Sunday, 7 December 2008

ADAKAH NAJIB AKAN TERUSKAN DASAR LIBERALISASI?

Oleh Munshi Abdullah

Abdullah Ahmad Badawi yang menyangka kemenangan terbesar BN penuh bersejarah dalam pilihanraya 2004 kerana keyakinan seluruh rakyat kepadanya , telah mengambil langkah berani bagi membuat experiment terhadap kekuatan demokrasi Malaysia dengan membuka “era liberalisasi baru” sesuai dengan tuntutan globalisasi.

Beliau menampakan perpisahan dari aliran lama dan mahu mencatitkan sejarah baru era kepimpinannya. Beliau merongkaikan ikatan tertulis dan tidak tertulis antara rakyat yang sekian lama menjadi syarat hidup bersama . Beliau mengizinkan tunjang kekuatan negara yang masih rapoh diganggu gugat yang menyebabkan kecairan nilai nilai yang selama ini bertahan di bawah pengawalan.

Keadaan ini diburukan lagi oleh berleluasannya Media Siber dengan blog dan portal berita yang tidak terbatas dan terkawal.

Dengan itu kita melihat pendekatan media bukan Melayu telah melampaui batas kesopanan yang telah dipersetujui bersama. Kawasan isu-isu sensitif telah di ceroboh dan dibincangkan secara terbuka. Provokasi terhadap nilai-nilai nasional dilakukan tidak sahaja di media cetak dan letronik tetapi juga di jalan raya termasuk oleh golongan peguam yang hanya memahami kebebasan dari buku undang undang dan bukan dari proses sejarah sosialisasi negara.

Jelas orang bukan Melayu terutama generasi baru telah mendapat kesedaran baru bahawa sekatan-sekatan di bawah kontrak sosial adalah semata mata untuk kepentingan orang Melayu dan Islam sehingga mereka melihat orang Melayu sebagai “Pembuli”.

Sikap kepimpinan negara yang tidak menunjukan reaksi keras terhadap berbagai isu sensitif samada bersifat ucapan, tulisan dan yang sebelum ini dianggap sebagai hasutan dan perkauman telah menggalakan lagi berbagai provokasi sehingga kepada soal Ketuanan Melayu.

Tanpa di sedari oleh orang Melayu, exploitasi bijak media bukan Melayu ( Inggeris,China dan Tamil) mengenai isu isu kepentingan Melayu telah berjaya memprojekannya sebagai isu perkauman dan isu perjuangan bukan Melayu di gambarkan sebagai isu nasional.

Dasar liberalisasi, keterbukaan dan ketulusan telah memberikan kesempatan keemasan kepada bukan Melayu untuk memperkecilkan kepimpinan Melayu yang selama lebih 50 tahun telah dapat membuktikan kewibawaan mereka dalam krisis dan dalam damai.

Ketika orang Melayu berada dalam krisis keyakinan yang paling mencabar ini dan ketika peralihan pucuk pimpinan dari Abdullah Ahmad Badawi kepada Najib Tun Abdul Razak telah pasti, seorang wartawan bukan Melayu yang akan meninggalkan The New Straits Times dalam sebuah tulisannnya telah menasihatkan bakal Perdana Menteri baru supaya meneruskan dasar kebebasan yang telah dijuarainya bersama rakan-rakannya dari keturunan India.


Apakah Najib akan meneruskan dasar liberalisasi yang telah menghancurkan asas kekuatan rakyat Malaysia.

Apakah kita merasa amat malu dan berat untuk kembali kepada nilai dan prinsip asas sedangkan di bawah dasar liberalisasi sekarang kita merasa perlu untuk menutup semula majlis rumah terbuka hariraya Aidilfitri yang setiap tahun berjalan dengan aman damai sebelum peristiharan dasar keterbukaan dan ketulusan.

Perdana Menteri Kedua Tun Abdul Razak telah mengembalikan keyakinan rakyat dalam keadaan negara masih berdarah. Tetapi adalah lebih rumit dan sukar bagi Najib untuk membetulkan suatu keadaan negara yang terbukti kesetiaan sesetengah rakyat , persahabatan, setiakawan mereka adalah palsu.

Negara memerlukan pemimpin yang dapat menghayati dan menyempurnakan Wawasan 2020 menerusi dasar, nilai dan identiti sendiri yang telah pun terbukti berkesan dan berjaya.

Kembalilah kepada prinsip asal.

Saturday, 6 December 2008

Penduduk hadapi masalah, pemimpin PR ‘hilang’


Seorang pelanggan tetap berasa cukup gembira apabila melihat WCT kembali ceria dengan pelanggan. Seperti biasa beliau meluahkan kekecewaanya kerajaan Pakatan Rakyat. Beliau berkata, pada hakikatnya Pakatan Rakyat (PR) – Parti Keadilan Rakyat, Pas dan DAP – memerintah Selangor, tetapi kuasa sebenarnya masih berada di tangan rakyat iaitu orang yang diperintah yang memangkah pada hari pilihan raya.

Betapa benarnya hakikat ini dirasai oleh seorang pemimpin masyarakat dilantik menjadi AJK Zon dalam kawasan undi Parlimen Gombak dimenangi oleh Mohamad Azmin Ali daripada PKR.

Mungkin pada sangkaan pemimpin akar umbi ini segala arahan pegawai, Adun serta Ahli Parlimen PKR akan dituruti dan dilaksanakan oleh petugas semua Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah yang digajikan kerajaan pembangkang.

Sedihnya pemimpin ini mendapati, kuasa mutlak masih terletak di tangan petugas yang selama ini berkhidmat dengan kerajaan BN-Umno dan kekal setia. Luahan kekecewaan pemimpin ini diemelkan kepada laman web Pas, Harakahdaily.com baru-baru ini.

Beliau mendedahkan betapa setelah lapan bulan pembangkang mencapai kemenangan dan hampir empat bulan menerajui majlis-majlis kerajaan tempatan melalui ahli Majlis wakil Pakatan rakyat yang dilantik, banyak isu melibatkan keselesaan rakyat tergantung di awang-awangan.

"Sedar atau tidak, penyokong bawahan Pakatan Rakyat melihat isu membabitkan perkara asas keselesaan rakyat semakin teruk. Tidak keterlaluan boleh dikatakan ahli-ahli Majlis dari Pakatan Rakyat sebenarnya dibuli oleh kakitangan majlis kerajaan tempatan daripada peringkat Yang Dipertua sehinggalah kepada peon biasa.

“Apa tidaknya, pada pandangan saya, pelantikan ke jawatan di majlis tempatan adalah atas dasar politik BN-Umno yang berkepentingan,” katanya.

Menurut beliau, pelbagai alasan diberikan oleh kakitangan majlis setiap kali sesuatu masalah berkaitan penduduk diajukan. Mereka memberi alasan seperti tidak duit, tiada keutamaan, segala permintaan mesti dibuat mengikut prosedur, apakah orang berkenaan memiliki lesen atau sesuatu yang dikehendaki perlu mengikut undang-undang.

“Masalahnya, semua alasan ini dipersetujui oleh ahli majlis dilantik oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang kita anggap sebagai terlalu ikhlas, telus dan berjiwa rakyat,” kata pemimpin itu.

Beliau mendakwa kegagalan ahli majlis pembangkang bertindak segera berikutan pelbagai alasan dianggap remeh diberikan petugas itu sering ditertawakan oleh kakitangan berkenaan.

Selain itu, pemimpin terlibat juga mendedahkan Pakatan Rakyat masih tidak dapat mengurus dan menguasai pengurusan pasar malam, penggunaan dan penyewaan Dewan Orang Ramai, selain gagal menggerakkan PBT untuk segera mengambil tindakan bagi mengatasi pelbagai masalah dan laporan dikemukakan dari peringkat akar umbi khususnya membabitkan pemimpin sama ada Pas, DAP atau Keadilan.

Kelemahan ini, dakwanya telah menyebabkan ramai penyokong tiga parti itu, kecewa lantas ada penyokong mula menurunkan bendera di perkarangan rumah kerana malu. Mereka hampa masalah penduduk sering dibangkitkan dalam mesyuarat demi mesyuarat tetapi masalah kecil seperti longkang tersumbat pun tidak mampu diselesaikan.

Kemelut itu menyebabkan pemimpin ini menuduh PBT berlagak seperti “BN Kedua”.
Di tengah-tengah kehampaan itu beliau menimbulkan persoalan mengapa Exco kerajaan Pakatan Rakyat menghilangkan diri atau tenggelam akibat glamour dimenangkan rakyat yang menolak BN.

Beliau mahu masalah kutipan sampah, longkang tersumbat, anjing liar, pembiakan nyamuk, pemaju engkar, kebersihan tidak dijaga, jalan raya berlubang-lubang, gerai haram, selain tempat cuci kereta tanpa lesen, diatasi segera.

Jika keadaan tidak berubah, beliau bimbang pengundi akan mula memperli dan mengejek kerajaan pembangkang.Harakahdaily menarik perhatian apa yang berlaku itu mungkin tidak hanya menjejaskan rakyat di Selangor malah boleh jadi di Perak, Pulau Pinang dan Kedah.

Itulah hakikat bagi yang berkuasa tak semudah melakukan perubahan dan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh kuasa. Semasa menjadi pembangkan, mudah saja bercakap tentang kelemahan kerajaan, namun hakikatnya bukan memudah untuk melaksanakan tanggungjawab.

Keluhan Pesuruhjaya Pas Negeri Selangor, Dato Hassan Ali, akan sukarnya untuk menjadi pentadbir sebuah kerajaan dan sukarnya berkerjasama dengan PKR dan DAP seperti yang diluahkan oleh beliau yang disiarkan dalam Utusan Malaysia hari ini merupakan hakikat sebena sebuah kerajaan negeri yang rapuh.

WCT kembali di buka

Ramai pelanggan Warta Citra Cafe tertanya-tanya kenapa WCT lama tutup. Adakah dah bankrap ataupun kena tahan lesen perniagaan kerana bincang benda yang ada orang tak suka...Sebenarnya WCT tutup kedai agak lama kerana pertamanya tokey cuti panjang dan keduanya semasa cuti tokey demam dan batuk-batuk. Maka tak dapatlah menjenguk WCT sekian lama.

Semalam saya dikejutkan dengan berita tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Kenangan dan ingatan kepada peristiwa Highland Towers dan tanah runtuh yang menimpa rumah Tans sri Ismail menjelma kembali. Sewaktu itu saya terlibat dengan kerja-kerja menyelamat dan menyediakan kemudahan kepada wartawan asing dan tempatan untuk membuat liputan kedua-dua kejadian tersebut.

Dari kenyataan yang dibuat di kejadian kali ini, jelas tampaknya ada orang yang masih tidak serik dan tak mengambil iktibar dari kedua-dua peristiwa tanah runtuh tersebut. Alasan dan sebab musabab ketiga-tiga kejadian itu hampir sama iaitu resapan air yang menyebabkan berlaku rekahan pada tanah cerun dan menyebabkannya runtuh.

Pelbagai pihak khususya pemaju dan majlis perbandaran ampang jaya berjanji untuk membaiki tanah-tanah cerun sekitar Bukit Antarabangsa agar peristiwa sedemikian tidak berulang. Namun ia ternyata hangat-hangat tahi ayam. Apabila soal tanah runtuh dan mula dilupakan maka usaha-usaha dan janji-janji turut juga dilupakan..Projek-projek baru terus diluluskan dan projek-projek terbengkalai yang dikatakan antara sebab berlakunya kejadian-kejadian tersebut terus terbengkalai dan pastinya akan menjadi penyebab kepada kejadian-kejaian akan datang.

Kesian pada rakan-rakan yang telah memberi hartanah dikawasan Bukit Antarabangsa. Peristiwa ketiga ini pastinya akan menyebabkan nilai hartanah mereka merudum.

Wednesday, 26 November 2008

Harga Minyak Turun: Hikmah Debat Ahmad Shabery vs Anwar Ibrahim


By Koran

1. Hampir seluruh rakyat Malaysia tidak percaya harga subsidi bahan api yang distrukturkan semula oleh Kerajaan pada 5 Jun 2008 telah membawa rahmat yang berterusan kepada rakyat keseluruhannya. Keputusan Kerajaan untuk menetapkan harga subsidi bahan api di pasan tempatan dengan berasaskan harga pasaran minyak mentah dunia adalah satu tindakan yang komprehensif!

2. Pendekatan berani dan bijaksana Kerajaan telah melimpahkan rahmat yang berterusan kepada rakyat. Semasa harga minyak RM2.70/liter, Kerajaan pada masa yang sama melaksanakan pakej bantuan ekonomi melalui sistem rebat kepada pemilik-pemilik kenderaan bermotor. Pakej ini terus dilaksanakan walaupun harga minyak telah diturunkan sebanyak 5 kali!

3. Namun demikian apakah rakyat semua masih ingat bagaimana seriusnya isu kenaikan harga minyak di Malaysia..? Kemuncaknya ialah DEBAT KHAS ANTARA MENTERI PENERANGAN BERSAMA DSAI secara live. Sesungguhnya program debat tersebut adalah permulaan kronologi kepada plot penurunan harga minyak di Malaysia.

4. Siapa kalah atau menang bukanlah persoalan utama, namun keberanian dan ketelusan serta kebertanggungjawaban untuk membantu dan menjelaskan rakyat adalah lebih penting. Semasa Kerajaan memaklumkan bahawa harga minyak pasaran tempatan adalah berasaskan harga pasaran minyak mentah dunia..semua rakyat terpinga-pinga kerana tidak faham proses dan transaksi antarabangsa. Semasa itu jugalah pembangkang mendakwa dan menuduh Kerajaan menzalimi rakyat, PETRONAS mengaut untung dan sebagainya!

5. Lihat hari ini..di mana suara-suara yang menuduh, memaki hamun dan segalanya itu? Suara yang melemparkan fitnah turut mendapat nikmat daripada tindakan Kerajaan. Di mana maruahnya..?

6. Teringat kata-kata Anwar Ibrahim semasa kempen PRK Permatang Pauh..antaranya harga minyak tidak mungkin turun di bawah BN! Malah tindakan Kerajaan menurunkan harga minyak pada 23 Ogos 2008 (beberapa hari sebelum hari mengundi) didakwa sebagai strategi BN untuk mengalahkannya di Parlimen Permatang Pauh.

7. Kerajaan tidak berdendam dengan rakyat walaupun menyokong pembangkang. Kerajaan tetap memberikan hak rakyat sebagaimana hak mutlaknya. Orang BN atau orang PAS, PKR, DAP atau apa-apa sahaja tetap mendapat harga minyak yang sama! Tidakkah mereka itu malu dan tidak bermaruah untuk menggunakan minyak dengan harga yang lebih murah..? Umpama meludah ke langit terpalit ke muka sendiri.

8. Walau bagaimana sekalipun..penurunan harga minyak hari ini mempunyai kaitan langsung yang amat relatif dengan keberanian dan kebertanggungjawaban Dato' Ahmad Shabery berdebat dengan DSAI. Implikasi debat tersebut telah melakar satu senario baru dalam penentuan dan ketetapan harga minyak pasaran tempatan! Hikmahnya adalah nikmat dan rahmat kepada rakyat tanpa mengira apa pegangan agama dan politiknya!