Friday, 14 November 2008

Maharaja Bloggers Visit Warta Citra Cafe.


Recently, MaharajaBlogger visited Warta Citra Cafe. This what he has to say:.....


TUN MAHATHIR TIDAK PATUT LAGI BERTANYA.


Taraf liberalism dan permissiveness rakyat Malaysia setaraf dengan negara negara Barat dan negara negara maju di dunia. Moral tidak lagi menjadi nilai untuk pemilihan seseorang bagi menjadi pemimpin kerana itu adalah hak atau soal individu.

Pelakon video lucah seperti Dr.Chua Soi Lek (MCA), penggemar liwat (PKR), perasuah (BN) dan pembohong (Pas) telah diterima oleh rakyat sekalipun mereka telah didedahkan terlibat atau pernah menjalani hukuman penjara.

Penerimaan terhadap perbuatan immoral oleh pemimpin pemimpin politik itu dari kalangan Barisan Nasional dan juga parti parti pembangkang telah dibuktikan oleh rakyat dengan memberikan kemenangan kepada mereka dalam Pilihanraya Umum lalu.

Pemimpin pemimpin Pas mungkin dianggap tidak terlibat dalam kes jenayah,rasuah, liwat,khalwat dan sebagainya tetapi Tok Guru mereka atau Mursyidul mereka adalah pembohong besar kerana menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal secara terang terangan untuk kepentingan politik. Dia mengharamkan UMNO berkawan dengan kafir tetapi sekarang menubuhkan kerajaan dengan golongan kafir. Pemimpin Islam yang berbohong adalah tidak berakhlak.

Sesungguhnya tidak relevan lagi bagi bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir mempersoalkan kredibiliti calon yang bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO yang katanya, mempunyai sejarah buruk tetapi layak untuk bertanding pada saat saat terakhir sekalipun pada mulanya jauh ketinggalan.

Dr.Mahathir sendiri lupa sejarah negara yang buruk.

Sebenarnya rakyat Malaysia tidak dididik dan dibentuk dengan konsep moral yang kuat untuk menjadi rakyat yang berpegang kepada nilai yang baik, dari pekara yang sekecil kecilnya hingga yang besar, dari rasuah hingga kepada skandal, dari soal rumah tangga hingga di luar rumah tangga.

Ini berbanding dengan Singapura yang tidak membenarkan perjudian,mengharamkan budaya kuning, tegas terhadap penyelwengan dan rasuah pegawai kerajaan dan menteri menteri.Walaupun telah ada kelonggaran dalam semua kemaksiatan ini sekarang di pulau itu tetapi rakyat telah disebatikan dengan nilai nilai yang baik terutama dalam soal rasuah dan kejujuran berpolitik.

Ini dilakukan menerusi sistem perkaderan yang ketat dan keras terhadap bakal pemimpin.

Sistem latihan kepimpinan di Malaysia ialah semua pemimpin UMNO yang bertanding dari peringkat cawangan, bahagian , Presiden,Timbalan Presiden, Naib Presiden dan ahli Majlis Kerja Tertinggi mestilah pandai menaburkan wang untuk mencari sokongan dengan menyembunyikan tangan.

Mereka yang menaburkan wang paling banyak mestilah pandai meneriakan kutukan terhadap "politik wang" dengan suara paling nyaring.

Ini adalah latihan untuk bijak menggunakan wang negara bila menjadi pemimpin negeri atau negara bagi membantu menaikan sahabat karib , tokoh tokoh koporat dan bagi menyelamatkan mereka dalam kegawatan ekonomi.

Dalam zaman Mahathir tokoh tokoh yang diselamatkan banyak yang mempunyai "very bad record" dengan membayar nafkah isteri yang diceraikan sehingga RM 5 juta dan ada isteri kehilangan barang kemas beratus ribu ringgit di London. Banyak majlis kahwin yang berlangsung seperti diatas kayangan. Pembaziran adalah kebudayaan kerana kepercayaan Mahathir semakin banyak wang dibelanjakan semakin pesat ekonomi berkembang.

Mahathir telah berjaya mengwujudkan kemakmuran dan kemewahan hidup dikalangan rakyat Malaysia tanpa dapat membezakan nilai murni kerohanian dan kesyaitanan materialisme.Pada Mahathir nilai moral yang tinggi ialah kereta mewah, rumah besar dan wang berjuta dan berbillion. Beliau berjaya mengubah nilai tradisi orang Melayu.

Dalam hal ini jika dibandingkan dengan Singapura, Perdana Menterinya yang pertama Lee Kuan Yew walaupun percaya kepada kapitalisme tetapi mengawalnya dengan disiplin moral yang ketat. Dari sejak tahun 60an dia telah menghantar mesej yang keras kepada menteri menterinya supaya tidak terlibat dengan rasuah dan skandal dan mesti berkerja keras untuk rakyat.

Seorang menterinya yang rasuah telah membunuh diri sebelum dibicarakan, seorang lagi menteri dihantar ke luar negara kerana berkahwin dua dan setiausaha parlimen bagi sebuah kementerian yang pergi ke rumah urut ketika di Kuala Lumpur telah dipecat.

Mahathir tidak seharusnya membuat penilaian dari segi moral seseorang untuk layak bertanding bagi kepimpinan UMNO tetapi mestilah menilai dari segi berapa banyak seseorang dapat menunjukan kekayaan dan kemurahannya dalam masa pertandingan.

Maharaja masih ingat dalam pertandingan pucuk pimpinan UMNO semasa Mahathir, Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin pernah berkata "mereka ada duit,belanjalah."

Tun Daim adalah juga orang yang direstukan nilai kekayaaannya oleh Mahathir maka Mahathir tidaklah seharusnya tekejut jika seorang yang ketinggalan pada mulanya didalam pencalonan untuk melayakan diri menjadi calon Timbalan Presiden UMNO telah dapat melayakan dirinya bertanding pada saat saat terakhir.

Ini bukan hanky panky. Ini pembahagian rezki. " Mereka ada duit belanjalah".

Abdullah Badawi sekadarkan mengistiharkannya sebagai dasar liberlisasi atas apa yang telah digalakan di zaman Mahathir.

BARACK OBAMA DAN KULITNYA, LIM KIT SIANG APA TUJUANNYA

Sepanjang kempen pilihanraya pemilihan presiden Amerika Syarikat, Warta Citra Cafe sentiasa penuh dengan pelanggan yang menyaksikan siaran langsung laporan keputusan pilihanraya tersebut. Rasanya mereka leih selesa dapat menonton bersama sambil berbincang dengan rakan-rakan tentang kemungkinan satu sejarah dalam politik Amerika Syarikat tercipta apabila seorang berkulit hitam menjadi bakal presiden sebuah negara yang paling berpengaruh di dunia. Ternyata harapan dunia terhadap Obama bagi mencorakkan halatuju dunia begitu tinggi. Obama telah mencipta sejarah dengan kemenanganya. Pentadbiran Amerika Syarikat Januari nanti akan melihatkan satu perubahan dan tercatat dalam sejarah apabila President barunya Barack Obama berkulit hitam satelah lebih 250 tahun sejarah kewujudan negara Amerika .

Ekoran dari pada kejayaan Obama, memberikan semangat baru kepada mereka yang bercita-cita untuk menerajui kepimpinan negara. Maka dengan bangganya dan angkuhnya Lim Kiat Siang bangun dalam sidang Dewan Rakyat baru-baru ini mencabar dan mempersoalkan adakah Kerajaan Malaysia sanggup menerima perubahan seperti yang berlaku di Amerika. Petikan kenyatan Lim Kit Siang dalam Dewan Rakyat seperti berikut:-

“Tuan Pengerusi, saya sebut pertama Butiran 200,000 Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dan mengenai Biro Tatanegara. Kita dapati berita bahawa Barack Obama dipilih sebagai Presiden United States dengan majoriti yang terbesar dan saya ucapkan tahniah kepada beliau dan Parlimen kita pun perlulah ucapkan tahniah kepada Barack Obama tanpa berbincang mengenai dasar-dasar beliau. Tentulah ini satu break through, satu historic win untuk Barack Obama dan di mana seorang orang hitam boleh menjadi Presiden USA. Seorang yang agak pun baru-baru ini bahawa ini boleh berlaku. Oleh kerana 150 tahun dahulu orang kulit hitam masih menjadi hamba, slave di Amerika. Tentu ini ada lebih sama kuat dengan Malaysia. Bolehkah di Malaysia seorang Tionghoa, India, Kadazan, Iban menjadi Perdana Menteri di Malaysia?

Mengikut Perlembagaan tidak ada halangan sesiapa warganegara Malaysia boleh menjadi Perdana Menteri. Bukankah ini Perlembagaan Federal. Ini dalam Perlembagaan, tetapi......tetapi nampaknya suara di sini ‘tidak boleh’. Yang menentang Perlembagaan Malaysia, menentang social contract?”
(Hansard Dewan Rakyat, 5 November 2008)

Lim Kit Siang mungkin sudah lupa, maklumlah beliau sudah tua sebab itulah bila menjawab dalam Parlimen dia tidak boleh duduk diam meloncat-loncat seperti ‘kera kepanasan’. Obama itu warna kulitnya saja hitam namun kita belum mengetahui apa yang beliau akan laksanakan. Samalah apa yang Lim Kit siang nyatakan ‘..tanpa berbincang mengenai dasar-dasar beliau” sebab Lim Kit Siang tahu dasar Amerika sebab itulah awal-awal lagi dia sebutkan. Cuma dia lebih tekankan dan mempersoalkan Perlembagaan negara berhubung perlantikan Perdana Menteri.

Wednesday, 12 November 2008

PKR BERJUANG UNTUK KEPENTINGAN DIRI

Pak Abu Jalil seperti setiap pagi Ahad akan singgah untuk sarapan pagi roti bakar dengan serikaya. Ahad lalu dia diteman kawan lamanya , Meor Yang Shamsuddin bersarapan salepas berjogging di taman berdekatan. Mereka duduk agak lama berbual hal-hal keluarga dan isu-isu semasa. Saya terdengar sekali-sekala, Pak Abu Jalil meninggikan suaranya bagai mengiayakan kesungguhannya menjelaskan pendapatnya kepada Meor Yang. Bila di amati apa yang dibincangkan ternyata mereka rasa terkilan dengan Pakatan Rakyat yang pada pendapat mereka hanya berjuang untuk kepentingan peribadi dan bukan untuk rakyat. Sebab itulah pada pendapat Pak Abu, mereka mencari tempat selamat untuk memancing undi setiap kali pilihan raya. Lihat sajalah Ahli Parlimen Wangsa Maju dari PKR yang berasal dari Kelantan.

Kenapa beliau tidak bertanding di kawasan kampung halamannya yang dia tahu selok belok kawasan tersebut? Beliau juga sebenarnya adalah ahli DAP tetapi di tolak oleh Lim Kit Siang lalu masuk PKR. Beberapa lagi Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang bukan orang asal dari kawasan diwakilinya dan ia berbeza dengan BN mewakili rakyat di kawasan mereka sendiri.

Pakatan Rakyat juga adalah sebuah parti anak beranak. Bermula dengan Lim Kit Siang dan Lim Guang Eng, Karpal Singh dan anaknya Ahli Parlimen Puchong, Anwar dan anaknya Ahli Parlimen Lembah Pantai dan beberapa lagi ahli Parlimen.

Hakikatnya Pakatan Rakyat sedar gunung yang mereka kejar semakin jauh dari pendangan mereka. Akibat desakan dan permasalahan dalaman Pakatan Rakyat membuatkan rakyat sedar dan tidak mustahil gunung yang diidamkan itu akan hilang dana lenyap dari pandangan. Meor Yang Shamsuddin terpaku mendengar hujahan Pak Abu dan sekali-sekala mencelah mengiakan pendapat Pak Abu. Akhirnya, Meor Yang akur bahawa pendapat pak Abu itu ada benarnya kerana segala tindak-tanduk PKR sejak diakhir ini mengesahkan pendapat tersebut.

GUNUNG DIKEJAR, HARAPAN BERKECAI

Walaupun badai Tsunami melanda Barisan Nasional pada Mac lalu masih dirasakan, sekurang-kurangnya angin perubahan juga mula menampakkan kembali sokongan rakyat terhadap BN. Keyakinan rakyat kembali setelah melihat kejujuran dan keikhlasan pucuk pimpinan parti BN iaitu UMNO, MCA dan MIC dalam menghadapi arus Tsunami yang melanda.

UMNO dan MCA sudah memulakan langkahnya untuk mengembalikan semula keyakinan rakyat dalam pelbagai perkara. Ia bermula dengan peralihan kuasa dalam UMNO yang akan dterajui oleh Najib dan perlantikan gandingan Ong Tee Keat dan Chua Soi Lek diharapkan membawa lebaran baru dalam memperkemaskan kembali jentera BN. Walau bagaimanapun MIC masih angkuh dan ’tidak sedar diri’ walaupun sudah terang dan jelas kaum India menolak MIC.

Dari apa yang di dengar, kaum India hakikatnya bukan menolak MIC tetapi mereka menolak Sammy Vellu yang sudah lama dan ’berkarat’ dalam MIC dan dikatakan tidak membawa apa-apa perubahan kepada kaum India. Jadi sudah sampai masanya Sammy Vellu menyerahkan kepimpinan MIC kepada yang lebih muda, berintregasi dan mampu memancu masa depan masyarakat India.

Dari kelemahan dan keangkuhan pemimpin-pemimpin BN inilah menyebabkan rakyat memilih Pakatan Rakyat dan menghukum BN. Jika BN masih dibuai mimpi enak dan masih bercakaran serta tuduh menuduh sesama sendiri dan tidak mempedulikan ’signal’ yang ditunjukkan oleh rakyat, tidak mustahil UMNO akan keseorangan MCA dan MIC serta parti komponen lain akan lari meninggalkan UMNO.

Walau apapun, permaufakatan dan diplomasi sesama rakan dalam parti perlu dilakukan secara berhemah. Jangan pula ada pihak akan tersinggung dan jangan pula memenangkan satu pihak. Jika ini berlaku, ia tidak akan mengubah apa-apa dalam parti.

Kekeliruan dan kecelaruan perjuangan Pakatan Rakyat mula disedari oleh rakyat. Pelbagai tindakan dan pendirian terhadap sesuatu perkara yang di bangkitkan oleh Pakatan Rakyat tidak mencerminkan perjuangan sebenar apa yang mereka laungkan semasa PUR lalu.

Pelbagai tindakan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat terutama di Selangor, Perak dan P. Pinang telah menyinggung perasaan dan membangkitkan kemarahan orang Melayu. Pakatan Rakyat mula merasai bahangnya sejak pengumuman peralihan kuasa dalam UMNO.

Pakatan Rakyat bertambah parah dan gusar apabila Najib semasa menggulung belanjawan di Parlimen baru-baru ini telah mengumumkan satu pendekatan dengan mengistiharkan suntikan kewangan sebanyak RM7 bilion bagi meringankan beban rakyat dalam berhadapan dengan cabaran krisis ekonomi dunia.

Puncak kelemahan Pakatan Rakyat ialah apabila belajawan yang di bentangkan oleh Anwar Ibrahim pada Oktober lalu di Parlimen tidak mendapat liputan oleh media termasuk media pembangkang. Sebenarnya selepas belanjawannya dibentangkan lagi Anwar sudah risau. Kerana beliau sedar bahawa belanjawan Pakatan Rakyat yang dibentangkan hanyalah belanjawan ‘kosong’ dan tidak mampu memberi ransangan kepada pertumbuhan ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat.

Sebab itulah apabila Najib menyatakan belanjawan yang dibentangkan oleh Anwar itu belanjawan menguncup, Anwar lintang pukang di buatnya dan muka pucat seperti mayat. Beliau cuba untuk mempertahankan dan mengajak rakan-rakannya dalam Dewan Parlimen bangkit menangkis kata-kata yang dilontar oleh Najib, tapi rakan-rakannya tidak memberi sebarang respon.

Jadi jalan terbaik bagi Anwar untuk tidak dimalukan di dalam Dewan Rakyat dan di hadapan rakan-rakannya ialah bangkit dan keluar dari Dewan. Seperti lembu dicucuk hidung, rakan-rakan mereka juga ikut serta keluar dewan walaupun mereka sedar tindakan sebenar Anwar bukannya marah dengan apa yang dikatakan oleh Najib sebaliknya Anwar marah kerana tidak mendapat sokongan rakannya dalam dewan.

Tindakan Anwar keluar Dewan pada masa Najib menggulung belanjawan pada hari itu adalah untuk mengelak dimalukan dan beliau sebaliknya memusingkan cerita semasa membuat kenyataan akhbar dengan mendakwa Pakatan Rakyat tidak berpuas hati dengan suntikan belanjawan yang diumumkan oleh Najib.

Ramai dikalangan rakyat dan penyokong Pakatan Rakyat terkejut melihat reaksi Anwar ketika Najib mendakwa belanjawan Pakatan Rakyat adalah belanjawan menguncup. Kenapa beliau tidak setenang Najib, walaupun Najib dilontarkan dengan pelbagai cemuhan dan kritikan serta sindiran di atas belanjawan yang dibentangkan.

Sebaliknya Anwar seperti manusia hilang pedoman dan terkelu lidahnya apabila di dakwa belanjawannya adalah belanjawan menguncup. Penyokong Pakatan Rakyat mempersoalkan kenapa Anwar tidak mempertahankan dan memperjelaskan kepada Dewan akan dakwaan Najib keatasnya? Sebaliknya Anwar mengambil singkat dengan keluar dari Dewan. Tindakan Anwar bukan saja dikecam dan mendapat sindiran penyokong mereka bahkan juga Ahli-ahli Parlimen yang dicucuk hidungnya serta Exco Pakatan Rakyat di seluruh negara.

Walau apapun, itulah Pakatan Rakyat, mereka berjuang bukan untuk rakyat tetapi untuk kepentingan peribadi.