Showing posts with label Khalid Ibrahim. Show all posts
Showing posts with label Khalid Ibrahim. Show all posts

Thursday, 16 July 2009

Rumah Urut dan Refleksologi Bercambah Bagai Cendawan Salepas Hujan


Sejak kerajaan pakatan rakyat Selangor yang didalangi oleh DAP memerintah, bilangan rumah urut, refleksologi bertambah daripada 700 buah kepada lebih 4,700 buah. Ini adalah antara perkaitan dan persekongkolan diantara beberapa exco pakatan dan direstui oleh MB Khalid Ibrahim.

Saturday, 18 April 2009

SANGGUP DI TELANJANGKAN DEMI KUASA BHG. 2

Sambungan semalam

Suara tidak puas hati rakyat kedengaran di merata dan pelusuk negeri Selangor. Ada mempersoalkan adakah PR gentar dan takut kehilangan kerusi Bukit Lanjang jika diadakan pilihanraya kecil? Kenapa pemimpin tidak bermoral masih diterima oleh pucuk pimpinan PR? Adakah MB Selangor sebelum membuat keputusan telah bertanya sekurang-kurangnya kepada pengundi Bukit Lanjang akan penerimaan Elly kembali ataupun kepada seluruh pengundi Selangor?

Pertanyaan dan persoalan yang ditimbulkan oleh rakyat dari segenap dan pelusuk negeri memang tidak mampu dan tidak akan terjawab oleh Kerajaan negeri Selangor. Kerana pengundi Bukit Lanjang dan seluruh Selangor secara terangan menolak pemimpin yang mempunyai moral sedemikian.

Sambil mengira wang kecil dikaunter WCT, saya mencuri dengar perbualan sekumpulan lelaki bilang bangsa, kaum dan umur yang berbeza sedang asyik berbicara politik semasa. Mungkin inilah peluang bagi mereka duduk bersama dihujung minggu membicarakan hal-hal semasa. Apa yang jelas mereka mempertikaikan apa yang dibuat oleh MB Selangor apabila mengekalkan Elly dalam pentadbirannya. Dari apa yang didengar, terdapat suara sinis dituju buat MB Selangor berhubung kenyataan akhbar yang dikeluarkan semasa istiharkan Elly kekal dalam senarai barisan exconya.

"Perlu ditekankan disini Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor memandang serius isu moral dan akan senantiasa memastikan pimpinan Negeri menjunjung prinsip ini. Oleh itu, jika ada sebarang bukti yang kukuh, Kerajaan Negeri tidak akan teragak-agak mengambil tindakan yang sewajarnya."

Lantas ada suara dengan sinisnya berkata “Halo,bukti kukuh apa lagi yang si khalid ini mau, Elly dah mengaku,dia ada hubung sex dengan suami orang.Bukti apa lagi nak tunggu? Ada hubungan sulit dengan suami orang itu bermoral tinggi ke?”

Kawannya pula menyampuk “Saya nak tanya Pas, dalam Islam open sex tanpa kahwin, tanpa nikah with anyone.. boleh ke? Ke Islam Pas semua boleh jadi, serius ke Pas memperjuangkan Islam?”. Kawan mereka yang berketurunan cina pula menyambung, “now Elly have announce that she will resign come what may, so please do not do a flip flop and announce after a very happy 2 months break courtesy of the rakyat's money that due to overwhelming support from PKR,DAP and Pas for your private indiscretion with another woman's husband, you will stay on as ADUN and Exco. Congratulations to PAS which has proven that they can transcend religious values all in the name of political convenience, yes parti Pas untuk semua, can now short form to ‘Pus’”.

Kerancakan sembang itu disampuk pula oleh rakan mereka “Wahhh... of all the matters in the world of Malaysia Boleh, Pas, PKR & Dap can all agree on this matter; Elly did nothing wrong and that her privacy was violated... Nicelah like that. I remember the Selangor ex-MB Abu Hassan Omar were forced to resign over similar sex scandal issue. But for PKR, it is acceptable. Only less than 2-years in power these people already showing their color. What if they got to govern whole of Malaysia, what will happen then? After 10 years? 20 years? Err... Lets not talk about 50 years. This is Anwar Ibrahim in operation. Dap knows Anwar's weaknesses & Dap will in future use these weaknesses against PKR”.

Nada perbualan mereka semakin hangat bila ada dikalangan mereka mula mengeluarkan kata-kata yang sinis “kalau ada sesiapa yg nak buat sex sebelum nikah ker atau having sex with other including yang dah bersuami atau isteri, datanglah ke Selangor. JAIS tak akan kacau punya, sebab itu semua private, kata MB Selangor. Privated live [having sex with other] semuanya boleh di Selangor. Kau orang balik nanti ajak kawan-kawan mai kat Selangor ni. Semuanya HALAL di Selangor. JAIS dan Pas di Selangor pun kata boleh. Selangor BOLEH. Depan belakang pun BOLEH. GILA punya MB, ambil orang yg Moral nya rosak. Wanita Pas jom semua kita pergi CIUM pipi Elly kerana beliaulah wanita contoh dan pelupor yang membenarkan ini semua di Selangor”.
Dalam sedang asyik bersembang juga, mereka asyik menerima panggilan dan ada juga yang membuat panggilan mungkin kawan-kawan mereka, anggapan saya. Dari apa yang mereka bualkan, terkejut juga ada yang mengatakan bahawa kerajaan di bawah pimpinan Khalid sejak kembalinya Elly semakin tidak popular dan mendapat cemuhan dan kecaman dari rakyat. Mereka juga hairan para pemimpin Pas yang sebelum ini ‘berpeluk cium’ memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada Elly diam membisu dan dikatakan cuba mengelak dari pihak media. Adakah dengan tindakan berdiam ini tanda bersetuju? Keluarlah dan bagilah statement untuk menerangkan pendirian Pas dan bukannya menyorok seperti tikus munduk.

Apa jua tindakan yang dibuat oleh pemimpin sudah pasti mereka tahu akan bentuk apa jua tindakan yang mereka lakukan. Namun sebagai yang berama Islam sudah pasti mereka yang bergelar sebagai pemimpin tahu menilai mana akhlak dan moral yang baik dan akhlak dan moral yang tidak baik. Janganlah hanya kerana kuasa dan untuk berkuasa dalam politik agama di persenda dan rakyat dijadikan benteng untuk dilaga-lagakan hanya kerana kuasa.

Janganlah pula mengheret rakyat supaya bertindak diluat batas manusia dan apa yang berlaku di Perak adalah cubaan pihak tertentu untuk mewujudkan suasana tidak tenteram. Jika kemelut ini berterusan segala bentuk usaha Kerajaan dalam usaha melepasi kemelut krisis ekonomi melanda akan menemui kebuntuan.



Akok@Baulu

Friday, 17 April 2009

ZULKIFLI NOORDIN KETINGGALAN ZAMAN.

oleh Munsyi Abdullah

Anggota Parlimen PKR(kulim- Bandar Baru) nampaknya kesaorangan dalam Pakatan Rayat dalam berpegang kepada nilai nilai moral Melayu dan Islam sedangkan rakan separti dari kalangan Islam termasuk wanita dan juga pemimpin Pas telah dapat menyesuaikan fahaman mereka dengan nilai nilai baru yang diperlukan untuk survival politik.

Apabila Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid meminta Elizabeth Wong seorang Exconya yang terdedah berbogel dan terlibat dengan scandal supaya kembali meneruskan khidmatnya ternyatalah kepada umum beliau lebih mengutamakan nilai politik dari nilai moral sekalipun beliau menegaskan keutamaannya kepada nilai moral.
Kenyataan Khalid bahawa penyiasatan polis yang belum selesai dan masih meragukan bagi menjustifikasikan keengganannya membenarkan Elizabeth melepaskan jawatannya sukar untuk diterima oleh orang ramai kerana Elizabeth sendiri telah mengakui perbuatannya.

Sebenarnya yang meyakinkan Khalid untuk tidak menyingkirkan Elizabeth ialah masyarakat Cina tidak menganggap perbuatan itu sebagai sesuatu yang tidak bermoral malah mereka telah menunjukkan sokongan dan simpati kepada Elizabeeh kerana hak perbadinya telah diceroboh.

Bukan sahaja masyarakat Cina mempertahankannya malah wanita Islam PKR yang berkelumbong juga turut menjadi juara mempertahankan hak individu sesuai dengan nilai antarabangsa dan hak hak asasi manusia. Mungkin ada diantara wanita PKR ini yang nilai moral mereka yang sebenarnya juga berselindong di sebalik kain kelumbong.

Lebih menarik lagi ialah wakil Pas Haji Hassan Ali juga turut hadhir dalam sidang Menteri Besar Selangor bagi menyokong keputusan memohon Elizabeth untuk kembali semula berkhidmat kepada rakyat.

Maka itu adalah nampak benar canggung bila Zulikifli Noordin yang pernah menimbulkan kontroversi dalam soal mempertahankan maruah Islam untuk sekadarkan mencari publisiti murah sekarang merasakan tidak wajar pula bagi Menteri Besar Selangor tidak membenarkan wakil Dewan Undangan Negeri dari Lanjan itu berhenti.

Dia menegaskan pendiriannya itu bukan sahaja kerana menghormati keputusan yang dibuat oleh Elizabeth tetapi juga kerana akan mendatangkan tekanan kepada komponen PR (PKR Pas dan DAP).

Zulkifli seharusnya menyedari nilai moral yang berbeza antara orang Islam dan bukan Islam dan bahawa masa depan Pakatan Rakyat tidak lagi bergantung kepada nilai moral atau sokongan orang Islam tetapi dari bukan Melayu dan bukan Islam.

Pemimpin PKR tidak lagi mampu untuk tidak bertolak ansur dengan bukan Melayu sekalipun terpaksa mengorbankan kepentingan maruah Islam dan Melayu. Tekanan dari parti parti komponen Pakatan Rakyat tidak akan berlaku kerana Pas juga telah berkongsi nilai yang sama dengan bukan Islam

Apa yang semakin jelas ialah Zulkifli Noordin semakin jauh ketinggalan dari arus aliran parti politik yang dianutinya.

.

SANGGUP DITELANJANGKAN DEMI KUASA

Bahagian 1


Kembalinya Elly dalam barisan Exco dan pentadbiran Kerajaan negeri Selangor membawa sejuta satu kebencian buat rakyat Selangor. Samada kepimpinan PR di bawah MB nya adalah satu pentadbiran bersih atau satu bentuk pentadbiran baru dalam alaf moden ini. sebabnya ramai berkata, apa yang berlaku dalam pentadbiran Selangor di bawah MB nya macam ada yang tidak kena.

Ramai yang tidak puas hati kerana bulan madu Elly yang di halalkan oleh MB nya selama 2 bulan ternyata membazir dan buang wang rakyat. Elly juga yang bercuti selama 2 bulan di beri makan ‘gaji buta’ dan dihantar bercuti di luar Negara untuk membazirkan wang rakyat. Kenapakah hasrat Elly yang telah mengemukakan surat perletakkan jawatannya ditolak oleh MB Selangor? Sebaliknya MB Selangor arahkan supaya Elly bercuti rehat dan menghabiskan wang rakyat di luar Negara dan sehingag selama 2 bulan pengundi di kawasannya di abaikan kebajikannya.

Jika ini berlaku pada ahli BN, cuba kita bayangkan apakah agaknya gesaan dan tindakan PR. Sudah pasti mereka akan berarak dan para ‘ayam sabung’ dan ‘pak tolol’ yang menjadi ‘tukang karut’ atau dalang PR akan mengadakan demontrasi kononnya membantah tindakan tidak bermoral lagi rendah maruahnya dengan membenarkan pemimpin yang sepatutnya menjadi contoh kepada rakyat sebaliknya menunjukkan contoh paling laknat dalam kehidupan seseorang manusia terutamanya bagi yang beragama Islam.

Peliknya juga sehingga hari ini, lelaki yang didakwa kekasih Elly tidak muncul dan tidak membantu polis dalam menyelesaikan kes tersebut. Sebaliknya ada dakwaan menyatakan bahawa lelaki tersebut telah disorok oleh pimpinan tertinggi PR supaya tidak terbongkar banyak lagi rahsia kepincangan dan salah laku serta salah guna kuasa dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor. Kerana Elly ada menceritakan pada kekasihnya apa sebenar berlaku dalam Kerajaan Selangor.

Bersambung........

Saturday, 30 August 2008

Agenda sebenar Khalid Ibrahim

DALAM masa kira-kira lima bulan saja, Menteri Besar Selangor daripada kerajaan Pakatan Rakyat, Tan Sri Khalid Ibrahim, berulangkali mendapat tempat di hampir semua akhbar arus perdana dan juga televisyen.
Dengan tercetusnya isu pembukaan ladang babi menelan belanja RM100 juta dekat Sepang beliau dilemparkan pelbagai tuduhan dan dikutuk. Apatah lagi sebelum ini pun Khalid dikecam kerana mempertikaikan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang menurutnya perlu dikaji semula dan dimansuhkan.
Belum pun isu DEB reda, soal ladang babi pula timbul. Maka Khalid secara tidak langsung dan sedar tidak sedar menonjol di persada politik dengan namanya bermain di bibir kebanyakan orang baik di kedai kopi, kafe, restoran mamak dan di pejabat-pejabat kerajaan dan swasta.
Khalid tidak semena-mena diangkat menjadi juara oleh bukan Melayu khususnya Cina dan India setelah sekian lama dinobatkan sebagai antara ahli korporat Melayu yang bijak dan mampu bersaing.
Beliau sekali lagi mengusik dan mencetuskan kemarahan orang Melayu apabila sekonyong-konyong mengulas ada baiknya jika 10 peratus tempat di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dibuka kepada bukan Melayu.
Apa lagi bersorak-sorailah DAP dan bukan Melayu melihatkan gelagat anak Melayu ini yang cuba menampilkan diri sebagai juara Cina dan India apatah lagi Parti Keadilan Rakyat turut mengecam ISA dan penahanan pemimpin-pemimpin Hindraf.
Jelas Khalid bijak bermain api dan memasang joran. Setakat ini belum lagi dia terbakar tangannya dan jorannya sentiasa mengena.
Beliau sedar betapa Melayu mudah lupa. Tunjuk perasaan pelajar UiTM, kata-kata nista dan kecaman orang Melayu terhadap semua diketengahkanya sudah tidak kedengaran lagi. Malah orang tidak lagi marah kepada Khalid.
Apakah sebenarnya agenda Khalid Ibrahim? Sebagai orang yang begitu licik dan bijak selain berpengalaman dalam dunia perniagaan, Khalid sebenarnya sudah membuat perhitungan mengenai kedudukannya pasca Anwar Ibrahim lawan Saiful Bukhari Azlan di mahkamah kelak.
Tindak-tanduk Khalid dalam menghadapi episod Anwar lawan Saiful ini, mudah saja. Selagi masa membenarkannya, inilah peluang baginya untuk menjadi pemimpin paling menonjol yang mampu menggantikan Anwar jika perlu kelak.
Malah sebuah rencana dalam akhbar Buletin Rakyat keluaran 1 September yang membuat andaian ini mendedahkan segala taktik Khalid selama ini menuju ke matlamat itu.
Malah kalau boleh, Khalid mahu cepat-cepat diangkat menjadi Presiden PKR dan dilantik sebagai Presiden Pakatan Rakyat. Beliau agaknya sudah pun membuat perhitungan jangka panjang iaitu segala-galanya bersandarkan kemungkinan Anwar dapat membentuk kerajaan baru sebelum kes mahkamahnya selesai.
Jika episod seterusnya tidak menyebelahi Anwar, bagi Khalid sebagai juara Cina-India dan tokoh korporat Melayu pula, beliaulah paling layak menjadi Perdana Menteri baru kerajaan Pakatan Rakyat dengan Azmin Ali menggigit jari. Mungkin beliau sedang menyusun langkah selanjutnya bagi mententeramkan hati orang Melayu. Siapa tahu!

Monday, 11 August 2008

UiTM: BANGSA TIDAK MENGENANG JASA

Sekian hari kehidupan kita semakin rimas dan amat menyulitkan. Arus pembangunan dan era teknologi yang semakin kompleks menyebabkan manusia hari ini berfikiran terlampau jauh kehadapan tanpa memikirkan kesan dan akibatnya kepada bangsa dan keturunan sendiri.

Paling menyakitkan hati apabila adanya bangsa sendiri sanggup menghina dan cuba menghapuskan keturunan yang walaupun dari segi warna kulit dan rambutnya adalah berbeza tetapi yang tidak dapat membezakan ialah nenak moyang dari bangsa dan keturunan yang sama. Fitnah, hasutan dan busuk hati sesama bangsa atau kaum sendiri semakin menular pada bangsa kita sendiri sehingga sanggup mengadai maruah bangsa untuk mencapai cita-cita.

Tidak disangka seorang Menteri Besar, berbangsa Melayu atau Bumiputra (mungkin) yang dipilih oleh rakyat sanggup mencadangkan supaya UiTM di buka ruangnya atau kouta kepada pelajar bukan Bumiputra. Adakah apa yang dicadangkan oleh MB Selangor ini hanya sekadar gimik politik atau mencari publisiti murahan? Atau hanya sekadar untuk meraih sokongan masyarakat bukan Melayu semata-mata menjelangnya pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 26 Ogos nanti?


Tindakan MB Selangor mengemukakan cadangan supaya kaum bukan Bumiputra di beri ruang atau kouta untuk belajar di UiTM hanyalah mengundang perasaan marah dan cuba memainkan isu perkauman. Siapakah sebenarnya tunjang dan moderator atau bayangan disebalik pentadbiran MB Selangor? Tidak kah tindakan atau isu cadangan memberi ruangan atau kouta kepada pelajar bukan Bumiputra di UiTM ini sedikit sebanyak mampu mengeruhkan lagi hubungan dan persaudaraan sesama orang Melayu. Kerana kaum Bumiputra yang paling ramai menghuni di UiTM adalah Melayu.

Tidak cukupkah lagi dengan polemik yang sedang dihadapi oleh bangsa kita, terutamanya Melayu yang beragama Islam? Sedarkah MB Selangor agama Islam yang beliau anuti sekarang ini sedang di ancam dan dipersendakan? Atau tindakan Majlis Peguam membincangkan secara terbuka hal berkaitan Islam seperti memeluk Islam hanya perkara remeh yang tidak perlu dirisaukan? Jika inilah pemimpin yang kita ada nescaya dan tidak mustahil hak-hak bangsa bumi kita akan terlepas begitu saja.

Sebaliknya MB Selangor harus meniti dan melihat kembali sejarah macam mana betapa susahnya pejuang-pejuang kita memperjuangkan penubuhan UiTM sehingga gah dalam bidang pendidikan seperti hari ini. Sejak penubuhan UiTM iaitu hampir 52 tahun, sudah terdapat suara-suara sumbang seperti MB Selangor yang mempunyai motif dan agenda yang tersembunyi.

Kenapa hak kaum Bumiputra di pertikaikan? Tidak cukupkah lagi dengan bilangan Universiti-universiti yang ada di Negara kita? Yang universiti awam mahupun swasta. Bahkan, hampir 90% universiti-universiti di Malaysia ini adalah dimiliki oleh kaum bukan Bumiputra dan ini menunjukkan bahawa dominasi kaum lain selain dari Bumiputra mengawal bidang pendidikan. Jadi kenapa ada bangsa sendiri yang sanggup menggadai dan menawarkan UiTM kepada bukan Bumiputra? Ia seperti menjual maruah bangsa sendiri dan menafikan hak kaum Bumiputra dalam pendidikan.

Walaupun kaum Bumiputra adalah majoriti di Negara ini namun, keupayaan dan penguasaan yang dimilikinya dalam sektor pendidikan adalah sangat kecil dan ia lebih bersifat minoriti.

Adakah dengan membenarkan bukan Bumiputra memasuki UiTM baru menggalakkan persaingan? Adakah persaingan itu hanya wujud bila bukan Bumiputra berada disebelah kita? Mungkin sebab persaingan dalam parti Pakatan lah, MB Selangor terpaksa akur dan sanggup menggadai bangsa sendiri. Kalau setakat nak bersaing, Kerajaan Negeri Selangor bersama UiTM duduk semeja dan merangka pelan tindakan bagi memastikan pelajar-pelajar UiTM mampu jauh kehadapan mendahului pelajar dari Universiti lain.

Mungkin juga strategi MB Selangor cuba mencari kelemahan Naib Chancellor UiTM, yang berpegang teguh dan telah membela dan memancu masa depan anak Bumiputra dalam pendidikan. Ketegasan beliau dalam bidang pendidikan tidak dapat ditandingi dan terbukti sebagaimana beliau membela kerana ingin melihat anak Bumiputra terus maju melalui pendidikan dan bukan seperti MB Selangor.

Rakyat Selangor sepatutnya sedar, jika para pelajar sanggup pertaruhkan maruah bangsa sendiri, inikan kita yang mempunyai kudrat dan sesetengahnya pula punyai kuasa. Jika kita sanggup berkorban dan membantah kenaikan harga minyak dengan mengadakan demontrasi secara besar-besaran, sanggup meredah hujan dan panas, sanggup berteriak hingga kering anak tekak tetapi kenapa kita hanya membiarkan anak bangsa kita yang masih belajar berjuang keseorangan.

Jadi lah sebagai bangsa yang sanggup mempertahan dan sanggup mengadaikan nyawa untuk bangsa sendiri tetapi janganlah jadi manusia yang sanggup membunuh dan meragut nyawa bangsa sendiri.