Showing posts with label Tun Mahathir. Show all posts
Showing posts with label Tun Mahathir. Show all posts

Thursday, 4 November 2010

NIK AZIZ BUAT APA YANG MAHATHIR BUAT.

Politik adalah kesenian untuk menjadikan pembohongan sebagai kebenaran dan menjadikan kebenaran sebagai pembohongan. Kesetiaan hanyalah dibibir dalam politik,tidak sahaja diperingkat bawah yang boleh dibeli tetapi juga di peringkat kepimpinan tertinggi.

Politik adalah untuk mencapai matlamat samada secara bersih atau secara kotor. Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir sanggup keluar parti untuk menghacurkan kepimpinan Tun Abdullah Badawi dan mengembalikan kekuatan UMNO. Beliau berjaya dalam melakukan pembedahan yang paling nekat dan paling berani. Tidak ada bezanya antara kesetiaan Ibrahim Ali dengan kesetiaan Mahathir.

Menteri Besar Kelantan Nik Aziz menghadapi ancaman paling besar terhadap kepimpinannya di Galas dan terhadap masa depan Pas di Kelantan . Maka itu beliau memberikan zakat dalam masa pilihanraya walaupun zakat boleh diberikan di luar masa pilihanraya supaya tidak timbul sebarang prasangka.

Tetapi bagi Nik Aziz menggunakan kesenian agama untuk mencapai matlamat politik tidak salah kerana perbuatan atas nama agama dapat melindungi penipuan dan kejahatan. Nik Aziz merasakan bahawa dia mesti mengambil langkah berani walaupun salah untuk menyelamatkan Pas seperti keberanian Mahathir keluar parti kerana hendak menyelamatkan UMNO.

Ketidaksetiaan Nik Aziz kepada agama juga untuk sementara sahaja. Politik adalah kesenian dan keberanian untuk mencapai matlamat sekalipun berolok olok dengan Allah.

Munsyi Abdullah

Sunday, 31 January 2010

QUOTES

HELLO ALL !
JUST TO BREAK THE MONOTONOUS POSTINGS, DO CHERISH THESE CLEVER QUOTES SOME OF WHICH MAYBE FAMILIAR....

Sometimes, when I look at my children, I say to myself, 'Lillian, you should have remained a virgin.' Lillian Carter (mother of Jimmy Carter)



I had a rose named after me and I was very flattered. But I was not pleased to read the description in the catalog: - 'No good in a bed, but fine against a wall.' - Eleanor Roosevelt



Last week, I stated this woman was the ugliest woman I had ever seen. I have since been visited by her sister, and now wish to withdraw that statement. - Mark Twain



The secret of a good sermon is to have a good beginning and a good ending; and to have the two as close together as possible. - George Burns



Melayu mudah lupa!
- Dr.Mahathir



Be careful about reading health books. You may die of a misprint. - Mark Twain



By all means, marry. If you get a good wife, you'll become happy; if you get a bad one, you'll become a philosopher. –Socrates



I was married by a judge. I should have asked for a jury. - Groucho Marx



My wife has a slight impediment in her speech. Every now and then she stops to breathe. - Jimmy Durante



I have never hated a man enough to give his diamonds back. - Zsa Zsa Gabor



Only Irish coffee provides in a single glass all four essential food groups: alcohol, caffeine, sugar and fat. - Alex Levine



My luck is so bad that if I bought a cemetery, people would stop dying. - Rodney Dangerfield



Money can't buy you happiness. But it does bring you a more pleasant form of misery. - Spike Milligan



Until I was thirteen, I thought my name was SHUT UP. - Joe Namath



I don't feel old. I don't feel anything until noon. Then it's time for my nap. - Bob Hope



I never drink water because of the disgusting things that fish do in it.
- W. C. Fields



We could certainly slow the aging process down if it had to work its way through Congress. - Will Rogers



Don't worry about avoiding temptation. As you grow older, it will avoid you. - Winston Churchill



Maybe it's true that life begins at fifty. But everything else starts to wear out, fall out, or spread out. - Phyllis Diller



Celako! Celako! Celako

-Nik Aziz

Monday, 3 August 2009

TUN MAHATHIR DAN ASMAH PENGANTI BARU.



Oleh Munsyhi Abdullah.





Saya melihat di beberapa majlis perkahwinan yang saya hadhiri , mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir dan isteri sebagai tetamu menjadi tumpuan anak anak muda dari berbilang kaum untuk bergambar dengannya, ibarat seorang seniman pujaan.

Mungkin ini berlaku juga ditempat tempat lain tetapi suasana di majlis perkhawinan lebih menampakkan tumpuan kepadanya kerana turut hadhir lain lain menteri termasuk bekas perdana dan menteri menteri lain yang lebih muda dan artis artis popular.

Lebih dari itu yang sewajarnya yang menjadi tumpuan ialah pengantin baru tetapi seolah olah Mahathir dan Asmah pengantin baru.

Kesimpulannya ialah Mahathir dan Asmah sudah lebih tua dari UMNO, tetapi tetap diagung agungkan oleh generasi muda yang memberikan gambaran tidak sahaja generasi tua yang mengenangkan segala jasanya tetapi anak anak muda juga telah dijiwai oleh zamannya yang dipenuhi tidak sahaja dengan pengucapan pengucapan besar tetapi dengan projek projek yang menjadi ikon negara.

Seorang bukan Melayu yang juga bekas seorang pemimpin yang terkenal pada suatu masa dahulu yang duduk disamping saya di dalam suatu majlis perkahwinan memberitahu bahawa dia telah bertanya seorang anak muda Cina yang berjaya dalam perniagaannya semasa penerbangan pulang bersamanya dari Beijing ke Kuala Lumpur, siapakah yang akan dipilihnya dalam pilihanraya akan datang?

Anak muda ini menjawab bahawa “apabila saya bangun pagi saya melihat pencakar langit petronas tower, saya memijak KLIA, saya memandu diatas lebuh raya yang indah, saya ingat Mahathir”.

Dia yang memulakan perniagaannya dalam masa Mahathir seterusnya memberitahu bahawa selepas era Mahahtir dia hanya mendengar banyak pengumuman projek berbilion billion ringgit tetapi dia tidak turut merasakannya tempiasnya.

Ini bukan pertama kali saya dengar cerita seperti ini dari seorang Cina tetapi telah banyak kali sebelumnya.

Artinya di sebalik kempen untuk menonjolkan Mahathir sebagai seorang rasis, disamping adanya usaha untuk menandingi F1 dengan Monsoon Cup , Koridor Utara dan Selatan dengan Putra Jaya, Pertanian lawan Perindustrian namun yang tetap dikenangkan adalah apa yang ditinggalkan oleh Mahathir dalam eranya.

Di awal pemerintahannya pun beliau telah membangunkan perasaan kebesaran bangsanya dengan mengambil alih Carcossa dan membangunkan bangsanya lebih awal dari tidur dengan mempercepatkan waktu.

Sekalipun projeknya yang mempunyai inspirasi dan visi dibatalkan dalam masa persaraannya tetapi tidak berjaya untuk memadamkan inspirasinya. Jika jambatan bengkok diteruskan pasti pada akhirnya akan dipandang sebagai jambatan lurus dan betul oleh rakyat kerana akan menjadi lambang kehormatan dan keberanian suatu bangsa yang diperkecil dan dihina oleh suatu bangsa lain dipintu masuknya.

Kesimpulannya ialah kiranya Mahathir yang sudah lebih tua dari UMNO dan BN masih di terima, maka UMNO dan BN akan tetap diterima oleh rakyat termasuk generasi muda kiranya kepimpinan parti berkeupayaan untuk terus memberikan wajah baru kepada rakyat dengan projek yang bervisi sesuai dengan mimpi dan inspirasi mereka.




Wednesday, 1 July 2009

SECERDIK CERDIK TUN DR. MAHATHIR



Oleh MUNSYHI ABDULLAH

Mungkin bagi seorang usahawan dan ahli perniagaan seperti bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin wang adalah segala-galanya tetapi bagi seorang pemimpin politik sejati dan juga seorang seniman tidak demikian penilaiannya kerana bagi mereka penghormatan datang bersama dengan sokongan, pemujaan dan kemasyhuran.

Persepsi ini dibuktikan kebenarannya dengan berita terkini Bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra yang kekayaannya berbillion ringgit tetapi mengakui dirinya benar benar kesunyian hidup dalam buangan di Dubai. Beliau menggesa penyokong penyokongnya membantunya untuk pulang ke tanah air untuk berkhidmat kepada rakyat.

Seorang lagi ialah Raja Pop Michael Jakson yang mati di rumah yang disewanya dalam keadaan berhutang beratus juta ringgit kerana diracuni oleh berbagai jenis ubat yang dimakannya untuk menghilangkan kebosanan dan juga untuk menahan kesakitan.

Mungkin dia sendiri tidak mengambil pusing tentang hutangnya kerana dia sendiri tahu kekayaannya dan hasil yang akan didapati selepas kematiannya adalah jauh lebih besar dari hutangnya.Wang tidak ada erti lagi baginya kerana beliau telah berada di puncak dunia.Mungkin dia sendiri tidak lagi mengambil berat tentang berapa banyak wang dan hartanya kerana apa yang dia mahu disediakan untuknya.

Sampai kepada suatu peringkat manusia akan merasakan kebosanan dan kejemuan hidup, ada yang bosan ketika masih muda kerana mencapai kejayaan dan kepuasan hidup lebih awal dan ada yang diwaktu tuanya.

Kesepian dan kekecewaan peribadi tetap datang kepada setiap manusia . Terserahlah kepadannya untuk menguruskannya dengan bijaksana. Bagaimanapun kebosanan dan kekecewaan hidup manusia biasa tidak mendapat perhatian seperti perhatian yang diberikan kepada sesaorang manusia yang berada dipuncak . Seorang selebriti atau pemimpin besar.

Didalam politik kita dapat melihat betapa cerdik dan pintar sekalipun sesaorang pemimpin tetapi ada kalanya dia terlihat sebagai tidak bijaksana dan melakukan kesilapan-kesilapan yang tidak sewajar dilakukannya. Dia sendiri tidak dapat melihat dirinya sebagai gila kuasa tetapi penilaian ramai menghukumnya demikian. Umpamanya Samy Vellu yang mempunyai keyakinan bahawa dia sahaja boleh membetulkan MIC atau bekas pegawai tinggi kerajaan Tan Sri Ghazali Shafie yang merasakan dia paling layak untuk menjadi Perdana Menteri tetapi kecundang.

Tun Dr.Mahathir pula dalam kemarahannya telah membakar kelambu (UMNO) yang apinya turut menyambarnya . Setelah tidak dapat menahan kesabaran melihat visinya di hancurkan oleh Abdullah Badawi beliau terlupa sokongan dan keyakinan tinggi rakyat kepadanya yang percaya kepada setiap katanya . Maka itu apabila dia meminta orang menolak UMNO dan BN maka orang menolaknya. Dia memburukan pemimpin UMNO maka kesannya amat besar kepada rakyat percaya pemimpin UMNO secara menyeluruh buruk sehingga lupa pada masa Mahathir pun banyak yang busuk. Apabila beliau menyuruh rakyat kurangkan kerusi BN dalam Parlimen maka rakyat mengurangkannya.



Beliau telah merendahkan UMNO dalam keadaan kecewa kerana beliau tidak dapat menerima pertukaran kepimpinan yang dilakukannya sendiri. Mungkin beliau yakin bahawa jika UMNO dibiarkan terus di bawah kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi maka ianya akan hancur terus. Maka itu Mahathir membuat keputusan lebih baik untuk membakar kelambu, biar sama- sama terbakar. Maka itu beliau mengkritik UMNO sehingga kekuatannya dan juga kekuatan BN yang turut dibinanya runtuh dalam pilihanraya 2008.

BN tidak mungkin akan rutuh seteruk itu sekiranya bekas Perdana Menteri yang dipuja rakyat tidak mengkritik UMNO dan pemimpin pemimpin BN begitu tajam , pedas dan kasar.

Bekas Perdana Menteri Pertama Almarhum Tunku Abdul Rahman juga pernah mengkritik kepimpinan Mahathir dalam kempen pilihanraya tetapi Tunku meninggalkan kuasa ketika dia tidak dikehendaki lagi oleh UMNO dan rakyat berbanding dengan Mahathir yang meninggalkan kepimpinan negara ketika berada dipuncak popularitinya dan dalam keadaan rakyat tidak mahu melepaskanya.

Sekalipun Tunku tidak sepintar Mahathir tetapi beliau dapat membaca Mahathir dan tidak memberikan peluang kepadanya untuk bergerak dibawah pemerintahannya tetapi secerdik-cerdik Mahatir telah gagal untuk membaca Abdullah Badawi dan menerimanya sepenuhnya sebagai Mr Nice yang akhirmya menjadi Mr Worst kepadanya.

Ini menyebabkan Mahathir yang mengistiharkan tidak mahu lagi campur urusan kerajaan dan politik akhirnya terlibat dan terlihat sebagai yang gigih berjuang untuk terus berkuasa selepas bersara. Beliau telah membangunkan kuasa UMNO dan BN kepuncak keagungan dan beliau juga yang meruntuhkannya kepada keadaan yang terburuk dalam sejarah parti itu dan sekarang beliau sedang membantu untuk membinanya semula tetapi dalam keadaan nasi sudah hampir menjadi bubur.

Bezanya Mahathir dengan Thaksin ialah beliau tidak di buang keluar negara dan beliau tidak pernah merasa bosan dan kesepian kerana beliau tahu untuk mentabirkan kebosanannya..

Friday, 14 November 2008

Maharaja Bloggers Visit Warta Citra Cafe.


Recently, MaharajaBlogger visited Warta Citra Cafe. This what he has to say:.....


TUN MAHATHIR TIDAK PATUT LAGI BERTANYA.


Taraf liberalism dan permissiveness rakyat Malaysia setaraf dengan negara negara Barat dan negara negara maju di dunia. Moral tidak lagi menjadi nilai untuk pemilihan seseorang bagi menjadi pemimpin kerana itu adalah hak atau soal individu.

Pelakon video lucah seperti Dr.Chua Soi Lek (MCA), penggemar liwat (PKR), perasuah (BN) dan pembohong (Pas) telah diterima oleh rakyat sekalipun mereka telah didedahkan terlibat atau pernah menjalani hukuman penjara.

Penerimaan terhadap perbuatan immoral oleh pemimpin pemimpin politik itu dari kalangan Barisan Nasional dan juga parti parti pembangkang telah dibuktikan oleh rakyat dengan memberikan kemenangan kepada mereka dalam Pilihanraya Umum lalu.

Pemimpin pemimpin Pas mungkin dianggap tidak terlibat dalam kes jenayah,rasuah, liwat,khalwat dan sebagainya tetapi Tok Guru mereka atau Mursyidul mereka adalah pembohong besar kerana menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal secara terang terangan untuk kepentingan politik. Dia mengharamkan UMNO berkawan dengan kafir tetapi sekarang menubuhkan kerajaan dengan golongan kafir. Pemimpin Islam yang berbohong adalah tidak berakhlak.

Sesungguhnya tidak relevan lagi bagi bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir mempersoalkan kredibiliti calon yang bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO yang katanya, mempunyai sejarah buruk tetapi layak untuk bertanding pada saat saat terakhir sekalipun pada mulanya jauh ketinggalan.

Dr.Mahathir sendiri lupa sejarah negara yang buruk.

Sebenarnya rakyat Malaysia tidak dididik dan dibentuk dengan konsep moral yang kuat untuk menjadi rakyat yang berpegang kepada nilai yang baik, dari pekara yang sekecil kecilnya hingga yang besar, dari rasuah hingga kepada skandal, dari soal rumah tangga hingga di luar rumah tangga.

Ini berbanding dengan Singapura yang tidak membenarkan perjudian,mengharamkan budaya kuning, tegas terhadap penyelwengan dan rasuah pegawai kerajaan dan menteri menteri.Walaupun telah ada kelonggaran dalam semua kemaksiatan ini sekarang di pulau itu tetapi rakyat telah disebatikan dengan nilai nilai yang baik terutama dalam soal rasuah dan kejujuran berpolitik.

Ini dilakukan menerusi sistem perkaderan yang ketat dan keras terhadap bakal pemimpin.

Sistem latihan kepimpinan di Malaysia ialah semua pemimpin UMNO yang bertanding dari peringkat cawangan, bahagian , Presiden,Timbalan Presiden, Naib Presiden dan ahli Majlis Kerja Tertinggi mestilah pandai menaburkan wang untuk mencari sokongan dengan menyembunyikan tangan.

Mereka yang menaburkan wang paling banyak mestilah pandai meneriakan kutukan terhadap "politik wang" dengan suara paling nyaring.

Ini adalah latihan untuk bijak menggunakan wang negara bila menjadi pemimpin negeri atau negara bagi membantu menaikan sahabat karib , tokoh tokoh koporat dan bagi menyelamatkan mereka dalam kegawatan ekonomi.

Dalam zaman Mahathir tokoh tokoh yang diselamatkan banyak yang mempunyai "very bad record" dengan membayar nafkah isteri yang diceraikan sehingga RM 5 juta dan ada isteri kehilangan barang kemas beratus ribu ringgit di London. Banyak majlis kahwin yang berlangsung seperti diatas kayangan. Pembaziran adalah kebudayaan kerana kepercayaan Mahathir semakin banyak wang dibelanjakan semakin pesat ekonomi berkembang.

Mahathir telah berjaya mengwujudkan kemakmuran dan kemewahan hidup dikalangan rakyat Malaysia tanpa dapat membezakan nilai murni kerohanian dan kesyaitanan materialisme.Pada Mahathir nilai moral yang tinggi ialah kereta mewah, rumah besar dan wang berjuta dan berbillion. Beliau berjaya mengubah nilai tradisi orang Melayu.

Dalam hal ini jika dibandingkan dengan Singapura, Perdana Menterinya yang pertama Lee Kuan Yew walaupun percaya kepada kapitalisme tetapi mengawalnya dengan disiplin moral yang ketat. Dari sejak tahun 60an dia telah menghantar mesej yang keras kepada menteri menterinya supaya tidak terlibat dengan rasuah dan skandal dan mesti berkerja keras untuk rakyat.

Seorang menterinya yang rasuah telah membunuh diri sebelum dibicarakan, seorang lagi menteri dihantar ke luar negara kerana berkahwin dua dan setiausaha parlimen bagi sebuah kementerian yang pergi ke rumah urut ketika di Kuala Lumpur telah dipecat.

Mahathir tidak seharusnya membuat penilaian dari segi moral seseorang untuk layak bertanding bagi kepimpinan UMNO tetapi mestilah menilai dari segi berapa banyak seseorang dapat menunjukan kekayaan dan kemurahannya dalam masa pertandingan.

Maharaja masih ingat dalam pertandingan pucuk pimpinan UMNO semasa Mahathir, Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin pernah berkata "mereka ada duit,belanjalah."

Tun Daim adalah juga orang yang direstukan nilai kekayaaannya oleh Mahathir maka Mahathir tidaklah seharusnya tekejut jika seorang yang ketinggalan pada mulanya didalam pencalonan untuk melayakan diri menjadi calon Timbalan Presiden UMNO telah dapat melayakan dirinya bertanding pada saat saat terakhir.

Ini bukan hanky panky. Ini pembahagian rezki. " Mereka ada duit belanjalah".

Abdullah Badawi sekadarkan mengistiharkannya sebagai dasar liberlisasi atas apa yang telah digalakan di zaman Mahathir.