Sidang Dun Perak hari ini membuka satu lagi lebaran baru dalam politik tanah air. Tahap dan sikap pemimpin politik tanah air pada hari ini meletakkan maruah mereka serendah-rendahnya dan apa yang berlaku hari ini adalah berpunca dari kerakusan dan ‘kebangsatan’ sesetengah pihak yang sengaja ingin melihat Negara dalam keadaan huru-hara.
Sebelum Negara mencapai Kemerdekaan, seluruh rakyat memperjuangkan maruah bangsa dan Negara dari hasutan Parti Komunis Malaya (PKM) yang bercita-cita untuk menguasai Tanah Melayu. PKM menggunakan pelbagai dakyah dan taktik kotor dan ‘bangsat’ untuk merampas bumi Malaysia. Namun semua itu dapat diperangi oleh rakyat Malaysia apabila dapat menghalau pengaruh PKM jauh ke hutan belantara dan terpaksa menyorok disempadan Thailand.
Setelah maruah bangsa dipertahankan, timbul pula tentangan dari Indonesia untuk menawan Malaysia. Dengan di pengaruhi oleh Parti Komunis, Indonesia melancarkan ‘konfrantasi’ ke atas Malaysia setelah beberapa cubaan untuk merampas dan melumpuhkan Kerajaan Malaysia tidak berjaya. Ketika itu, semangat juang dan maruah rakyat begitu tinggi. Kesepakatan dan perpaduan begitu kuat sehinggakan tentera-tentera Indonesia yang mendarat di Tanah Melayu berjaya di tangkap. Walaupun terdapat bangsa sendiri ketika itu yang ‘bangsat’ melacurkan maruah bangsa dan Negara kepada Parti Komunis, tetapi maruah dan semangat juang bangsa Malaysia ketika itu sungguh tinggi.
‘Konfrantasi’ Indonesia ke atas Malaysia dapat dipatahkan dan ‘bangsat’ tanah air yang mendukung perjuangan Parti Komunis ditelanjangkan dengan maruah yang tidak ternilai pejuang bangsa Malaysia. Dugaan dan cabaran perjuangan Negara tidak berakhir disitu, Singapura yang pada ketikanya berada dalam peta Malaysia bertindak keluar kerana niat tersembunyi untuk melenyapkan bangsa Melayu. Modal perjuangan ‘Malaysian Malaysia’ dijadikan senjata untuk mempengaruhi golongan bukan Melayu dan juga yang berhaluan kiri yang masih berjuang dibawah pengaruh Parti Komunis. Namun akhirnya, niat dan strategi Singapura pada masa itu tidak dapat mempengaruhi apa yang mereka hajati, mereka hampa.
Kesabaran itu ada hikmahnya, walaupun terpaksa mengambil masa yang lama, akhirnya perjuangan parti PAP di bawah Lee Kuan Yew ketika itu memperjuangkan ‘Malaysian Malaysia’ telah menampakkan hasilnya. Wadah perjuangan PAP disambung oleh DAP dan akhirnya mendapat sokongan dari parti PKR dan Pas. Jika sebelum ini Pas lah yang lantang dan mengharamkan UMNO kerana berkawan dengan MIC dan MCA, tapi apa yang berlaku hari ini sebaliknya.
Jika sebelum ini Pas lah yang menentang kemasukan dan pemberian taraf kerakyatan oleh Kerajaan BN kepada orang-orang Cina dan India yang di bawa masuk oleh British, tapi hari ini mereka pula menuduh BN parti perkauman. Jika sebelum ini Pas memperjuangkan untuk menghapuskan arak, judi dan segala jenis kemaksiatan, kini mereka mendapat gaji bulanan dari punca pendapatan sedemikian dan lebih memalukan mereka mendokong dan menyokong maksiat sebelum kahwin.
Sejarah tidak boleh diubah dan apa yang diperjuangkan oleh Pas sebelum ini jelas bertentangan dan mereka kini menjilat apa yang mereka ludah selama ini. apa yang penting bagi mereka adalah kuasa, pangkat dan kedudukan, hakikatnya mereka tidak sedar mereka ‘dikeldaikan’ untuk impian dan cita-cita DAP.
Jika kita lihat, apa yang berlaku hari ini di Perak adalah bukti bagaimana, tangan maut DAP semakin menggengam kuat untuk mengoyang bumi Malaysia. DAP tidak akan duduk dihadapan untuk memperlihatkan mereka berkuasa, sebaliknya mereka menolak ‘keldai’ yang boleh dimereka ‘perbodohkan’ kehadapan. Mereka tidak akan berganjak dengan apa yang mereka lakukan, mereka tidak akan tunduk dengan sebarang tekanan, mereka tidak akan mengalah dengan sebarang peraturan. Kerana mereka tahu, ada ‘keldai’ yang mereka boleh ‘perbodohkan’ dan mereka hanya menunggu peluang setelah berjaya laga-lagakan.
DAP telah belajar bagaimana nasib yang diterima oleh PAP dan mereka juga sedar tanpa sokongan dari kaum Melayu dan India susah untuk mereka mencapai cita-cita untuk menjadi pentadbir Negara. DAP akan bertopengkan ‘amal makruh nahi mungkar’ untuk mengkeldaikan golongan tertentu. Mereka ‘bermuka-muka’ semata untuk menarik sokongan sebelum merentap segalanya.
Buktinya cukup buat kita, di Selangor sebelum ini pun mereka telah mengarahkan supaya wang Zakat Selangor di agihkan kepada rumah ibadat agama lain. Surau dan masjid juga didakwa tidak boleh melaungkan azan kerana menganggu ketenteraman penduduk di taman-taman. Sudah dinyatakan dari awal, DAP masih memperjuangkan hasrat PAP dan buktinya bangsa Melayu di Singapura hilang maruah dan menagih di Negara sendiri. Masjid sudah dilarang untuk melaungkan azan seperti yang masih kedengaran dengan merdu di dalam Negara kita. Tidak mustahil, jika suasana politik pada hari ini tidak berubah, ia akan menjadi semakin parah.
Akok@Baulu
Friday, 8 May 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment