Monday, 25 May 2009

MOGOK LAPAR TAPI PEMIMPIN DAP MEMBUTAL KEKENYANG

Hari ini bermula lah para penyokong PR terdiri dari Pas dan PKR diperbodohkan oleh pemimpin DAP dengan melancarkan mogok lapar. Sejak petang tadi hampir 20 orang ditangkap termasuk pemimpin-pemimpin DAP yang juga ahli Parlimen dan Adun negeri Perak kerana mengadakan perhimpunan tanpa permit di luar Wisma DAP. Tapi rata-rata rakyat Perak yang ditemui dan ditanya berhubung mogok lapar anjuran DAP mengatakan mereka masih waras dan sedar apa motif dan agenda DAP menganjurkan mogok lapar tersebut.

Ada yang berkata pemimpin DAP sanggup berlapar kerana mereka sudah kenyang ‘meratah’ hasil bumi Perak selama Perak diterajui oleh si ‘keldai’. Ketika meninjau dan mendapatkan reaksi umum dari rakyat Perak, penulis singgah di sebuah warung untuk membasah tekak yang haus kerana cuaca yang agak panas. Termenung seketika memikirkan dengan cuaca sedemikian, kenapa mereka sanggup mengadakan mogok lapar atau hanya semata-mata kecewa tidak dapat lagi ‘meratah’ hasil bumi Perak.

Ketika melabuh punggung di atas kerusi, terpandang sekumpulan lelaki dan ada 2 atau 3 orang di antara meraka yang sudah berumur dan mereka memanggilnya Pak Haji dan Tuan Sheikh. Mereka mengatakan mogok lapar itu bukan satu bentuk protes yang cerdik, tetapi ia adalah tindakan seseorang yang cetek pengetahuan agama dan akibat kecewa, minda mereka tertutup rapat untuk menerima hakikat keputusan mahkamah yang mengistiharkan Zambry sebagai Menteri Besar yang sah.

Hakikatnya dalam Islam perbuatan mogok lapar tapi boleh makan dan minum ini adalah syirik dan berdosa serta dianggap satu bentuk perbuatan yang sia-sia sahaja kerana ia hanya memudaratkan kesihatan dan tidak memberi apa-apa kebaikan. Sebab itulah, untuk tidak terjerat, Nizar si ‘keldai’ kata dia berpuasa sunat. Tapi hakikat dan tujuannya adalah kerana ‘menghalalkan’ mogok lapar anjuran DAP.

Seperti diduga, Nga Kor Ming telah mengumumkan bahawa tujuan diadakan mogok lapar tidak lain tidak bukan hanya untuk mendesak Sultan Perak supaya di bubarkan DUN Perak. Tindakan Kor Ming mendesak Sultan Perak sebenarnya adalah satu tindakan biadab dan tidak menghormati institusi Raja Melayu. Rakyat Perak semakin mual dan meluat dengan tindakan biadab para pemimpin DAP sejak kebelakangan ini yang terengan cuba mengugat institusi Raja Melayu.

Tindakan mogok lapar ini hanyalah satu kerja yang sia-sia dan jelas menunjukan betapa daifnya dan kurang ajarnya pemimpin DAP mempersenda undang-undang dan institusi Raja-Raja Melayu.

Pengunjung di warung itu berkata, jika nak buat mogok lapar bukan susah, tetapi untuk benar-benar berlapar tidak semudah mengajak orang berlapar. Para pemimpin DAP boleh ajak pengikutnya mogok lapar, tapi mereka juga boleh secara senyap menyusup ke dalam Wisma DAP untuk makan dan minum hingga membutal kenyang, siapa yang tahu? Yang menjadi mangsa ialah penyokong yang termakan dengan hasutan dan dakyah DAP yang mungkin juga akan menerima penyakit, tapi para pemimpin DAP sentiasa segar dan bertenaga kerana mereka masih boleh ‘melalak’ menyampaikan berceramah walaupun ‘tidak minum dan makan’.

Sinis mereka berkata, mungkin ramai akan ‘bersimpati’ pada mereka yang menyertai mogok lapar, tetapi bukanlah bersimpati sebab mereka sanggup berlapar tetapi bersimpati kerana sedih melihat mereka sanggup memilih jalan singkat dan langsung tidak cerdik kerana memudaratkan kesihatan diri sendiri.

Penulis ada menerima SMS yang dikatakan datangnya dari ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali menyatakan “suka hati merekalah jika mereka memilih untuk berlapar sehingga menemui ajal sekali pun dan rakyat sedia menabur bunga di pusara mereka nanti sebagai satu penghargaan terhadap perjuangan mereka”. Jadi bolehlah nanti satu lagi plak demokrasi di letakkan di hadapan Wisma DAP sebagai tanda kenangan dan mengingati kedangkalan manusia yang berfikiran sempit.

Akok@Baulu

No comments: