Friday, 27 April 2012

Kotor 3.0 Dajal Alaf Baru



Nampaknya himpunan  BERSIH 3.0 hanya akan menimbulkan masalah dan kekacauan yang dicetuskan atas dasar kepentingan individu. Yang akan meraih keuntungan adalah pemain politik yang bercita-cita tinggi untuk menjadi pemimpin negara dan yang sengsaranya pula adalah rakyat yang mencari rezeki sekitar bandaraya terutama pada hujung minggu. Namun, beberapa hari lepas bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa turut melahirkan rasa bimbang dan dilihat tidak bersetuju dengan himpuna BERSIH 3.0 ini.

Dikatakan juga, beberapa pemimpin Pas lain turut tidak setuju dengan sikap penganjur BERSIH 3.0 yang tetap pendirian mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka walaupun beberapa lokasi yang selesa telah ditawarkan oleh Kerajaan dan juga pihak berkuasa tempatan. Jika melihat bantahan dan teguran ini, sekali imbas kelihatan seolah-olah PR tidak sekata berhubung himpunanBERSIH 3.0. Kerana ia dikatakan menjadi pemangkin kepada kewujudan kekacauan dan populariti PR juga akan berkurangan.

PR  seringkali menjadikan fakta pilihanraya sebagai isu untuk mereka hasuti rakyat agar tidak lagi mempercayai sistem pilihanraya di negara ini. Di sebalik tekanan dan desakan oleh PR agar Kerajaan melakukan apa yang mereka namakan sebagai Reformasi, PR sebenarnya tahu, kalau mereka benar-benar gentleman, mereka tidak akan ampu untuk memperolehi sebarang kerusi. Namun disebabkan bimbang dilabelkan sebagai Pakatan Haram, setiap kali mereka membuat onar, maka mereka akan segera menyalahkan BN/UMNO dan pelbagai institusi Kerajaan lain.

Dalam sebarang keadaan, PR sahajalah yang teraniaya dan dizalimi, sedangkan dalam kebanyakan isu, yang melakukan provokasi dan kekacauan adalah PR sendiri. Jadi dari kesempatan inilah mereka akan mengambil kesempatan, tetap dengan pendirian walaupun Kerajaan melarang mereka berhimpun di Dataran. Jika kekerasan yang digunakan semasa himpunan BERSIH 3.0 diadakan maka kelebihan kepada mereka. Mereka akan mencanang BN/UMNO menggunakan kekerasan bagi menghalang niat baik mereka. BN/UMNO takut berhadapan dengan kebenaran dan sebagainya. Silap haribulan akan diaturkan pula penyokong mereka kononya dibelasah dan tidak mustahil kali ini ada yang akan meninggal dunia.

Itulah sebabnya mereka tetap pendirian memilih Dataran dan sekurang-kurangnya keganasan yang akan mereka lakukan akan ditunding kesalahan kepada Kerajaan dan media barat tajaan mereka sudah siap sedia dengan laporan untuk merobek Kerajaan BN/UMNO.

Apapun, himpunan BERSIH 3.0 adalah agenda individu yang sanggup mempertaruhkan keamanan dan keharmonian negara hanya semata-mata untuk mendapatkan kuasa. Rakyat dipergunakan hanya kepentingan politik mereka.



No comments: