Showing posts with label pas nik aziz. Show all posts
Showing posts with label pas nik aziz. Show all posts

Tuesday, 10 November 2009

SEMINAR PAS: ADA YANG KECEWA TAPI RAKYAT TIDAK TERPEDAYA

Sebelum ini Nik Aziz membuat kenyataan bersandarkan ilham dari Aziz Bari supaya dipanggil EGM bagi bagi membincangkan masalah beberapa pemimpin Pas yang tidak ‘berdisiplin’ dan ‘pro-UMNO’. Namun EGM tidak mendapat ‘restu’ pemimpin tertinggi Pas sebaliknya hanya bersetuju supaya diadakan Seminar Memperkasakan Parti. Bukan saja Nik Aziz kecewa dalam seminar tersebut bahkan Aziz Bari juga tidak terlepas mendapat kritikan pedas dari pemimpin akar umbi Pas yang hadir dalam seminar tersebut.

Pemimpin-pemimpin yang dikritik oleh Aziz Bari dan disokong oleh Nik Aziz yang perlu ‘didisiplinkan’ itu langsung tidak ‘disentuh’ oleh pemimpin akar umbi Pas. Sebaliknya pemimpin yang dikritik oleh Aziz Bari iaitu Haji Hadi tetap mendapat sokongan majoriti ahli Pas supaya terus menerajui parti. Ternyata ‘hajat’ Nik Aziz untuk menyingkir Haji Hadi dan pemimpin-pemimpin lain yang dikatakan tidak ‘berdisiplin’ dan ‘pro-UMNO’ tidak kesampaian.

Buat julung kalinya Nik Aziz mendapat tamparan hebat kerana tidak berjaya memenuhi ‘kehendak’ Anwar Ibrahim yang ingin memperkasakan puak Endorgan dalam Pas. Buat julung kalinya ‘suara’ Nik Aziz ditepis oleh pemimpin akar umbi. Kecewa memang tidak dinafikan, tetapi sekurang-kurang Pas berjaya mengelak pengaruh puak Endorgan menular dalam partinya.

Rata-rata para pemimpin akar umbi Pas menentang keras penularan pengaruh puak Endorgan yang diterajui oleh Anwar. Terdapat perwakilan dalam seminar itu menyatakan bahawa mereka melahirkan kebimbangan akan sokongan rakyat yang semakin berpaling arah dengan apa yang berlaku pada Parti keadilan pada hari ini.

Pergolakan dan permasalahan dalam PKR sedikit sebanyak menyebabkan pemimpin Pas telah membuka mata untuk memikirkan kembali strategi kerjasama yang mereka jalin dengan PKR. Pas sejak sekian lama bersusah-payah untuk menarik sokongan dan keyakinan rakyat supaya menyokong mereka namun sokongan dan keyakinan rakyat hilang dalam sekelip mata gara-gara tindakan pempin-pemimpin PKR yang dahagakan pangkat dan kedudukan, menurut salah seorang pemimpin yang turut hadir dalam seminar tersebut.

Budaya lompat parti, meletak jawatan supaya diadakan pilihanraya kecil, amalan rasuah dan salah laku dalam pentadbiran, perjuangan Islam Pas dipinggirkan dan sebagainya antara punca utama pemimpin Pas akar umbi menolak pengaruh puak Endorgan dari mengelak menularnya ‘sikap’ sedemikan dalam parti Pas. Kekalahan Pas dan hilang majoriti dalam dua pilihanraya kecil di Bagan Pinang dan Manek Urai lalu adalah petanda sokongan Pas semakin merosot.

Ia dikuatkan lagi dengan kajian yang di buat oleh pemerhati politik dari UM. Prof. Abu Hassan menyatakan bahawa sokongan golongan muda ke atas Pas semakin merosot dan ramai yang ‘berdiri atas pagar’. Seminar tersebut juga berakhir dengan beberapa resolusi dan antaranya ialah ‘Pas Untuk Semua’.

Nampaknya kejayaan hasil dari konsep 1Malaysia yang diterjemahkan oleh Najib Razak sebenarnya memang mendapat perhatian. Sehinggakan Pas juga terpaksa memasang strategi baru mereka dengan konsep ‘Pas Untuk Semua’ bagi menyaingi konsep 1Malaysia. Cuma yang membezakannya ialah konsep 1Malaysia lebih menyeluruh dan berpaksikan kestabilan, kemakmuran, pembangunan ekonomi, kestabilan politik negara dan dengan kata lain kepentingan rakyat dan negara diutamakan.

Berbanding dengan konsep ‘Pas Untuk Semua’, jika dilihat ia lebih kepada perjuangan bagi kepentingan parti politik semata-mata dan bukannya perjuangan dan kepentingan rakyat dan pembangunan negara. Tujuan konsep ‘Pas Untuk Semua’ adalah untuk memperkuatkan parti Pas sebaliknya konsep 1Malaysia ialah agenda bagi mewujudkan sebuah negara Malaysia majmuk dan berkembang maju.

Rakyat juga sudah semakin sedar akan perjuangan sebenar parti pembangkang baik Pas ataupun PKR dan DAP. Agenda mereka bukan untuk memperkasakan perpaduan rakyat dan membangunkan negara sebaliknya memperkasa kekuatan dan kepentingan serta kedudukan dalam politik mereka.



Akok@Baulu

Friday, 24 July 2009

KEMATIAN TEOH BENG HOCK ANGKARA SIAPA?

BAHAGIAN II


Hasrat ‘syaitan bisu’ mengajak rakyat supaya bangkit menentang Kerajaan tidak mendapat sambutan. Walaupun perhimpunan untuk ‘menuntut keadilan’ bagi Teoh yang diadakan di Stadium Kelana Jaya Ahad lalu diadakan, namun yang hadir tidak seperti yang diharapkan iaitu hanya kurang dari 2000 orang. Dengan kata lain, strategi ‘syaitan bisu’ menghasut rakyat tidak mendapat sambutan.

Apa yang berlaku sememangnya strategi ‘syaitan bisu’ dengan hasrat rakyat akan betindak di luar kawalan kewarasan seperti apa yang berlaku pada 1998. Itulah strategi ‘syaitan bisu’, hasrat mereka adalah untuk mewujudkan keadaan huru-hara dengan harapan rakyat keluar mengadakan bantahan di jalanan. Selagi strategi mereka tidak berjalan, selagi itulah mereka akan menyatakan dan menuduh SPRM dan Kerajaan BN dalang disebalik kematian Teoh.

Tapi lebih memeranjatkan para pemimpin ‘syaitan bisu’ apabila keluarga mendiang Teoh dilihat enggan memberi kerjasama kepada mereka apabila menolak cadangan menggunakan pakar luar negara untuk menyiasat punca kematian Teoh. Sebaliknya keluarga Teoh telah memberi kepercayaan sepenuhnya pakar-pakar dalam negara untuk mencari punca kematian Teoh. Keluarga Teoh dikatakan sudah tahu apa punca sebenar kematian anak mereka berbanding pemimpin-pemimpin ‘syaitan bisu’ yang dikatakan telah menggunakan kebijaksanaan Teoh bagi melakukan penyelewengan dalam pentadbiran mereka.

Teoh dikatakan tahu segala perancangan ‘syaitan bisu’ di Selangor dalam usaha mereka untuk menjayakan strategi Malaysian Malaysia yang dipusakai oleh Lee Kuan Yew. Sebelum Selangor di tawan kembali oleh BN atau diambil alih oleh pentadbiran di bawah Pas, ada dakwaan menyatakan mereka terlebih dahulu perlu mangaut segala bentuk kekayaan dan ‘harta’ bernilai di bumi Selangor. Sebab itulah segala bentuk hasil yang diperolehi oleh jabatan, agensi atau anak syarikat kerajaan negeri, mereka akan pastikan masuk dalam kantong mereka. Maka tidak hairanlah seperti yang didakwa dan yang dibongkar oleh para pemimpin BN Selangor bahawa ‘syaitan bisu’ telah mengarahkan supaya wang dari Pusat Zakat Selangor juga di isi dalam kantong mereka.

Ada pihak mendakwa, sumbangan beberapa ahli Parlimen Dap Selangor kepada Masjid dan surau disekitar Selangor sebenarnya adalah wang dari Pusat Zakat Selangor. Inilah Strategi ‘syaitan bisu’ untuk meraih sokongan politik orang Melayu sama seperti kenyataan Lim Guan Eng sebelum ini kepada penyokong Pas bahawa beliau akan memeluk Islam jika bapa beliau meninggal dunia. Beginilah cara dan tindakan Dap untuk mengalih pandangan dan sokongan rakyat dalam mencapai segala impian politik mereka.

Jika sebelum ini mereka berjaya mengajak penyokong Pas memberi sumbangan dalam menyatakan pendirian isu Adun Bukit Lanjang, kali ini sekali lagi Pas ‘dikeldaikan’ dengan kematian Teoh. Nampaknya Pas sentiasa diheret untuk memberi sokongan dan tindakan mengheret Pas dalam strategi ‘syaitan bisu’ hanyalah semata untuk berselindung disebalik perjuangan Islam Pas. Ia adalah untuk menyakinkan rakyat dengan andaian jika pemimpin Pas yang alim dan warak turut sama sedikit sebanyak ia menarik kepercayaan dan sokongan orang Melayu.

Hakikatnya Teoh tertekan dengan salahguna kuasa yang diletak dibahunya dan oleh kerana beliau merupakan aset penting SPRM untuk membongkar segala penyelewangan dalam kerajaan PR, maka tindakan yang paling bijak ialah ‘menghapuskan’ riawayat Teoh untuk mengelak terbongkarnya lebih banyak penyelewengan dalam PR di Selangor. Apa yang menakutkan ‘syaitan bisu’ ialah segala bentuk penyelewengan bukan saja di Selangor terbongkar bahkan di Perak dan Pulau Pinang juga turut dibongkarkan.

Mungkin juga untuk menutup segala kepincangan dan kelemahan mereka seperti apa yang terkandung dalam DVD yang diedarkan oleh penduduk di Kampung Buah Pala dimana beberapa pemimpin tertinggi Dap seperti Karpal Singh dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang berjanji untuk mempertahankan penempatan penduduk di Kampung Buah Pala tetapi akhirnya janji tersebut telah dinodai. Inilah yang ingin ditutup oleh Dap dan langkah terakhir ialah dengan menyusun strategi dan menghasut rakyat supaya bertindak mengikut emosi. Teoh dijadikan ‘umpan’ untuk menghalalkan strategi dan Pas diajak sekali untuk menarik sokongan orang Melayu berdiri di barisan hadapan sekali.

Jika suasana tidak tenteram dan tidak lagi terkawal, ‘syaitan bisu’ perlulah bertanggungjawab kerana merekalah yang mempertikai dan menghasut rakyat supaya bertindak di luar emosi.





Akok@Baulu












Publish Post