Wednesday, 29 February 2012

Tamatnya Karier Politik Pengarah Penerangan Negeri Selangor

Ustaz yang juga dipanggil doktor Badrulamin nampaknya telah menyuarakan hasrat untuk melabuh tirai politiknya lebih awal dari sepatutnya. Semua ini disebabkan gagalnya Badrulamin mengawal nafsu serakahnya walaupun mempunyai 2 isteri yang sedia melayannya bila-bila masa.
Hasrat untuk mengundur diri dalam arena politik sebenarnya terpancur dari mulutnya kerana pemimpin dan rakan-rakan dalam parti langsung tidak peduli dan memberi sokongan kepadanya seperti sokongan padu buat pemimpin tertinggi mereka Anwar Ibrahim dalam isu seksnya. Kelibat beberapa orang penyokong PKR di perkarangan bangunan Jabatan Agama Islam Pahang mengguris dan mengecewakan Badrulamin.
Dengan kata lain, hasrat Badrulamin untuk melabuh tirai politiknya telah membuktikan penafian dan tuduhan Badrulamin pada malam beliau ditangkap bahawa semua ini adalah satu perangkap dan menuduh ia agenda politik UMNO adalah ‘spin’ politik PR semata-mata.
Jika benar ada pihak yang ingin perangkap beliau, kenapa beliau menyatakan kepada media bahawa masih mempertimbangkan untuk menyaman mereka yang cuba memerangkapnya. Beliau juga menyatakan belum tiba masanya untuk membuat laporan polis yang kononnya hampir 20 orang lelaki memukul beliau pada malam kejadian.
Kenapa Badrulamin dan pemimpin PR mengambil sikap sedemikian? Kenapa tidak terus menyaman atau membuat laporan kepada pihak polis? Bukankah ini adalah sebahagian tindakan yang selalu dibuat oleh pemimpin-pemimpin PR untuk menafikan semua perkara walaupun ia adalah yang sebenarnya?
Nampaknya pekung di dada sudah terbuka dan tidak dapat lagi ditutupnya. Seks, perempuan dan wang sememangnya mainan politik PR. Jika sebelum ini mereka lantang menuduh BN, tapi bila terkena batang hidung sendiri barulah mereka tahu manis dan masinnya perbuata mereka.

Lepas ini seluruh rakyat Malaysia nak tengok sejauh mana kuatnya sokongan para pemimpin dan penyokong PR terutama PKR dan Pas yang sanggup turun ke mahkamah atau tidur ditengah jalan untuk membela Badrulamin seperti sokongan yang diterima oleh Anwar Ibrahim setiap kali beliau hadir ke Mahkamah dalam kes seksnya.
Ataupun Badrulamin sudah boleh melupakan hasratnya untuk menjadi ‘Menteri’ akibat dari kes khalwatnya ini. Mungkin juga selepas ini beliau terutamanya bersama Pas akan mengadakan roadshow keseluruh negara dengan mengheret wanita yang dikhalwatnya itu seperti yang pernah dilakukan oleh Mat Sabu sebelum ini.
Dalam politik, demi kuasa, harta dan kedudukan, yang berjanggut dan berkopiah pun sanggup menggadai dan menjual apa saja termasuk agama dan maruah diri dan keluarga. Apabila berkuasa juga, mereka mula berani dan angkuh hingga sanggup ‘meratah’ daging yang haram sekalipun hak orang. Malah mereka berpendirian, wanita yang menyerah diri pada mereka merupakan SEDEKAH.

Saturday, 25 February 2012

Sarawak Yakin Menang 24 kawasan Parlimen

keadaan di Sarawak secara dasar tenang tetapi dibawahnya kelihatan bergelora. Masalah yang melanda supp masih belum nampak reda. Namun demikian bn sarawakyakinmenyumbangkan 24 kerusi diparlimendaripada 31 kerusi.