Showing posts with label Pilihanraya Kecil. Show all posts
Showing posts with label Pilihanraya Kecil. Show all posts

Sunday, 6 September 2009

KEMELUT POLITIK NEGARA


Walaupun hampir menjangkau dua tahun setelah pilihanraya umum 2008 situasi politik negara masih bercelaru dan tiada hala tujuan. Setiap masa ada saja isu politik yang timbul hinggakan tumpuan membangunkan negara tidak dapat ditumpukan sepenuhnya oleh Kerajaan. Sedangkan seluruh dunia berusaha untuk bangkit dan keluar dari kemelut krisis ekonomi yang melanda seluruh dunia. Tetapi di negara kita sebaliknya, ahli-ahli politik masih asyik berpolitik dan dengan sengaja menimbulkan pelbagai isu dan perkara yang merumitkan serta melemahkan usaha Kerajaan untuk memulihkan ekonomi negara.

Bagi negara-negara lain, isu politik lebih banyak diperdebatkan dan diperkatakan di Parlimen setelah pilihanraya umum selesai, sebaliknya bagi pemain politik negara medan melemparkan hujah dan menunjukkan kehebatan lebih banyak di lontar di luar Parlimen. Jika dilihat, sikap pemain politik terutamanya dari parti PR lebih suka bermain politik di luar gelangang (Parlimen) kerana bagi mereka ia kelebihan untuk meraih sokongan. Hakikatnya tindakan mereka sebenarnya hanyalah merumitkan keadaan terutamanya Kerajaan untuk membangunkan negara ketika krisis ekonomi sedang melanda seluruh dunia.

Boleh dikatakan setiap masa selain jika ada pilihanraya ada saja perkara yang dijadikan isu hinggakan kadang kala mengangu-gugat keselamatan dan ketenteraman negara. Sebagai contohnya, isu Kerajaan Perak hingga kini pihak PR masih menafikan keputusan Mahkamah dan sehingga kini mereka sengaja menimbulkan suasana huru-hara dengan menghasut rakyat bertindak di luar batas fikiran manusia. Begitu juga dengan tindakan pihak pemimpin PR yang menghasut penyokong mengadakan demontrasi di jalan raya jika mereka tidak puas hati dengan sebarang bentuk tindakan Kerajaan.

Selain itu juga, jika sebarang isu atau masalah timbul atau dibongkar oleh media di negeri-negeri di bawah tadbir kerajaan PR mereka akan sedaya upaya menafikan kelemahan pentadbiran mereka, sebaliknya mempolitikan isu tersebut dengan menuding jari kepada BN. Contohnya isu Kampung Buah Pala, walaupun PR sebelum ini berulang kali berjanji dengan penduduk sebelum pilihanraya umum untuk menyelesaikan masalah tersebut, tetapi ia tidak diselesaikan sebaliknya penduduk telah dihalau keluar. Apabila penduduk membantah dan marah dengan kerajaan PR, mereka mula mempolitikan isu tersebut dengan ‘selambanya’ menyalahkan kerajaan BN yang dikatakan tidak menyelesaikan masalah tersebut sebelum ini.

Bukan itu saja, banyak lagi isu seperti isu arak, isu ‘kepala lembu’, isu rasuah bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang dan sebagainya lagi BN lah yang akan merima ‘bala’ di atas setiap isu yang dibangkitkan. PR akan sentiasa menyatakan mereka adalah kerajaan yang adil, telus dan dengan kata lain ‘maksum’ dalam pentadbirannya. Sebaliknya apa yang menampak kelemahan mereka akan mereka menuding jari kepada BN ataupun jika sesuatu isu berbangkit mereka akan mendakwa ia angkara UMNO/BN dalang untuk menganggu-gugat kerajaan PR .

Bilakah cerita politik kotor dan tidak bertamadun ini akan dihentikan? Bilakah semua pihak akan lebih menumpukan kepada menguruskan pentadbiran untuk memajukan negara dan negeri-negeri di bawah tadbir masing-masing. Kerajaan PR contohnya, sepatutnya lebih menumpukan tumpuan untuk memajukan negeri di bawah tadbir mereka kerana menurut laporan ekonomi semasa negeri-negeri di bawah tadbir kerajaan PR iaitu Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang perolehan pendapatannya semakin menurun. Pelabur mula keluar, kedatangan pelancong semakin kurang dan kadar pengangguran semakin meningkat.

Kerajaan PR tidak berusaha untuk memulihkan dan mengatasi keadaan tersebut kerana mereka asyik berpolitik. Bagi mereka berpolitik dengan melemparkan fitnah dan hasutan lebih penting dari membangunkan ekonomi negeri. Melaga-lagakan rakyat juga merupakan elemen penting cara berpolitik pihak PR. Tidak lengkap jika tiada hasutan, fitnah dan tuduh-menuduh dalam PR dalam cara berpolitik mereka.

Jika diamati sampai bila semua ini akan berhenti? Sedangkan kemelut ekonomi dan kesejahteraan rakyat perlu di utamakan dan bukannya hanya pandai bercakap politik semata-mata. Pendekatan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan hendaklah dijadikan panduan dalam memastikan kesejahteraan rakyat dan pembangunan ekonomi yang berterusan. Gendang PR tidak usah dipedulikan kerana mereka hanya pandai menabur janji dan tidak pernah mereka menepati janji yang mereka taburi.




Akok@Baulu
















Friday, 5 September 2008

Kerana Anwar, Pak Long dan Pak Ngah bermusuhan

KERIUHAN kempen yang membelah kesunyian malam sudah pun meninggalkan Permatang Pauh.

Pilihan raya kecil 26 Ogos lalu sememangnya mencatatkan banyak kesan dan libasan kepada pelbagai pihak terutama penduduk kampung yang sudah biasa dengan kedinginan subuh dan debu tengah hari.

Tetapi luka di hatiku yang terguris akibat kata-kata kesat, tipu muslihat, janji ditabur yang jelas tidak tertunai terus terasa pedihnya. Ditambah pula dengan sumpah seranah dihamburkan Anwar Ibrahim dan ramai lagi penceramah Parti Keadilan Rakyat yang juga terus menyucuk-nyucuk telingaku.

Lebih buruk lagi apabila dewan solat Masjid Bandar Baru Perda digunakan oleh beribu jemaah dan pendukung parti politik untuk berdoa meminta `dimusnahkan' Timbalan Perdana Menteri, Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan pengadu kes liwat Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Doa tersebut dipimpin Dr. Badrul Amin, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bergema kuat melalui pembesar suara ke kawasan perumahan di sekitar masjid itu.

Bagi kira-kira 70 peratus daripada 58,000 pengundi Permatang Pauh terdiri daripada Melayu beragama Islam, jelas tanpa kamu sedari akidahmu selain keikhlasan dan kejujuran kamu semua sudah dinodai oleh golongan oportunis ini.

Hakikatnya kamu telah menerima tanpa prasangka kunjungan begitu ramai penyokong parti, perayu undi, petualang dan barisan pemimpin ‘gila kuasa’ tetapi balasannya adalah akhirnya kamu semua ditinggalkan menghitung masa depan sendiri.

Apa yang pasti Anwar, Wan Azizah dan Nurul Izzah dan pemimpin PKR, Pas dan DAP sudahpun pulang ke Kuala Lumpur tanpa menghiraukan apakah kamu dijengah angin pembangunan atau perubahan.

Tentunya buruk sangka hingga membawa kepada sanak saudara bermasam-masam muka tidak dapat dihindarkan.Bayangkanlah Pak Long dan keluarganya menyokong Umno (Barisan Nasional), Pak Ngah dan Pak Su penyokong Anwar sedangkan Kak Chot dan Kak Chik juga di belakang Umno.

Perbezaan parti yang disokong sesama saudara sesuku sesakat dan di kalangan ipar duai jelas kelihatan di sebelah menyebelah jalan seperti di kampung Melayu di Tanah Liat, Lengkok Tenggiri, Permatang Batu dan banyak lagi desa di jalan raya berliku-liku di Permatang Pauh.

Lihat saja apa berlaku di rumah Pak Ngah dua malam sebelum hari membuang undi. Sedang Anwar ligat menghentam pemimpin Umno yang pernah dipuja dan dipeluknya, tiba-tiba anak bujang Pak Long menerpa masuk dengan membawa bendera PKR. Di depan Pak Ngah dan Kak Chot, anak Pak Long mengibar-ngibarkan bendera itu sambil berpekikkan…:Reformasi’.

Air dicincang memang tidak akan putus. Tetapi politik asabiyah ini telah mencetuskan kebencian dan keretakan di kalangan adik beradik dan sanak saudara.
Pada pagi membuang undi tidak jauh dari pusat mengundi, kumpulan perayu BN dan PKR terutama wanita berbaju kurung, kelihatan mengibarkan bendera dan logo masing-masing .Tetapi tidak jauh dari mereka, dua budak Cina berdiri megah mengibarkan bendera kecil dengan logo DAP!

Puasa sudah pun bermula. Pada 1 Oktober kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Mungkinkah parah di hatimu Pak Long, Pak Ngah, Pak Su dan Kak Chot sudah terubat.

Monday, 25 August 2008

PERMATANG PAUH:ANTARA MARUAH AGAMA DAN PERJUANGAN BANGSA


By Osman@mansor

Bahang pilihan raya kecil P.44, Parlimen Permatang Pauh semakin hangat dengan gelagat dan suasana para penyokong mempamerkan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada calon dan parti yang disokong oleh mereka. Boleh dikatakan kawasan Permatang Pauh yang sebelum ini sepi bertukar menjadi meriah dan sibuk sekali sehinggakan menjadi tumpuan media-media dari dalam dan luar negara melaporkan perkembangan terkini pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh sehingga hari pengundian pada 26 Ogos nanti.

Sedikit sebanyak sepanjang kempen pilihan raya kecil ini menambah rezeki penduduk tempatan terutama para peniaga dan juga pengusaha hotel dan rumah penginapan di Parlimen Permatang Pauh dan tempiasanya juga dapat dinikmati oleh kawasan berjiran dengannya. Motel dan rumah-rumah tumpangan yang menawarkan harga yang tidak kurang menariknya tumbuh bak cendawan selepas hujan.
Dengan kehadiran pelbagai golongan masyarakat dari pemimpin tertinggi hinggalah rakyat biasa menghangatkan lagi suasana kempen bagi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh. Dalam kerancakkan dan kemeriahan kempen berjalan, hati tersentuh dan terkilan kerana masih ada masyarakat yang tidak menggunakan akal yang waras dan tidak bertamadun dalam tingkah laku dan sikap semata-mata sokongan terhadap parti atau pemimpin mereka.

Lebih menyedihkan dan menyakitkan hati ialah kerana sikap segelintir manusia yang buta hati dan sanggup berkelakuan dan bersikap biadab keatas sesama bangsa dan sesama agama. Sehingga ada wanita dimalukan dan dihina sehingga ada yang diselak kainnya, diraba, dipukul dan dicaci sepanjang kempen berjalan.
Walaupun kita taksub kepada parti dan setia kepada pemimpin, janganlah pula kita menggadai hubungan seagama dan sebangsa kerana hanya cita-cita seorang manusia yang kononnya membela nasib kita. Tidak salah menyokong, memuji dan mengagungkan pemimpin dan parti yang kita puja, tetapi kita perlu ingat persaudaraan sesama bangsa dan sesama agama haruslah dijaga kerana hubungan sesama bangsa dan sesama agama tidak ternilai harganya walaupun digantikan dengan nyawa.
Namun apabila semua ini sudah tiada, kerana wang dan kuasa, bangsa dan agama digadai tanpa mempedulikan nasib anak cucu kita, negara hancur dan kita merepek di bumi sendiri.

Perlukah kita jika ingin berjaya dan mendapat sokongan menggunakan perkataan kesat, menghina dan mencaci sesama bangsa dan sesama agama? Perlukah kita sesama bangsa dan sesama agama mengaibkan sesama kita dengan perkataan dan perbuatan serta melemparkan fitnah semata-mata untuk pangkat dan kuasa? Perlukah kita berdusta semata-mata untuk meraih simpati sesama bangsa dan semasa agama? Hanya kita, kita yang mempunyai akal dan fikiran yang waras sahaja mampu menentukan hala tuju untuk bangsa dan agama.
Jika tersalah kita tentukan, hancurlah agama musnahlah bangsa dan jika pemimpin yang dipilih sanggup menggadai maruah bangsa dan agama kepada negara luar demi mengejar cita-cita mereka. Berkawan dengan Gus Dur yang tiada kreabilitnya dan dakwaan terdapat pelabur asing dari negara Arab akan melabur sebanyak RM5 biliion jika dia berkuasa hanyalah mainan mulut sebagai gula-gula memaniskan ketika berbicara.
Jika benarlah apa yang dikata, kenapa tidak dibawa pelabur itu untuk labur di 5 buah negeri di bawah pentadbiran Kerajaan Pakatan? Sekarang beliau perlu buktikan akan kebenaran apa yang dikata bukan hanya pandai berhelah dan berdusta kerana mementingkan kuasa.

Kita sesama bangsa dan sesama agama bertikam lidah menuduh, mencaci dan menghina sesama kita. Tapi mereka yang lain tersenyum bangga dan tidur dengan lena kerana racun mereka telah meresapi minda bangsa kita. Mana tidaknya, oleh kerana perselisihan faham dalam hal agama Islam dan terbaru mengenai sumpah Mohd Saiful mengenai dakwaan liwat oleh calon dari PKR yang akan bertanding di Permatang Pauh mula di persenda kerana kita tidak sepakat dan profesional menyelesaikan masalah agama.

Tidak cukup di Permatang Pauh, isu sumpah ini menjadi senjata PKR untuk mempersenda agama. Pagi ini bertarikh 23 Ogos 2008 bertempat di luar pagar Pasar Bandar Baru Bangi, Fasa 1, satu majlis ceramah yang dipanggil ’usrah pagi’ yang dianjurkan oleh pejabat Adun Bandar Baru Bangi dan penceramahnya ialah Ustaz Badrol Amin, Ahli Pimpinan Tertinggi PKR telah diadakan walaupun tidak sampai 15 orang yang duduk bersila atas tikar di hadapan beliau. Pada awal sesi pengenalannya cukup indah apabila ayat-ayat suci al-quran berkumandang sebagai pembukaan majlisnya.
Para pengunjung di Pasar yang sibuk membeli ikan, ayam, sayuran dan sebagainya untuk keperluan harian mula berbisik-bisik bertanya akan suara dan ceramahnya yang mereka dengari itu. Kenapa mereka memilih untuk mengadakan ceramah di bawah pohon pokok diatas jalan bertar dan menghadap pasar yang orang ramai sibuk membeli barang-barang keperluan harian.

Dalam pembuka bicara beliau memuji dan berterima kasih kepada penduduk Bandar Baru Bangi yang telah memilih mereka pada pilihanraya umum lalu dan sekarang ini mereka tidak takut lagi untuk berhadapan dengan masyarakat setempat untuk mengadakan usrah. Dalam keindahan ayat suci al-quran berkumandang, secara tiba-tiba beliau mula bercerita mengenai sumpah yang di buat oleh Mohd Saiful dan beliau memperkecilkan tindakan sumpah saiful itu seperti pemimpin-pemimpin PKR yang lain.
Apa yang menarik dalam ucapan beliau pada pagi itu ialah beliau menyatakan bahawa dalam kes dan isu liwat yang di dakwa oleh Mohd Saiful keatas Anwar Ibrahim ini perlu kepada 4 orang saksi dan bukti bagi membuktikan akan kebenaran Anwar terlibat. Namun sehingga kini pihak Kerajaan (UMNO) katanya belum mengemukkan bukti dan dalam islam sekurang-kurangnya perlu 4 orang saksi. Namun yang mencurigakan akan sikap beliau ialah apa bila Ustaz Badrol Amin ini mendakwa bahawa tidak mustahil Mohd Saiful ini menerima wang berjumlah RM1 juta, RM5 juta bahkan RM10 juta untuk isu ini dan sumpah yang di buatnya.

Beliau juga mendakwa bahawa pada awalnya sumpah yang dilakukan oleh Mohd Saiful ini akan diadakan di Masjid Negara, namun ia tidak dipersetujui dan tidak dibenarkan oleh Ketua Pengarah JAKIM dan sebab itulah sumpah tersebut di buat di Masjid Wilayah Persekutuan. Dan beliau juga secara sinis menyindir saudara Ramlang Porigi, Imam Masjid Wilayah Persekutuan yang menjadi saksi semasa sumpah yang di buat oleh Mohd Saiful. Katanya Ramlang Porigin hanyalah Pembantu Hal Ehwal Islam sahaja sambil tersenyum dan memusingkan kepala kepada Adun Bandar Baru Bangi.
Mungkin nada dan senyuman yang beliau lemparkan ini mempunyai maksud yang tersendiri dan mungkin beliau cuba menunjukkan bahawa beliau lagi hebat dalam ilmu Islam berbanding Ramlang Porigi, sebab itulah beliau mempersendakan sumpah yang dibuat oleh Mohd Saiful ini.

Jadi beberapa orang yang mendengar sambil membeli barang keperluan bertanya akan apa yang diucapkan oleh Ustaz Badrol Amin mengenai bukti dan 4 orang saksi kes liwat ini. Adakah beliau juga mempunyai bukti dan 4 orang saksi bagi menyokong akan apa yang didakwa oleh beliau itu yang berkemungkinan Mohd Saiful menerima wang sejumlah demikian? Dan adakah dengan mempersoal akan sumpah yang di buat pada khalayak akan dapat menyelesaikan masalah yang dibangkitkan? Tidakah tujuan ’usrah pagi’ hanyalah semata-semata bermotifkan politik? Yang pasti masyarakat yang berada di Pasar Bandar Baru Bangi mual dan ’fadeup’ dengan cara beliau bercakap menggunakan keindahan ayat-ayat suci al-uran untuk menghina dan mencaci sesama bangsa dan sesama agama.
Nampaknya Pakatan Rakyat tidak mengenal masa dan tempat untuk melemparkan fitnah dan hasutan semata-mata untuk mencapai cita-cita politiknya, Pakatan Rakyat tidak akan mempedulikan sesama bangsa dan sesama agama semata-mata untuk berkuasa, Pakatan Rakyat tidak mempedulikan kestabilan dan keharmonian negara sebaliknya Pakatan Rakyat cuba menimbulkan keserabutan politik yang boleh menghancurkan bangsa, agama dan negara.