Showing posts with label The Star. Show all posts
Showing posts with label The Star. Show all posts

Wednesday, 25 November 2009

PERMOHONAN MAAF CHIN PENG

Isu Chin Peng kembali mewarnai media-media tempatan, maka berkata-katalah sang pejuang mempertahankan Chin Peng dari di bawa masuk ke Malaysia. Ada yang mengimbau sejarah silam, ada yang tidak dapat menerima kenyataan dan ada yang sanggup berkorban mempertaruhkan nyawa jika Chin Peng di bawa masuk ke dalam negara.

Tidakkah kita lupa bahawa sudah banyak kali Chin Peng dengan dibantu oleh ‘tentera semutnya’ sentiasa mencuba dan menggunakan pelbagai cara serta alasan untuk membawa Chin Peng ke dalam negara. Alasan terbarunya adalah semata-mata mohon keizinan supaya mayatnya disemadikan disebelah kuburnya mendiang ayahnya mendapat reaksi rakyat dan perdebatan ramai pihak.

Persoalannya, siapakah sebenarnya pengerak atau pencetus kepada idea bagi ‘tentera semut’ yang sentiasa menghangatkan suasana dan cuba menimbulkan suasana tidak senang dikalangan kita? Tidakkah tindakan membawa masuk Chin Peng ini akan menimbulkan rasa ‘marah’ pihak tertentu kepada pihak tertentu sehingga boleh menimbulkan perasaan curiga?

Sedarkah kita PR pasa saat ini dilanda kemelut dan krisis pentadbirannya yang kritikal? Sedarkah kita taufan yang melanda kerajaan negeri Selangor dilihat merempuh keyakinan rakyat sehingga terpaksa ‘eksport’ Anwar Ibrahim sebagai penasihat ‘ekonomi’ untuk menyelamatkan keyakinan tersebut, isu perletakkan jawatan menantu Nik Aziz dalam PBMK dan isu tajaan menunaikan haji oleh Nik Aziz melonggarkan ikatan kepercayaan kepada kepimpinan ‘ular dalam semak’, isu pertukaran status pegangan tanah kerajaan negeri Pulau Pinang dan isu-isu lain yang mengoncang PR.

Tetapi secara tiba-tiba media dan rakyat mula menumpukan perhatian pada hasrat Chin Peng untuk di kebumikan di Malaysia. Sebab itulah ada yang menyatakan bahawa isu atau cerita Chin Peng ini sengaja dihangatkan oleh puak ‘tentera semut’ supaya perhatian rakyat kepada kemelut dan pergolakan dalam pentadbiran dan kepimpinan PR beralih kepada isu Chin Peng. Kerana mereka tahu sensitiviti pihak tertentu berhubung isu Chin Peng.

Selian itu juga, isu Chin Peng ini bertujuan menanamkan perasaan marah dan curiga satu pihak kepada pihak yang lain. Tidak mustahil satu pihak akan menyatakan tindakan Kerajaan di bawah BN tidak mengizinkan Chin Peng di bawa masuk adalah kejam dan tidak perikemanusiaan. Satu pihak lagi tetap berpendirian jika Chin Peng di bawa masuk, seolah-olah Kerajaan BN menafikan perjuangan rakyat dan penyeksaaan yang telah dilakukan oleh Komunis di bawah Chin Peng.

Jadi, disini akan wujud dua pihak yang mempunyai berlainan pendirian dan prinsip kemanusiaan. Namun, di atas kesempatan inilah ‘tentera semut’ ambil mengintai peluang kerana mereka sedar bahawa satu pihak mereka sudah tawan, dan satu pihak lagi sekurang-kurangnya separuh sudah berada dalam PR iaitu dalam Pas dan PKR. Jadi jika isu ini tidak diselesaikan dengan bijaksana, akan wujud dua hubungan yang tidak mesra kerana ‘tentera semut’ akan sentiasa mengapikan cerita kerana hasrat mereka adalah supaya wujudnya keadaan huru hara.


Akok@Baulu

Monday, 11 May 2009

TALAM DUA MUKA KETUA PENGARANG THE STAR.

Oleh MUNSYHI ABDULLAH.

Apabila BN mengambil alih kerajaan Negeri Perak dari Pakatan Rakyat, maka itu adalah merupakan keputusan bersama antara parti parti komponen dan setiap parti itu dengan jentera masing masing mestilah komited untuk mempertahankannya.

Pandangan Tun Dr.Mahatir bahawa tindakan pengambilanalih itu dibuat secada terburu buru adalah merupakan pandangnya yang melupakan hakikat bahawa beliau sendiri telah terburu buru dalam kemarahannya kepada Abdullah Badawi sehingga meminta orang ramai mengurangkan kerusi BN dalam Parlimen yang kerana mendengar cakapnya itu mengakibatkan BN kehilangan beberapa kerajaan negeri dan juga ketidakstabilan kedudukan BN di Parlimen.

Maka itu belum tentu pandangan Mahathir seharusnya diterima sebagai pandangan Barisan Nasional. Yang penting ialah keputusan telah pun dilaksanakan dan tidak wajar bagi mana mana jentera BN atau orang kuat BN untuk menunjukan sikap berbelah bagi menerima kerajaan yang ditegakan menerusi ruang exploitasi demokrasi.

Maka itu kita sungguh heran bagaimanakah Akhbar The Star sebuah akhbar Inggeris yang paling berpengaruh di negara ini dan merupakan jentera MCA yang paling berkesan telah mengambil pendirian talam dua muka terhadap kerajaan Perak yang didukong oleh BN.

Sementera dalam media cetaknya The Star tidak menujukan tentangan yang jelas terhadap kerajaan BN Perak, tetapi dalam blog Ketua Pengarangnya Datuk Seri Wong Chun Wai telah menolak kerajaan ini dan seiring dengan DAP dan Pakatan Rakyat menyuarakan supaya kerajan Perak diserahkan kepada rakyat menentukannya dengan mengadakan pilihanraya semula di negeri itu.

Setelah dipanggil Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat,Wong Chun Wai tidak lagi menunjukan laporan Star yang terlalu bebas kepada pembangkang, Anwar Ibrahim dan DAP yang tetapi beliau terus menunjukan pendiriannya kepada mereka dalam blognya “aku sebenarnya orang bebas”

Ketua Pengarang akhbar akhbar yang didukong oleh Parti tidak boleh bebas, mereka boleh memberikan pendapat yang bertentangan didalam sesuau isu tetapi apabila parti telah membuat pendirian maka pendirian itu mestilah dimajukan atau dipromokan untuk penerimaan ramai.

Lain halnya dengan Wong Chun Wai oleh kerana hendak menunjukan pendiriannya yang bebas maka dalam blognya disamping mengutuk tindakan kacau bilau dalam Dewan Undangan Perak kerana perebutan mikrofon sebagai yang terjadi di Taiwan, beliau menyalahkan pembuat dasar di Perak yang menyebabkan peristiwa itu lebih hebat dari di Taiwan sehingga melibatkan semburan cecair pemedih mata. Kenaapa hanya pembuat dasar di salahkan?

Katanya lagi dalam blognya “ Saya tidak ingat ingat sama ada polis pernah dipanggil ke dalam DUN sebelum ini tetapi inilah yang terjadi”

Justeru itu, katanya, adalah lebih baik sekiranya kedudukan kerajaan Perak diserahkan kepada rakyat dengan mengadakan pilihanraya semula di negeri ini.Apakah ini yang di kehendaki oleh BN atau ini yang dikehendaki oleh MCA?

Inilah sikap bermuka muka atau talam dua muka Wong Chun Wai. Tulisannmya itu adalah untuk menunjukan kepada gulongan pembangkang bahawa beliu adalah tidak bersetuju dengan pendirian Star yang tidak lagi friendly kepada pembangkag .. Pendirian Wong adalah jelas sejalan dengan pendirian pembangkang yang mahukan supaya kerajaan negeri Perak di buburkan.

Apakah MCAatau Barisan Nasonal masih mampu untuk mempunyai orang yang mengendalikan jentera penting parti yang tidak komited dan dedikasi kepada dasar parti ?. Orang bagini tidak boleh diharapkan untuk membantu parti dalam krisis malah ketika itu dia akan turut menikam dari belakang.

Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib dan juga Presiden MCA Ong Tee Keat tidak seharusnya menjadi seperti Pak Lah atau Ong Kah Teng yang mudah percaya kepada orang yang bertalam dua muka. Mereka telah membayar harga yang sangat mahal bagi dosa mereka kepada parti dan rakyat.

Ini adalah masa untuk membersihkan musuh dalam selimut.

Tuesday, 10 February 2009

THE STAR BERITAHU DAP DIBERI AMARAN OLEH PRESIDEN MCA.

Keruntuhan kerajaan PR Perak oleh pancak silat licin dan pantas Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dengan tendangan tepat ke muka Anwar Ibrahim Penasihat Parti Keadilan Rakyat ,tidak sahaja meningkatkan kepercayaan rakyat di seluruh negara terhadap kewibawaan Datuk Najib yang akan mengambil alih pucuk pimpinan negara pada Mac depan tetapi juga menyerlahkan keupayaan kepimpinan baru MCA, Datok Seri Ong Tee Kiat.

Pembelotan seorang ADUN DAP untuk menyokong BN adalah satu tangkapan besar oleh MCA yang menaikan semula imejnya selepas runtuh dalam pilihanraya umum 2008 .

Keruntuhan lebih disebabkan permainan media yang dikuasai oleh MCA sendiri yang memberikan banyak ruang kepada DAP untuk memperlekehkan dasar kerajaan terutama dasar keistemewaan Melayu dan sensitiviti agama . MCA yang terikat dengan kontrak sosial tidak dapat berbuat apa apa dalam keadaan itu telah kelihatan lemah di kalangan masyarakart Cina.

STAR juga membantu mempopularkan blog yang mempromokan isu isu yang bersifat perkauman dengan sering kali memetik dari blog berkenaan dan membuat ekoran berita darinya termasuk buku 13 Mei yang ditulis oleh seorang anggota DAP yang pernah menjadi pensyarah di Universiti Singapura.

Kabarnya Presdien MCA telah pun memanggil semua pengarang pengarang akhbar Cina yang ada kaitan dengannya dan dan juga akhbar The Star untuk mengingatkan mereka supaya menentukan jelas dalam pendirian mereka samaada untuk “bersama dengan MCA atau bersama dengan musuh”.

Peristiwa 6 Febuari 2009 telah sedikit sebanyak memulihkan imej dan keyakinan MCA kerana DAP yang dilihat oleh masyaakat Cina sebagai mara kehadapan sejak pilihanraya lalu telah kelihatan menerima tamparan yang menjejaskan maruah dan semangat mereka. Kesan buruk ini diakui sendiri oleh Pengerusi DAP Karpal Singh dalam sidang akhbarnya untuk memberitahu tindakan yang akan diambilnya terhadap Sultan Perak kerana menyebabkan kejatuhan kerajaan PR.

Bukanlah mudah bagi pemimpin DAP yang terbentuk kesetiaan mereka kepada parti menerusi sistem perkaderan untuk menyeleweng tetapi inilah yang telah berjaya dilakukan oleh MCA menerusi Presiden barunya Ong Tee Kiat yang sekaligus meningkatkan moral MCA .

Penasihat DAP Lim Kit Siang sendiri yang dianggap sebagai “ Chinese God” oleh pelampau Cina dan yang sedang berada dalam keyakinan yang tinggi terhadap kemaraan Malaysian Malaysia tentunya tidak menduga akan berlaku pengkhianatan dalam DAP yang sedang menguasai dua negeri.

Lim Kit Siang dan Syed Husin Ali bekas Ketua Parti Rakyat menyertai Pakatan Rakyat lebih kepada keyakinan Anwar Ibrahim sebagai “Seniman Jalanan” yang berkesan untuk menghapuskan BN dan bukan kerana keyakinan kepada Anwar sebagai “Role model” kepimpinan negara. Maka itu untuk “langkah sementara” bagi mencapai matlamat mereka mereka sanggup terlihat mengorbankan prinsip prinsip moral lebih dahulu.

Kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh hendak menyaman Sultan Perak yang disanggah oleh Anwar Ibrahim dan juga bekas Menteri Besar Perak sendiri Mohammad Nizar tidak dapat lagi menudung keretakan nilai dalam prinsip kepartian. Bunga keretakan mulai berkembang.

Dalam keadaan ini tentunya MCA akan mendapat keuntungan politik yang amat diperlukan untuk pemulihan imejnya.

Sekalipun pendekatan Ong Tee Kiat selepas pilihanraya 2008, nampak seperti mahu turut menyanyikan lagu perkauman pembangkang dan melupakan asas hidup bersama UMNO yang diletakan oleh mendiang Tun Tan Siew Sin tetapi nampaknya setelah menguasai MCA beliau lebih menumpukan kepada usaha membersihkan integriti dan moral MCA dan merapatkan semula barisan parti .

Ong Tee Kiat telah menunjukan kepimpinan yang tegas, berjaya mengenepikan pemimpin MCA yang tidak bermoral, menambah sokongan golongan muda dan mengembalikan rakan rakan berwibawa yang menjauhi diri dari MCA seketika dulu.. Kepimpinannya telah mulai dihormati dan disegani dan dan digeruni oleh kawan dan lawan.

Dalam kata kata lain kempimpinan Ong Tee Kiat telah menampakan keberkesanannya tetapi keberkesanan ini tidak akan berpanjangan jika beliau tidak dapat mengawal dan mempastikan apparatus terpenting iaitu media terutamannya akhbar yang ada kaitan dengan MCA terus berada bersama dengannya di jalan yang di kehendaki oleh parti dengan penghayatan mendalam mendarah daging dengan dasar, semangat dan jatidiri MCA.

Keyakinan sesetengah Ketua Pengarang akhbar MCA untk memakai baju pembangkang bagi menarik sokongan masyarakat Cina ternyata telah gagal sebaliknya menikam diri sendiri. Kata kata bekas Presiden Bush dalam meminta sokongan rakyat menentang musuh dalam keadaan terancam mestilah digunakan oleh Presiden MCA terhadap para pengarang supaya menetapkan pendirian “You are either with us or against us in the fight against terror”.

Jentera MCA atau Ong Kee Tiat sendiri dapat mengkaji semula sikap akhbar akhbar sejak lama sebelum pilihanraya lalu di bawah dasar kebebasan dan ketulusan yang diberikan oleh Abdullah Badawi.

Akhbar akhbar MCA telah mengelirukan pandangan masyarakat Cina terhadap UMNO berbagai isu sehingga UMNO terlihat sebagai parti perkauman.

Akhbar The Star adalah paling kehadapan dalam soal ini dan telah memberikan kesan yang sangat besar. Akhbar Cina yang hanya dibaca oleh masyarakat Cina tidak begitu berpengaruh kepada pemikiran masyarkat aliran perdana dan “The Elit Power ”.

Pendekatan STAR di bawah pimpinan Dato Wong Chun Wai yang berjinak dan bermuka muka dengan DAP dalam memperjuangkan isu orang Cina mengikut aliran DAP telah memperlihatkan seolah olah MCA parti yang lemah yang tidak tidak dapat berbuat apa apa selama ini kepada masyarkat Cina .

MCA telah biasa dengan keris dari sejak mengenali UMNO tetapi STAR telah berjaya menggunakan isu ini sehingga masyarakat Cina melihat UMNO sebagai parti yang anti Cina, tidak adil dan menggerunkan. UMNO dilihat sebagai bagitu dominan dan MCA hanya sebagai parti yang menurut perintah.

Banyak lagi bukti yang boleh dikemukakan untuk menunjukan The Star telah menjatuhkan moral MCA dan telah menyebabkan MCA ditolak oleh masyarakat Cina dalam pilihanraya Umum 2008.

Sebelum pilihanraya lalu Star adalah musuh dalam selimut MCA yang bergerak dengan licin, yang berundur setapak bila terhalang tetapi maju 100 tapak bila peluang terbuka. Selepas pilihanraya akhbar ini dengan cara yang halus terus menujukan sokongan kepada kerajaan DAP Pulau Pinang dan memburukan kerajaan yang lalu.

Adalah sangat tidak wajar bagi seorang Ketua Pengarang akhbar MCA untuk memberitahu pihak DAP bahawa beliau telah dipanggil oleh Presiden MCA Ong Tee Kiat untuk menerima amaran supaya akhbarnya tidak lagi memberikan kebebasan kepada DAP seperti yang diberikan sebelum ini.

Presiden MCA tidak boleh menyimpan orang menggunting dalam lipatan. Akhbar yang menyokong MCA atau BN tidak boleh berpura pura untuk meyakinkan pembangkang terhadap pendirian bebas mereka. Apapun wajah yang cuba ditunjukan oleh akhbar akhbar MCA , UMNO atau MIC tidak akan meyakinkan orang ramai atau pembangkang bahawa mereka bebas sebaliknya mereka wajah UMNO, MCA dan MIC.

Contoh yang baik dalam hal ini ialah kerajan PAP Singapura yang sekalipun berjaya menjadikan Singapura negara maju dan rakyatnya bertaraf kelas dunia tetapi tetap menggunakan dasar dunia ketiga dalam dasar kebebasan dan demokrasinya terutama dasar kawalan media . Ini adalah oleh kerana dasar ini telah teruji tidak sahaja dalam melahirkan masyarakat maju dan makmur tetapi berdisplin , setia dan berpadu untuk mengabadikan kestabilan dan kesejahteraan negara.

Jika MCA dan UMNO mahu mengembalikan kekuatan parti dan pengaruh mereka maka orang yang benar yakin,faham dan mempunyai penghayatan yang mendarah daging terhadap ideologi perjuangan nasionalisme dalam konsep Perikatan dan Barisan Nasional mestilah menerajui media arus perdana di negara ini. Ini akan dilakukan oleh Pakatan Pembangkang jika mereka berkuasa.

Saya percaya Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Ong Kee Tiat boleh berganding bahu dalam pendekatan ini dan melangkah dengan bijaksana untuk mencapai matlamat bersama..

Friday, 31 October 2008

Kenapa The Star tidak siarkan kecaman Jamaluddin terhadap pembangkang?

DALAM terbitan 24 Oktober, akhbar Inggeris The Star yang nyaring memperjuang dan mempertahankan kebebasan media dan menentang ISA, tidak menyiarkan sepatah pun ucapan anggota Parlimen BN Rompin Datuk Seri Jamaluddin Jarjis yang mengecam parti parti pembangkang kerana memusuhi akhbar dengan tindakan memboikot, menyaman dan sebagainya.

Saya tidak tahu sama ada akhbar perdana berbahasa Cina juga turut bersikap demikian.

Jamaluddin telah mendedahkan tindakan saman Ahli Parlimen Seputeh (DAP) Teresa Kok terhadap akhbar Utusan Malaysia sebanyak RM30 juta dan diikuti dengan saman RM100 juta terhadap akhbar yang sama kerana penyiaran cerpen oleh Chamil Wariya yang dianggap ditujukan kepadanya..

Sementara itu Ahli Parlimen Bukit Gelugor ( DAP) Karpal Singh pula telah menyaman Utusan Malaysia RM10 juta sekalipun Utusan telah meminta maaf.

Kerajaan pembangkang di Selangor dan Perak pula memboikot Utusan Malaysia dan kerajaan Kelantan memboikot Berita Harian.

Tindakan yang diambil oleh pemimpin-pemimpin DAP terhadap Utusan adalah benar benar mengikuti jejak langkah Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew yang menutup mulut pembangkang dan media di Singapura dan juga di luar negaranya termasuk Malaysia dengan tindakan saman yang angka kosnya menggerunkan

Utusan Malaysia dan The Star sendiri pernah menjadi mangsa saman Kuan Yew dan membayar kepadanya beratus ribu ringgit. Ini berlaku semasa Singapura dalam Malaysia dan sesudah Singapura keluar dari Malaysia.

Tidak mengejutkan DAP mengikuti langkah ini kerana ia adalah parti yang dilahirkan oleh PAP bagi mewarisi perjuangan Malaysian Malaysia di Malaysia.

Parti-parti pembangkang melakukan ini kerana mereka percaya bahawa akhbar arus perdana tetap berpengaruh dan terus dibaca oleh rakyat walaupun mereka memburukannya sebagai suara kerajaan, tidak bebas, bohong, tidak berkredebiliti dan sebagainya.

Adalah hak parti pembangkang untuk menjalankan tindakan itu, tetapi rakyat yang berfikiran rasional dapat membaca tindakan ini sebagai amaran awal tentang taraf kebebasan yang akan dinikmati rakyat apabila parti parti pembangkang memerintah Malaysia kelak..

Tidak boleh dinafikan banyak orang yang tidak memahami etika kewartawanan dan hak awam dari segi undang-undang yang mengawal kebebasan akhbar arus perdana.Tindakan undang-undang oleh parti- parti pembangkang terhadap akhbar adalah menjadi bukti betapa akhbar senantiasa terkawal dan tidak dapat bebas dalam penyiaran dan penerbitan mereka setiap hari terutama dalam menyiarkan bahan- bahan yang bersifat politik.

Pengendali akhbar `nyamuk' parti-parti pembangkang dan juga akhbar mingguan atau bulanan yang tidak diterbitkan secara tetap dan media siber tidak menghadapi ancaman ini kerana orang ramai tidak menganggap mereka penting dan berkesan dan tidak berpengaruh (walaupun sebenarnya mereka berkesan) kerana tidak diterbitkan oleh institusi perniagaan dan perusahaan yang gagah, maju dan lama.

Kebanyakan akhbar perdana adalah berfungsi secara self-regulated, mengadakan penapisan penyiaran dengan ketat setiap hari bagi semua bahan penyiaran. Mereka bersikap demikian bukan kerana takut kepada tindakan dari kerajaan tetapi yang lebih ditakuti oleh mereka ialah jika terlepas sesuatu penyiaran yang membolehkan pihak orang awam mengambil tindakan saman malu dan sebagainya yang melibatkan kewangan syarikat mereka.

Inilah yang disedari oleh pemerintah Singapura yang cekap dan bijak yang mempunai rekod tidak pernah kalah dalam menyaman akkhar dan mingguan terkemuka luar. Singapura digeruni oleh media luar negara kerana menggunakan senjata hit the pocket.

Sebenarnya di Malaysia parti-parti pembangkang dan akhbar perdana tidak menghadapi ancaman udang-undang seperti di Singapura (sehinggga ini tidak diketahui apakah keputusan kerajaan Malaysia terhadap suara Parti Keadilan yang mendakwa Ketua Polis Negara lumpuh kerana serangan jantung).

Ancaman besar yang menakutkan akhbar di Malaysia ialah wabak saman dari Singapura yang dibawa oleh parti pembangkang sendiri, artis, individu dan syarikat-syarikat yang tindakan undang-undang mereka boleh membengkrapkan akhbar.

Tindakan ini tidak sahaja menutup kebebasan bersuara tetapi boleh membunuh industri akhbar, boleh menghapuskan para wartawan, melenyapkan bukan sahaja hak wartawan untuk menulis tetapi juga untuk bernafas, makan dan pakai setiap hari. Ia juga melibatkan pegawai dan kakitangan di bahagian pengeluaran dan pengurusan.

Bercakap tenang kebebasan akhbar adalah sesuatu yang ideal tetapi hak untuk hidup bagi setiap manusia adalah lebih mahal daripada kebebasan yang bersifat idealisma..

Semua akhbar dan wartawan di Malaysia menyedari hakikat bahaya ini tetapi mereka tidak bersatu dalam menentangnya. Ini tergambar apabila Utusan menghadapi ancaman itu, maka jelas akhbar Inggeris yang selama ini memperjuangkan kebebasan media tidak menunjukan semangat setiakawan.

Ini berbanding dengan setiakawan yang ditunjukan kepada sebuah akhbar Cina sehingga menjadikan wartawannya yang terlibat tahanan sehari ISA sebagai pejuang jihad..

The Star sebagai akhbar yang dipunyai oleh sebuah parti komponen Barisan Nasional sewajarnya memberikan penjelasan kepada rakyat Malaysia kenapa ia langsung tidak menyiarkan kecaman Jamaluddin Jarjis terhadap pembangkang yang menggugat kebebasan akhbar dengan saman beratus juta ringgit.

Sebenarnya sikap akhbar ini adalah membuktikan bahawa ia sendiri tidak bebas.Ia tertakluk kepada ideologi Malaysian Malaysia, bersikap prejudis terhadap Utusan sebagai suara orang Melayu dan Islam, berkongsi dengan pandangan dan pemikiran DAP.

Dengan berselindung di sebalik parti tertentu, akhbar ini telah sekian lama memupuk perasaaan prejudis, syak wasangka dan juga kebencian bukan Melayu terhadap kerajaan dengan berbagai-bagai cara yang tidak dapat dibaca oleh pegawai-pegawai kerajaan yang bertanggungawab tapi lemah dan oleh ahli parti BN yang tidak sensitif. .

Sesungguhnya akhbar ini telah berjaya besar dalam mengelirukan masyarakat bukan Melayu untuk menunjukan perjuangan orang Melayu bagi mempertahankan hak mereka dari segi perlembagaan sebagai rasis dan perjuangan bukan Melayu yang di luar perlembagaan dengan pelbagai provokasi terhadap orang Melayu adalah sebagai hak mereka.

Provokasi yang terkini ialah penggunaan tulisan Cina dan Tamil bagi nama jalan di Pulau Pinang.

Dengan tidak menyiarkan langsung ucapan Jamaluddin yang membidas pembangkang kerana tidak mempertahankan prinsip berkaitan dengan kebebasan akhbar dan blog adalah membuktikan bahawa akhhar ini mempunyai agenda yang besar untuk suatu tugas reformasi yang membahayakan kepentingan dasar nasional.

Sikap wartawan-wartawan Malaysia yang tidak menunjukan semangat setiakawan dalam menghadapi ancaman sebenar bererti mereka sedang membantu untuk menegakkan sebuah kerajaan authoritarian yang kelak akan membenamkan segala idealisme mereka terhadap kebebasan.

Mereka tidak perlu melihat hal ini lebih jauh kerana contohnya berada di muka pintu.


MUNSYI ABDULLAH

Saturday, 25 October 2008

THE STAR BERKABONG BANTAH TAN SRI ZAKI KETUA HAKIM NEGARA

Akhbar The Star telah berkabong sebagai membantah perlantikan Tan Sri Zaki Tun Azmi sebagai Ketua Hakim Negara. Berbanding dengan Utusan Malaysia yang menjadikan berita ini sebagai tajuk utama muka satu keluaran 22 Oktober,Star hanya menggunakan tiga para berita ini dari Bernama dimuka 22.

Berita yang lebih besar disamping berita itu ialah hasil kajian Transparency International Malaysia di kalangan peguam (kebanyakan orang India) yang mendapati mereka mempunyai persepsi “muram” terhadap badan kehakiman dan perundangan negara (judiciary).

Menurut presidennya Tan Sri Ramon Navaratnam, 91% dari 339 peguam yang ditinjau merasakan proses perundangan dan penghakiman di Mahakamah Tinggi, Mahakamah Rayuan dan Persekutuan adalah tertakluk kepada berbagai peringkat pengaruh dari kerajaan dan lain lain.

Berita ini sebenarnya bertujuan menimbulkan keraguan terhadap ketulusan dalam perlantikan Tan Sri Zaki kerana beliau diketahui mempunyai hubungan yang rapat dengan kalangan pemerentah dan UMNO. Beliau pernah menjadi peguam dan penasihat kepada UMNO.

Bagi Star sekalipun sesaorang mempunyai kelayakan dan kualiti yang diperlukan untuk memegang sesuatu jawatan penting dalam kerajaan tetapi jika terlibat dengan parti pemerentah maka kredebilitinya sudah terjejas sebaliknya sekalipun sesaorang itu ditolak oleh rakyat tetapi kerana sikapnya yang liberal dan bukan seorang nasionalis Melayu maka dia adalah bersih dan layak untuk diberikan kedudukan penting.

Kita masih ingat Star merayakan perlantikan Datuk Zahid Ibrahim sebagai de facto Menteri Undang Undang kerana dia liberal, tidak mempunyai keperibadian bangsa , sanggup memalukan Tun Dr.Mahathir dan pejuang kebebasan dan demokrasi yang tidak mengenal batas dan sempadan .Orang seperti ini adalah celeberity kepada Star.

Star berselindong disebalik imej MCA untuk menjadi suara kepada parti pelampau Cina yang anti Melayu. Dasarnya sama sahaja dengan Gerakan yang menjadi duri dalam daging dalam BN.Sikap talam dua muka inilah yang mengelirukan masyarakat Cina dan mendorongkan mereka untuk mengundi pembangkang dalam pilihanraya lalu.

Star percaya dengan hanya menunjukan imej bebas , pro pembangkang , anti Melayu, anti keris dan anti Kontrak Social akan meyakinkan pembaca terhadap kredebilitinya. Ia melalaikan peranan dan tanggungjawab utamanya untuk membentuk untuk menguasai fikiran rakyat dan bukannya dikuasai oleh nilai nilai rakyat yang bertentangan dengan inspirasi nasional..

Pada hari Star berkabong kerana perlantikan Zaki sebagai Ketua Hakim Negara, Star juga menjadi kan tajuk berita utama dimuka yang sama tentang tindakan saman malu anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok terhadap Datuk Chamil Wariya dan Utusan Malaysia sebesar $100 juta kerana sebuah cerpen yang dikatakan menyindirnya dalam Mingguan Malaysia dan juga berita tuntutan RM10 juta terhadap Datuk Syed Ali Alhabshee Ketua UMNO Bahagian Cheras atas sebab yang sama.

Sebelom itu berita tindakan Utusan meminta Teresa Kok meminta maaf kepadanya telah diperkecil oleh Star , Berita seorang anggota parti Keadilan di Ipoh yang dituduh menerima rasuah sex tidak disebutkan keanggotaannya dan berita seorang pemimpin parti keadilan keturunan India yang memeras ugut dan ditahan oleh polis di Kedah tidak disiarkan langsung.

Sikap double standard The Star dalam perjuangan kebebasan kewartawanan dan akhbar juga jelas apabila tekanan terhadap Utusan Melayu (utusan Malaysia) oleh kerajaan Selangor dan Perak dengan memboikot Utusan dan melarang wartawannya membuat laporan di perkecilkan tetapi bila wartawan akhbar Berita Harian di larang membuat liputan mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kelantan di besarkan. Sebabnya Star melihat ada kepentingan DAP di Selangor dan di Perak, tetapi di Kelantan hanya kerajaan Pas sahaja.

Jika melibatkan dengan kepentingan DAP maka The Star akan lebih berhati hati.

.
Bagaimanapun pemimpin pemimpin UMNO dan orang Melayu umumnya tidak sensitif kepada peranan yang dimainkan oleh The Star selama ini terutama pemimpin pemimpin yang sering diberikan publisiti olehnya. Mereka tidak nampak sikap perkauman Star .

Akhbar Star pernah digantung dalam masa Operasi Lalang di bawah pemerentahan Dr.Mahathir kerana sering menghasut dengan cara bijak. . Diantaranya ialah menyiarkan gambar orang Cina miskin sedang makan di bawah gambar majlis jamuan Raja Raja Melayu..

Wartawan wartawannya yang jahat telah lari ke Hong Kong dalam masa Operasi Lalang itu tetapi beberapa orang dari mereka telah kembali berkerja dengan New Straits Times akhbar kepunyaan UMNO dengan bantuan penasihat tidak rasmi Perdana Menteri,Kalimullah Hassan.

Kalimullah dan keluarganya telah pun lari meninggalkan negara ini untuk menetap di London..

Maka itu jangan heran mengapa akhbar The Star semakin berani dan semakin agresif dalam menentang Institusi Melayu dan menyokong DAP untuk menegakan Malaysian Malaysia.

Jika anasir anasir subersif boleh berlindong di akhbar UMNO maka mengapakah Star tidak boleh menjadi suara DAP dengan berimejkan MCA.

Ibrahim Ali sebagai Ketua Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia( Perkasa) mestilah memantau peranan akhbar The Star yang bersifat musang berbulu ayam dan janganlah kerana publisiti yang diberikannya akan menyebabkan Perkasa tidak nampak bahayanya kepada bangsa dn agama.

Thursday, 23 October 2008

KENAPA RAVINDRAN MAHU BALIK KE MALAYSIA?

Pertubuhan haram Hindraf dan juga peguam peguam India di Malaysia seringkali menggambarkan Malaysia sebagai negara yang tidak adil kepada bukan Melayu,tidak membela nasib orang India, meroboh kuil Hindu dan sebagainya.

Bagaimanapun adalah amat mengherankan mengapakah seorang India yang telah tinggalkan negara ini lebih tiga puluh tahun masih mahu pulang untuk menetap di Malaysia.Mungkin baginya cerita Hindraf adalah cerita karut. .

Kes terbaru ialah C.K Ravindran yang berasal dari Melaka dan pergi melanjutkan pelajaran di India dalam tahun I967 ,berkerja disana dan berkahwin dengan wanita India tetapi sekarang dia mahu balik ke Malaysia. Dia menghadapi masalah untuk pulang ke Malaysia kerana tidak mempunyai kad pengenalan dan surat beranak yang menurut dakwaannya telah diserahkan kepada kedutaan Malaysia pada tahun 1977.Dia juga pernah memohon passport India dan mengundi dalam pilihanraya India.

Sekali lagi yang menjadi juara untuk memperjuangkan kes seumpama ini ialah akhhar The Star.

Tetapi kita tidak harus lupa bahawa akhbar The Star lah juga yang membina perasaan tidak selamat di kalangan bukan Melayu dengan mendakwa berlaku “brain drain” orang Cina ke luar negara kerana tidak mendapat peluang perkerjaan di Malaysia.Star tidak boleh menapikan semua ini kerana semua keratan akhbar mengenainya ada dalam simpanan kami kecuali tidak ada di Kementerian Dalam Negeri yang tidak cekap.

Star menalipon Ravindran di India untuk menapikan semua tuduhan terhadapnya disamping mendapatkan rakan rakan sekolah Ravindran di Malaysia untuk mengesahkaakhbat The n bahawa Ravindran memang berasal dari Malaysia.

Kerajaan harus sedar bahawa banyak kerja yang bertentangan dengan inspirasi nasional yang dijalankan oleh The Star. Dato Syed Hamid Albar tak usahlah terpengaruh dan cepat gementar dengan “gempak” akhbar ini atau terlalu bertolak ansur dengan akhbar ini kerana banyak memberikan publisiti kepadanya.

Syed Hamid harus menjaga maruahnya sebelom orang Melayu mengambil langkah untuk menjatuhkan maruahnya.

Bagi orang Melayu dan bumiputra negara ini sesiapa juga boleh keluar mencari perkerjaan di luar negara. Sepuloh orang keluar seribu orang akan datang mengganti.

Ketua Pengarang akhbar The Star patut sedar bahawa kawan kawannya yang lari ke Hong Kong juga balik cari makan di Malaysia.


MUNSYI ABDULLAH.

Sunday, 17 August 2008

SIKAP STAR TERHADAP BN

Semalam ramai pelanggan-pelanggan Cafe membincangkan sikap akhbar The Star yang tidak seimbang dalam laporannya terhadap layanan berita dan gambar keganasan penyokong PKR memaki hamun jurugambar dan wartawan akhbar dan agensi berita di hari penamaan calon pilihanraya kecil Permatang Pauh.Berita ini diperkecil kecilkan.

Jika ini dilakukan oleh penyokong penyokong Barisan Nasional maka pastinya akhbar ini akan menyiarkan secara besar besaran di muka satu dan juga turut mengutuknya.Bukan sekali penyokog PKR melakukan keganasan ini.Sebelum ini seorang jurugambar akhbar Cina telah dibelasah oleh mereka.

Di muka dalam pula pada hari yang sama iaitu sehari selepas penamaan calun,akhbar ini menyiarkan Anwar disambut meriah oleh penyokong penyokong Pas.

Abdullah Ahmad Badawi tidak lagi mendapat simpati dari akhbar ini sekalipun didalam keadaan yang runcing dan genting. Ketua Pengarangnya lebih mencintai Ketua Menteri Pulau Pinang.Survival Anwar adalah survival Pakatan Rakyat dan dan survival Pakatan Rakyat adalah Malaysian Malaysia.

Kesimpulannya, atas kepentingan sendiri, akhbar yang memperjuangkan kebebasan bersuara juga bergelumang ekornya dengan tahi.