Keistimewaan manusia ialah dianugerahkan akal dan fikiran berbanding dengan haiwan atau binatang. Dengan akal fikiran anugerah Tuhan inilah manusia boleh membezakan yang mana baik dan buruknya, halal dan haramnya serta pelbagai lagi perkara berbanding haiwan atau binatang. Tetapi kekadang jika diamati binatang atau haiwan ‘berfikiran’ jauh lebih baik berbanding dengan manusia. Manusia jika akal dan fikirannya dikuasai oleh nafsu maka kewarasan berfikiran jauh lebih hina dari binatang.
Apabila akal manusia di kawal oleh nafsu maka manusia sesuka hati menghasut, memfitnah, caci maki dan pelbagai kelakuan dan tindakan yang diluar batasan kemanusiaan. Lebih parah lagi apabila akal fikiran yang sudah busuk itu digunakan untuk bertindak secara kekerasan. Terbukti apabila mereka ini menjadikan setiap kali medan pilihan raya kecil sebagai padang untuk menunjukkan ‘kegilaan’ akibat nafsu yang mengawal fikiran mereka.
Ataupun mungkin akibat kegilaan untuk berkuasa, kegilaan untuk mendapat pangkat dan harta menyebabkan manusia sanggup bertindak lebih hina dari binatang. Ada kalanya manusia yang bersikap ‘kebinatangan’ ini sanggup menggunakan kegilaannya sehinggakan lupakan pegangan agama walaupun mereka sentiasa melaung-laungkannya sebagai wadah perjuangan mereka. Sampai bila manusia akan kembali menguasai semula fikiran mereka dari ‘nafsu binatang’ yang gila? Atau dunia yang tua ini sudah sampai usianya, di mana binatang berfikiran seperti manusia manakala manusia berfikiran seperti binatang?
Akok@Baulu