Showing posts with label Anuar Ibrahim. Show all posts
Showing posts with label Anuar Ibrahim. Show all posts

Tuesday, 20 July 2010

Lenggong Valley: Hanya yang kurang waras tidak percaya Anwar berjuang utk Yahudi

Terjemahan Lenggong Valley:
Macam mana untuk mendapat sambutan "permaidani merah" di Pentagon?
Kontroversi terbaru Ketua pembangkang yang tidak berparti, Anwar Ibrahim, apabila dihentam habis-habisan oleh media arus perdana Amerika berikutan pendirian anti-Yahudinya di Dewan Rakyat kini semakin rancak.
Kontroversi tersebut membakar dirinya dengan marak walaupun dia bersusah payah menghilangkangkan diri daripada gerombolan Pakatan Rakyat di Malaysia yang menghadapi pelbagai masalah dan cabaran.
Kini, Anwar macam cacing kepanasan membelit cerita selain cuba menepis pelbagai persoalan dan isu dalam usaha memboloskan diri daripada perangkap yang diletaknya sendiri, tetapi memakan tuan.Minggu lalu semasa berucap di persidangan Perdana Global Foundation Peace Organisation (PGPO), mantan Perdana Menteri ke 4 Malaysia Tun Mahathir berkata," Sekiranya Anwar setia kepada tuannya, iaitu Yahudi, dia tidak mungkin akan dapat menunjukkan kesetiaan ikhlas kepada Malaysia."
Lantaran itu, kerana terdesak dan seperti dijangka, dia memutar belit fakta hingga sanggup berbohong kononnya dia bukanlah "anak emas Yahudi."Kini, tidak dapat dinafikan Anwar sebenarnya "Anak Emas Yahudi Neo Con" di Malaysia.
Semasa dia menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 1997, Setiausaha Pertahanan Amerika William Cohen memberikannya "Layanan Permaidani Merah" ketika membuat lawatan ke Pentagon. Dia mempunyai hubungan rapat dengan bekas Setiausaha Perbendaharaan Amerika Robin E. Rubin, bekas Setiausaha Negara Amerika Madeleine Albright, bekas Presiden Bank Dunia Paul Wolfowitz dan James Wolfensen.
Setelah keluar dari penjara berikutan pembalikan hukuman liwat oleh Mahkamah Persekutuan pada 2004, Anwar berlepas ke Munich, Jerman untuk kononnya menjalani rawatan ortopedik. Semasa dia di hospital, Albright bergegas terbang dari Washington DC untuk menziarahnya.Sekarang pecahlah tembelang Anwar. Pelbagai organisasi cetusan ideanya yang berselindung di sebalik usaha berasaskan komuniti seperti siri perbincangan intelek di Malaysia untuk kononnya memperjuangkan "Demokrasi, Kebebasan bercakap, dll." sebenarnya dibiayai oleh organisasi-organisasi didalangi Yahudi, termasuk Heritage Foundation dan Foundation of the Future.
Bertolak daripada ini, PKR sendiripun mendapat pembiayaan terus daripada tokoh korporat dunia, seperti George Soros.Perkaitan dan kepentingan Anwar dengan lobi Yahudi di Amerika begitu penting hinggakan pada setiap ceramah politik yang di hadiri Anwar, seorang atase politik dari keduataan Amerika di Kuala Lumpur pasti akan hadir sama.
Kehadiran atase politik tersebut jelas membuktikan pembabitan rapat CIA dengan agenda politik Anwar Ibrahim.Tiris sekali alasan Anwar apabila berdepan dengan pendedahan ini. Mungkin hanya mereka yang kurang waras mempercayai Anwar bukan petualang Yahudi di Malaysia.
-Terjemahan post blog Big Dog.

Monday, 14 June 2010

RETORIK 16 SEPTEMBER DIULANG LAGI

Kekakangan waktu sejak akhir ini begitu menghambat. Maaf kepada semua. Dalam pada itu terlalu banyak isu yang timbul dan saya akan cuba mengulas dan memberikan pandangan. Soal 16 September sekali lagi Anwar Ibrahim mencipta retoriknya apabila menyatakan jika beliau menjadi PM beliau akan melantik TPM II dari parti Dap dan sekiranya ada keperluan dalam politik, tidak salah baginya untuk melantik TPM III. Jika sebelum ini Anwar telah menjatuhkan maruah perjuangan Dap dan Pas berhubung 16 September dengan mencanangkan cerita puluhan anggota Parlimen dan Dun BN akan melompat keluar BN menyertai PR dan merampas pentadbiran di Putrajaya, namun sekali lagi beliau mengambil langkah berani dengan mengistharkan beliaulah bakal PM dan wakil dari Pas dan Dap akan menjadi TPM.

Beliau tanpa segan silu telah istiharkan dirinya sebagai PM tanpa memikirkan hati dan perasaan rakan beliau dalam Pas. Tidakkah Anwar sedar pendirian Dewan Ulama Pas yang inginkan Haji Hadi menjadi PM? Inilah pendirian yang dinyatakan dan disampaikan dengan jelas oleh Dewan Ulama Pas kepada rakan-rakan mereka dalam PR ketika isu 16 September sehinggalah hari ini.

Ketika Muktamar Pas di Ipoh, Perak pada 2008, Haji Hadi juga pernah menjelaskan,

“Mat Jenin, baru panjat pokok kelapa saja, belum dapat buah dah bercita-cita nak jadi raja.” Itu antara kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika berdepan dengan para wartawan yang nak tahu apa pendiriannya berhubung pandangan dalam Muktamar PAS bahawa beliau lebih layak menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang benar-benar dapat membentuk kerajaan pada 16 September ini seperti didakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dewan Ulama PAS sendiri mahukan Presiden PAS itu jadi Perdana Menteri. (Agendadaily.com)

Maka benarlah apa yang dikatakan oleh seluruh rakyat Malaysia, rupanya Anwar ini tidak ubah seperti Mat Jenin dan ini disokong pula oleh Haji Hadi. Walaupun jelas Anwar semakin kurang mendapat sokongan dari pengikutnya apabila para pemimpin dan penyokongnya semakin ramai keluar PKR tapi beliau tidak malu dan tidak segan menyatakan beliaulah yang layak menjadi PM. Bukankah kalau nak jadi PM sepatutnya dia mendapat sokongan padu partinya terlebih dahulu? Sedangkan apa yang berlaku kepada beliau dan parti yang diterajuinya semakin hilang kepercayaan ke atas kewibawaannya untuk menjadi PM.

Jika wakil Pas dan Dap menjadi TPM dan beliau juga berkata jika ada keperluan politik beliau akan melantik TPM III. TPM III yang akhir sekali disebut ini mungkin wakil dari kaum India dan ia adalah senjata akhir Anwar untuk mendapatkan sokongan kaum India jika sokongan terhadap PR masih tidak kuat.

Jika wujudnya TPM lebih dari seorang jelas menunjukkan Anwar sebenarnya tiada bakat untuk menjadi pemimpin menerajui kepimpinan negara. Tindakan melantik TPM lebih dari seorang bukannya sebab PR lebih terbuka dan mementingkan semua kaum, sebaliknya Anwar tidak mampu untuk menguruskan hal-hal pentadbiran negara. Segala hal pentadbiran akan dilakukan oleh timbalan-timbalannya, sebaliknya tugas beliau hanyalah berada dipentas media melebarkan retoriknya politiknya dan angan-angan mat jeninya untuk menghancurkan negara.

Tapi ada desas-desus mula menjadi bualan dan perbincangan penyokong-penyokong mereka di Sabah dan Sarawak. Mereka ada yang bertanya, tiadakah wakil dari mereka untuk kaum bumiputra di Sabah dan Sarawak yang akan mewakili mereka. Mereka bukan hanya mahukan wakil mereka itu hanya dalam barisan Kabinet dan menjadi timbalan menteri saja, bahkan mereka juga inginkan wakil mereka sebagai TPM supaya kaum bumiputra di Sabah dan Sarawak lebih terbela. Mereka juga berkata lagi, jika Anwar memberi ruang kepada kaum Melayu (Pas),Cina (Dap), India (mungkin PKR) menjadi TPM, jadi apa salahnya berdasarkan keperluan politik Anwar melantik kaum Bumiputra Sabah/Sarawak sebagai TPM.

Adalah benar, jika ramai menyatakan tindakan Anwar hanya sekadar strategi politiknya untuk meraih sokongan kaum Cina. Melihat ketidak percayaan pengikutnya dalam PKR yang keluar parti, meningkatnya sokongan kaum Cina dalam 2 PRK di Hulu Selangor dan Sibu, adalah cara untuk ‘mengikat’ kaum Cina supaya terus menyokong mereka dengan ‘memancing’ perkara sedemikian rupa. Kerana Anwar pun sedar akan tindakan Pas yang sudah meragui ‘ikatan’ dengan PKR dan Dap apabila menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) sebagai sayap kanan parti tersebut yang tidak lagi bergantung kepada PKR dan Dap untuk mendapat sokongan bukan Melayu.

Thursday, 25 September 2008

Anwar: An American Stooge in Malaysia




"Anwar Ibrahim is a hypocrite, worse than that he is an American stooge" a disgruntled customer once said recently, at the cafe. "To the voters he says he is a reformer, wanting to effect a clean sweep of the Government and create a more transparent administration yet half a world away he is busy helping his friend’s girlfriend, Shaha Riza get a fatter paycheck, probably improperly".

Those who keep a fairly close eye on Anwar knows that he is a good friend of White House operative and principal architect of the invasion of Iraq, Paul Wolfowitz. They became chummy when the American was a diplomat in Jakarta.

We have also heard how during the financial crisis of 1997 he told people to support his so-called financial reform plans and trust Wolfowitz because he is a friend.

Now we know just how close he is to Wolfowitz.
The most famous scandal to hit the World Bank is a clear example of how close he is to Wolfie.

All this trouble started with a letter from Anwar.
Anwar is chairman of the Foundation for the Future (click here for their website) and on October 1 last year wrote a letter to Robin Cleveland, a senior Wolfowitz aide at the Bank requesting the transfer of Riza from the US State Department to the Foundation.

But before we get there let us look at what had happened.
Wolfie was getting ready for his cushy job at the World Bank and wanted to make sure that there were no reasons for his appointment to be rejected or questioned so he had Riza seconded out of the World Bank to the US State Department.

This allowed her to continually draw a fat salary from the Bank without having to actually work there. As president of the Bank, Wolfie then got the bank to give Riza a fat payrise, from $132,660 to $180,000--and guaranteed yearly pay increases of 8 percent. (She is now pulling in $193,000 a year.)

This ability to influence pay was why Wolfie wanted her to remain on World Bank payroll. The deal went through in September 2005.
At the State Department Riza, a known Arab feminist, was seconded to the department's Bureau of Near Eastern Affairs.
She was given the task of developing a foundation that would focus on reform in the Middle East and North Africa. It would eventually be called the Foundation for the Future.

At the same time Wolfie had asked his girlfriend to recruit Anwar as one of the initial advisors to the newly-formed foundation. Question: Why Anwar when the foundation is about the Middle East? Answer: You better ask Riza’s boyfriend for that one.

Almost immediately after Riza transfer to the State Department people began raising some question about her status there. J. Scott Carpenter, a deputy assistant secretary in the Bureau of Near Eastern Affairs, faxed a note to the World Bank saying that "we do not view Ms. Riza as detailed or seconded to the U.S. Government."

Maybe Anwar felt sorry for Riza.
Maybe Wolfie called in a favour.
Maybe Anwar really felt that Riza was the best person to work with him at the foundation, after all she recruited him. We will never know for sure but the whole episode certainly does look that favours were being returned.

If Anwar would pull strings just to make sure his good friend’s girl gets a fat payrise, what does that say about the person. Do you think that this man would wipe the slate clean of corruption, nepotism, cronyism and money politics or take it to a higher level?

If he is indebted to at least one American operative, how many others have pulled strings on his behalf? What are the chances that he would sell his country to pay for past favours? If he is so closely related to the American network, how much of our confidence has he betrayed in the past?

Remember Wolfie kicked up a fuss on his behalf after the arrest and went to meet him in Munich when he went for medical treatment immediately after his release from prison. Is he an American operative? Was Wolfie his handler?

You figure it out.

Saturday, 23 August 2008

LOGO PKR SIMBOL GERAKAN BISEKSUAL



Persamaan logo PKR dengan gerakan Biseksual

Cerita pilihanraya kecil Permatang Pauh menjadi topik hangat disetiap meja cafe. Macam -macam cerita, ulasan dan analisa. Permatang Pauh berada kira-kira 230 km dari warta citra cafe, tetapi cerita, ulasan dan analisa politik permatang pauh seolah-olah cafe berada dalam kawasan pilihanraya. Inilah kesan daripada mudahnya pelanggan mendapat maklumat melalui media dan alam siber.

Satu topik yang paling hangat diperkatakan adalah soal bendera Parti Keadilan Rakyat yang bersamaan dengan simbol gerakan kumpulan biseksual di Eropah khususnya di Germany. Kedua-duanya menggunakan bulan sabit disusun sebegitu rupa agar nampak berlainan dan digunakan warna-warna tertentu. Apabila dikaji dan dianalisa, maka persamaannya semakin ketara. Dikalangan pengamal komunikasi subliminal, ini adalah teknik komunikasi secara tidak sedarkan diterapkan dalam pemikiran sasaranya. Mungkinkan perjuangan PKR yang berteraskan keadilan juga memperjuangkan keadilan kepada pengamal biseksual.

Mungkin kebetulan, tetapi perkembangan akhir-akhir ini berkaitan dengan Penasihat PKR menberi tanggapan bahawa inilah mendasari perjuangan PKR. Di Amerika, penggunaan simbol-simbol tertentu secara tersirat amat lazim dalam menerapkan sesuatu mesej secara dibawah sedar kepada sasaran mereka. Contohnya matawang dollar Amerika yang mempunyai satu mata dipuncak piramid adalah simbol kejahatan dan keinginan menguasai umat sejagat.

Mungkinkah????....

Wednesday, 16 July 2008

Transkrip Debat antara Shabery vs Anuar

PERANTARA: Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Debat AgendaDaily ini membawa tajuk ‘Hari Ini Bentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak’. Di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka, dua orang tokoh kami bawa khas untuk mendebatkannya. Debat ini mengambil masa sejam dan disiarkan secara langsung ke seluruh Negara.

Format debat ini telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Masing-masing juga telah menamakan seorang wakil yang bertindak sebagai ahli panel. Mereka akan menanyakan soalan kepada pendebat yang mencalonkan mereka selain soalan kepada pendebat yang seorang lagi. Jumlah soalan bergantung kepada keadaan masa. Saya sendiri akan menanyakan soalan kepada kedua-dua pendebat ini. Supaya berlaku adil, soalan yang sama akan ditanya kepada kedua-dua orang. Kedua-dua pendebat juga akan diberi peluang untuk bertanya satu sama lain.

Untuk pemula bicara atau opening statement setiap tokoh akan diberikan masa 4 minit. Loceng akan dibunyikan selepas 3 setengah minit. Setiap soalan lain mesti dijawab dalam masa kurang dari 3 minit atau loceng akan dibunyikan sebagai tanda peringatan. Setiap pendebat akan membuat penggulungan selama 3 minit.

Saudara penonton yang saya hormati sekalian, tugas saya hanyalah sebagai perantara. Maka itu, saya memohon kepada kedua-dua tokoh ini untuk mendebatkan isu ini secara terbuka, profesional dan beretika. Tanpa ragu-ragu, saya akan menegur mana-mana pihak ataupun pendebat yang menyimpang dari tajuk atau yang mengemukakan soal-soal yang tidak relevan dengan apa yang sepatutnya dibahaskan.

Dengan penuh hormat, saya ingin memperkenalkan kedua-dua tokoh pendebat kita malam ini. Di atas pentas itu, YB Dato’ Ahmad Shabery Cheek, Menteri Penerangan Malaysia dan di sebelah beliau ialah Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Penasihat Parti Keadilan Rakyat atau PKR. Dua orang tokoh yang menjadi wakil pendebat ialah di sebelah kanan saya, Tan Sri Datuk Dr Nordin Kardi, Naib Canselor Universiti Utara Malaysia dan Presiden Persatuan Universiti Malaysia dan di sebelah kiri saya, bagi pihak Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Saudara Zulkifli Sulong dari Akhbar Siasah.

Saya mulakan debat AgendaDaily bertajuk ‘Hari Ini Bentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak’ dengan mempersilakan Dato’ Seri Anwar untuk membuat opening statement selama 4 minit. Dipersilakan.

DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM: Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Terima kasih Datuk Johan dan AgendaDaily atas kesempatan ini. Dan penghargaan khusus kepada Dato’ Ahmad Shabery kerana memberikan ruang yang julung-julung kali diadakan. Saya menerima pelawaan ini dengan senang hati untuk membuka wacana yang bebas dan segar. Walaupun pada peringkat awal saya memilih untuk berdebat dengan Perdana Menteri atau Timbalan, tetapi saya terima baik kerana saya nak menggunakan kesempatan ini untuk menjelaskan, kalau kesempatan Pakatan Rakyat memerintah hari ini, esok harga minyak tetap turun.

Saya cadangkan, berdasarkan perkiraan kekuatan makro ekonomi negara kita, pertumbuhan dan potensinya, penyusunan dan pengurusan pemerintahan yang lebih cekap dan bebas dari rasuah dan penyalahgunaan kuasa dan jumlah yang kita fikirkan untuk diturunkan dalam kadar segera sebagai langkah awal ialah 50 sen. Maknanya mulai esok seandainya kita memerintah malam ini, harga minyak ialah RM2.20. Saya pertahankan hujah ini kerana beban rakyat itu sudah tidak terkawal. Petani, nelayan, pekerja, peniaga peringkat menengah dan atasan itu mengalami satu keperitan yang luar biasa. Ini jarang sekali berlaku dalam sejarah Negara kita. Kenaikan mendadak yang cukup membebankan orang-orang yang majoritinya Melayu lebih banyak menerima kesan. Semua perbicaraan tentang menyelamatkan orang Melayu dan membela nasib orang Melayu itu hanya omongan. Tetapi kenyataannya keperitan itu menimpa orang Melayu, termasuklah bumiputera Sabah dan Sarawak.

Bagaimana boleh dapat saya kumpulkan RM5 bilion ini? Saya akan jelaskan dan memperincikan berikutnya. Iaitu TNB sekarang umpamanya mempunyai standby capacity yang berlebihan. Reserve 40%, di antara paling tinggi di dunia. Siapa yang untung? IPP – Jana Kuasa Bebas. Untungnya sudah berbilion ringgit, ada lagi kapasiti yang begitu besar. Mengapa kita harus berikan? PETRONAS rugi, TNB rugi… yang untung IPP. Dan kapasiti 40% itu saya usulkan untuk dikurangkan standby capacity itu kepada 20%. Dengan mengurangkan kapasiti itu sahaja kita telah mendapat RM2 bilion. Jadi kita kena cari RM3 bilion lagi. PETRONAS hari ini dalam financial announcement menyebut jumlah keuntungan yang besar bagi tahun 2008 yang baru selesai diumumkan hampir RM100 bilion.

Jangan kita bicara soal naik harga minyak. Naik harga minyak di pasaran dunia bermakna pendapatan dan dana Kerajaan bertambah .... meningkat besar. Jadi kalau kita mempunyai keuntungan begitu besar, sebahagiannya untuk PETRONAS dan saya tidak ganggu PETRONAS kerana PETRONAS mempunyai rekod yang cemerlang dan pengurusannya membanggakan. Masalahnya ialah manakala campur tangan politik, pengurusan politik yang sangat lemah membebankan negara.

Jadi oleh yang demikian, saya mengusulkan sebagai langkah awal kita turunkan 50 sen mulai esok. Walaupun sekarang Barisan Nasional memerintah, bermakna ini tidak mungkin. Tetapi kita turunkan 50 sen esok, Insya Allah dan saya akan jelaskan dalam masa yang diberikan nanti bagaimana kita boleh cari RM3 bilion. RM3 bilion ini untuk dana meringankan beban rakyat itu tidak terlalu besar. Kerugian dan tanggungan PERWAJA sahaja RM13 bilion yang boleh ditampung oleh Kerajaan. Mengapakah harus kita menjadikan isu terlalu besar apabila RM3 bilion itu ingin diagihkan kepada rakyat jelata.

PERANTARA: Terima kasih Dato’ Seri Anwar. Saya mempersilakan YB Dato’ Ahmad Shabery Cheek.

YB DATO’ AHMAD SHABERY CHEEK: Assalamualaikum w.b.t. Saya menerima jemputan AgendaDaily untuk berdebat malam ini atas kesedaran bahawa adalah tanggung jawab saya sebagai orang yang dipilih oleh rakyat dan juga seorang Menteri yang dipilih melalui proses yang sah. Dan saya bertanggung jawab untuk menyatakan bahawa apa-apa tindakan yang dilakukan oleh Kerajaan, inilah cara yang terbaik untuk masa depan negara kita dan masa depan rakyat. Bukan pendekatan populis yang sering dilakukan dalam banyak negara yang tidak semestinya negara itu berakhir dengan keadaan ekonomi yang lebih baik kepada masyarakatnya.

Perlu saya jelaskan di sini bahawa kalaulah dikatakan pada hari ini 50 sen hendak diturunkan, sebenarnya ucapan ini saya dah dengar sebelum pilihan raya yang lepas. Jadi bermakna dia mesti bercakap pada harga sebelum pilihan raya iaitu pada harga RM1.92.

Tentangannya ialah menentang kadar kenaikan harga yang baru-baru ini. Kalau kita teruskan pada harga RM1.92, ini bermakna subsidi yang terpaksa ditanggung oleh Kerajaan ialah sebanyak RM50 bilion. Dan ini bermakna banyak program-program pembangunan, soal sekolah, soal rakyat, soal jalan, soal orang di FELDA, soal orang di kampung tidak dapat dilaksanakan hanya untuk menampung cara hidup yang berterusan yang ada pada hari ini.

Perlu saya jelaskan juga bahawa, kita perlu tahu bahawa kenaikan harga minyak sekarang ini bukanlah kerana kita. Kita mesti sedari hakikat bahawa kita berhadapan dengan krisis minyak seluruh dunia. Harga minyak naik bukan Kerajaan yang salah tetapi ini adalah kerana keadaan kenaikan harga minyak dunia disebabkan perang di Iraq, kemungkinan serangan di Iran, tentang permintaan China dan India yang semakin besar dan faktor-faktor lain yang dirasakan di seluruh dunia.

Dalam sejarah Negara kita, harga minyak dunia ataupun krisis minyak ini bukan kali yang pertama. Kali yang pertama ialah dalam tahun 1973 dan 1974. Pada waktu itu selepas perang Yunkipur atau Perang Ramadhan pada ketika itu, di mana orang-orang Arab – negara-negara Arab berpakat untuk mengenakan tindakan embargo minyak kepada negara-negara yang menyokong Israel pada waktu itu. Pada masa yang sama ia memberhentikan atau mengurangkan pengeluaran minyaknya.

Waktu itu juga, seluruh dunia menghadapi masalah inflasi yang teruk. Harga minyak naik mendadak 400% daripada 10 dolar setong hingga 40 dolar setong dalam masa 6 bulan. Memberikan kesan inflasi yang cukup teruk termasuk dalam Negara kita pada waktu itu. Tetapi saya ingat pada waktu itulah pentingnya, tahun 1974 ialah zaman Tun Razak. Tun Razak menubuhkan PETRONAS pada waktu itu. Menubuhkan PETRONAS dalam keadaan yang tertekan kerana dunia luar menekan kita jangan ambil hak yang telah diberikan kepada SHELL pada waktu itu. SHELL telah diberikan oleh British sebelum meninggalkan negara kita. Kita tubuh PETRONAS pada waktu itu dan ia bukanlah satu perkara yang mudah.

Sebab itulah pada waktu itu seluruh rakyat bersatu menyokong Tun Razak. Pada waktu itu polls khas menyokong Tun Razak. Pada waktu itu juga banyak parti-parti lain menyokong Tun Razak. Saya ingat pada waktu itu Saudara Anwar memilih untuk memalukan Tun Razak, berarak di jalan raya mengajak mahasiswa dan sebagainya. Seperti dulu dan seperti hari ini, rakyat memang sempit tetapi saya melihat sama seperti dulu, Saudara Anwar suka mengambil kesempatan daripada kesempitan rakyat. Sebab itulah kita katakan bahawa, memberikan minyak yang murah bukan penyelesaiannya. Banyak negara ....... terima kasih.

PERANTARA: Terima kasih Dato Seri dan terima kasih Dato’. Kita masuk kepada pusingan yang kedua. Ini merupakan soalan saya yang saya tujukan kepada kedua-dua tokoh ini. Soalan saya ialah, pada masa ini PETRONAS hanya menguasai kira-kira 40% pasaran runcit petroleum. Sekiranya subsidi yang besar diberikan, maknanya Kerajaan juga harus menanggung subsidi untuk beberapa syarikat minyak raksasa yang ada di negara ini termasuk EXXON Mobil dan SHELL. Apa komen pendebat? Saya mulakan dengan Dato’ Ahmad Shabery Cheek.

YB DATO’ AHMAD SHABERY CHEEK: Kita mesti mengakui bahawa kaedah subsidi adalah kaedah yang tidak boleh bertahan lama. Banyak subsidi ertinya kita mesti mengakui akan memberi kesan pertumbuhan ekonomi yang sebenarnya. Kalau kita terus memberi subsidi yang banyak, kita akan mewujudkan satu keadaan bahawa wang Negara yang sepatutnya dilaburkan untuk kepentingan rakyat, untuk sekolah, untuk hospital dan sebagainya terpaksa digunakan hanya untuk menampung subsidi minyak yang sebahagiannya akan digunakan oleh orang-orang yang sudah kaya, yang sudah mempunyai kenderaan yang besar termasuk orang-orang dari luar negara. Sebab itulah kita katakan di sini bahawa kalau kita terus memberi subsidi sebagaimana yang disebutkan tadi, ada syarikat-syarikat seperti EXXON Mobil, seperti SHELL dan sebagainya yang turut mendapat faedah daripada wang rakyat. Dalam soal ini, kenapa tidak kita berikan wang tersebut terus kepada rakyat dan ini yang dibuat oleh kebanyakan negara-negara maju yang lain. Kalau disebutkan tadi kerana pengurusan yang tidak cekap, kerana ada rasuah dan sebagainya. Kita tanya Norway, Finland, tanya negara-negara maju yang lain yang dikatakan paling kurang rasuah, mereka juga tidak subsidi dan mereka telah menunjukkan prestasi ekonomi yang lebih baik dan Malaysia juga harus menuju ke arah itu.

PERANTARA : Dato’ Seri Anwar.

DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM: Debat ini masalah minyak, bukan Anwar dan Shabery. Oleh yang demikian, saya tidak memilih untuk menyentuh beliau walaupun beliau tokoh Semangat 46 dahulu. Itu tak apa.

Soalnya saudara, kita nak banding dengan Norway, pendapatan per kapita Norway 10 kali lebih daripada Malaysia. Kita bicara soal harga minyak ini, keperitan rakyat, petani, nelayan dan pekerja yang miskin. Jadi kalau kita nak bandingkan dengan kedudukan negara industri yang capai tahap yang baik, ini agak sukar. Nisbah dan basis perbandingan itu meleset sama sekali.

Saudara, soal minyak, soal bantuan, meredakan keperitan rakyat ini tanggung jawab mana-mana pemerintah. Lebih ramai orang miskin, lebih rakyat terpinggir, baik Melayu atau bumiputera Sabah, Sarawak atau segelintir Cina dan masyarakat India di estet, itu tanggung jawab kita. Soalnya, menaikkan kadar minyak dengan mendadak begini, cukup membebankan. Dan kalau pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional sampai hari ini tidak sedar, saya fikir masa depan parti itu tidak begitu cemerlang lagi. Orang tidak akan yakin.

Saudara, ini realitinya. Saudara tahu, berapa ramai jumlah pengangguran? Itu akan saya sentuh. Sebab itu prinsip subsidi, bila nak tolong orang miskin, subsidi. Bagaimana tentang prasarana infrastruktur, berpuluh bilion ringgit yang disediakan untuk pedagang-pedagang untuk industri? Untuk pelabuhan? Bukankah itu bentuk subsidi? Prasarana disediakan dengan jumlah yang besar, kita sebut insentif. Tolong rakyat miskin dengan subsidi minyak kita panggil subsidi. Jumlah nak tampung kerugian PERWAJA saya sebut tadi, dan MAS dan pelbagai bail-out , kita sebut bail-out, bantuan menyelamatkan ekonomi. Nak bantu nelayan, petani dan Melayu miskin namanya subsidi. Dan subsidi itu namanya cukup negatif dan busuk sekali. Saya tidak setuju.

Saya anggap tanggung jawab kita dalam mana-mana negara. Kita ada dana. Keuntungan PETRONAS, tak sentuh bahan sektor yang diperoleh daripada PETRONAS, itu perlu untuk pelaburan dan sebagainya. Ini soal dana yang besar yang diperoleh oleh Kerajaan. Memang betul untuk sekolah, tapi kalau kita ambil berbilion dari rakyat kemudian kita tingkatkan bangunkan sekolah, tanggung jawab dan boleh kita sentuh dalam round kedua. Insya Allah.

PERANTARA: Baik, terima kasih Dato’ Seri Anwar. Demikian saudara penonton sekalian, berakhirnya segmen pertama debat AgendaDaily ini. Kita akan bertemu lagi selepas pesanan iklan ringkas ini. Jangan ke mana-mana.

(SIARAN IKLAN)

PERANTARA: Saudara penonton yang saya hormati sekalian, kita sedang mengikuti Debat AgendaDaily mempertemukan YB Dato’ Shabery Cheek dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang membawa judul ‘Hari Ini Bentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak’. Kita sampai pada pusingan ketiga sekarang, saya mempersilakan wakil Dato’ Ahmad Shabery bertanyakan soalan kepada Dato’ Seri Anwar. Silakan Tan Sri.

TAN SRI DATUK DR NORDIN KARDI: Terima kasih Pengerusi. Sebelum saya mengemukakan soalan yang terbuka, saya ingin terlebih dahulu mendapatkan komitmen yang diucapkan oleh Dato’ Seri tadi, iaitu premis kepada cadangan apabila memerintah hari ini besok harga minyak akan turun 50 sen, bukan kerana Malaysia adalah negara pengeluar minyak, ya atau tidak?

DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM: Ya, Malaysia ialah negara pengeksport minyak.

TAN SRI DATUK DR NORDIN KARDI: Kerana Malaysia negara pengeksport minyak, itu sebabnya cadangan ini dikemukakan?

DATO’ SERI ANWAR: Ya.

TAN SRI DATUK DR NORDIN KARDI: Jadi apabila cadangan ini dikemukakan sedangkan dalam hujah telah menyentuh perkara-perkara lain yang bukan berkaitan dengan minyak iaitu yang berkaitan dengan IPP dan sebagainya. Jadi saya merasai .....

DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM: IPP itu ada hubungan minyak dengan gas.

TAN SRI DATUK DR NORDIN KARDI: Premis itu sudah bercampur-campur, jadi saya suka menyebut beberapa angka iaitu hasil ataupun revenue daripada minyak. Mengikut laporan tahunan yang telah diumumkan ialah RM223 bilion. Dan daripada RM223 bilion ini yang merupakan hasil daripada minyak yang dikorek daripada Malaysia ialah 26% iaitu RM56 bilion, sedangkan PETRONAS telah mengembalikan wang sebanyak RM63 bilion, bermakna melebihi daripada duit minyak yang diperoleh daripada urus niaga minyak Malaysia sebanyak RM5 bilion lebih. Jadi dengan demikian, seolah-olah apabila wang ini dilaburkan semula untuk perkembangan ekonomi, dan apabila Dato’ Seri memerintah hari ini, besok akan menurunkan harga minyak, Seolah-olah Dato’ Seri seumpama seorang anak yang telah kematian bapa akan membahagi-bahagikan harta ini yang telah dikumpulkan hasil keringat orang terdahulu, untuk mendapatkan keseronokan di kalangan kawan-kawan bahawa Dato’ Seri adalah pemimpin yang baik.

DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM: Terima kasih. Terima kasih atas ucapan pengulas. Saya fikir dia nak tanya soalan. Tapi mungkin kaunseling punya pengaruh.

Basic, pengetahuan basic bila kita sebut industri petroleum itu, termasuk minyak dan gas. Patut dapat taklimat awal. Tapi kalau yang disebut oleh PETRONAS ini, keuntungan besar dari pelaburan PETRONAS dan PETRONAS ini walaupun termasuk dalam di antara 100 syarikat minyak terbaik, tapi dari segi keuntungan termasuk di antara yang ke 10 terbaik. Dan keuntungan ini ialah kerana operasi kebanyakannya itu dalam negara dan sebahagian kecil di luar. Dan dalam polisi kita tentunya kita menggalakkan PETRONAS untuk terus melabur sebahagian pendapatannya. Sebab itu kita tidak menyentuh dana yang diperoleh oleh PETRONAS. Kita nak menyentuh dana yang dipulangkan kepada Kerajaan kerana PETRONAS ini milik dan khazanah Negara. Berhak untuk rakyat, anak ni maknanya anak kita semua, itu hak mereka.

Jadi sebenarnya soal nak menyatakan pendekatan populis atau tidak, ya. Kita dalam pemerintahan ini nak jaga siapa? Nak jaga tauke besar dan kroni? Atau nak jaga rakyat? Kita jaga semua. Jadi oleh yang demikian, saya tekankan jumlah yang kita sebutkan 50 sen itu bukan jumlah yang keterlaluan. 50 sen turun, langkah awal. Memang Dato’ Shabery, dia menyentuh ... memang saya janji lebih, memang itu saya sebut itu langkah awal. Sebab apa saya nak menyebut langkah awal, sebab kekacauan, kemusnahan ekonomi, kerosakan akibat kenaikan mendadak keterlaluan, kerana naik begitu mendadak keterlaluan, tidak ada yang sokong, yang sokong hanya Ahli Parlimen Barisan Nasional. Kerana naik keterlaluan, kita terpaksa menurunkan ikut peringkat. Saya mengambil satu pendekatan bertanggung jawab, kalau benar populis saya umumkan saja, kita turunkan RM1 atau RM1.50, apa salahnya. Tetapi saya terpaksa mempertahankan dengan hujah dengan angka RM2 bilion selamat dari...... saya sambung kemudian.

PERANTARA: Saya mempersilakan Saudara Zulkifli Sulong untuk bertanyakan soalan kepada Dato’ Ahmad Shabery.

SAUDARA ZULKIFLI SULONG: Assalamualaikum Dato’ Ahmad Shabery. Pada tahun 2006 lalu, Kerajaan telah menaikkan harga minyak sebanyak 30 sen. Hasilnya Kerajaan telah dapat jimat kira-kira RM4.3 bilion dahulu. Kerajaan berjanji ia akan digunakan untuk pengangkutan awam. Mengikut jawapan di Parlimen baru-baru ini, Kerajaan baru belanjakan RM834.72 juta sahaja, untuk prasarana pengangkutan awam sejak dari tarikh itu. Kenapa perkara ini berlaku? Kerana dengan kenaikan ini pula, Kerajaan boleh jimatkan RM13 bilion. Jika RM4.3 bilion yang kita jimatkan dahulu itu sukar untuk dibelanjakan, sehingga kini tidak dapat nampak hasilnya tentang pengangkutan awam yang dijanjikan. Apakah yang akan berlaku dengan penjimatan yang agak besar yang akan kita hapuskan?

DATO’ AHMAD SHABERY CHEEK: Terima kasih Saudara Zul. Sebenarnya Saudara mungkin tidak ikut perkembangan harga minyak agaknya. Pada waktu itu 70 dolar, sekarang 140 dolar. Senanglah nak cakap turun, siapa pun boleh, kalau tak memerintah. Saya duduk pembangkang mudah hendak cakap. Bagi free pun boleh. Tetapi kita mesti bertanggung jawab dalam soal ini. Kita tengok dalam dunia sekarang ini pun, pertamanya kita perhatikan, dalam dunia sekarang ini, semua negara yang murah harga minyaknya, Venezuela paling murah, 10 sen sahaja. Saya baru ke sana minggu lepas. Tetapi inflasinya berapa? 30%, yang terburuk dalam negara Latin Amerika. Iran inflasinya yang ke 8 terburuk dalam dunia sekarang. Itu negara yang murah. Kerana dalam masa yang sama kita kena ingat, bahawa harga minyak bukan sekadar menyebabkan harga minyak sahaja naik, tetapi bukan sahaja harga barang, tetapi termasuk krisis makanan.

Sekarang ini kalau kita tengok, negara kita mampu untuk mengatasi krisis makanan sekarang ini malahan kalau kita tengok beras kita lebih murah daripada beras Thailand. Ini antara bukti kemampuan kita mengatasi makanan. Sebab itulah kita katakan bahawa ianya hanya dapat diimbangi dengan cara sistem subsidi yang betul dan kita tidak perlu berarak di jalan raya. Alhamdulillahlah kita dapat bersama hari ini, tidak berarak di jalan raya atau pun buat konsert yang tidak senonoh seperti baru-baru ini. Kita dapat berbincang dengan yang baik dalam keadaan sekarang ini.

PERANTARA: Sekarang saya akan minta supaya Saudara Zul menanyakan soalan kepada Dato’ Seri Anwar, silakan.

SAUDARA ZULKIFLI SULONG: Dato’ Seri, bercakap soal minyak ini, ia adalah harta masa depan kita. Seingat saya semasa Dato’ Seri menjadi Menteri Kewangan dahulu, Dato’ Seri pernah menubuhkan Tabung Warisan. Dan apa sebenarnya dalam pemikiran Dato’ Seri ketika itu, jika kita kaitkan dengan isu minyak yang juga harta rakyat masa depan sekarang ini?

PERANTARA : Silakan.

DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM: Dua Kumpulan Wang Amanah yang penting ialah Kumpulan Amanah Pencen dan Negara yang melibatkan kepentingan heritage. Kerana pada masa itu kita ada belanjawan lebihan, tidak macam sekarang deposit teruk. Masa itu kalau belanjawan lebihan, kita kumpulkan supaya kita simpan sebahagian daripada dana yang diberikan PETRONAS dan lebihan itu untuk masa depan Negara.

Malangnya, perkara itu tidak dikembangkan dan dana simpanan itu masih di peringkat yang dianggap agak kecil. Tetapi dalam isu minyak ini, kita tidak boleh kaitkan semata-mata dengan harga global. Kalau kita sebut Venezuela, Iran, benar inflasinya agak naik sedikit, tapi kalau kita kira inflasi yang disebut oleh Kerajaan. Cuba pergi kedai beli ikan ke, bawang ke, ayam ke, ianya tidak naik 3%. Angka terakhir yang disebut oleh Gabenor Bank Negara 6% lebih. Semua bank sebut lebih 8%. Maknanya kebijakan ekonomi yang diumumkan menyebabkan inflasi melonjak tinggi kerana kenaikan itu pada tahap yang singkat terlalu tinggi menyebabkan kesan sampingan harga barang meningkat. Jadi keprihatinan Pak Menteri meniaga barang di inflasi itu bercanggah dengan keputusan yang dibuat oleh Kerajaan. Naik minyak mendadak, inflasi tidak akan naik. Itu teori ekonomi siapa yang mengajar begitu?

Kenaikan yang mendadak, kenaikan barang termasuk minyak bila mendadak begitu akan membawa kesan yang parah. Kita sebut harga minyak global, memang benar. Harga minyak global meningkat tinggi tetapi setiap 1 dolar Amerika naik dengan pengeluaran minyak di Malaysia, kita peroleh RM360 juta. Jadi naik harga minyak itu pulangan besar kepada kita. Ini hendak merunsingkan orang kampung, harga minyak global naik, di London, di Paris, di China, di India naik. Kita pengeluar minyak, memang naik berbanding 10 tahun lalu, tetapi tidak boleh bebankan rakyat dan yang saya nak tekankan sekarang ini, kenaikan begini menyebabkan ekonomi kian meleset.

PERANTARA: Saya mempersilakan Tan Sri Datuk Dr Nordin Kardi untuk menanyakan soalan kepada Dato’ Ahmad Shabery.

TAN SRI DATUK DR NORDIN KORDI: Tadi saya telah menanyakan komitmen Dato’ Seri Anwar tentang adakah premis kepada penurunan harga minyak 50 sen itu kerana Malaysia adalah pengeluaran minyak. Selepas kita bacakan data bahawa sumbangan minyak dalam negara hanya 26%. Saya melihat bahawa isu yang dicadangkan oleh Dato’ Seri Anwar bukan isu minyak lagi tetapi memilih minyak sebagai sasaran untuk dikurangkan kepada 50 sen. Tetapi mengapa tidak misalnya oleh kerana ia bukan semata-mata isu minyak bercakap mengenai pengurangan cukai seperti mana Kerajaan telah tidak mengenakan cukai kepada mereka berpendapatan di bawah RM2,000, mengapa tidak misalnya memberi bantuan sewa rumah kepada mereka yang miskin tinggal di bandar, tetapi mengapa memilih minyak, mengapa agaknya Dato’ Seri Anwar tidak berjanji untuk mengurangkan inflasi seperti katanya 80% kepada 30%. Jadi soalan saya kepada Dato’ Shabery ialah mengapa agaknya Dato’ Seri memilih minyak sebagai sasaran janji kepada rakyat apabila memerintah esok. Terima kasih.

YB DATO’ AHMAD SHABERY CHEEK: Saya rasa soalan ditanya kepada saya kerana merasakan banyak premis yang salah tadi. Kita bercakap tentang kita ini sebagai negara pengeluar minyak. Saya hendak tanya, kita ini negara pengeluar minyak nombor berapa dalam dunia? nombor 1 hingga 20? Kita nombor berapa? Tidak masuk pun. nombor 21 pun tidak. Kita kecil, jangan bandingkan dengan Arab Saudi, jangan bandingkan dengan Venezuela, jangan bandingkan dengan Iran, jangan banding dengan tempat lain. Kita kecil sangat, itu pun minyak kita telah diambil 100 tahun lamanya dan kita telah sampai ke peringkat penghujung. Kita masih nett exporter tetapi nett exporter yang kecil. Kita kena tahu dalam soal ini. Dan kemudiannya dari segi keuntungan daripada minyak kita tidak benar tadi, sebenarnya hanya 26% daripada keuntungan yang disebabkan oleh PETRONAS hari ini, 26% hasil daripada minyak dalam negeri yang lain itu adalah pelaburan. Kalau kita kata tahun 2015 nanti waktu kita sudah tidak ada minyak, apakah waktu itu kita telah menjadi nett importer pada waktu tersebut. Apakah pada waktu itu kita baru hendak mengikut harga dunia, kalau orang hendak jual minyak pada kita waktu itu. Kalau tidak jual bagaimana? Sebab itulah tanggung jawab PETRONAS dengan keuntungan yang ada walau sudah banyak diberikan kepada negara sepatutnya cari minyak di luar negara dan terima kasih di bawah Dato’ Seri Mahathir misalnya, sampai ke 33 buah negara yang dia terokai, PETRONAS kita sehingga kita menjadi salah sebuah negara yang mempunyai sebuah syarikat minyak antara yang ternama dalam dunia sekarang ini. Sebab itulah kita rasakan jangan menyebabkan PETRONAS menjadi lebih miskin dalam soal ini. Kita mestilah realistik, minyak kita bukanlah minyak yang banyak sangat, mungkin minyak urut, minyak atar tidak tahulah dalam soal ini.

PERANTARA: Terima kasih, kita akan pergi kepada soalan cepumas. Saya akan minta Dato’ Seri Anwar menanyakan satu soalan kepada Dato’ Ahmad Shabery dan kemudian Dato’ Ahmad Shabery akan menanyakan satu soalan kepada Dato’ Seri Anwar. Saya mulakan dengan Dato’ Seri Anwar menanyakan soalan kepada Dato’ Ahmad Shabery.

DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM : Saudara Shabery, siapa yang bandingkan Malaysia dengan Venuezela dan Iran? Harganya 10 sen, 15 sen, 16 sen? Soalnya, kita bandingkan Malaysia sebagai negara pengeksport minyak, dan kita telah bagi perkiraan bahawa kenaikan yang mendadak itu membebankan rakyat dan menyebabkan kemerosotan, kemelesetan ekonomi negara. Jadi kalau ini diketahui, mengapa Kerajaan setelah berjanji untuk tidak menaikkan minyak sebelum pilihan raya, dalam tempoh beberapa bulan sahaja telah memungkiri janji, mengkhianati janji dan menaikkan harga minyak yang membebankan rakyat dan mengatakan kita ambil dari dana PETRONAS? Siapa yang kata kita ambil dari dana PETRONAS? Saya kata kita jimatkan belanja, kita betulkan perjanjian kita dengan IPP dan kapasiti lebihan dan kita ambil dari dana Kerajaan yang bocor begitu banyak termasuk rasuah yang disebut Morgan Standly kehilangan RM300 bilion dan RM10 bilion. Jadi saudara, saya cuma hendak sebutkan begitu, mengapa gunakan media termasuk media rasmi sebagai amanah memutar belitkan kenyataan kita? Kenyataan kita ialah mengapa kenaikan yang begitu mendadak dan membebankan? Dan mengapa kita tidak boleh mengurus sumber khazanah yang kita miliki untuk meringankan bebanan rakyat dan memajukan pertumbuhan ekonomi dengan meyakinkan?

PERANTARA: Terima kasih, saya minta Dato’ Ahmad Shabery jawab.

YB DATO’ AHMAD SHABERY CHEEK: Saya kira ini sekali lagi ucapan yang populis sifatnya. Seolah-olah menafikan bahawa segala-galanya dikaitkan bahawa punca kenaikan harga minyak kita ini kerana tidak ada penjimatan dan soal rasuah dan sebagainya. Ini boleh kita terima sekiranya kenaikan harga minyak negara kita adalah sesuatu yang terpencil daripada negara lain. Seolah-olahnya Saudara Anwar menafikan bahawa seluruh dunia berhadapan dengan soal harga minyak yang tinggi sekarang ini, seolah-olah dikatakan bahawa minyak mahal di Malaysia sahaja. Ini sama saya katakan seperti dalam tahun 1974 dahulu, Saudara menggerakkan MASSA, menggerakkan mahasiswa mengatakan orang kaya raya, orang miskin papa kedana. Sedaplah kita bercakap waktu itu, bercakap tentang orang Baling pada waktu itu. Tetapi pada waktu yang sama kita rasakan bahawa Saudara Anwar waktu berada dalam Kerajaan, tidak selesai pun tentang soal orang di Baling. Bercakap mudah dalam soal ini, sebab itulah sebahagian daripada masalah yang kita ada, soal IPP ialah semasa zaman Saudara Anwar berada dalam Kerajaan. Susah kita hendak ubah kontrak-kontrak yang ada sekarang ini kerana antara kontrak itu dipertahankan semasa Saudara Anwar berada dalam Kerajaan.

Saudara Anwar kata media suka memutar belitkan. Saya rasakan sekarang ini tidak pernah berlaku kalau Saudara Anwar berada dalam Kerajaan diberi peluang yang begini kepada seorang pemimpin pembangkang. Saya rasakan bahawa kalau mengikut cara Saudara Anwar sewaktu menyelesaikan masalah krisis kewangan tahun 1997, memilih cara yang digemari oleh IMF. Pada waktu itu yang menjerut rakyat dan tidak pernah pun di cakap kita membuat tentang kepentingan rakyat, kadar bunga yang dinaikkan dengan cara yang cukup tinggi pada waktu itu, NPL dipanggil daripada enam bulan kepada tiga bulan, ramai peniaga kecil SME dan sebagainya bankrap disebabkan oleh Saudara Anwar.

Kita bercakap mudah bila kita di luar, tetapi hakikat yang sebenarnya tidak semudah dapat kita hayati dalam keadaan yang sebenarnya dalam negara kita pada hari ini. Tetapi percayalah sebagaimana yang saya katakan tadi, dalam kesusahan yang ada sekarang rakyat cukup makan. Kalau disebutkan tentang soal kebocoran dan sebagainya, kita cubalah lihat, Saudara Anwar cubalah lihat bandingkan statistik yang ada sekarang ini, semua negara-negara yang dianggap murah minyaknya juga mengalami keadaan inflasi yang tinggi kecuali boleh dibuktikan satu negara yang memberikan subsidi yang tinggi, inflasinya tidak berlaku, tunjuk dan buktikan, Iran, Venezuela, Saudi Arabia, Qatar semua ini negara-negara minyaknya tetapi inflasinya adalah jauh lebih tinggi daripada Malaysia. Sebab itulah saya katakan bahawa jangan kita sempitkan pemikiran kita dalam mengelirukan rakyat semua.

PERANTARA: Sekarang, saya mempersilakan Dato’ Ahmad Shabery mengajukan soalan kepada Dato’ Seri Anwar.

YB DATO’ AHMAD SHABERY CHEEK: Soalan saya mudah sahaja. Kalau kita mengajar rakyat kita dengan harga yang murah walaupun pada hakikatnya harga minyak antarabangsa adalah tinggi, tahun 2015 kita akan menjadi nett importer. Mungkin beberapa tahun lagi kita tidak akan ada minyak lagi. Apakah subsidi begini akan diteruskan? Atau pada waktu itu baru nak naik mendadak serta merta daripada apa yang ada sekarang?
PERANTARA: Silakan Dato’ Seri Anwar.

DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM: Ya, terima kasih. Sekurang-kurangnya, soalan itu tadi kembali kepada mauduk. Yang lain itu, soal demonstrasi 1974 belum habis demam pun lagi.

Saudara, siapa yang bagi angka kata ada deflation? Ada kehausan sumber minyak pada 2015? Cuba kalau baca betul-betul laporan PETRONAS. Disebut, mengikut perkiraan sekarang, seandainya 10 tahun dari sekarang tidak ada sama sekali telaga minyak yang baru, maka ..., bacalah bagi habis. Maknanya, kapasiti tidak terencat. 20 tahun yang lalu atau 30 tahun yang lalu, kapasiti kita berakhir pada 2005. Keadaan itu berkembang. Baiknya PETRONAS ini, kerana dia tidak hanya memilih untuk cari gali dalam negara. Dia pilih luar negara untuk mencari sumber yang lain. Sebab itu, saya pertahankan PETRONAS.

Yang saya kritik ialah Kerajaan Barisan Nasional. Dia ada beza. Jadi, kalau Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Parlimen pun tak faham, problem kita. Soalnya, sekarang, kita bincang minyak. Tapi, pengurusan Kerajaan, kebocoran. Saya boleh bagi contoh, bukan saya bagi perkara yang tidak bertanggungjawab. Betul, IPP itu diluluskan di zaman saya menjadi Menteri Kewangan. Tapi, saudara harus honest to the truth. Jangan bohong. Saudara boleh semak rekod. Semak surat Tan Sri Ani Arof, Pengerusi TNB. Dia pertahankan keputusan Kementerian Kewangan, dia bercanggah dengan EPU dan keputusan Perdana Menteri pada ketika itu.

Saya mempersilakan Saudara semak balik. Kita tidak bersetuju dengan harga yang ditetapkan. Itu sebabnya, mengapa Tan Sri Ani Arof meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi TNB. Betul. Tetapi, tak mengapalah. Dato’ Shabery kata Anwar salah. Tetapi, tahun 1990. Dan kamu buat apa tahun 2008 ini? Sekarang ini, dalam keadaan permulaan perjanjian IPP, rizab kapasiti 10, 15 tahun dulu, sekarang, kita teliti balik. Untung IPP ini berbilion dan PETRONAS itu kerugian, termasuk TNB kerana beban perjanjian IPP. Sebab itu harus diteliti semula. Saya menganggarkan, kalau diteliti semula selain RM2 bilion rizab kapasiti kita boleh jimatkan RM1 bilion lagi. Dari kadar RM3 bilion, kita hanya perlu RM2 bilion.

Tengok, bagaimana Kerajaan uruskan pembelian diesel. Diesel yang bocor, penyeludupan, dan penyelewengan, berapa? RM700 juta setahun. Kemudian, Kerajaan tubuh syarikat kroni, Teras Kimia, RM117 juta. Sudahlah rugi RM700 juta, ambil syarikat geng dia, bantu pula RM100 juta. Rakyat? Menganga. Jadi, ini sebab Saudara, saya minta dengan baik, ikhlas, betulkan ini. Kalau kita dapat jimatkan yang ini, setiap proses satu persatu, kita boleh jimatkan. Ini disebut tiris dan bocor. Sekiranya ini dapat dilakukan, kita lihat ini dari segi kerangka ekonomi makro keseluruhannya.

Saudara boleh bangkitkan, umpamanya, ini pendekatan naik minyak mendadak, cadangan siapa? Ini preskripsi IMF World Bank. Dan beri satu contoh. Jangan guna ini sebagai istilah politik biasa. Saya sedia tepat, soal krisis ekonomi 1997, 1998 dengan pakar ekonomi lain pun tak apa. Tetapi, dengan syarat, bagi ruang. Bahawa adalah satu fitnah besar seperti fitnah berterusan terhadap saya bahawa kita tunduk kepada prinsip IMF.

Saudara, tidak mengapa. Soalnya sekarang, kita beri satu kebocoran yang saya sebutkan tadi. PETRONAS umumkan, ada dividen khas selain daripada beberapa bilion tadi ni, dividen khas tahun ini kepada Kerajaan sebanyak RM6 bilion. Tak bolehkah saya ambil RM1 bilion untuk tampung, supaya kos minyak turun 50 sen?

Apa, bagi Ahli-ahli Yang Berhormat, berat sangat ke? Allah, bagaimanakah, takut bayangkan Kerajaan nak bagi RM1 bilion. RM1 bilion, untuk redakan masalah ini. Saudara percayalah, dua bulan, tiga bulan sekarang. Ini bukan soal penangan Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat satu wadah. Ini soal, rakyat. Kalau kita nak teruskan kebijakan ekonomi, sekarang ini, apa yang akan berlaku ialah kemelesetan, pengangguran yang sekarang setengah juta akan mencecah hampir 1 juta orang. Ini beban kepada rakyat.
PERANTARA: Terima kasih, Dato’ Seri. Saudara penonton yang saya hormati sekalian. Demikian tadi berakhirnya segmen yang kedua dalam perbincangan kita pada malam ini. Kita akan bertemu lagi selepas pesanan iklan ini. Jangan ke mana-mana.

(SIARAN IKLAN)

PERANTARA: Saudara penonton yang saya hormati sekalian, saudara sedang mengikuti Debat AgendaDaily. Dua pendebat yang di undang ialah YB Dato’ Ahmad Shabery Cheek dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Judul perdebatan kita pada hari ialah ‘Hari Ini Bentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak’. Kita sampai kepada pusingan yang kedua terakhir. Saya akan mengemukakan soalan ini, pertama kepada Dato’ Seri Anwar dan kemudian akan dijawab oleh Dato’ Ahmad Shabery Cheek.

Soalan saya ialah, Dato’ Seri, rasanya tidak perlulah jadi Perdana Menteri untuk membantu meringankan beban rakyat. Kenapa tidak sumbangkan idea bernas untuk tujuan itu pada masa ini. Tanpa perlu, misalnya cakap-cakap mengenai menukar Kerajaan. Silakan.

DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM: Terima kasih. Ini yang sebab saya ikut serta ni. Saya bukan Perdana Menteri, bahkan nasib saya satu dua hari ini, belum tentu ke mana. Tetapi saya memilih untuk hadir kerana saya rasa, Kerajaan juga, kawan-kawan saya dalam UMNO dan Barisan Nasional harus beri peluang untuk dengar. Ini bukan satu soal yang partisan hanya khusus untuk Pakatan Rakyat. Kalau cadangan ini diterima dan dilaksanakan, kita akan menyokong tindakan mereka. Tetapi soalnya sekarang ialah apakah ada kesediaan pemimpin-pemimpin Kerajaan dengar dan cuba melaksanakan.

Saudara Johan, Profesor Arif, MIER, umpamanya menyebut, Februari 2006 naik 30 sen, inflasi bulan berikutnya 4.8%. Sekarang naik mendadak, belum sempat satu bulan, naiknya 8%. Jadi jangan sibuk perhati di Iran dan Venezuela, kita pun sudah menuju cepat ke arah itu. Bezanya dia harga minyak rendah, inflasi tinggi. Kita, harga minyak tinggi, inflasi lagi tinggi. Ini bukan boleh sudah dikatakan populis atau tidak, saya bimbang kerana, kalau kita tidak membawa arah baru dalam pengurusan ekonomi negara, lebih baik, lebih mendekati prinsip ekonomi pasaran, lebih meyakinkan dengan pengurusan yang cekap, lebih bersih kepada daripada kebocoran, ketirisan dan rasuah. Lebih menghormati rule of law dan negara hukum. Ini semua akan menjejaskan. Kita tewas dengan persaingan kita, dengan banyak negara. Jangan banding dengan Somalia dan Zimbabwe. Bandingkan dengan negara-negara yang dulu kita setara. Singapura, Taiwan, Korea Selatan dan negara di ASEAN sendiri. Mengapa kita tewas? Dari segi pelaburan asing, dari segi daya saing. Ini semua ada kesan bila kita ambil apa-apa kebijakan ekonomi. Saya masih yakin, Malaysia dengan kekuatan yang ada, sumber, termasuk kekuatan dari minyak dari petroleum, itu mempunyai potensi yang besar. Dengan syarat pengurusan Kerajaan itu cekap dan bersih dan sedia mendengar dan mengorak cepat untuk bersaing dengan negara-negara lain.

PERANTARA: Terima kasih Dato’ Seri. Silakan Dato’.

DATO’ AHMAD SHABERY CHEEK: Ya. Kalau tadi IPP dia salahkan Dr Mahathir, tapi selepas itu saya pernah mendengar Saudara Anwar cakap, Dr Mahathir pemimpin yang paling hebat. Pernah dia kata, kalau boleh dipintal awan di langit, akan ku pintal dengan nama Dr Mahathir dan Siti Hasmah pada waktu itu. Ada orang kalau dia tak setuju, dia letak jawatan pada waktu itu. Tapi kalau saya katakan populisnya begini. Kalau sebelum pilihan raya, dia katakan bahawa, kalau memerintah sebelum pilihan raya nak turun bawah daripada RM1.92. Sepatutnya tidak timbul sekarang ini nak bercakap di bawah 50 sen sahaja daripada harga yang ada sekarang.

Kita mesti kembali pada asas. Ucapan ini dibuat berasaskan kepada ucapan sebelum pilihan raya. Sebelum pilihan raya. Kalau langkah awal, langkah seterusnya semakin murah semakin murah, di waktu harga minyak semakin mahal semakin mahal. Apakah kita bercakap harga minyak di Malaysia semakin murah semakin murah ertinya kita akan membebankan Negara dengan subsidi yang lebih tinggi dan ini sama sekali bertentangan dengan mana-mana prinsip ekonomi yang sihat.

Kalau kita tidak mengikut prinsip ekonomi yang sihat, kita akan menyebabkan Negara kita akan terus dibebankan dengan beban baru. Adakah kita hendak berhutang selepas ini? Dan kalau kita berhutang, dengan siapa kita hendak berhutang? Kalau tidak dengan peminjam-peminjam atau ‘ah long-ah long’ antarabangsa. Sebab itulah kalau dikatakan tentang menggunakan wang PETRONAS, misalnya. Tahu tidak, daripada apa yang Kerajaan dapat sekarang ini, sebenarnya daripada keuntungan PETRONAS Berhad. Jangan kita cakap tentang PETRONAS Group atau Kumpulan PETRONAS yang termasuk Cari Gali, PETRONAS Dagang dan sebagainya yang melibatkan saham-saham orang lain.

Daripada keuntungan PETRONAS itu, sebenarnya yang telah diberi kepada Kerajaan ialah sebanyak 91% telah diberikan. Apa lagi yang hendak kita ambil dari PETRONAS selepas ini? Dan kita kena ingat bahawa PETRONAS kuat dan maju sekarang ini dan selama ini, kerana siapa? Kalau tidak kerana Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional. Apakah kita hendak nafikan kehebatan yang dibuat oleh PETRONAS selama ini adalah kerana dorongan yang diberikan oleh Kerajaan. Kita tidak bebankan PETRONAS, kita benarkan PETRONAS untuk melabur kembali dan kita tidak mengambil segala-galanya yang ada pada PETRONAS. Kalau dikatakan penyalahgunaan kuasa, selalu saya beritahu tadi, ianya kalau kita terpisah daripada negara-negara lain hanya negara kita saja yang minyaknya naik, boleh kita katakan demikian. Tetapi kita menerima realiti dan hakikat, masalah ini adalah masalah global yang tidak boleh kita lari.

PERANTARA: Kita sampai kepada pusingan akhir, saya mempersilakan Dato’ Seri Anwar untuk membuat penggulungan. Kita ada waktu yang cukup terbatas, kira-kira satu setengah minit. Silakan.

DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM: Terima kasih. Di antara negara pengeksport minyak, harga minyak di Malaysia keterlaluan tinggi. Itu faktanya. Tidak saya mahu bandingkan dengan Venezuela. Itu yang pertama. Kedua, harga minyak memang tidak menentu. Tetapi berapa ramai kajian dan pakar minyak menyebut sudah ada break point. Atau besar kemungkinan harga minyak itu menetap dan mula menurun. Ketiga, kita mengemukakan cadangan ini, gagasan ini dengan penuh tanggung jawab. Kerana kita mahu ekonomi kita kukuh, kerana saya yakin di bawah pimpinan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, belum tentu sampai bila, kalau diteruskan dengan dasar yang ada sekarang, dalam tempoh dua bulan atau tiga bulan lagi, kedudukan ekonomi kita akan jauh lebih parah daripada kedudukan yang parah sebelumnya. Ini kenyataannya. Saudara tidak setuju, tidak apa. Tapi saya minta teliti dengan baik dan objektif. Sebab itu saya komited, Insya Allah, kita dalam Pakatan Rakyat akan terus menjelaskan kepada rakyat dan saya sebab itu, saya tidak mahu hak saya dinafikan dan untuk meneruskan agenda ini walaupun Saudara Shabery memilih untuk menyerang secara peribadi, saya tidak mahu jawab. Kerana ini bukan ruangnya. Kerana ruang dia di RTM masih banyak lagi. Dan saya tidak mempunyai ruang selepas ini. Tetapi percaya, fitnah ke, khianat ke, ada batasnya. Saya diberikan sebaik ada pilihan, Insya Allah saya akan bertanding dalam pilihan raya dalam masa sesingkat yang mungkin.

PERANTARA: Saya minta Dato’ Ahmad Shabery.

YB DATO’ AHMAD SHABERY CHEEK: Percayalah. Kalau kita perhatikan bahawa, Saudara Anwar tidak berubah seperti dulu. Dalam sejarah yang banyak memberi sumbangan kepada Negara untuk membina PETRONAS daripada apa yang ada sekarang, sebaik-baiknya kepada satu syarikat yang mencapai tahap yang begitu tinggi sekali. Kalau dahulu, orang yang membina PETRONAS seperti Tun Razak, sudah ditentang. Tun Mahathir yang mengembangkan PETRONAS sampai ke peringkat dunia, ditentang juga. Kita selalu sebutkan bahawa pada waktu sekarang Pak Lah tidak mengambil lebih daripada apa yang sepatutnya. Maka tidak ada sebab untuk kita menentang. Dan apakah kita nak sekarang ini, dalam keadaan sekarang ini, kita terus hendak mainkan sentimen-sentimen mengajak orang ke jalan raya sebagaimana yang dibuat dalam tahun 1974 dahulu, akan menyelesaikan masalah kita. Dan kita ingat, kalau ingin kita terus menyebabkan menekankan supaya wang yang banyak diambil daripada PETRONAS misalnya, untuk membantu mensubsidi negara kita, maka kita akan katakan bahawa kita membenarkan ia menjadi semakin miskin dan mungkin kita hendak membenarkan orang lain akan mengambil PETRONAS satu masa nanti.

Percayalah dalam soal ini, kita lihatlah dalam negara-negara lain, Malaysia adalah negara yang terbaik. Growth atau pertumbuhan kita kekal ke angka 6% setahun lebih baik daripada banyak negara yang ada di sekitar sini. Saya percaya, bahawa perdebatan sebegini rupa adalah bukti keterbukaan Kerajaan kita yang ada sekarang yang tidak mungkin diperoleh sewaktu Saudara Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri, satu ketika dahulu.
Sambil menonton Debat dengan pelanggan-pelanggan cafe, sempat juga saya buat catatan. Tapi anak saya lagi cekap. Dirakamnya debat tersebut dan kemudiannya dibuat transkrip. Maka saya print untuk bacaan pelanggan cafe yang tak sempat menonton debat tersebut.
PERANTARA: Terima kasih Dato’ Ahmad Shabery. Demikian tadi saudara penonton yang saya hormati sekalian, berakhirnya Debat AgendaDaily dengan membawa tajuk ‘Hari Ini Bentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak’. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Ahmad Shabery Cheek, Menteri Penerangan Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Penasihat Parti Keadilan Rakyat dan yang bersedia berdebat dengan isu ini. Kepada kedua-dua wakil pendebat Tan Sri Datuk Dr Nordin Kardi dan Saudara Zulkifli Sulong, saya ucapkan terima kasih. Semoga kita mendapat manfaat dengan pertemuan ini. Saya akhiri dengan Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat malam.

Mudah Cakap Dari Buat

Salepas menonton debat antara Shabery dengan Anwar semalam, pengunjung cafe berbelah bagi tentang kekuatan hujah perdebatan kedua-dua pihak. Memanglah mudah bagi Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, melemparkan tuduhan kononnya wang hilang dan dibazirkan berikutan pengurusan wang kerajaan melibatkan rasuah dan kebocoran.
Kini beliau di luar kerajaan amat mudah membuat tuduhan. Kerajaan kini berhempas pulas memastikan turut ditahan adalah ikan besar dan tidak seperti dulu dituduh ikan bilis saja. Semua perlukan bukti kukuh.

Tetapi beliau sendiri sewaktu berada dalam kerajaan dulu seolah-olah membiarkan kegiatan rasuah khususnya di kalangan kroni-kroninya. Mereka ini terlibat dengan pelbagai cara agar semua dilakukan tidak terlalu ketara.

Bayangkan kroninya yang berpendapatan sekitar RM15,000 sebulan mampu membina banglo bernilai RM1 juta di tanah kawasan tinggi premiumnya di pinggir ibu negara. Kroni yang hanya seorang biasa itu sebelum ini turut mampu membina sebuah banglo lagi bagi ibu bapanya di kampung bahagian utara tanah air.

Semua ini adalah sebahagian daripada habuan dan sebagai persediaan sebelum yang empunya diri dipilih menjadi calon pilihan raya. Malang sekali hajat tidak tercapai apabila Anwar dipecat pada 1998.

Antara cara tumbuk rusuk membabitkan kroninya adalah setiap ahli perniagaan dan tokoh korporat yang mahukan projek daripada Anwar perlu melalui kroninya. Komisen dan rasuah ditabur golongan peniaga itu kepada kroni yang dengan bertindak sebagaiperantara begitu lumayan sekali.

Itupun tukang pembuka pintu pun perlu disogok dulu barulah sampai kepada perantara berkenaan.

Ada lagi kroni Anwar yang mampu membina banglo seperti mahligai juga menelan belanja berjuta ringgit di kawasan strategik. Tetapi oleh kerana ia diperolehi dengan cara syubhat, mahligai itu tidak dapat dihuninya.
Memang Anwar, ibarat kata pepatah Kata dulang paku serepih, kata orang dia yang lebih.
Amalan memberi habuan dan ganjaran kepada kroni sememangnya melibatkan ramai ahli perniagaan dan tokoh korporat lain hingga ada yang mampu memiliki sebuah rumah di KL, sebuah lagi untuk musim luruh di Down Under dan rumah musim panas di UK.
Kerja kroni hanya menjadi tukang kipas atau seperti lagu dendangan Alak dari kugiran underground Carburettor, Jilat..jilat jubur korporat.

Tuesday, 15 July 2008

Grand Debate: SHABERY vs ANUAR IBRAHIM



HARI INI MEMERINTAH, ESOK TURUN HARGA MINYAK

Semenjak pilihanraya 8 Mac lalu, terdapat arus perubahan besar dalam sistem media dan ketelusan kerajaan dalam mendekati rakyat jelata. Meskipun berdepan dengan serangan dari pembangkang dan masyarakat dalam isu kenaikan harga minyak, barangan dan inflasi, kerajaan masih lagi membuka pentas yang luas untuk rakyat menyampaikan pendapat mereka. Jika anda perhatikan, sausana ini tidak dinikmati di era pemerintahan Tun Dr Mahathir di mana sebaran maklumat menjurus kepada komunikasi satu hala. Segala bentuk cadangan dan kritikan hanya akan terpapar dalam akhbar pembangkang.

Namun, kesedaran kerajaan dalam era teknologi moden menyaksikan pintu demokrasi media dibuka lebih luas untuk memberi peluang kepada pihak pembangkang menyampaikan buah fikiran mereka. Langkah ini dilihat memberi keterampilan dan definisi ketelusan terhadap media yang sering dimomokkan pro-kerajaan.

Terbaru, debat yang bakal berlangsung pada hari ini, 15 Julai di antara Menteri Penerangan Malaysia, Dato’ Shabery Cheek akan yang bertemu dengan Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR. Sebelum ini Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Elwal Pengguna, Dato’ Shahrir Samad berdebat bersama Salahuddin Ayub dalam perbahasan kenaikan harga minyak, pihak Kerajaan dengan yakin dan berani menghuraikan dan menjelaskan mengenai peranan pertonas di dalam membantu kerajaaan serta faktor-faktor kenaikan harga minyak dunia. Kerajaan kini dilihat lebih yakin untuk memberi hujah logik dan positifnya demi menentang pelan yang bakal dikemukakan oleh Anwar.

Pertemuan kali ini dilihat lebih menarik kerana Anwar memang terkenal sebagai pemidato yang hebat. Beliau mampu menghimpunkan ratusan ribu manusia menerusi slogan reformasinya 10 tahun lalu. Kembalinya beliau dalam politik Malaysia juga dilihat sebagai hero di kalangan rakyat, tambahan pula dalam keadaan harga petrol yang naik 40 peratus Jun lalu.

Namun hakikat bahawa bahanapi adalah masalah global adalah sesuatu yang tidak boleh diketepikan. Dalam situasi semasa, masalah dunia ini tidak mengecualikan mana-mana negara. Kenaikan harga akibat dari spekulasi pasaran masa hadapan Amerika Syarikat dan kurangnya tahap pengeluaran di kalangan negara sumber juga menjadi faktor dominan terhadap situasi yang terjadi hari ini.

Apakah yang anda harapkan dari sesi perbahasan ini? Pertamanya, ia mungkin mendedahkan data-data yang selama ini kita tidak tahu, ia juga mungkin dapat menjelaskan dengan lebih terperinci tentang angka dan nombor yang mungkin boleh dijadikan asas serta panduan logik bagi mereka yang selama ini dilemparkan dengan hujah yang sangat subjektif. Kita semua maklum bahawa bekalan petroleum negara akan kering dalam kurang 10 tahun lagi, jadi apakah rancangan jangka panjang Petronas dalam menyiapkan Malaysia menjadi sebuah negara pengimport sepenuhnya satu hari ini?

Rakyat mungkin ingin tahu bagaimana negara pengeluar bahanapi di Timur Tengah, atau setidak-tidaknya Brunei mampu menyerap kenaikan ini. Rakyat juga mungkin ingin tahu keuntungan syarikat Petronas sejak kenaikan mendadak harga petroleum sejak lima tahun kebelakangan ini. Bukan setakat angka-angka umum seperti kenaikan kos perkhidmatan 200 peratus, kos cari gali, itu dan ini. Ada baiknya Shabery bersedia dengan hujah-hujah berdasarkan fakta dan angka kerana ia akan kembali kepada akauntabiliti dan ketelusan syarikat milik negara dan milik rakyat Malaysia.

Anwar juga perlu berhati-hati dalam mendakwa bahawa ketika beliau menjadi Menteri Kewangan, harga minyak tidak dinaikkan. Eranya sudah berbeza. Masyarakat tidak melihat serta mengkaji kejatuhan saham di bursa saham utama, Air sirap 30 sen di zaman 90-an sudah tidak ada lagi kini. Zaman berubah dan kos semakin meningkat. Sumber Petroleum makin terhad dan suasana geo-politik dunia hari ini juga sangat berbeza. Beliau perlu bersedia dengan fakta terperinci dan kajian menyeluruh dengan negara bandingan yang hampir sama sifatnya dengan Malaysia. Jadi perbandingan epal dengan epal boleh dilakukan. Beliau perlu menafsirkan sebuah negara bandingan dengan pengeluaran bahanapi yang sama dengan Malaysia, jumlah penduduk dan juga tahap pembangunan industri automotif serta fakta yang berkaitan untuk dikemukakan

Debat ini juga haruslah positif dalam memberi kebaikan kepada semua, bukan kepada kerajaan dan pembangkang, tetapi kepada keseluruhan rakyat Malaysia amnya. Tiada siapa yang berkehendakkan kehidupan yang susah. Krisis ekonomi 10 tahun lalu masih segar dalam ingatan kita. Banyak yang bankrap, ekonomi merudum, kadar pengangguran meningkat dan sesi pemulihan yang perit untuk dihadapi sekali lagi.

Sesi perbahasan ini harus melihat kepada sebaran maklumat berguna kepada rakyat dan bukannya pentas meluahkan emosi dan perasaan. Baik di pihak Shabery atau Anwar, kedua-duanya harus sama-sama memberikan perincian berguna untuk dibincangkan pada peringkat berikutnya. Hujah bukan setakat siapa yang paling bagus, tetapi berkenaan dengan buah fikiran yang hendak disampaikan. Poin-poin yang positif, tak kira dari mana-mana pihak harus disenaraipendek dan dijadikan asas untuk penambahbaikan situasi yang berlaku sekarang ini.

Sesi perbahasan ini akan disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen NTV9, Astro Awani dan BERNAMA TV. Debat ini juga akan disiarkan oleh TV3 pada jam 11 malam. Sudah tentunya audiennya akan mencecah bilangan jutaan orang. Rakyat akan menilai setiap tutur hujah yang disampaikan. Rakyat juga tidak ingin melihat siapa kalah dan siapa yang menang. Apa yang paling penting, mengetahui fakta dan hakikat sebenar terhadap dunia semasa. Buat seketika, ketepikan prinsip politik masing-masing, sampaikan apa yang dirasakan benar dan betul, berhujahlah secara positif dan matang untuk kebaikan negara.

Wednesday, 9 July 2008

ANUAR IBARAT AYAM JANTAN BERKOKOK


HARAP-HARAP sejuta penyokong hadir di Perhimpunan Protes Sejuta Rakyat,Protes Sampai Turun di Stadium Kelana Jaya, Petaling Jaya, petang Ahad lalu, tetapi menjelang malam kira-kira 15,000 saja muncul.

Penyokong, pengampu dan kononnya pengikut setia Parti Keadilan Rakyat (PKR) pun lemas agaknya berpanas di tengah stadium Kelana Jaya, Selangor itu. Seperti dijangka Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin pembangkang lain menyalahkan sekatan jalan raya polis hingga matlamat mereka tinggal impian saja.

Sebenarnya ketika bergelut dengan himpitan hidup akibat kenaikan harga barangan keperluan harian seperti beras, ayam dan sayuran selain minyak kereta, laungan dan kelantangan Anwar mencerca dan cuba mengganyang kerajaan saja tidak cukup bagi mengubati kesempitan rakyat jelata.

Hakikatnya, antara 1993 hingga 1998, Anwar tidak perlu menjelajah ke seluruh pelusuk negara seperti dijanjikannya hari ini. Dulu media arus perdana baik akhbar mahupun elektronik memberi pendedahan dan liputan seluas-luasnya kepada apa saja dilakukan Anwar.

Ketika itu, beliaulah pejuang rakyat miskin, kononnya pencetus idea kebangkitan Islam hingga terbinanya Universiti Islam Antarabangsa, Muzium Islam. Pada masa itu, Anwar disanjung, dipuja dengan hidup penuh glamour maklumlah Timbalan Perdana Menteri.

Liputan akhbar dan media elektronik hari ini dengan dulu ibarat langit dengan bumi. Dulu dengan edaran akhbar arus perdana mencapai hampir setengah juta setiap hari, ucapan Anwar yang sentiasa di Muka 1 tentunya dibaca hampir tiga juta pembaca akhbar dan berjuta lagi penonton tv.

Sebaliknya liputan hampir semua media pada 7 Julai sebelum Anwar berucap tidaklah lain daripada aksi penyanyi kugiran underground, Carburetor Dung, menonggeng sambil cuba melondehkan seluarnya. Mungkin perbuatan jijik untuk si jijik agaknya.
Pada awal 90-an, siapa sangka Anwar sebenarnya sudah siapkan agenda menonjolkan dirinya sebagai de facto pemimpin No 1 negara.

Dalam sekelip mata saja, Anwar sudah menempatkan konco-konconya memegang jawatan penting di pejabat-pejabat media arus perdana ketika itu.

Di pejabat sebuah akhbar , dalam lagak seperti polis Nazi, Gestapo, konco Anwar yang memanggil beliau sebagai syeikhul terus mengumpulkan ahli-ahli Angkatan Belia Islam (Abim) dan rakan sekerja khusus yang menyertai usrah saja untuk dinaikkan pangkat.
Sesiapa saja yang sememangnya senior di Jabatan Pengarang tetapi dicap sebagai bukan ahli usrah atau tidak mungkin menyokong Anwar, terajang dari jawatan mereka dan digantikan dengan orang Anwar.

Sejak itu, berita Anwar baik ucapan merasmikan sekolah, mesyuarat, projek perumahan murah bagi rakyat dipaparkan dengan gambar sama ada di muka satu atau berita bergambar di muka 3.

Ini diputuskan oleh Ketua Pengarang atau lebih tepat lagi orang Anwar walaupun sebenarnya berita itu tidak layak di muka depan atau hanya berita kecil saja.
Segalanya indah belaka mengenai Anwar sehingga beliau dianggap pejuang Melayu, pejuang setinggan yang merancang pembinaan rumah pangsa.

Inilah sebabnya apabila Anwar ditangkap pada 2 September 1998 atas tuduhan salahguna kuasa dan salahlaku seks, rata-rata ramai tidak percaya.Kini pun beliau menggambarkan dirinya sekali lagi menjadi mangsa komplot menidakkan haknya menjadi PM.

Hari ini, sebagai penasihat dan ditonjolkan sebagai juara pembangkang memanglah mudah bagi Anwar mengecam dasar kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Kecam saja tanpa mengemukakan cara mengatasi masalah rakyat dibelenggu kesan kenaikan harga minyak mentah dunia.

Hari ini, hai Anwar hidupmu ibarat kata pepatah Melayu: Ayam jantan kokok berderai-derai, tahi tersangkut di gelenggar. - TOK NUJUM

--