Wednesday, 13 February 2013

 KONSPIRASI PKR DAN PAS KE ATAS RONNIE LIU

Tidak dinafikan seluruh rakyat Selangor kenal dan tahu perangai Ronnie Liu dan Dap dalam pentadbiran kerajaan negeri. Walaupun hanya memegang jawatan sebagai Exco kerajaan tempatan, kajian dan penyelidikan Selangor, Ronnie Liu di lihat berkuasa dan kuasanya ke atas pentadbiran kerajaan negeri amat luar biasa. Kuasa Ronnie ke atas pentadbiran Selangor  jelas dilihat apabila menteri besar Selangor, Khalid menjadi gagap setiap kali menerima arahan Ronnie.


Isu arak, pembukaan rumat-rumah urut dan menularnya gejala maksiat semakin tersebar kerana Ronnie berkuasa penuh ke atasnya. Walaupun ia mendapat bantahan rakyat Selangor, Khalid terus gagap tidak berani berkata-kata sebaliknya menuruti saja kemahuan dan arahan Ronnie.

Kemuncak kebiadapan dan kesamsengan Ronnie dalam politik dan pentadbiran negeri apabila Khalid gagap dan Pas terpaksa akur kehendak Ronnie dan Dap untuk memecat Hassan Ali dalam kerajaan negeri dan juga Pas.

Menyedari rakyat mula meluat dan benci pada PR akibat tindakan dan sikap Ronnie dalam semua perkara, PKR dan Pas mula mengambil strategi untuk menghapuskan Ronnie dalam politik Selangor. Pemimpin PKR dan Pas sedar, kemuncak kemarahan rakyat Selangor ke atas PR apabila tindakan kejam di ambil ke atas Hassan Ali. Bagi membetulkan keadaan dan menarik kembali sokongan rakyat menjelang PRU 13, maka Ronnie Liu perlu dikorbankan.

Dengan isu Khalimah Allah, arak, rumat urut, masalah maksiat, pemecatan Hassan Ali dan sebagainya menyebabkan Pas semakin sedar sokongan rakyat semakin merosot. Begitu juga dengan PKR, isu seks melibatkan pemimpin PR, rasuah, pasir, air, rumah ibadat, ladang babi, isu kilang arak dan sebagainya gagal dilaksanakan oleh Khalid Gagap berbanding cakap besar mereka semasa berkempen semasa PRU 12 dahulu.


Tiada perubahan atau pembangunan yang di buat oleh Khalid dalam tempoh 5 tahun, sebaliknya meneruskan apa yang telah dirancang oleh kerajaan BNsebelumm ini. Yang berjaya dilakukan oleh Khalid gagap adalah menuruti segala kehendak dan arahan Ronnie dan Dap.


Atas kesedaran inilah, pemimpin PKR dan Pas memulakan langkah untuk ‘mengusir’ Ronnie dalam politik Selangor. Langkah pertama adalah dengan mendedahkan konspirasi Ronnie dan Dap untuk menguasai Selangor. Pendedahan yang dibuat Jafrie Nordin, bekas pegawai khas Ronnie Liu yang meletak jawatannya pada 7 Feb lalu amaran awal supaya Ronnie dan Dap ‘kurangkan’ kuasa di Selangor. Dakwaan Jafrie bahawa Ronnie pernah mengeluarkan kenyataan serius atau memburukan keadaan fizikal Khalid dan isu moral yang melibatkan Azmin dan Anwar.

  
Bukan itu saja, Ronnie dan Dap juga dikatakan telah mengadakan perjumpaan sulit dengan beberapa pemimpin politik Dap dalam mencatur calon Melayu dari Dap menjelang PRU 13 bagi menggantikan calon dari PKR dan Pas.

Pas dan PKR berharap dengan pendedahan oleh bekas pegawai khasnya Ronnie ini, ia sedikit sebanyak akan dapat mengembalikan semula sokongan rakyat Selangor ke atas PKR dan Pas. Tapi adakah Ronnie akan berdiam diri? Setakat ini, Ronnie masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan di atas dakwaan bekas pegawai khasnya tersebut. Sebaliknya Setiausaha Kanannya memaklumkan bahawa Ronnie tidak pernah mempunyai pegawai bernama Jafrie Nordin?




Jadi kesimpulannya, jika semasa di bawah pentadbiran BN, pemimpin Pas dan PKR mengelar Selangor sebagai Selangor Darul Babi dan Darul Arak, kini, di bawah Ronnie, usaha sedang dibuat untuk  menukar Selangor Darul Ehsan kepada Selangor Darul Dap.

 

Monday, 24 September 2012

Owner of the Private Jet Exposed

Excerpt from a comment with regard to Anuar's lavish Jet setting.

New York charter company, New York-based operations, New York owner.

Close to the Washington-based National Endowment for Democracy (NED) that gave money to Suaram, Mkini Dotcom Sdn Bhd, Southeast Asia Centre for e-Media, Southeast Asian Press Alliance and the Centre for Independent Journalism, Bersih, Merdeka Center for Opinion Research, Lawyers for Liberty, Liberal Banter Sdn Bhd, International Republican Institute (see NST recent report) … Washington is only 40 minutes flight away from New York.

And New York-based Open Society Institute, the administrator for programmes under the Open Society Institute founded by Jewish currency speculator George Soros.
Well, the connections are there. Those are more likely the bastards who arranged for the jet, rather than a rich Malaysian bugger who’d risk his wings, if not his head, chopped when discovered and Anwar doesn’t get to Putrajaya at PRU13. Don’t underestimate the ability of our security agencies in tracing those buggers, though they may leave the matter of what action to be taken on the culprits to the political masters.

So, let us make as much noise as possible, so that some action will be taken. At least in terms of exposing in a big way their working in cahout with nasty foreign groups interested in destabilizing this country and/or in helping Anwar Al Juburi bring this country under the direct influence and control of the Jewish Zionists. Huge press conference, all MSM and foreign press agencies present, Bernama splashing the hot news everywhere – “interference in Malaysia’s internal affairs”, etc.

Sunday, 23 September 2012

Anwar Kencing PAS


Dipetik Dari Blog Apa kecoh-kecoh:

Aku kesian betul tengok nasib PAS dalam Pakatan pembangkang ni. Walaupun mereka kononnya parti yang memperjuangkan Islam, tapi di Selangor dan Pulau Pinang, Exco Agama Islam di pegang oleh PKR. Hatta, jawatan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang pun dipegang oleh PKR.

Bila nak buat hudud pun DAP selamba je kutuk dan PAS langsung tak berani nak balas penghinaan DAP.

Nampak sangat PAS ni langsung tak dihormati oleh parti-parti lain dalam Pakatan pembangkang.

Dan terkini di Labuan, PAS terus dikencing oleh Anwar Ibrahim.

Sebelum ini pada 6 September, PAS WP dah umumkan bahawa calon PAS akan bertanding di Labuan. Perkara ini telah dipersetujui oleh semua komponen Pakatan.

It’s decided – PAS for Labuan


LABUAN 6 Sept: PAS will contest in the duty free Labuan parliamentary constituency and the decision is ‘final’.

Speaking to reporters here, Federal Territories PAS Commissioner Mohamad Noor Mohamad said – in no uncertain terms – that the Presidential Council of Pakatan Rakyat “had decided on this”.

He said the party will field a candidate for the Labuan parliamentary constituency in the 13th general election and that the name of the individual will be submitted to the party president soon for approval.

“The Presidential Council of PR (Pakatan Rakyat) has decided that for state seats, the State PR (Pakatan) Councils will decide.

“The three leaders of the council from PAS, PKR and DAP had agreed for the Labuan seat to be contested by PAS,” he said.

Mohamad reiterated that the decision by the Presidential Council was made on Aug 18 and that a letter to effect was issued regarding the seat distribution.

“So it is clear that PAS will stand here in Labuan,” Mohamad said.

Muktamad - PAS akan bertanding di Labuan

LABUAN 6 Sept: PAS akan bertanding di kerusi Parlimen Labuan dan keputusan itu adalah 'muktamad'.

Bercakap kepada pemberita di sini, Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Mohamad Noor Mohamad berkata – dengan penuh kepastian - bahawa Majlis Presiden Pakatan Rakyat "telah membuat keputusan mengenai perkara ini".

Beliau berkata parti itu akan meletakkan calon untuk kerusi Parlimen Labuan dalam pilihan raya umum ke-13 dan nama individu akan diserahkan kepada presiden parti tidak lama lagi untuk kelulusan.

"Majlis Presiden PR (Pakatan Rakyat) telah memutuskan bahawa bagi kerusi negeri, Majlis PR (Pakatan) Negeri akan menentukan pembahagian kerusi.

"Ketiga-tiga pemimpin majlis dari PAS, PKR dan DAP telah bersetuju kerusi Parlimen Labuan akan dipertandingkan oleh PAS," katanya.

Mohamad mengulangi pendirian beliau bahawa keputusan oleh Majlis Presiden mengenai perkara ini telah dibuat pada 18 Ogos dan surat yang mengesahkan mengenai pengagihan kerusi telahpun dikeluarkan.

"Jadi jelas bahawa PAS akan bertanding di kerusi Parlimen Labuan," kata Mohamad.

Tapi yang lawaknya, bila Anwar turun ke Labuan pada 15 September baru-baru ni, dia telah mengumumkan bahawa Ibrahim Menudin yang baru menyertai PKR adalah calon yang bakal bertanding kerusi Parlimen Labuan.

Haiiii…. Pada 6 September, beria-ia PAS bertegas bahawa mereka akan bertanding di Labuan. Kononnya perkara ini telah diputuskan oleh pimpinan Pakatan di peringkat pusat dan negeri, surat pengesahan pembahagian kerusi pun dah dikeluarkan, cuma tunggu pengesahan nama calon sahaja.

Tapi seminggu selepas tu, bila Anwar turun Labuan, lain pula jadinya. Orang PKR yang bakal jadi calon, bukannya orang PAS!!!

Kena kencing lagi PAS!! Dah bersetuju semasa perbincangan, dah keluar surat pengesahan tapi akhirnya ikut suka Anwar lah siapa dia nak jadikan sebagai calon. PAS jangan bising-bising, dok diam-diam cukup.

Mengikut sumber aku di Labuan, semasa Anwar buat pengumuman ni, berubah muka pemimpin PAS tempatan yang turut hadir dalam majlis tu. Geng-geng PAS yang tengah syok dengar ceramah pun ramai-ramai keluar sebagai tanda tak puas hati.

Berat nampaknya peluang Pakatan di Labuan. Nak pilih calon pun bergaduh sesama sendiri, ditambah pula dengan rekod baik Dato' Raja Nong Chik, Menteri Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar yang sering turun padang ke Labuan.

Sekarang aku nak tengok, apa tindakan pimpinan PAS Pusat terhadap Anwar Ibrahim yang jelas langsung tidak menghormati kedudukan PAS sebagai rakan kongsi dalam Pakatan.

Kalau ikut rekod sebelum ni, aku yakin pimpinan PAS Pusat akan terus bersikap bacul dan berdiam diri sahaja.

Dan Anwar, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng & Karpal Singh akan terus ketawa besar melihat tingkahlaku PAS yang bagaikan lembu dicucuk hidung, sentiasa patuh dengan arahan PKR & DAP.

Politik Keterlaluan Menghancurkan Negara


Semakin hampir dengan PRU 13 semakin biadab strategi pembangkang menghuru-harakan negara. Jika strategi isu Hudud bagi memancing dan menguatkan sokongan kaum Cina ke atas PR, kali ini sekali lagi kerajaan Selangor sengaja mewujudkan suasana tegang pengundi Melayu dengan menafikan Sultan dalam sambutan Kemerdekaan di Selangor.  Apabila isu ini mendapat perhatian maka media dan ultra Melayu dari BN akan terus menyerang PR dan sekali lagi semangat Kemelayuan akan dibangkitkan dan Dap dikaitkan.

Akhirnya, PR beranggapan strategi mereka mengena dan sudah pasti sokongan kaum bukan Melayu akan meningkat menjelang pilihanraya. Ini kerana mereka mendakwa sokongan kaum Melayu 50% dalam gengaman mereka dan dengan menakutkan kaum bukan Melayu dengan isu-isu tersebut, mereka berharap supaya mendapat 90% sokongan bukan Melayu memihak mereka.

Sebab itulah mereka meneruskan agenda ‘jahat’ mereka. Di mana pada saat mengira detik kemerdekaan negara, PR sengaja merangka strateginya bagi menjerat BN. Mereka telah mengupah beberapa ekor sang keldai membawa kain rentang yang memaparkan hasrat mereka menukar Jalur Gemilang. Selain itu, ada segelintir sang keldai memperlakukan kelakuan biadab ke atas gambar Najib dan beberapa pemimpin BN.



Perhimpunan Bershit dijadikan modal mereka menimbulkan huru-hara tetapi strategi mereka tidak ‘mengena’ kerana Kerajaan BN lebih bijaksana menangganinya.  Tidak mustahil juga, isu pengibaran Jalur Gemilang di Selatan Thailand adalah hasil usaha dan strategi PR bagi menimbulkan huru-hura dan persengketaan dengan negara jiran tetangga. Jika di Indonesia sudah terbukti mereka cuba mempengaruhi dan mendapat sokongan pemimpin politik di sana. Tetapi mungkin di Tahiland mereka tidak mendapat perhatian akhirnya, mungkin mereka mengupah pihak-pihak tertentu mengibarkan Jalur Gemilang di Selatan Thailand. Dengan harapan, supaya mewujudkan ketengangan antara kedua-dua negara.



Jika ini berlaku sudah pasti rakyat akan resah dan akan menyalahkan Kerajaan BN. Kita perlu ingat, Singapura sudah lama menunggu saatnya, Indonesia pula sentiasa ada isu yang tidak kena antara kedua-dua belah negara. Kali ini Thailand pula cuba diherat sama dan Kerajaan BN perlu berhati-hati. Tidak mustahil ini adalah rangka dan strategi PR yang dibelakangnya adalah pihak-pihak yang ingin menghancurkan negara.Dap dari perilakunya sememangnya dilihat licik dalam agenda politik mereka. Singapura adalah kiblatnya dan Zionis adalah sifunya.