Kekakangan waktu sejak akhir ini begitu menghambat. Maaf kepada semua. Dalam pada itu terlalu banyak isu yang timbul dan saya akan cuba mengulas dan memberikan pandangan. Soal 16 September sekali lagi Anwar Ibrahim mencipta retoriknya apabila menyatakan jika beliau menjadi PM beliau akan melantik TPM II dari parti Dap dan sekiranya ada keperluan dalam politik, tidak salah baginya untuk melantik TPM III. Jika sebelum ini Anwar telah menjatuhkan maruah perjuangan Dap dan Pas berhubung 16 September dengan mencanangkan cerita puluhan anggota Parlimen dan Dun BN akan melompat keluar BN menyertai PR dan merampas pentadbiran di Putrajaya, namun sekali lagi beliau mengambil langkah berani dengan mengistharkan beliaulah bakal PM dan wakil dari Pas dan Dap akan menjadi TPM.
Beliau tanpa segan silu telah istiharkan dirinya sebagai PM tanpa memikirkan hati dan perasaan rakan beliau dalam Pas. Tidakkah Anwar sedar pendirian Dewan Ulama Pas yang inginkan Haji Hadi menjadi PM? Inilah pendirian yang dinyatakan dan disampaikan dengan jelas oleh Dewan Ulama Pas kepada rakan-rakan mereka dalam PR ketika isu 16 September sehinggalah hari ini.
Ketika Muktamar Pas di Ipoh, Perak pada 2008, Haji Hadi juga pernah menjelaskan,
“Mat Jenin, baru panjat pokok kelapa saja, belum dapat buah dah bercita-cita nak jadi raja.” Itu antara kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika berdepan dengan para wartawan yang nak tahu apa pendiriannya berhubung pandangan dalam Muktamar PAS bahawa beliau lebih layak menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang benar-benar dapat membentuk kerajaan pada 16 September ini seperti didakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dewan Ulama PAS sendiri mahukan Presiden PAS itu jadi Perdana Menteri. (Agendadaily.com)
Maka benarlah apa yang dikatakan oleh seluruh rakyat Malaysia, rupanya Anwar ini tidak ubah seperti Mat Jenin dan ini disokong pula oleh Haji Hadi. Walaupun jelas Anwar semakin kurang mendapat sokongan dari pengikutnya apabila para pemimpin dan penyokongnya semakin ramai keluar PKR tapi beliau tidak malu dan tidak segan menyatakan beliaulah yang layak menjadi PM. Bukankah kalau nak jadi PM sepatutnya dia mendapat sokongan padu partinya terlebih dahulu? Sedangkan apa yang berlaku kepada beliau dan parti yang diterajuinya semakin hilang kepercayaan ke atas kewibawaannya untuk menjadi PM.
Jika wakil Pas dan Dap menjadi TPM dan beliau juga berkata jika ada keperluan politik beliau akan melantik TPM III. TPM III yang akhir sekali disebut ini mungkin wakil dari kaum India dan ia adalah senjata akhir Anwar untuk mendapatkan sokongan kaum India jika sokongan terhadap PR masih tidak kuat.
Jika wujudnya TPM lebih dari seorang jelas menunjukkan Anwar sebenarnya tiada bakat untuk menjadi pemimpin menerajui kepimpinan negara. Tindakan melantik TPM lebih dari seorang bukannya sebab PR lebih terbuka dan mementingkan semua kaum, sebaliknya Anwar tidak mampu untuk menguruskan hal-hal pentadbiran negara. Segala hal pentadbiran akan dilakukan oleh timbalan-timbalannya, sebaliknya tugas beliau hanyalah berada dipentas media melebarkan retoriknya politiknya dan angan-angan mat jeninya untuk menghancurkan negara.
Tapi ada desas-desus mula menjadi bualan dan perbincangan penyokong-penyokong mereka di Sabah dan Sarawak. Mereka ada yang bertanya, tiadakah wakil dari mereka untuk kaum bumiputra di Sabah dan Sarawak yang akan mewakili mereka. Mereka bukan hanya mahukan wakil mereka itu hanya dalam barisan Kabinet dan menjadi timbalan menteri saja, bahkan mereka juga inginkan wakil mereka sebagai TPM supaya kaum bumiputra di Sabah dan Sarawak lebih terbela. Mereka juga berkata lagi, jika Anwar memberi ruang kepada kaum Melayu (Pas),Cina (Dap), India (mungkin PKR) menjadi TPM, jadi apa salahnya berdasarkan keperluan politik Anwar melantik kaum Bumiputra Sabah/Sarawak sebagai TPM.
Adalah benar, jika ramai menyatakan tindakan Anwar hanya sekadar strategi politiknya untuk meraih sokongan kaum Cina. Melihat ketidak percayaan pengikutnya dalam PKR yang keluar parti, meningkatnya sokongan kaum Cina dalam 2 PRK di Hulu Selangor dan Sibu, adalah cara untuk ‘mengikat’ kaum Cina supaya terus menyokong mereka dengan ‘memancing’ perkara sedemikian rupa. Kerana Anwar pun sedar akan tindakan Pas yang sudah meragui ‘ikatan’ dengan PKR dan Dap apabila menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) sebagai sayap kanan parti tersebut yang tidak lagi bergantung kepada PKR dan Dap untuk mendapat sokongan bukan Melayu.
Monday, 14 June 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)