Wednesday, 22 May 2013

ISLAM YANG DIPERJUANGKAN TIADA DALAM JANJI 100 HARI


BN semasa mengadakan konvensyennya tidak menjanjikan bulan dan bintang. Sebaliknya PR semasa konvensyennya bertempat di Dewan Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang telah menawarkan pelbagai janji kepada seluruh rakyat Malaysia sekiranya PR rakyat berjaya menawan Putrajaya dalam PRU 13. Dalam tempoh 100 hari jika berjaya menawan Putrajaya, antara janji melangit PR adalah seperti menghapuskan Akta ISA, memberi imbuhan RM500 sebulan kepada guru, tubuh Suruhanjaya Diraja untuk pulihkan sistem kehakiman, naikkan 20% royalti minyak untuk Sabah dan Sarawak, struktur semula pinjaman PTPTN dan banyak lagi.

Inilah antara janji melangit PR untuk seluruh rakyat Malaysia setelah semangat 1Malaysia dan segala gerak kerja BN mendapat tempat di hati rakyat. Janji melangit ini juga sebenarnya adalah untuk menutup segala kelemahan dan kemelut yang sedang melanda PR lebih-lebih lagi pendedahan oleh Wikileaks mengenai isu seks Anwar Ibrahim.
Secara logiknya, jika janji PR seperti memberi imbuhan RM500 sebulan kepada guru bagaimana pula dengan imbuhan untuk kakitangan Kerajaan yang lain? Kenapa PR hanya prihatin kepada guru? Adakah kakitangan Kerajaan lain tidak penting seperti guru? Adakah ini bermakna ramai guru di dalam negara adalah penyokong kuat mereka? tapi apa pun, PR sedang giat turun padang menerangkan janji 100 hari jika Putrajaya dapat mereka tawan.
Gerakan turun padang turut disertai oleh pemimpin Pas, tapi lebih malang dalam janji-janji 100 hari PR tidak ada satu pun janji untuk menegakkan negara Islam seperti yang diperjuangkan oleh Pas sebelum ini. Namun, pemimpin Pas seperti buat ‘buta tuli’ demi menjaga hati rakan-rakan dalam PR isu negara Islam langsung tidak dimasukkan dalam janji 100 hari. 

Jika Anwar mampu membohongi rakyat mengenai 16 September, janji 100 hari jika berjaya menawan Putrajaya apalah sangatnya. Namun, lebih menyedihkan mimbar Jumaat hari ini (31 Disember 2010) memperkecilkan dan memperlekeh keikhlasan pemimpin negara memberikan cuti umum di atas kejayaan pasukan Harimau Malaya berjaya merangkul kejuaraan. Kata-kata khatib di Masjid Al-Islah Tamak Kajang Mewah, Kajang lebih kurang berbunyi begini “ .. apalah sangat dengan kejayaan bola sepak sehinggakan pemimpin mengumumkan cuti umum, padahal kemenangan tersebut bukannya diperingkat antarabangsa mana pun ...”. 

Apa saja yang dibuat oleh BN, semua salah, sedangkan mereka terutama pemimpin Pas ‘buta dan tuli’ kerana dalam 100 hari janji PR tiada satu pun dibangkitkan mengenai negara Islam.

No comments: