Wednesday 25 November 2009

PERMOHONAN MAAF CHIN PENG

Isu Chin Peng kembali mewarnai media-media tempatan, maka berkata-katalah sang pejuang mempertahankan Chin Peng dari di bawa masuk ke Malaysia. Ada yang mengimbau sejarah silam, ada yang tidak dapat menerima kenyataan dan ada yang sanggup berkorban mempertaruhkan nyawa jika Chin Peng di bawa masuk ke dalam negara.

Tidakkah kita lupa bahawa sudah banyak kali Chin Peng dengan dibantu oleh ‘tentera semutnya’ sentiasa mencuba dan menggunakan pelbagai cara serta alasan untuk membawa Chin Peng ke dalam negara. Alasan terbarunya adalah semata-mata mohon keizinan supaya mayatnya disemadikan disebelah kuburnya mendiang ayahnya mendapat reaksi rakyat dan perdebatan ramai pihak.

Persoalannya, siapakah sebenarnya pengerak atau pencetus kepada idea bagi ‘tentera semut’ yang sentiasa menghangatkan suasana dan cuba menimbulkan suasana tidak senang dikalangan kita? Tidakkah tindakan membawa masuk Chin Peng ini akan menimbulkan rasa ‘marah’ pihak tertentu kepada pihak tertentu sehingga boleh menimbulkan perasaan curiga?

Sedarkah kita PR pasa saat ini dilanda kemelut dan krisis pentadbirannya yang kritikal? Sedarkah kita taufan yang melanda kerajaan negeri Selangor dilihat merempuh keyakinan rakyat sehingga terpaksa ‘eksport’ Anwar Ibrahim sebagai penasihat ‘ekonomi’ untuk menyelamatkan keyakinan tersebut, isu perletakkan jawatan menantu Nik Aziz dalam PBMK dan isu tajaan menunaikan haji oleh Nik Aziz melonggarkan ikatan kepercayaan kepada kepimpinan ‘ular dalam semak’, isu pertukaran status pegangan tanah kerajaan negeri Pulau Pinang dan isu-isu lain yang mengoncang PR.

Tetapi secara tiba-tiba media dan rakyat mula menumpukan perhatian pada hasrat Chin Peng untuk di kebumikan di Malaysia. Sebab itulah ada yang menyatakan bahawa isu atau cerita Chin Peng ini sengaja dihangatkan oleh puak ‘tentera semut’ supaya perhatian rakyat kepada kemelut dan pergolakan dalam pentadbiran dan kepimpinan PR beralih kepada isu Chin Peng. Kerana mereka tahu sensitiviti pihak tertentu berhubung isu Chin Peng.

Selian itu juga, isu Chin Peng ini bertujuan menanamkan perasaan marah dan curiga satu pihak kepada pihak yang lain. Tidak mustahil satu pihak akan menyatakan tindakan Kerajaan di bawah BN tidak mengizinkan Chin Peng di bawa masuk adalah kejam dan tidak perikemanusiaan. Satu pihak lagi tetap berpendirian jika Chin Peng di bawa masuk, seolah-olah Kerajaan BN menafikan perjuangan rakyat dan penyeksaaan yang telah dilakukan oleh Komunis di bawah Chin Peng.

Jadi, disini akan wujud dua pihak yang mempunyai berlainan pendirian dan prinsip kemanusiaan. Namun, di atas kesempatan inilah ‘tentera semut’ ambil mengintai peluang kerana mereka sedar bahawa satu pihak mereka sudah tawan, dan satu pihak lagi sekurang-kurangnya separuh sudah berada dalam PR iaitu dalam Pas dan PKR. Jadi jika isu ini tidak diselesaikan dengan bijaksana, akan wujud dua hubungan yang tidak mesra kerana ‘tentera semut’ akan sentiasa mengapikan cerita kerana hasrat mereka adalah supaya wujudnya keadaan huru hara.


Akok@Baulu

Monday 23 November 2009

AHLI POLITIK DAN MEDIA YANG TAK BERPERIKEMANUSIAAN.

Oleh Munsyi Abdullah

Apa juga kejadian yang boleh membakar perasaan perkauman akan disambar dengan pantas dan rakus oleh anggota pembangkang bukan Melayu dan juga akhbar akhbar berbahasa Cina terutamanya Sin Chew Jit Poh untuk dijadikan isu yang boleh menampakkan ketidakadilan dan kekejaman kerajaan terhadap bukan Melayu.

Malah dalam hal ini penjenayah yang terang terang mengancam kehidupan rakyat setiap hari pun dibela oleh mereka untuk memperlihatkan kekejaman polis dan penginayaan terhadap penjenayah. Bagaimanapun mata mereka menjadi buta apabila seorang pemuda Melayu yang bukan penjenayah tertembak mati oleh polis yang tidak cekap di Kedah baru baru ini.

Perbandingan ini dapat dibuat dalam kes perompak Surenthiran 24 tahun yang ditembak mati oleh polis dalam suatu kejadian tembak menembak dengan polis dan beberapa kes seumpamanya sebelum ini.

Kes seorang pemuda Melayu yang mengamuk di Kedah yang mati tertembak dibahagian atas badannya sekalipun didakwa oleh polis ditujukan kekaki adalah suatu kes yang sangat serius yang tidak boleh dibiarkan berlalu begitu sahaja oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Hishamuddin Hussein sekiranya beliau benar benar menteri yang bertanggungjawab terhadap keselamatan rakyat. Setakat ini beliau tidak bersuara apapun seolah oleh polis benar.

Kematian Penjenayah Surenthiran telah diberikan publisiti yang meluas oleh akhbar akhhar The Sun, The Star , Tamil Nissan dan akhbar akhbar Cina, Chew Jit Poh dan Nanyang Siang Pau danTamil Nissan yang mempersoalkan menerusi berita mereka tentang kewajaran tembakan terhadapnya.

Bila kakak Surenthiran, R.Seetha membunuh diri dengan meminum racun lalang, presentasi berita mereka adalah sekata seolah olah tindakannya itu kerana ketidakadilan polis yang juga telah mengambil suaminya untuk siasatan . Seetha juga cuba membunuh keempat empat orang anaknya dengan memberikan mereka minum racun yang sama.

Apabila Seetha mati, akhbar akhbar tersebut memberikan laporan besar besaran terhadap rancangan Penaja Parti Hak Manusia Uthayakumr, Anggota Parlimen Kapar S. Manikavasagam dan M.Manoharan Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Alam Shah hendak membawa mayat Seetha ke Parlimen.

Bagaimanapun satu tamparan kepada mereka apabila keluarga R.Seetha menyatakan bahawa mereka tidak pernah berniat untuk menjadikan perbuatan Seetha itu sebagai isu politik. Bapa mertuanya V. Muniandy menyatakan Seetha telah meningalkan sekeping surat yang menyatakan bahwa dia meminum racun lalang atas kehendaknya sendiri.

Sebenarnya akhbar akhbar Sin Chew, Nanyang , The Star dan The Sun bukanlah suara kepada rakyat yang tertindas dan teranianya oleh perbuatan kejam, ganas dan zalim perompak , pencuri, perogol, peragut dan sebagainya tetapi mereka adalah suara kepada penjenayah termasuk yang wujud di dalam parti parti pembangkang sendiri.

Pengarang pengarang akhbar ini tidak sedar bahawa kita sebenarnya berada didalam keadaan “Jenayah Darurat” yang lebih dahsat dari keganasan pengganas komunis sendiri dalam masa darurat dahulu di negara ini.

Kenapa akhbar akhbar ini tidak tidak pergi menemu ramah keluarga atau anak isteri mereka yang telah menjadi mangsa rompakan, perogolan, pencolekan dan sebagainya. Kenapa mereka tidak pergi menemui keluarga bekas Presiden Persatuan Pemborong Binaan Malaysia ( MBAM) Patrcik Wong Kie Yik yang mati kerana cuba lari dari perompak baru baru ini ?

Pihak polis tidak seharusnya mengambil hati diatas sikap sesetengah media dan juga seorang dua anggota pembangkang yang “ tidak berperi kemanusian” sebaliknya mesti meneruskan tugas mereka dengan gagah, berani dan tegas sebagai patriot tanah air. Kejayaan anda semua yang berulang kali akhir akhir ini adalah mendapat sokongan dan sanjungan dari rakyat terbanyak.

Hanya sayangnya awak semua mempunyai seorang Menteri Dalam Negeri yang lemah yang gagal untuk mengajar dan memberhentikan sikap media yang kurang ajar terhadap polis, yang gagal untuk melihat bahawa perbuatan mereka menghasut rakyat bersikap prejudis dan membenci polis adalah sebenarnya mengapikan perasaan perkauman yang akhirnya akan membangkitkan rakyat yang marah untuk melakukan perbuatan jenayah yang lebih besar di negara ini.



MUNSYHI ABDULLAH.

Friday 13 November 2009

NIK AZIZ NAIK HAJI ORANG SPONSOR


BY PARPUKARI

Saya baru sahaja diberitahu bahawa syarikat yang ingin menghantar Nik Aziz untuk mengerjakan ibadah haji adalah Abroad Technology Centre Sdn Bhd, syarikat ini mendapat hak ekslusif memasang Billboard di seluruh Kelantan di bawah Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Seperti yang kita sedia maklum bahawa PMBK diterajui oleh menantu Nik Aziz bernama Ariffahmi. Pakej yang telah diberi oleh Abroad Technology ini berharga RM65,000 satu kepala kepada Nik Aziz dan keluarga.

Yang akan mengikuti rombongan haji tajaan syarikat yang telah disebut di atas tadi ialah, Nik Aziz dan isteri, Menantu Nik Aziz (Ariffahmi) dan isteri, setiausaha sulit Nik Aziz beserta dengan Nordin (tuan punya Abroad Technology) dan isteri!

Kesemua pakej rombongan diatas dibuat bayarannya melalui TH Travel Sdn Bhd!

Syarikat ini menaja Nik Aziz dan keluarga semata-mata untuk membalas BUDI-BAIK yang telah diberikan oleh PMBK melalui hak ekslusif pemasangan Billboard seluruh Negeri Kelantan. Apakah harus kita panggil dengan URUSNIAGA ini? Sedekah atau Rasuah!

Info ini telah diberi oleh YB Dato Alwi Che Mat yang merupakan Ketua Pembangkang DUN Kelantan, Dato Alwi juga mempunyai semua dokumen-dokumen berkenaan seluruh urusniaga ini. Nantikan pendedahan seterusnya!

Nohon jasa baik kepada rakan-rakan bloggers supaya menyebarkan artikel ini. Terima kasih. House PK

Nak tengok hasil kerja yang telah Abroad Technology lakukan di Kelantan klik disini...

Tuesday 10 November 2009

SEMINAR PAS: ADA YANG KECEWA TAPI RAKYAT TIDAK TERPEDAYA

Sebelum ini Nik Aziz membuat kenyataan bersandarkan ilham dari Aziz Bari supaya dipanggil EGM bagi bagi membincangkan masalah beberapa pemimpin Pas yang tidak ‘berdisiplin’ dan ‘pro-UMNO’. Namun EGM tidak mendapat ‘restu’ pemimpin tertinggi Pas sebaliknya hanya bersetuju supaya diadakan Seminar Memperkasakan Parti. Bukan saja Nik Aziz kecewa dalam seminar tersebut bahkan Aziz Bari juga tidak terlepas mendapat kritikan pedas dari pemimpin akar umbi Pas yang hadir dalam seminar tersebut.

Pemimpin-pemimpin yang dikritik oleh Aziz Bari dan disokong oleh Nik Aziz yang perlu ‘didisiplinkan’ itu langsung tidak ‘disentuh’ oleh pemimpin akar umbi Pas. Sebaliknya pemimpin yang dikritik oleh Aziz Bari iaitu Haji Hadi tetap mendapat sokongan majoriti ahli Pas supaya terus menerajui parti. Ternyata ‘hajat’ Nik Aziz untuk menyingkir Haji Hadi dan pemimpin-pemimpin lain yang dikatakan tidak ‘berdisiplin’ dan ‘pro-UMNO’ tidak kesampaian.

Buat julung kalinya Nik Aziz mendapat tamparan hebat kerana tidak berjaya memenuhi ‘kehendak’ Anwar Ibrahim yang ingin memperkasakan puak Endorgan dalam Pas. Buat julung kalinya ‘suara’ Nik Aziz ditepis oleh pemimpin akar umbi. Kecewa memang tidak dinafikan, tetapi sekurang-kurang Pas berjaya mengelak pengaruh puak Endorgan menular dalam partinya.

Rata-rata para pemimpin akar umbi Pas menentang keras penularan pengaruh puak Endorgan yang diterajui oleh Anwar. Terdapat perwakilan dalam seminar itu menyatakan bahawa mereka melahirkan kebimbangan akan sokongan rakyat yang semakin berpaling arah dengan apa yang berlaku pada Parti keadilan pada hari ini.

Pergolakan dan permasalahan dalam PKR sedikit sebanyak menyebabkan pemimpin Pas telah membuka mata untuk memikirkan kembali strategi kerjasama yang mereka jalin dengan PKR. Pas sejak sekian lama bersusah-payah untuk menarik sokongan dan keyakinan rakyat supaya menyokong mereka namun sokongan dan keyakinan rakyat hilang dalam sekelip mata gara-gara tindakan pempin-pemimpin PKR yang dahagakan pangkat dan kedudukan, menurut salah seorang pemimpin yang turut hadir dalam seminar tersebut.

Budaya lompat parti, meletak jawatan supaya diadakan pilihanraya kecil, amalan rasuah dan salah laku dalam pentadbiran, perjuangan Islam Pas dipinggirkan dan sebagainya antara punca utama pemimpin Pas akar umbi menolak pengaruh puak Endorgan dari mengelak menularnya ‘sikap’ sedemikan dalam parti Pas. Kekalahan Pas dan hilang majoriti dalam dua pilihanraya kecil di Bagan Pinang dan Manek Urai lalu adalah petanda sokongan Pas semakin merosot.

Ia dikuatkan lagi dengan kajian yang di buat oleh pemerhati politik dari UM. Prof. Abu Hassan menyatakan bahawa sokongan golongan muda ke atas Pas semakin merosot dan ramai yang ‘berdiri atas pagar’. Seminar tersebut juga berakhir dengan beberapa resolusi dan antaranya ialah ‘Pas Untuk Semua’.

Nampaknya kejayaan hasil dari konsep 1Malaysia yang diterjemahkan oleh Najib Razak sebenarnya memang mendapat perhatian. Sehinggakan Pas juga terpaksa memasang strategi baru mereka dengan konsep ‘Pas Untuk Semua’ bagi menyaingi konsep 1Malaysia. Cuma yang membezakannya ialah konsep 1Malaysia lebih menyeluruh dan berpaksikan kestabilan, kemakmuran, pembangunan ekonomi, kestabilan politik negara dan dengan kata lain kepentingan rakyat dan negara diutamakan.

Berbanding dengan konsep ‘Pas Untuk Semua’, jika dilihat ia lebih kepada perjuangan bagi kepentingan parti politik semata-mata dan bukannya perjuangan dan kepentingan rakyat dan pembangunan negara. Tujuan konsep ‘Pas Untuk Semua’ adalah untuk memperkuatkan parti Pas sebaliknya konsep 1Malaysia ialah agenda bagi mewujudkan sebuah negara Malaysia majmuk dan berkembang maju.

Rakyat juga sudah semakin sedar akan perjuangan sebenar parti pembangkang baik Pas ataupun PKR dan DAP. Agenda mereka bukan untuk memperkasakan perpaduan rakyat dan membangunkan negara sebaliknya memperkasa kekuatan dan kepentingan serta kedudukan dalam politik mereka.



Akok@Baulu

MANUSIA TAMAK HALOBA RAKYAT SENGSARA

Isu royalti minyak Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Kelantan mendapat perhatian dan reaksi masyarakat Kelantan. Perdana Menteri dalam sidang Parlimen telah memberi jaminan bahawa royalti minyak itu akan di berikan kepada Kelantan pada 2010, namun pemimpin-pemimpin Pas menolak dengan memberi pelbagai alasan.

Alasan mereka, pemberian Kerajaan Persekutuan bukan royalti tetapi sebaliknya wang ehsan. Tindakan pemimpin Kelantan menolak pemberian wang ehsan ini seumpama manusia tamak haloba tanpa memikirkan nasib rakyat dan pembangunan negeri. Sedangkan persetujuan Kerajaan Pusat untuk memberikan wang ehsan adalah kerana kepentingan rakyat dan pembangunan negeri Kelantan.

Pemimpin-pemimpin Pas pasti menentang pemberian wang ehsan kerana mereka inginkan royalti. Apa yang di perjuangkan oleh pemimpin Pas sebenarnya bukanlah untuk kepentingan rakyat Kelantan sebaliknya kepentingan peribadi dan politik semata-mata. Sedangkan hari ini mereka bersenang lenang dengan kedudukan dan wang gaji yang mereka perolehi sebagai wakil rakyat dan menjawat jawatan Exco dan sebagainya. Sebaliknya rakyat Kelantan masih bergelumang dengan kesusahan dan ketinggalan dari arus pembangunan.

Itupun belum lagi di kira ‘pendapatan’ yang mereka perolehi dari kelulusan projek-projek seperti pembalakan dan tebus guna tanah di Kampung Sireh, Kota Bharu contohnya bagi pembesaran tapak Tesco. Boleh dikatakan tanah penduduk Kampung Sireh Bawah Lembah sedang ‘dirisik’ oleh pihak pemaju dengan bantuan kerajaan negeri untuk ‘merampas’ tanah penduduk untuk pembesaran tapak Tesco.

Nasib rakyat Kelantan hampir 20 tahun langsung tidak mereka pedulikan terutama berkenaan kebajikan dan pembangunan. Rata-rata rakyat Kelantan masih berada di bawah paras kesusahan dan sebab itulah ramai anak muda keluar mendapatkan pekerjaan di luar Kelantan. Hakikatnya Pemimpin Pas hanya pandai bermain politik tetapi langsung tidak memperdulikan nasib rakyat. Mereka menyajikan rakyat dengan penampilan ‘warak’ dan pendekatan Islamik. Inilah modal mereka sehinggakan berjaya mengkaburi mata rakyat Kelantan sepanjang 19 tahun.

Tapi dalam tuntutan royalti ini pula, sekali lagi pemimpin Pas bermain politik apabila menolak pemberian Kerajaan Pusat dalam bentuk wang ehsan. Husam Musa berkata ‘Kerajaan Pas Kelantan menolak pembayaran wang ehsan kerana menganggapnya tidak mematuhi perjanjian yang ditandatangani mengikut Akta Pembangunan Petroleum 1974’. Husam juga dengan nada keras ‘Hanya ada satu pilihan, bayar royalti atau tak payah bayar’. (Berita Harian Online 5/11/09)

Walau bagaimanapun Nik Aziz sebaliknya, walaupun terkilan tetapi beliau tetap bersyukur dengan pemberian wang ehsan oleh Kerajaan Pusat. Nampak perbezaan pendapat dalam kepimpinan Pas dalam isu pemberian wang ehsan. Tapi yang jelas, mereka mula menjadikan isu pemberian wang ehsan ini menjadi semakin rumit hanya kerana kepentingan politik dan bukannya kepentingan rakyat yang mereka utamakan seperti Kerajaan Pusat.

Janganlah hanya kerana pemberian wang ehsan dan bukannya royalti kepimpinan Pas sanggup menggadaikan masa depan rakyat Kelantan. Sedangkan hasrat Kerajaan Pusat adalah murni untuk membantu rakyat Kelantan supaya bangkit selari dengan arus pembangunan. Janganlah hanya kerana politik dan tamak haloba kita sanggup melihat rakyat Kelantan terus sengsara dan ketinggalan dari arus kemajuan serta peluang perniagaan.

Pemberian wang ehsan Kerajaan Pusat kepada rakyat Kelantan bertepatan dengan Konsep 1Malaysia ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian diutamakan’. Ia patut diteruskan walaupun ada pihak cuba mempertikai dan memperlekehkan kerana apa yang penting bagi Kerajaan Pusat ialah pembangunan dan kebajikan rakyat perlu menjadi keutamaan.



Akok@Baulu

Friday 6 November 2009

BEKAS MUFTI PERLIS VS JAIS

Penahanan Dr. Mohd Asri, bekas Mufti Perlis oelh JAIS menarik perhatian seluruh masyarakat. Beliau di tahan kerana melanggari undang-undang pelaksanaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 mengenai tauliah penceramah yang tertakluk di bawah Seksyen 119(1).

Apakah motif sebenar penahanan Dr. Mohd Asri ini? belum sempat penahanan Dr. Mohd Asri ini di bawa ke mahkamah, Ahli Parlimen Shah Alam dengan nada keras menyatakan penahanan ini ada motif politik. Jika benar apa yang dikatakan oleh Ahli Parlimen Shah Alam, ini bermakna penahanan Dr. Asri ‘di kambing hitamkan’ semata-mata untuk menjayakan agenda politik pihak tertentu. Siapakah pihak atau pemain politik tersebut?

Atau ia sebenarnya agenda PR Selangor untuk memerangkap BN kerana BN lah yang selalu menangkap penceramah-penceramah yang suka mengkritik BN. Tidak mustahil jika ini adalah perancangan PR Selangor untuk melumpuhkan BN di Selangor. Tidak mustahil juga ia adalah senjata untuk menutup segala pergolakan dan kecelaruan dalam pentadbiran PR Selangor yang sedang melanda mereka pada masa ini.

Jika ini benar, bermakna PR Selangor sememangnya mempunyai agenda tersembunyi dan menjadikan Dr. Asri sebagai ‘batu loncatan’ untuk menghalalkan agenda mereka untuk memburukkan BN.

Akok@Baulu