JIKA mengikut perancangan Anwar Ibrahim yang sudah dibocorkan beberapa blog, Parti Keadilan Rakyat (PKR) merancang enam lagi pilihan raya kecil melibatkan Adunnya yang akan meletakkan jawatan.
Mereka ini menarik diri kerana pelbagai sebab yang diatur oleh Anwar termasuk dimalukan secara berterusan seperti Elizabeth Wong selain dituduh gagal menjalankan tanggungjawab sebagai Adun dan didapati mengkhianati parti.
Menurut rahsia dibocorkan itu antara yang bakal terlibat adalah Adun Sri Muda, Bakar Arang dan Lunas. Terbaru pula laporan dari Rembau memetik Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohamad Hassan sebagai berkata BN mempunyai maklumat dua wakil rakyat PKR iaitu Adun Sikamat dan Adun Ampangan juga bakal meletakkan jawatan.
Mengenai Elizabeth Wong, kita tidak perlu sangsi lagi betapa rendahnya moral Adun ini berikutan kerana kes gambar separuh bogel dan penyiaran gambar-gambar lucah selanjutnya oleh blogawan terkemuka beberapa minggu lalu.
Walaupun PKR, Anwar dan pemimpin Pas Nik Aziz Nik Mat cuba melindunginya, namun hakikatnya adalah seorang lelaki Melayu dibenarkan Elli masuk ke rumahnya. Perbuatannya itu menimbulkan pelbagai prasangka dan persoalan mengenai akhlaknya.
Apakah pula dosa dan kesalahan Adun lain hingga mahu dikorbankan Anwar tidak diperjelaskan namun semuanya tetap bakal dipinggirkan PKR.`
Tindakan melulu Anwar itu tidak syak lagi ingin mencapai matlamat jahatanya : Seboleh-bolehnya mahu Umno-BN bertanding di semua Dun dianggap kubu PKR hingga calon kerajaan kalah. Ini sekaligus menaikkan imej pembangkang terutama Anwar sendiri sehingga menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 kelak.
Namun sebagaimana dinyatakan oleh pemimpin Umno-BN, ia tidak akan terjebak dengan permainan politik kotor pembangkang yang bertujuan menaikkan imej mereka dengan mengadakan pilihan raya kecil di kubu kuat pembangkang.
Kini terbukti keengganan BN meletakkan calon pada pilihan raya kecil N.12 Penanti membuat Anwar bukan saja kecewa malah juga terlalu marah hingga melemparkan pelbagai tuduhan dan andaian termasuk ia menandakan permulaan zaman kejatuhan BN.
PKR dalam ulasannya disiarkan Suara Keadilan online menuduh Umno-BN sebagai dayus dan pemimpinnya kehilangan maruah diri selain takut kalah terus dalam siri pilihan raya kecil diadakan sejak pilihan raya umum ke-12, 8 Mac tahun lalu.
Anwar sendiri seperti mati akal apabila BN tidak bertanding di Penanti kelak. Kempen ceramah di lubuk Pas itu seolah-olah terhenti dan lemah longlai tanpa pertandingan dinanti-nantikan Anwar mungkin untuk terus menimbulkan senarai apa dianggapnya sebagai kelemahan kerajaan Perdana Menteri Najib Tun Razak.
Kini harapan Anwar untuk terus mempersalahkan kerajaan dalam setiap langkah diambil dan mungkin memperjuangkan nasib kononnya kaum India dan Hindraf, tidak tercapai.
Anwar Ibrahim kini semakin buntu. Dia sebenarnya mahu rakyat terus memperkatakan dirinya lebih-lebih lagi kes liwatnya akan dibicarakan tidak lama lagi.
Pemimpin PKR itu sudah hilang sengatnya. Tanpa tentangan hebat pada pilihan raya kecil di lima hingga tujuh kawasan DUN baik di Negeri Sembilan, Selangor mahupun Kedah, apatah lagi di Penanti, Anwar tergamam dan mungkin akan masuk ‘dalam bungkusan tong sampah sejarah saja’.
Beliau kini harus sedar Umno-BN tidak akan sama sekali mengikut rentak tarian sewelnya.
Showing posts with label Dun Penanti. Show all posts

Monday, 18 May 2009
Saturday, 25 April 2009
JERAT POLITIK PR UNTUK DUN PENANTI
Perletakan jawatan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang menimbulkan seribu satu cerita. Setelah beliau ‘kaut’ dan penuhkan ‘kantongnya’, beliau dengan senang hati meletakkan jawatan dan hari ini laporan media menyebut beliau telah dibebaskan dari tuduhan melibatkan penyalahgunaan kuasa dan wang dalam isu kuari. (Berita Harian, 23 Feb.2009)
Beliau meletakkan jawatan sebagai TKM I dan Exco Pembangunan Keusahawanan & Koperasi, Penerangan & Perhubungan Masyarakat berkuat kuasa 8 April dan surat peletakannya diterima Ketua Menteri pada 21 Mac lalu. Di awal perletakan jawatannya beliau ketika ditanya oleh orang ramai dan para media, beliau memberi alasan untuk menumpukan perhatian menyambung pelajaran.
Akhirnya tembelang dan temberang beliau dan juga pemimpin-pemimpin PKR pecah apabila Ketua Angkatan Muda Keadilan Kepala Batas, Amizuddin Ahmat sendiri membuat pendedahan dengan mendakwa terdapat pemimpin PKR negeri terbabit dalam penyelewengan membabitkan kuari di Seberang Perai dan ia ditujukan kepada buat TKM I.
Padal awalnya beliau didakwa tidak akan melepaskan jawatan sebagai Adun Penanti, namun atas satu strategi dan sudah tentu idea pemikiran ketua pemimpin PKR beliau direhatkan dan diarahkan menumpukan sepenuhnya pada pelajaran. Akhirnya Dun Penanti kosong, dan tujuan utama Anwar ialah untuk menunjukkan kekuatan dan kehebatan PR dalam supaya rakyat terpikat dengan PR.
Hakikatnya, tindakan Anwar memaksa bekas TKM I melepaskan jawatan sebagai Adun hanyalah dilihat satu keangkuhan, kesombongan dan kepentingan politik peribadi Anwar dalam mencapai cita-cita dalam politik. Sedangkan negara sedang bergelut dengan kegawatan ekonomi yang memerlukan tindakan dan perhatian serius di berikan.
Yang lebih penting ialah bentuk bantuan kewangan perlu untuk membantu rakyat kesan di atas kemelesetan ekonomi yang melanda. Sedangkan jika pilihanraya kecil diadakan, sudah pasti perbelanjaan jumlah yang besar diperlukan dan sudah pasti hasrat Kerajaan adalah untuk membantu rakyat dan ia adalah satu rahmat.
Perbelanajaan yang besar bagi 5 pilihanraya kecil lalu sudah cukup jelas jika jumlah yang sebegitu besar digunakan untuk membantu rakyat terutama yang memerlukan bantuan. Namun, dari 5 pilihanraya kecil, 3 darinya iaitu di Parlimen Kuala Terengganu, Parlimen Bukti Gantang dan Parlimen Batang Ai memang tidak boleh dielakkan kerana kematian. Namun, 2 pilihanraya kecil sebenarnya hanyalah membazirkan wang rakyat kerana pilihanraya kecil diadakan hanya kerana ingin menyerahkan kawasan tersebut kepada pemimpin lain.
Mereka menjadikan pilihanraya kecil sebagai medan ujian dan medan untuk mengukur populariti bagi pilihanraya umum akan datang. Namun, disebalikn tindakan sedemikian, hakikatnya wang yang mengalir hanya semata-mata untuk memindahkan kuasa kepada pemimpin lain hanyalah merugikan rakyat yang memerlukannya.
Sebab itulah BN mengambil tindakan untuk tidak bertanding dalam piliharaya kecil Dun Penanti kerana memikirkan akan wang yang banyak terpaksa digunakan oleh SPR bagi melicinkan proses perjalanan pilihanraya kecil tersebut. Kerajaan lebih prihatin kepada rakyat berbanding parti PKR yang hanya lebih mementingkan kuasa dan kedudukan untuk menguatkan parti politik mereka.
Setelah Perdana Menteri mengumumkan akan hasrat BN untuk tidak bertanding di Dun Penanti, maka bermulah satu lagi sandiwara Anwar dan rakan-rakannya. Mungkin kerana terkejut dan tahu akan kesan dari pengumuman dan tindakan BN untuk tidak bertanding akan menyebabkan rakyat buka mata akan keikhlasan BN, maka dicipta satu sandiwara dan opera cina.
Opera cina dimulakan oleh DAP apabila secara terbuka Anwar mula diserang oleh ‘sifu’ atau ‘kepala’ PR. Beliau dikritik dan tindakan beliau memaksa bekas TKM I mengosongkan Dun dan menumpukan pada pelajaran mendapat reaksi ‘panas’ dari DAP. Dengan kata lain ia cuba menunjukkan sebenarnya PKR saja yang inginkan pilihanraya kecil tapi bukan DAP dan disinillah DAP dilihat sebagai sebuah parti yang ‘bagus’.
Akhirnya hari ini Anwar meneruskan opera cina yang di arahkan oleh DAP dengan mohon maaf kepada Ketua Menteri Pulau Pinang dan di atas masalah bekas TKM I tersebut. Manakal Pas pula dengan cerita sandiwaranya mengeluarkan kenyataan yang mereka tidak mahu calond ari PKR sebaliknya mereka mahukan calon Pas untuk bertanding di Dun Penanti.
Selepas ini akan ada lagi sambungan opera cina dan sandiwara yang akan dilakonkan oleh Anwar dan rakan-rakan dalam strategi politiknya. Tujuannya adalah untuk ‘memerangkap’ BN seperti yang telah mereka lakukan dalam krisis yang berlaku di Perak.
Akok@Baulu

Subscribe to:
Posts (Atom)