Nampaknya himpunan BERSIH 3.0 hanya akan menimbulkan
masalah dan kekacauan yang dicetuskan atas dasar kepentingan individu. Yang
akan meraih keuntungan adalah pemain politik yang bercita-cita tinggi untuk
menjadi pemimpin negara dan yang sengsaranya pula adalah rakyat yang mencari
rezeki sekitar bandaraya terutama pada hujung minggu. Namun, beberapa hari
lepas bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa turut melahirkan rasa
bimbang dan dilihat tidak bersetuju dengan himpuna BERSIH 3.0 ini.
Dikatakan juga, beberapa pemimpin
Pas lain turut tidak setuju dengan sikap penganjur BERSIH 3.0 yang tetap
pendirian mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka walaupun beberapa lokasi
yang selesa telah ditawarkan oleh Kerajaan dan juga pihak berkuasa tempatan. Jika
melihat bantahan dan teguran ini, sekali imbas kelihatan seolah-olah PR tidak
sekata berhubung himpunanBERSIH 3.0. Kerana ia dikatakan menjadi pemangkin
kepada kewujudan kekacauan dan populariti PR juga akan berkurangan.
PR seringkali menjadikan fakta pilihanraya sebagai isu untuk mereka hasuti rakyat agar tidak lagi mempercayai sistem pilihanraya di negara ini. Di sebalik tekanan dan desakan oleh PR agar Kerajaan melakukan apa yang mereka namakan sebagai Reformasi, PR sebenarnya tahu, kalau mereka benar-benar gentleman, mereka tidak akan ampu untuk memperolehi sebarang kerusi. Namun disebabkan bimbang dilabelkan sebagai Pakatan Haram, setiap kali mereka membuat onar, maka mereka akan segera menyalahkan BN/UMNO dan pelbagai institusi Kerajaan lain.
Dalam sebarang keadaan, PR sahajalah
yang teraniaya dan dizalimi, sedangkan dalam kebanyakan isu, yang melakukan
provokasi dan kekacauan adalah PR sendiri. Jadi dari kesempatan inilah mereka
akan mengambil kesempatan, tetap dengan pendirian walaupun Kerajaan melarang
mereka berhimpun di Dataran. Jika kekerasan yang digunakan semasa himpunan
BERSIH 3.0 diadakan maka kelebihan kepada mereka. Mereka akan mencanang BN/UMNO
menggunakan kekerasan bagi menghalang niat baik mereka. BN/UMNO takut berhadapan
dengan kebenaran dan sebagainya. Silap haribulan akan diaturkan pula penyokong
mereka kononya dibelasah dan tidak mustahil kali ini ada yang akan meninggal
dunia.
Itulah sebabnya mereka tetap
pendirian memilih Dataran dan sekurang-kurangnya keganasan yang akan mereka
lakukan akan ditunding kesalahan kepada Kerajaan dan media barat tajaan mereka
sudah siap sedia dengan laporan untuk merobek Kerajaan BN/UMNO.
Apapun, himpunan BERSIH 3.0 adalah
agenda individu yang sanggup mempertaruhkan keamanan dan keharmonian negara
hanya semata-mata untuk mendapatkan kuasa. Rakyat dipergunakan hanya
kepentingan politik mereka.