Monday, 11 May 2009

TALAM DUA MUKA KETUA PENGARANG THE STAR.

Oleh MUNSYHI ABDULLAH.

Apabila BN mengambil alih kerajaan Negeri Perak dari Pakatan Rakyat, maka itu adalah merupakan keputusan bersama antara parti parti komponen dan setiap parti itu dengan jentera masing masing mestilah komited untuk mempertahankannya.

Pandangan Tun Dr.Mahatir bahawa tindakan pengambilanalih itu dibuat secada terburu buru adalah merupakan pandangnya yang melupakan hakikat bahawa beliau sendiri telah terburu buru dalam kemarahannya kepada Abdullah Badawi sehingga meminta orang ramai mengurangkan kerusi BN dalam Parlimen yang kerana mendengar cakapnya itu mengakibatkan BN kehilangan beberapa kerajaan negeri dan juga ketidakstabilan kedudukan BN di Parlimen.

Maka itu belum tentu pandangan Mahathir seharusnya diterima sebagai pandangan Barisan Nasional. Yang penting ialah keputusan telah pun dilaksanakan dan tidak wajar bagi mana mana jentera BN atau orang kuat BN untuk menunjukan sikap berbelah bagi menerima kerajaan yang ditegakan menerusi ruang exploitasi demokrasi.

Maka itu kita sungguh heran bagaimanakah Akhbar The Star sebuah akhbar Inggeris yang paling berpengaruh di negara ini dan merupakan jentera MCA yang paling berkesan telah mengambil pendirian talam dua muka terhadap kerajaan Perak yang didukong oleh BN.

Sementera dalam media cetaknya The Star tidak menujukan tentangan yang jelas terhadap kerajaan BN Perak, tetapi dalam blog Ketua Pengarangnya Datuk Seri Wong Chun Wai telah menolak kerajaan ini dan seiring dengan DAP dan Pakatan Rakyat menyuarakan supaya kerajan Perak diserahkan kepada rakyat menentukannya dengan mengadakan pilihanraya semula di negeri itu.

Setelah dipanggil Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat,Wong Chun Wai tidak lagi menunjukan laporan Star yang terlalu bebas kepada pembangkang, Anwar Ibrahim dan DAP yang tetapi beliau terus menunjukan pendiriannya kepada mereka dalam blognya “aku sebenarnya orang bebas”

Ketua Pengarang akhbar akhbar yang didukong oleh Parti tidak boleh bebas, mereka boleh memberikan pendapat yang bertentangan didalam sesuau isu tetapi apabila parti telah membuat pendirian maka pendirian itu mestilah dimajukan atau dipromokan untuk penerimaan ramai.

Lain halnya dengan Wong Chun Wai oleh kerana hendak menunjukan pendiriannya yang bebas maka dalam blognya disamping mengutuk tindakan kacau bilau dalam Dewan Undangan Perak kerana perebutan mikrofon sebagai yang terjadi di Taiwan, beliau menyalahkan pembuat dasar di Perak yang menyebabkan peristiwa itu lebih hebat dari di Taiwan sehingga melibatkan semburan cecair pemedih mata. Kenaapa hanya pembuat dasar di salahkan?

Katanya lagi dalam blognya “ Saya tidak ingat ingat sama ada polis pernah dipanggil ke dalam DUN sebelum ini tetapi inilah yang terjadi”

Justeru itu, katanya, adalah lebih baik sekiranya kedudukan kerajaan Perak diserahkan kepada rakyat dengan mengadakan pilihanraya semula di negeri ini.Apakah ini yang di kehendaki oleh BN atau ini yang dikehendaki oleh MCA?

Inilah sikap bermuka muka atau talam dua muka Wong Chun Wai. Tulisannmya itu adalah untuk menunjukan kepada gulongan pembangkang bahawa beliu adalah tidak bersetuju dengan pendirian Star yang tidak lagi friendly kepada pembangkag .. Pendirian Wong adalah jelas sejalan dengan pendirian pembangkang yang mahukan supaya kerajaan negeri Perak di buburkan.

Apakah MCAatau Barisan Nasonal masih mampu untuk mempunyai orang yang mengendalikan jentera penting parti yang tidak komited dan dedikasi kepada dasar parti ?. Orang bagini tidak boleh diharapkan untuk membantu parti dalam krisis malah ketika itu dia akan turut menikam dari belakang.

Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib dan juga Presiden MCA Ong Tee Keat tidak seharusnya menjadi seperti Pak Lah atau Ong Kah Teng yang mudah percaya kepada orang yang bertalam dua muka. Mereka telah membayar harga yang sangat mahal bagi dosa mereka kepada parti dan rakyat.

Ini adalah masa untuk membersihkan musuh dalam selimut.

1 comment:

Wan Atak said...

KP the Star sememangnya terkenal dengan sikapnya yang bermuka-muka dan memperjuangkan agenda orang Cina. Harus di ingat bahawa orang Cina mempunyai satu falsafah yang mendasari perjuangan mereka. Falsafah tersebut ialah "there can be as many boat in a small canal but all must face the same direction". bermaksud tidak kira apa kapal yang dinaiki samada kapal MCA, kapal GERAKAN, kapal DAP, semuanya mesti menuju matlamat yang sama iaitu memperjuangkan penguasaan orang cina dalam pelbagai bidang terutama dalam politik.