Bahang PRU 13 semakin terasa dan kenyataan
nakal Menteri Besar Selangor menampakan kebodohan berterusan kerana sebarang
pembubaran DUN mestilah mendapat berkenan
Sultan. Pastinya PRU 13 akan
berlangsung dan kemungkinan Dun akan dibubarkan pada April dan PRU 13 akan
diadakan ada bulan Mei.
Boleh dikatakan semua parti yang akan
bertanding dalam PRU nanti sudah bersiap siaga dan rakyat juga sudah tidak
sabar untuk melakukan suatu perubahan sesudah melihat kepincangan dan
pembohongan yang dilakukan oleh parti yang tidak bertanggungjawab. Di Kelantan,
dikatakan gelombang merah semakin membara dan rakyat di seluruh negeri Kelantan
sudah tidak sabar inginkan perubahan. Melalui beberapa program yang
dilaksanakan oleh BN nampaknya rakyat Kelantan sudah bangkit dan ramai yang
mula mengibar bendera BN samada di perkarangan rumah atau menghadiri program
anjuran BN.
Kenapa rakyat Kelantan inginkan perubahan?
Sebabnya sesudah 20 tahun lebih Pas memerintah Kelantan, taraf hidup rakyat
Kelantan tetap sama. Masih ramai rakyat Kelantan berhijrah keluar negeri
mencari pekerjaan, pembangunan masih ditahap lama hasil peningalan Kerajaan BN,
masalah sosial seperti dadah dan maksiat tidak dapat di atasinya sebaliknya
setiap tahun peningkatan yang begitu ketara.
Dalam 20 tahun memerintah, tidak ada
satupun pembangunan yang dilakukan oleh Pas Kelantan bagi memberi peluang
pekerjaan kepada rakyat Kelantan. Projek pembinaan Bazaar Tok Guru dan Bazaar
Tengku Anis lebih kepada suatu bentuk projek bagi mengkayakan kroni semata-mata.
Rakyat menolak pembinaan kedua-dua bazaar ini kerana ruang niaga yang amat
sempit dan sewa yang terlalu tinggi. Keadaan ini menyebabkan rakyat menilainya
sebagai suatu projek pembaziran kerana banyak ruang yang tidak diisi oleh
peniaga dan terbiar kosong seperti rumah puaka.
Begitu juga dengan pembinaan kawasan
perniagaan di Lembah Sireh. Rakyat sudah sedar dan buka mata, walaupun
berkopiah dan berjanggut hingga ke pusat pun, apabila disogok dengan wang dan
kuasa mereka ini boleh menjadi seumpama anjing gila. Penduduk Lembah Sireh
ditipu dan dianiayai oleh pak lebai berkopiah dan berjanggut Pas agar menyerah
dan membenarkan kawasan tersebut dibangunkan dengan alasan untuk masa depan.
Penduduk Lembah Sireh dijanjikan dengan peluang untuk menjalankan perniagaan
dan pemilikan premis atau bangunan dengan harga dan sewa berpatutan.
Akhirnya, semua pembohongan itu terserlah
jua, yang mampu memiliki premis dan menyewa ruang perniagaan di kawasan
perniagaan berkenaan di manapoli oleh orang-orang Cina dan pemimpin Pas durjana.
Penduduk Lembah Sireh yang rata-rata berpendapatan di bawah RM1000 sebulan
hanya mengigit jari kerana mana mereka nak patkan wang untuk membeli premis
dengan harga RM 400 ribu ke atas dan sewa ruang niaga RM 500 hingga RM2000
sebulan.
Bukan itu saja, rakyat Kelantan juga tidak
rela lebih banyak tanah diserahkan atau diagihkan kepada orang luar. Tindakan
mengundi dan menyokong Pas seumpama menghalalkan usaha Pas menyerahkan lebih
banyak tanah kepada kroni politik mereka dari luar Kelantan. Pemberian tanah
hampir 4,000 hektar di Gua Musang oleh Pas kepada pemimpin Dap Perak perlu
dijadikan pengajaran buat seluruh rakyat Kelantan. Bukan itu saja, Pas Kelantan
terus menyerahkan tanah secara pajakan selama 99 tahun kepada orang luar yang
kononnya bagi projek ladang rakyat.
Memang rakyat Kelantan dilihat inginkan
perubahan dan sokongan ini dilihat semakin berterusan. Cuma adakah keinginan
rakyat Kelantan ini dapat diterima oleh UMNO Kelantan? Dari sembang-sembang
kedia kopi, ada yang sudah merancang untuk mengelak BN Kelantan mencapai
kemenangan. Sebabnya jika BN memang maka susahlah UMNO Kelantan mencari makan.
Ini kerana, segala wang projek akan dikawal sepenuhnya oleh Ketua Perhubungan
Negeri dan ia berbeza dengan hari ini kerana segalanya diuruskan oleh ICU, JPM.
UMNO Kelantan beranggapan, jika Kelantan
terus di bawah Pas, maka Kerajaan Pusat akan membawa turun seguni atau sekarung
wang untuk diagihkan kepada UMNO Kelantan. Ia berbeza jika BN menjadi pemerintah
di Kelantan. Inilah perangai yang perlu diubah oleh UMNO Kelantan. Rakyat
sememangnya sudah bersedia untuk mengubah kerajaan negeri tetapi juak-juak UMNO
yang hanya berjuang kerana wang akan berusaha untuk mengagalkan usaha BN Pusat.
Jika ini benar, maknanya, Pas Kelantan tidak perlu gusar kerana ada orang
bekerja secara percuma untuk mereka dan sekaligus akan lebih banyak tanah di
Kelantan akan diserahkan kepada orang luar.
1 comment:
PRU-13, dah berlalu dan keputusan rasminya telah diwartakan oleh SPR.. namun jelas menunjukkan bahawa rakyat kelantan ingin kekal bersama tonggak kepimpinan sedia ada kerana terbukti kepimpinan mereka... program2 anjuran BN/UMNO dipenuhi kerana arahan dan berbayar... skunk nie zaman duit, nak berak pun kena kua duit...
Post a Comment