Showing posts with label KERAJAAN PERPADUAN. Show all posts
Showing posts with label KERAJAAN PERPADUAN. Show all posts

Monday, 22 June 2009

KERAJAAN PERPADUAN:PENGARUH ANWAR DITOLAK

Sejak bermulanya kenyataan Presiden Pas berhubung Kerajaan Perpaduan yang diumumkan dan ditegaskan pula semasa Muktamar Pas baru-baru ini, Anwar dan beberapa pengikutnya serta pemimpin tertinggi Dap seperti Lim Kit Siang dan Karpal Singh tidak dapat duduk senang. Ditambah lagi dengan sokongan Timbalan Presiden Pas serta pengikut-pengikut Pas yang berpengaruh telah memaksa Anwar, Lim dan Karpal merangka strategi untuk menggagalkan hasrat wujudnya Kerajaan Perpaduan.

Bagi menggagalkan hasrat wujudnya Kerajaan Perpaduan, Anwar telah menggunakan Nik Aziz dan orang kanan Nik Aziz, Husam Musa untuk menggagalkan hasrat murni tersebut. Namun, semuanya terkubur apabila Husam kalah pada Nasaruddin dalam perebutan Timblan Presiden dan sekali gus, puak yang ditaja oleh Anwar, Lim dan Karpal ditolak dalam Muktamar pas yang lalu.

Maka, bermulalah episod kecelaruan dalam Pas sehinggakan Nik Aziz sendiri mencabar supaya Nasaruddin meletakkan jawatan kerana mendakwa Kerajaan Perpaduan yang dicanangkan itu hanyalah ‘perangkap’ UMNO dan Nasaruddin diselar dan didakwa ‘barua’ UMNO. Disebalik kenyataan Nik Aziz ini, sebenarnya Nik Aziz kecewa apabila anak didiknya Husam kalah dengan Nasaruddin dan juga tidak dapat menunaikan niat Anwar, Lim dan Karpal untuk menggagalkan Kerajaan Perpaduan. Selain itu juga, Nik Aziz kecewa kerana gagal untuk menyakinkan Anwar, Lim dan Karpal yang telah menawarkan Husam jawatan sebagai Menteri Kewangan jika PKR memerintah.

Walaupun Nik Aziz lantang mengeluarkan kenyataan, tapi sejak akhir-akhir ini beliau mula ‘cool’ kerana beliau telah ditempelak oleh hampir 80% pemimpin dan penyokong Pas peringkat akar umbi di Kelantan berhubung Kerajaan Perpaduan.

Dari sumber dalam Pas sendiri menyatakan setelah beberapa kenyataan ‘keras’ Nik Aziz ditujukan pada Timbalan Presiden Parti, terdapat desakan supaya diadakan perbincangan dan taklimat berhubung insiden Kerajaan Perpaduan ini. Maka, Nik Aziz telah memanggil semua Exco Pas untuk taklimat mengenai kerajaan perpaduan. Namun, niat dan tujuan taklimat ini dapat dihidu oleh pemimpin akar umbi pas Kelantan yang dakwanya ia adalah inisiatif dari Husam yang dikatakan mendapat ‘arahan’ dari Anwar, Lim dan Karpal.

Dalam taklimat tersebut, Husam selaku pembuka bicara hanya bercakap sedikit sahaja dan selebihnya disambung dengan panjang lebar oleh Nik Aziz. Dalam taklimat tersebut ternyata ia bukan majlis taklimat tetapi lebih kepada majlis menghentam UMNO dan Najib. Ironiknya, mungkin untuk mengelak Nik Aziz dari jauh tersimpang dengan perwatakannya, dikatakan beberapa Exco menzahirkan apa yang Nik Aziz ucapkan itu adalah suara Anwar dan bukannya dari Nik Aziz sendiri.

Menurut sumber itu lagi, selesai ucapan, maka dibuka sesi dialog untuk bertukar pendapat. Bangunlah seorang Exco Pas dari Timur Kelantan, lantas dengan lembut mempertikai ucapan Nik Aziz dengan cukup beradab. Beliau meminta Nik Aziz menamakan mana-mana ahli PAS yang cuba membawa PAS 'masuk' UMNO seperti yang didakwa. Namun, lebih 20 minit Nik Aziz bersilat nak menjawab dan Husam juga dikatakan cuba membantu namun gagal menamakan orang ahli-ahli Pas yang dikatakan cuba membawa Pas masuk UMNO.

Maka dikatakan Exco tersebut secara sinis tapi ‘pedas’ telah menasihati dirinya dan semua yang hadir agar jangan dipengaruhi unsur luar iaitu dendam dan emosi dalam membuat keputusan. Selepas itu seorang Exco Pas lain pula bangun berhujah. Beliau pernah mewakili PKR di Kelantan, juga bekas pimpinan ABIM Kelantan. Beliau adalah bekas pensyarah di Akademi Pengajian Islam di Nilampuri Kelantan.

Beliau berhujah mengenai konsep da'wah yang tidak terbatas serta menerangkan dialog dengan UMNO adalah satu proses da'wah dalam Islam. Tidak mahu duduk berbincang maka proses penyebaran da'wah akan tertutup dan beliau menambah idea dan kenyataan Presiden Pas perlu disokong dan didokong oleh semua peringkat pimpinan Pas serta jangan terlalu dipengaruhi oleh 'politik persepsi' yang bertentangan dengan Islam.

Nik Aziz dikatakan ‘terduduk’ dan ‘terpaku’ dengan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh para Exconya yang membawa apa yang diamanahkan oleh para ahli Pas diperingkat akar umbi. Jadi, hasrat Anwar, Lim dan Karpal untuk menghalang hasrat penubuhan Kerajaan Persekutuan setakat ini masih tidak berjaya dan ini terbukti dari hasil taklimat tersebut apabila 80% Exco Pas Kelantan menyokong idea dan kenyataan Presiden Pas dalam usaha mewujudkan Kerajaan Perpaduan dan idea ini perlu digerakkan segera demi kepentingan ummah.

Jadi inilah satu lagi 'tamparan' buat Anwar, Lim dan Karpal yang cuba mempengaruhi Nik Aziz dan Husam dalam usaha mereka untuk menggagalkan idea Presiden Pas. Anwar juga sekali lagi gagal untuk 'membonekakan' PAS setelah satu demi satu orang ‘kuat’ beliau dalam Pas kehilangan jawatan penting dalam Parti. Sebenarnya Pas Kelantan sedar niat Anwar yang hanya menggunakan Pas untuk melebarkan pengaruhnya dengan menyokong Nik Aziz dan menaja Husam.

Namun, Anwar juga semakin pening menanti 1 Julai nanti bagi kes liwatnya, beliau semakin ‘pening’ dan dikatakan masih menyusun strategi agar dapat ‘memboneka’ pemimpin Pas terutama di Kelantan. Namun, hakikatnya Pas semakin berdiri sebagai satu entiti sendiri, tidak lagi mahu bergantung kepada ‘dongeng’ Anwar.



Akok@Baulu

Saturday, 20 June 2009

MCA BOLEH RUNDING KERAJAAN PERPADUAN DENGAN DAP

Oleh Munsyhi Abdullah.

Permintaan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyuddin Yassin supaya Pas melupakan persengketaan lama untuk berunding dengan UMNO bagi mengembalikan perpaduan Melayu dan Islam tidak seharusnya dianggap sebagai bersifat perkauman dan kefanatikan agama.


MCA harus menunjukan sikap rasional sebagai rakan UMNO lama yang memahami konsep UMNO dalam mencari perpaduan yang lebih besar yang pastinya tidak akan membelakangkan tatasusila Barisan Nasional yang diwarisi sejak Perikatan.

Pemuda MCA telah menunjukan kecetekannya dengan menunjukan ketakutan kepada rundingan untuk Kerajaan Perpaduan yang dianjurkan oleh Pas kerana pandangannya adalah berasaskan sentimen perkauman Cina yang sempit dan melupakan hakikat bahawa UMNO adalah tunjang perpaduan BN yang tidak pernah melupakan akar umbinya.

Kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO yang menampakan penentangan terhadap kerajaan perpaduan adalah bertujuan untuk menarik perhatian dan sokongan orang Cina. Ini menjelaskan bahawa MCA sudah tidak lagi diwarisi oleh kepimpinan yang menghayati dan memahami inspirasi pemimpin pemimpin terdahulu yang percaya bahawa perpaduan Melayu adalah penting sebagai tunggak kestabilan negara.

MCA sekarang telah terbawa dalam arus sentimen parti pembangkang terutama DAP yang memomokkan keris sebagai senjata merbahaya sekalipun sebenarnya keris inilah yang dijulang oleh bapa Merdeka Tunku Abdul Rahman Putra yang diketahui sebagai seorang yang liberal dan adil kepada semua kaum.

Setelah malapetaka 2008 , MCA nampaknya sudah hilang keyakinan diri dan tidak lagi jelas hala tujunya untuk memulihkan imej dan pengaruhnya di kalangan masyarakat Cina sebaliknya ia mahu menumpang sentimen DAP dan semangat puak Cina yang cauvinis (bukan semua ).


Jika MCA terus berpegang kepada kepercayaan bahawa langkah politik ini akan memulihkan kekuatannya maka kesan yang melandanya semakin hari akan semakin terhakis identitinya sebagai parti yang berpengalaman dan mempunyai prinsipnya sendiri dalam merasionalisasikan sikap orang Cina. Yang akan terserlah ialah MCA menjadi parti “Pak Turut” yang hilang kejatian diri.

Jika MCA mahu memilih jalan DAP maka ia mestilah menerima hakikat bahawa orang Melayu tidak mungkin akan menerima Malaysian Malaysia yang tidak berRaja dan tanpa kedaulatan Islam dan orang Melayu .Dalam hal ini tidak dapat dihapuskan kelebihan kelebihan terutamanya dari segi agama yang mesti diterima. Agama Hindu tidak boleh sama sekali setaraf dengan agama Islam.Orang Cina tidak boleh jadi Raja .Hanya orang Cina yang tidak realis yang akan cuba berfikir diluar dari kotak ini. Dan diluar dari apa yang termaktub dalam perlembagaan negara.



Jika hakikat ini juga tidak mahu diterima oleh MCA seperti sikap DAP maka orang Cina akan membayar harga politik yang sangat mahal.

Maka itu MCA mestilah menunjukkan kesanggupannya untuk menerima hakikat prinsip prinsip negara yang tidak akan berubah dan memberitahu masyarakat Cina jalan sebenar yang memungkinkan mereka dapat terus hidup aman damai di negara ini. Sanggup menyatakan kebenaran memerlukan pengorbanan dan keberanian dari MCA untuk kepentingan masa depan masyarakarat Cina di negara ini. Membohongi mereka juga akan memberikan akibat yang buruk kerana MCA tidak mungkin memberikan sesuatu yang tidak boleh diberikan.

Kesilapan yang telah berlaku ialah MCA membiarkan akhbar akhbar Cina dan khususnya akhbar The Star membesarkan harapan kepada orang Cina berasaskan kepada hasrat DAP yang meletakan MCA kepada pandangan rendah kerana MCA tidak mungkin melaksanakan harapan harapan itu yang diluar perlembagaan.


Semangat Lee Kuan Yew tidak boleh dibawa ke Malaysia kerana ternyata telah menanam bibit prasangka yang membawa malapetaka kepada masyarakat Cina ini hingga menyebabkan kemajuan politik orang Cina yang sihat tertolak orang Melayu tertolak beberapa tahun kebelakang bila berlaku peristiwa 13 Mei.

Orang Melayu tidak pernah memandang tinggi kepada PM Singapura Lee Kuan Yew malah setiap langkah lawatannya ke Malaysia di pandang serong dan jijik oleh orang Melayu. Orang Melayu lebih ikhlas dengan pemimpin pemimpin Republik Rakyat Cina. Mereka tidak suka Singapura seperti mereka juga tidak suka Taiwan.

Jika MCA juga hendak meminjam semangat Lee Kuan Yew seperti DAP maka ia tidak akan dapat membantu mengembalikan kekuatan dan perpaduan UMNO yang diperlukan untuk membantu memulihkan MCA,MIC dan Barisan Nsional sendiri.

Perpaduan di kalangan orang Melayu menerusi Barisan Nasional tidak akan menjadi ancaman kepada kaum kaum lain kerana UMNO selalu mengimbangi kehendaknya dengan kehendak rakan rakan komponennya dalam BN. Ini adalah sejarah yang tidak dapat dinapikan sejak berpuluh tahun yang lalu.

MCA tidak seharusnya menjadi duri dalam daging dalam Barisan Nasional yang akan menyebabkan orang Cina memandang serong kepada UMNO sebaliknya MCA mestilah melihat dalam peringkat sekarang ini pemulihan perpaduan Melayu diperlukan bagi mengembalikan kestabilan politik ekonomi dan social untuk matlamat 1Malaysia bukan Malaysian Malaysia..

MCA harus menyedari bahawa orang Melayu dan khususnya UMNO tidak akan memberikan reaksi negatif jika MCA menyeru kearah peraduan orang Cina menerusi MCA malah jika MCA menyuarakan untuk berunding dengan DAP untuk perpaduan masyarakat Cina diatas konsep perpaduan nasional atau 1 Malaysia tidak akan ditolak oleh masyarakat Melayu.


Adalah mustahil bagi UMNO untuk berunding dengan Pas bagi penubuhan Kerajaan Perpaduan di luar konsep BN.Pas yang telah berkawan dengan DAP dan PKR lebih memahami keperluan hidup bersama antara kaum sekarang ini.

Pakatan Rakyat yang terdiri dari DAP, PAS dan Parti Keadiaan Rakyat sekarang ini adalah berada diperingkat awal penubuhan Perikatan. Perikatan juga bermula dengan ancaman sentimen perkauman setiap kaum yang sekiranya tidak ada kebijaksanaan antara Tunku, Tan Siew Sin dan Sambathan mengawalnya dari awal pastilah tidak ada BN yang telah menjayakan Malaysia.

Perikatan dan seterusnya BN dapat mengekalkan “Perpaduan Dalam Kelainan”demi untuk kesejahteraan rakyat.

UMNO tentunya tidak akan melupakan MCA dan MIC dalam berunding dengan PAS tetapi akhir akhir ini MCA telah menunjukan sikap terburu buru untuk menunjukan sentimen perkaumannya lebih dari DAP sendiri. Dalam soal kerajaan perpaduan ini nampaknya MIC lebih rasional dari MCA.

Perundingan antara PAS dengan UMNO seharusnya dilihat diluar pandangan perkauman tetapi kearah menwujudkan suatu kerajaan perpaduan dalam konsep nasional yuang lebih luas kearah sebuah kerajaan yang bersih, cekap dan amanah. Jika DAP dan Pas dapat membantu BN dalam soal ini maka kenaapakah UMNO atau BN harus menolaknya.

Seharusnya Pemuda MCA dapat menunjukan sikap yang rasional dan kewarasan yang dapat menarik penghomrtan masyarakt Cina dan bukannya bermain diatas sentimen perkuman dan dorongan fahaman kebangsaan yang sempit untuk memenangi hati orang Cina.

UMNO sendiri tentunya tidak akan marah jika MCA juga bercakap dengan DAP kearah melahirkan sebuah Kerajaan Perpaduan sebelum suatu langkah besar diambil untuk suatu persidangan meja bulan bagi penubuhan kerajaan perpaduan yang tidak lari dari dasar dan konsep asal negara.

Monday, 8 June 2009

KERAJAAN PERPADUAN : Antara Realiti dan Impian

Hasrat Kerajaan pimpinan Najib untuk mewujudkan Kerajaan Perpaduan, iaitu gabungan antara BN dan PR nampaknya tidak menampakkan bayangan akan wujudnya persefahaman untuk kearah tersebut. Gagasan untuk mewujudkan Kerajaan Perpaduan nampaknya menerima pelbagai pandangan dan tidak ketinggalan kritikan sinis oleh PR. Terdapat beberapa dakwaan dengan nada sindiran dilontarkan oleh pemimpin PR berhubung hasrat murni untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan bagi menyelesaikan masalah negara.

Bagi BN hasrat murni yang diilhamkan itu boleh direalisasikan bila-bila masa saja tapi bagi Pas, ia perlu diperinci. Tapi lebih menyedihkan apabila ada segilintir pihak dalam Pas secara terangan menentang hasrat menubuhkan Kerajaan Perpaduan. Dalam satu kenyataan yang di buat oleh Husam Musa, beliau mendakwa pembentukan Kerajaan Perpaduan yang dipertahankan oleh Presiden Pas tidak menguntungkan Pas. Kerana beliau mendakwa tidak mahu Pas menjadi ‘kuda tunggangan’ UMNO. (Utusan Malaysia 6 Jun 2009)

Katanya lagi, beliau khuatir jika pembahagian kerusi di antara Pas dan UMNO kemungkinan akan wujud ketidakadilan. Belum pun kedua-dua parti duduk berbincang, sudah ada kata-kata atau cubaan yang memperkecilkan hasrat murni tersebut. Jika beliau mendakwa Kerajaan Perpaduan tidak menguntungkan Pas kerana Pas akan menjadi ‘kuda tunggangan’, cubalah beliau fikirkan adakah Pas di Perak dan Selangor tidak ‘ditunggang’? tapi lebih elok dikatakan telah ‘dikeldaikan’ oleh DAP.

Apa yang Pas perolehi hasil dari penat lelah dan pengorbanan pemimpin Pas dan ahli-ahlinya di atas kejayaan PR di Perak dan Selangor? Walaupun beberapa pemimpin Pas ditempatkan dalam Exco, sejauhmana suara mereka didengar dalam memperjuang dan memberi keuntungan pada penyokong Pas. Negeri Selangor semasa di bawah BN di gelar oleh pemimpin Pas sebagai ‘Darul Babi’ dan ‘negeri pengeluar arak’ namun sehingga kini suara perjuangan Pas untuk merealisasikan hasratnya untuk mengeluarkan Selangor dari seperti yang dinyatakan tidak ‘dilayan’. Jadi ia seumpama senjata makan tuan.

Begitu juga di Perak, walaupun diberikan jawatan sebagai Menteri Besar tapi ia tidak memberi keuntungan buat penyokong PAS. Sebaliknya penyokong DAP mendapat durian runtuh apabila mendapat pemilikan tanah sehingga 999 tahun hasil dari kebijaksanaan mantan MB Perak dari PAS. Mungkin Husam bangga dengan apa yang telah di buat oleh Pas Perak, sebab itulah dia rasa lebih senang untuk bekerjasama dengan Dap dan PKR. Husam sebenarnya mempunyai agenda tertentu, kerana belum apa-apa beliau sudah memikirkan tentang pembahagian kerusi jika Kerajaan Perpaduan dibentuk kelak.

Kenapa beliau kemaruk dengan pembahagian kerusi? Keputusan pemilihan pucuk pimpinan tertinggi Pas juga jelas menunjukkan ahli Pas menolak beliau untuk diangkat menjadi Timbalan Presiden. Mungkin ahli-ahli Pas sedar kerana perjuangan Husam dilihat kearah yang bertentangan dengan golongan veteran yang inginkan pakatan perpaduan.

Pendirian Husam turut mendapat syak wasangka dan lebih menyedihkan apabila seorang perwakilan dari Kelantan mengeluarkan kenyataan yang tidak mencerminkan ciri-ciri kepimpinan ulamak dalam Pas. Petikan dalam Harakahonline, 6 Jun 2009 menyebut “Perwakilan Kelantan, Dato' Wan Abdul Rahim Abdullah mengingatkan pimpinan PAS agar tidak menjalinkan hubungan dengan Umno kerana dengan berbuat demikian ia boleh membuatkan orang Melayu terus sesat kerana bagi Umno, politik suku dan agama suku dan ia bukan satu ajaran Nabi Muhammad s.a.w.”

Inilah akibatnya jika seseorang bercakap dahulu sebelum berfikir atau berfikir menggunakan ‘kepala lutut’. Kenapa seseorang yang kononnya memperjuangkan agama Islam sanggup menyatakan sedemikian. Inikah ajaran yang sentiasa diajar oleh pemimpin-pemimpin Pas? Jika inilah ajarannnya, Paslah yang sebenarnya telah menyesatkan orang Melayu. Kerana bagi perjuangan Pas sekarang, berpelukan dan bercium pipi dengan pemimpin Dap sudah dihalalkan berbanding sebelum ini. Bagi Pas juga, Dap tidak akan menyesatkan penyokong Pas kerana ahli-ahli Dap sudah pandai membaca ayat-ayat suci Al-quran dan sudah sanggup pakai baju Pas dalam apa jua program.

Apa yang dibuat oleh Dap pada hari ini sudah cukup menyakinkan Pas akan ‘kesucian’ hati Dap untuk mendalami Islam dan sebab itulah Ketua Menteri P. Pinang akan memeluk Islam tapi bila bapanya meninggal dunia. Jadi hari ini, semua pemimpin dan penyokong Pas menanti dengan penuh harapan dan dengan perasaan bangga di atas hasrat murni Ketua Menteri P.Pinang tersebut.

Oleh kerana perjuangan Dap dan PKR yang arahnya adalah arah kebenaran, maka bertekadlah pemimpin dan penyokong Pas mempertahankan dan memperjuangkan pemberian tanah 999 tahun buat ahli Dap, mengekalkan Selangor menjadi negeri ‘Darul babi’ dan ‘negeri pengeluar arak’, isu Elizabeth dan sebagainya. Inilah yang mungkin dimaksudkan oleh Husam dan Dato’ Wan, keuntungan bekerjasama dengan Dap dan PKR serta perjuangan Pas yang disuluh oleh Dap mengeluarkan orang Melayu dari kesesatan.

Jika benar Kerajaan Perpaduan yang diilhamkan oleh Najib dan adanya keyakinan dari Presiden Pas untuk merealisasikan hasrat ini, ia akan menguntungkan semua pihak khasnya negara. Cuma jika seseorang itu mempunyai agenda atau niat tertentu sudah tentu sukar bagi mereka untuk menerima cadangan ini. Kerana mereka-mereka ini takut akan kehilangan kuasa dan pengaruhnya dalam parti.


Akok@Baulu