyarakat Islam, pemimpin DAP itu berkata dia sanggup masuk Islam, tapi ada syaratnya itupun selepas kematian ayahnya. Maka bertaburanlah pujian, bertepuk tangan dan senyum gembiralah para penyokong PAS kerana mereka bangga pemimpin DAP pandai menyentuh mengenai Islam dan hasrat memeluk Islam itu satu satu pengorbanan besar ertinya.
Begitulah anggapan para penyokong PAS, tetapi kita perlu ingat dan semua pasti ingat dalam sebuah cerita lakonan allahyarham P. Ramlee ‘Madu Tiga’, antara dialognya ialah ‘baik tuan rumah itu ya pak’ maka si bapak membalas ‘ya baik, tapi baik ada makna’.
Namun semua itu terpulanglah pada masing-masing punya pemikiran, kerana apa yang dilihat dan didengar, para pemimpin DAP dan yang bukan Islam yang berkawan dengan PAS ini dikatakan hanya semata-mata untuk mendapatkan sokongan masyarakat Islam saja dalam politik mereka. Mereka akan menggunakan helah apa saja, dan dikatakan kalau disuruh melaungkan azan pun mereka sanggup semata-mata untuk mendekatakan diri dan menyakinkan masyarakat Islam.


to be continued tommorrow......

Tuesday, 4 November 2008

Najis PKR , PAS Tukang Cuci

Satu isu yang terpaksa PAS menutup hidung dek najis yang keluar dari DAP dan PKR ialah mengenai perlantikan Ms Low, Pengurus Besar sementara PKNS. Perlantikan Ms Low ini bukan saja mendapat bantahan rakyat Selangor malah kakitangan PKNS sendiri menentang perlantikan ini bahkan dua EXCO PAS, Y.B Dato’ Hassan Ali dan Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Selangor, Y.B Iskandar Abdul Samad turut melahirkan rasa tidak puas hati berhubung perlantikan Ms Low oleh MB Selangor.

Namun yang paling penting ialah rakyat Selangor mula mempersoalkan kenapa Ms Low dilantik dan adakah beliau benar-benar dilihat bersih dari amalan korup? Ada yang mempertikaikan bahawa suami Ms Low adalah seorang kontraktor. Puncak kemarahan PAS Selangor ialah dikatakan perlantikan Ms Low adalah keputusan muktamad dari MB Selangor sendiri tanpa dibincangkan dan di bawa ke pengetahuan Exco-Exco PAS namun perlantikan ini dikatakan telah dibincangkan dengan Exco-Exco DAP.

Rakyat Selangor yang cerdik pandai mula mempersoalkan, kalaupun benar kuasa melantik pengurusan tertinggi PKNS adalah prerogatif MB Selangor, tidakkah beliau sedar, jika berlaku apa-apa, bukan beliau dan barisan Exconya yang kena jawab, tetapi seluruh rakyat Selangor terpaksa menjelaskan kepada anak cucu mereka satu hari nanti.

Atas kesedaran inilah, PAS Selangor yang diketuai oleh Y.B Dato’ Hassan Ali dan Y.B Iskandar Abdul Samad meluahkan perasaan tidak puas hati mereka yang sudah lama terpendam. Inilah sikap sebenar DAP dan PKR, mereka hanya mempergunakan PAS untuk meraih sokongan kaum Melayu dan PAS telah dipergunakan secukupnya semasa PUR ke12 yang lalu.

Sekarang ini rakyat Selangor mendakwa kerajaan Pakatan Rakyat jauh berbeza dengan Kerajaan BN, kerana Pakatan Rakyat sebelum pilihan raya pelbagai janji manis di tabur pada kaum Melayu, tetapi apabila sudah berkuasa mereka mula tidak mengambil kira sensitiviti orang-orang Melayu. Ia bermula dengan isu ladang babi RM100 juta, kemasukan pelajar bukan Melayu ke dalam UiTM, penggantungan pegawai Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), amaran untuk merobohkan surau-surau tanpa izin dan terbaru perlantikan pengurus besar PKNS.

Apakah sebenarnya propganda Pakatan Rakyat terhadap orang Melayu di Selangor? Tidakah MB Selangor mempunyai perasaan dan kenapa beliau tidak menyelami perasaan orang Melayu? Rakyat Selangor rata-rata mula melahirkan rasa bimbang dan gusar. Nampaknya MB Selangor lebih menjaga hati kaum lain berbanding kaum sama dengannya. Sensitiviti dan perasaaan orang Melayu selangor langsung tidak dijaga. Mereka bukan batang kayu yang tidak bernyawa!

Tindakan MB Selangor lebih menganggap orang ‘Melayu bodoh’ kerana undi Melayu dapat dipancing untuk kemenangan Pakatan Rakyat dalam PUR Mac lalu dan sebaliknya mendakwa kemenangan Pakatan Rakyat adalah hasil dari peningkatan sokongan dan undi kaum Cina dan India. Oleh sebab itulah, pada hari ini banyak keputusan dan tindakan yang di buat oleh MB Selangor dilihat lebih memihak dan memberi keuntungan kepada bukan Melayu.

Walau apa jua yang berlaku rakyat Malaysia hendaklah bersatu. Sedikit api kemarahan mampu menggugat kemakmuran dan keamanan yang dibina oleh nenek moyang kita berpuluh tahun lamanya. Janganlah kita dengan mudah merobohkan perpaduan yang sudah sekian lama terbina hanya kerana KUASA.

Sunday, 2 November 2008

BILA SUDAH TUA, NAJIS MERATA-RATA:PAS PENING KEPALA

Kekadang apabila seseorang itu mula diserang sakit tua menyebabkan ia kadang-kadang ingat, kadang-kadang lupa. Kekadang sakit tua yang dihinggapi ini boleh menyebabkan orang sekeliling kita termasuklah anak bini dan saudara mara naik ‘fade up’ kerana sikap lupa yang kekadang melampui batasnya. Kerana kekadang bila sakit tua itu menyerang, mereka tidak sedar dan kadang kala tidak mampu mengawal kencing atau pembuangan air besar.

Begitulah yang berlaku pada DAP dan PKR diibaratkan orang sakit tua kerana setiap hari asyik kencing dan berak merata-rata. Oleh kerana penyakit tuanya, mereka sering lupa dan tidak sedar apa yang dilakukan sehinggakan golongan marhain dari PAS terpaksa mengambil alih tugas membersihkan najis supaya tidak berselerak merata-rata. Namun kesabaran itu ada tahapnya kerana takkan lah setiap hari PAS kena bersih najis yang bertompok-tompok ada pada DAP dan PKR.

Namun ia perkara biasa apabila orang mengidap sakit tua, mereka sedar kerana kemenangan mereka dalam pilihan raya umum lalu bukanlah kerana sokongan 100% dari rakyat tetapi mendapat tempias kerana krisis dalaman BN.


Oleh kerana sering dan menjadi tukang cuci najis, PAS mula sedar dan buka mulut kerana sudah tidak tahan menghidu bau busuk najis angkara DAP dan PKR. Buat masa ini belum ada lagi berita atau kenyataan dan komen dari para pemimpin DAP berhubung isu kereta Proton Perdana V6 Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu Tan Khiew.

Sebelum ini Lim Kit Siang semasa sidang dewan Rakyat pada Oktober lalu telah mendakwa ada pihak dengan sengaja menulis sebuah artikel dalam akhbar Perdana mengenai rancangan pembunuhan Teressa Kok.

Dakwanya, tulisan dalam artikel yang disiarkan dalam akhbar perdana tersebut seolah-olah menggalakkan keganasan dan ditujukan khas buat Teressa Kok. Kerana sebelum ini Teressa Kok sering kali menyentuh isu-isu yang membangkitkan kemarahan pihak-pihak tertentu.

Tak mustahil para pemimpin DAP akan mencari jalan mengaitkan isu hud kereta Ronnie Liu yang tercabut dan menyebabkan cermin hadapan pecah itu dengan tindakan untuk mencederakan beliau. Tidak mustahil juga mereka akan mendakwa dan menjaja cerita sedemikian kepada rakyat yang sama warna kulit dengan mereka dari sudut jalan cerita yang jauh berbeza. Tujuan adalah untuk menimbulkan kemarahan golongan sama warna kulit dengan mereka terhadap kaum Melayu dan seterusnya menimbulkan isu perkauman.

Ada juga berpendapat kerana kereta yang beliau pakai itu adalah milik EON dan EON adalah milik Kerajaan BN, tentulah perasaan syak wasangka dan curiga boleh berbuah hasil dari strategi DAP untuk menjahanamkan industri kereta Nasional yang menguasai pasaran dalam negara. Sebab itulah isu AP yang berbangkit sebelum ini adalah dikatakan hasil buah fikiran DAP untuk memecahkan penguasaan industri automotif dikalangan orang Melayu.

Tapi ada juga yang berkata, apa yang berlaku pada Ronnie Liu ini juga tidak mustahil perancangan DAP untuk meraih lagi simpati dan sokongan rakyat kepada mereka.

Akibat dari insiden itu, Ronnie dan tindakan MB Selangor telah mengambil tindakan awal untuk menguji ‘pasaran’ apabila mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan mengkaji penggunaan kenderaan Proton kepada kenderaan lain. Sepatutnya Kerajaan Negeri perlu menyiasat terlebih dahulu perkara yang sebenarnya dan barulah diambil tindakan. Siasatan juga perlu dijalankan kenapa bayaran tertunggak kenderaan SUK itu tidak dijelaskan dan bukannya dengan angkuh mengeluarkan kenyataan yang Kerajaan Negeri mempunyai peruntukan sehingga berjuta-juta ringgit. Tapi yang peliknya, kalau duit banyak kenapa bayaran tertunggak?