Showing posts with label DAP. Show all posts
Showing posts with label DAP. Show all posts

Monday, 20 September 2010

KES SOSILAWATI: SIASAT DAP, HINDRAF DAN PR



Pendedahan oleh para pengamal blog dan sebuah akhbar utama negara berhubung suspek utama pembunuhan Datuk Sosilawati adalah ahli Dap seumur hidup dan juga penyumbang utama kewangan serta peguam bagi pertubuhan haram Hindraf perlu dihayati oleh rakyat. Apabila pendedahan ini dibuat oleh blog dan media utama maka para pemimpin-pemimpin dari Dap mula melompat dan menafikan suspek utama tersebut adalah ahli Dap seumur hidup. Sebaliknya pemimpin Dap untuk menutup kenyataan sedemikian, akan mengambil tindakan seperti menyaman media berkenaan berdasarkan tuduhan yang dilemparkan.

Sehingga hari ini, para pemimpin Dap dan PR tidak bersuara dan berdiam diri berhubung isu kematian usahawan kosmetik ini. Sebaliknya ketika isu Kugan dan Tan Beng Hock merekalah perancang utama menghasut rakyat dan memfitnah pihak berkuasa di atas kematian tersebut. Sebaliknya dalam kes kematian Datuk Sosilawati, mereka membisu dan cuba menyalahkan Kerajaan dengan mengaitkan sentimen perkauman apabila kes melibatkan kaum Melayu tumpuan diberikan sepenuhnya berbanding jika melibatkan kaum lain. Inilah agenda yang sedang di spin oleh Dap dan PR terhadap BN bagi menutup dakwaan suspek utama adalah ahli Dap seumur hidup dan penyumbang wang utama kepada pertubuhan haram Hindraf yang ditaja oleh Dap dan PR.

Paling menyedihkan untuk menghalalkan dan menafikan pembabitan Dap dalam kes ini, ada juak-juak dalam geng pak janggut dan pak serban menyatakan kematian arwah Sosilawati mungkin balasan dari yang maha Esa dari apa yang dilakukan semasa hayatnya di dunia. Begitu dangkal dan biadab mereka yang mengaku perjuangkan Islam tetapi apabila umat Islam sendiri disembelih sedemikian rupa masih lagi mengangkat dan memuja syaitan yang sahih neraka adalah tempatnya.

Sehingga kini pemimpin tertinggi Pas dan PKR yang beragama Islam diam seribu bahasa dan tidak mengulas isu suspek utama kes pembunuhan ini yang dikatakan ahli Dap seumur hidup dan juga dermawan serta peguam bagi pertubuhan haram Hindraf. Mahu tidak mahu PR terutamanya Dap sedang menyusun strategi mengarahkan Nik Aziz atau mereka yang seangkatannya dari PKR menafikan kenyataan sedemikian sebaliknya memainkan sentimen perkauman bagi mengheret dan menyalahkan BN. Kemungkinan satu hari Nik Aziz dan para pengikutnya akan menyatakan, ini adalah permainan politik kotor BN untuk menarik perhatian dan meraih simpati orang Melayu dan cuba meruntuhkan Dap. Kemungkinan kenyataan ini keluar dari pemimpin Pas terutama Nik Aziz adalah tidak mustahil kerana sebelum ini pun Nik Aziz sanggup membela Dap walaupun mereka menghina Islam dan juga isu penggunaan khalimah Allah.

Dalam politik, Pas dilihat sanggup lakukan apa saja asalkan hajat mereka untuk berkuasa dapat dipenuhi walaupun mereka sedar bahawa mereka hanyalah ‘monyet’ umpanan bagi Dap untuk melebarkan kuasa mereka. Dalam kes suspek utama pembunuhan Datuk Sosilawati ini pihak berkuasa hendaklah menyiasat parti Dap dan PR serta Hindraf sebelum bukti-bukti penting dihapuskan oleh mereka. Adakah kematian rakan karib Sosilawati di P.Pinang hari ini (berita harian 19 September 2010) ada kaitan dengan pembunuhan Sosilawati serta pendedahan suspek utama adalah ahli Dap seumur hidup? Begitu pelik seorang rakan baik mati gantung diri dengan alasan tertekan atau sebenarnya wujud perkara lain kerana si mati mungkin banyak mengetahui maklumat berhubung kes kematian Sosilawati.

Apa yang ingin diulas disini ialah apabila kematian sebegini melibatkan orang Melayu, para pemimpin Pas, PKR dan juga Dap serta media-media ekstrim mereka diam seribu bahasa. Walaupun ada berita yang disiarkan oleh media mereka, ia hanyalah berita sisipan sekadar mengisi ruangan yang ada. Sebaliknya jika kematian itu melibatkan kaum bukan Melayu, heboh satu dunia digoncang dan war-warkan kononnya bagi menuntut pembelaan di atas kelemahan pihak berkuasa Kerajaan dan menuduh wujudnya konspirasi BN dalam sesuatu kejadian. Maka berhimpunanlah mereka, beraraklah mereka disegenap jalan utama bersama dengan lilin bagi memperingati si mangsa, tapi bila melibatkan orang Melayu mereka mengambil sikap diam seribu bahasa kononnya tidak mahu menggangu siasatan pihak berkuasa.

Inilah wadah perjuangan pemimpin ‘bangsat’ yang sanggup menjual maruah agama, bangsa dan negara biarpun tahu ianya boleh menyebabkan kita merempat dibumi sendiri di suatu masa. Kerana yang merempat dan terseksa nanti bukanlah mereka sebaliknya rakyat yang mereka tipu dan telah terperdaya dengan janji manis mereka.

Tuesday, 3 August 2010

APAKAH NASIB ORANG MELAYU PULAU PINANG?



Bak kata orang-orang tua, untung sabut timbul untung batu tenggelam tapi bagi orang Melayu Pulau Pinang adakah nasib mereka timbul atau terus tenggelam dan dilenyapkan begitu saja tanpa adanya pembelaan daripada mana-mana pihak. Jika sebelum ini peduduk kampung Buah Pala disentap oleh tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang tapi kali ini penduduk kampung Asam pula bakal menjadi mangsa.

Jika penduduk kampung Buah Pala boleh menarik nafas lega jika dibayar pampasan sehingga ratusan ribu ringgit, namun nasib malang menimpa penduduk kampung pokok Asam apabila hanya kurang RM70 ribu saja pampasan yang dijanjikan untuk diberikan kepada penduduk yang majoritinya Melayu dan bekerja sebagai nelayan. Dengan pampasan hanya RM70 ribu, orang Melayu tidak mampu membeli kediaman di Pulau Pinang sebaliknya mereka hanya mampu membeli kediaman di luar Pulau Pinang seperti di Kedah. Namun, belum pun isu kampung pokok Asam selesai sebuah lagi perkampungan Melayu bersebelahan dengan kampung pokok Asam iaitu kampung Tengah pula dikatakan telah diberikan notis ‘pengusiran’.
Dengan apa yang berlaku dan akan terus dilakukan oleh kerajaan negeri di bawah pimpinan ‘Khalifah Umar’ tak tahu bagaimana nasib orang Melayu di Pulau Pinang kerana kampung pokok Asam dan kampung Tengah bukanlah satu-satunya kampung yang akan ‘diranapkan’ atas nama pembangunan di negeri itu, difahamkan terdapat empat hingga lima buah kampung Melayu lagi juga akan menimpa nasib serupa.

Nampaknya semakin hari orang Melayu di Pulau Pinang semakin tertekan di bawah pentadbiran ‘Khalifah Umar’ yang disanjung oleh pemimpin Pas dan PKR. Apa yang berlaku ini adalah disandarkan dengan segala bentuk alasan ‘tsunami pembangunan’ yang akhirnya bakal menyaksikan orang Melayu diusir secara sistematik dari tanah tempat tumpah darah mereka sendiri.

Namun dari satu sudut, ia bukan hanya strategi sistematik merampas tanah milik orang Melayu, sebaliknya satu strategi bagi memecahkan undi Melayu dengan menghapuskan kawasan-kawasan majoriti penduduk Melayu dan membawa dan mempelawa masuk bukan Melayu. Dengan kata lain ia sama seperti apa yang dilakukan oleh Zionis ke atas penduduk Palestine, penduduk asal dinafikan hak mereka dan tanah mereka dirampas tanpa belas ehsan hanya semata-mata untuk meluaskan dan pertahankan kuasa mereka.

Sebelum ini para penduduk kampung Melayu tersebut begitu memuja dan memuji pentadbiran ‘Khalifah Umar’ setelah mereka ‘kerjakan’ kerajaan BN kerana pemintaan mereka untuk menggantikan jalan kampung berlopak digantikan dengan jalan baru ditunaikan. Tapi keseronokan mereka hanyalah sementara apabila jalan siap diturap, notis berpindah pula mereka diberikan. Maka berkeliaranlah penduduk kampung mencari penyelamat.

Tapi secara terangnya, usaha kerajaan negeri adalah hanya semata-mata untuk memecahkan undi melayu dan jika undi kelompok Melayu dapat dipisahkan, maka undi Melayu akan menjadi lemah. Kawasan yang telah ditinggalkan oleh orang Melayu akan diisi oleh bukan Melayu dan akan diperlebarkan keluasannya sehingga mereka boleh mengistiharkan negeri tadbiran mereka sebagai sebuah Negara Republik.

Monday, 14 June 2010

RETORIK 16 SEPTEMBER DIULANG LAGI

Kekakangan waktu sejak akhir ini begitu menghambat. Maaf kepada semua. Dalam pada itu terlalu banyak isu yang timbul dan saya akan cuba mengulas dan memberikan pandangan. Soal 16 September sekali lagi Anwar Ibrahim mencipta retoriknya apabila menyatakan jika beliau menjadi PM beliau akan melantik TPM II dari parti Dap dan sekiranya ada keperluan dalam politik, tidak salah baginya untuk melantik TPM III. Jika sebelum ini Anwar telah menjatuhkan maruah perjuangan Dap dan Pas berhubung 16 September dengan mencanangkan cerita puluhan anggota Parlimen dan Dun BN akan melompat keluar BN menyertai PR dan merampas pentadbiran di Putrajaya, namun sekali lagi beliau mengambil langkah berani dengan mengistharkan beliaulah bakal PM dan wakil dari Pas dan Dap akan menjadi TPM.

Beliau tanpa segan silu telah istiharkan dirinya sebagai PM tanpa memikirkan hati dan perasaan rakan beliau dalam Pas. Tidakkah Anwar sedar pendirian Dewan Ulama Pas yang inginkan Haji Hadi menjadi PM? Inilah pendirian yang dinyatakan dan disampaikan dengan jelas oleh Dewan Ulama Pas kepada rakan-rakan mereka dalam PR ketika isu 16 September sehinggalah hari ini.

Ketika Muktamar Pas di Ipoh, Perak pada 2008, Haji Hadi juga pernah menjelaskan,

“Mat Jenin, baru panjat pokok kelapa saja, belum dapat buah dah bercita-cita nak jadi raja.” Itu antara kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika berdepan dengan para wartawan yang nak tahu apa pendiriannya berhubung pandangan dalam Muktamar PAS bahawa beliau lebih layak menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang benar-benar dapat membentuk kerajaan pada 16 September ini seperti didakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dewan Ulama PAS sendiri mahukan Presiden PAS itu jadi Perdana Menteri. (Agendadaily.com)

Maka benarlah apa yang dikatakan oleh seluruh rakyat Malaysia, rupanya Anwar ini tidak ubah seperti Mat Jenin dan ini disokong pula oleh Haji Hadi. Walaupun jelas Anwar semakin kurang mendapat sokongan dari pengikutnya apabila para pemimpin dan penyokongnya semakin ramai keluar PKR tapi beliau tidak malu dan tidak segan menyatakan beliaulah yang layak menjadi PM. Bukankah kalau nak jadi PM sepatutnya dia mendapat sokongan padu partinya terlebih dahulu? Sedangkan apa yang berlaku kepada beliau dan parti yang diterajuinya semakin hilang kepercayaan ke atas kewibawaannya untuk menjadi PM.

Jika wakil Pas dan Dap menjadi TPM dan beliau juga berkata jika ada keperluan politik beliau akan melantik TPM III. TPM III yang akhir sekali disebut ini mungkin wakil dari kaum India dan ia adalah senjata akhir Anwar untuk mendapatkan sokongan kaum India jika sokongan terhadap PR masih tidak kuat.

Jika wujudnya TPM lebih dari seorang jelas menunjukkan Anwar sebenarnya tiada bakat untuk menjadi pemimpin menerajui kepimpinan negara. Tindakan melantik TPM lebih dari seorang bukannya sebab PR lebih terbuka dan mementingkan semua kaum, sebaliknya Anwar tidak mampu untuk menguruskan hal-hal pentadbiran negara. Segala hal pentadbiran akan dilakukan oleh timbalan-timbalannya, sebaliknya tugas beliau hanyalah berada dipentas media melebarkan retoriknya politiknya dan angan-angan mat jeninya untuk menghancurkan negara.

Tapi ada desas-desus mula menjadi bualan dan perbincangan penyokong-penyokong mereka di Sabah dan Sarawak. Mereka ada yang bertanya, tiadakah wakil dari mereka untuk kaum bumiputra di Sabah dan Sarawak yang akan mewakili mereka. Mereka bukan hanya mahukan wakil mereka itu hanya dalam barisan Kabinet dan menjadi timbalan menteri saja, bahkan mereka juga inginkan wakil mereka sebagai TPM supaya kaum bumiputra di Sabah dan Sarawak lebih terbela. Mereka juga berkata lagi, jika Anwar memberi ruang kepada kaum Melayu (Pas),Cina (Dap), India (mungkin PKR) menjadi TPM, jadi apa salahnya berdasarkan keperluan politik Anwar melantik kaum Bumiputra Sabah/Sarawak sebagai TPM.

Adalah benar, jika ramai menyatakan tindakan Anwar hanya sekadar strategi politiknya untuk meraih sokongan kaum Cina. Melihat ketidak percayaan pengikutnya dalam PKR yang keluar parti, meningkatnya sokongan kaum Cina dalam 2 PRK di Hulu Selangor dan Sibu, adalah cara untuk ‘mengikat’ kaum Cina supaya terus menyokong mereka dengan ‘memancing’ perkara sedemikian rupa. Kerana Anwar pun sedar akan tindakan Pas yang sudah meragui ‘ikatan’ dengan PKR dan Dap apabila menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) sebagai sayap kanan parti tersebut yang tidak lagi bergantung kepada PKR dan Dap untuk mendapat sokongan bukan Melayu.

Thursday, 27 August 2009

DAP KAFIRKAN PAS DAN MEMBAWA PAS KE NERAKA




Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib berhubung dengan penangguhan hukuman sebat keatas Kartika Seri Dewi Shukarnor yang menunjukan sokongannya tentunya mengundang kecaman dari Pas dan pihak pihak yang tidak bersikap rasional.

Najib berpendapat hukuman secara fizikal merupakan langkah terakhir dalam melaksanakan undang-undang jenayah syariah terutama terhadap pesalah wanita.

Katanya , Islam lebih mengutamakan tarbiah secara berhemah terhadap pesalah terbabit supaya mereka lebih sedar dengan kesalahan yang dilakukan.

Rasa simpati, belas kasihan serta tarbiah merupakan intipati di dalam Islam dan itu yang diamalkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW, katanya.

Pentafsiran rasional oleh pemimpin parti Barisan Nasonal itu yang dulunya Perikatan adalah penerusan sikap UMNO yang telah sekian lama menjadi pemisahan antara identiti UMNO dengan Pas . Sikap inilah yang menyebabkan UMNO di hormati oleh parti parti komponennya dan mengekalkan kerjasama antara mereka.

Bagaimanapun tidak dinafikan sikap UMNO ini tidak lagi dihargai oleh generasi baru Cina malah di kalangan MCA sendiri sejak berlakunya perubahan sikap orang Cina dalam Pilihanraya Umum 2008. Kegilaan kepada kuasa telah membutakan mata mereka terhadap bahaya berkawan dengan parti pelampau Islam.

Maka itu timbullah krisis dalaman yang menampakan kecelaruan dalam pakatan pembangkang dan menimbulkan keraguan apakah mereka dapat berkerjasama untuk kestabilan dan kesejahteraan rakyat jika berkuasa di peringkat nasional kelak.

Di Selangor umpamanya kita telah dapat melihat krisis antara Pas dengan DAP dan PKR dalam perlaksanaan pengharaman penjualan arak di kawasan yang majoritinya orang Islam yang pada akhirnya menampakan tolak ansur Pas kepada DAP.

Selain dari itu pembinaan kuil Hindu yang tidak pernah menyerlahkan krisis antara UMNO dan MIC sebaliknya diatasi secara aman sekarang telah mengocak perasaan harmoni antara kaum dan lebih menampakan kekalahan orang Islam tetapi kerajaan Selangor yang dianggotai oleh Pas tidak dapat berebuat apa apa.

Orang Islam amat tersentuh dengan hasrat untuk meneruskan pembinaan kuil itu sehingga akan berlakunya tunjuk perasaan besar besaran Badan Betindak Penduduk Seksyen 23 dengan Gabungan Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan Malaysia pada Jumaat ini di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor di Shah Alam.

Lebih buruk lagi apabila sebelum ini anggota Wanita Dewan Undangan Negeri dari PKR bersama dengan Mursyidul Pas Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan telah mempertahankan sebagai hak individu apabila seorang wanita ADUN Selangor berbogel dan berkhalwat dengan seorang Melayu. Mereka lupa bahawa apabila sesaorang itu telah menjadi pemimpin masyarakat atau selebriti maka dia adalah terdedah kepada hukuman awam.

Sikap melampau Pas di masa lalu telah menampakan parti itu berada dalam kesesatan sekarang ini apabila dari masa kemasa sejak berkawan dengan DAP dan PKR ia telah menjustifikasikan semua perbuatan yang dicacinya di masa lalu, telah menjilat ludahnya sendiri dan telah sanggup menghalalkan yang haram.

Sikap Datuk Seri Najib dalam menyokong penangguhan hukuman sebat terhadap Kartika Sari Dewi atas kesalahan minum arak untuk memberi peluang kepada Hakim Syarie Pahang menyemak semula hukuman itu tidaklah seharusnya mengejutkan mana mana pihak kerana itulah imej Islam UMNO dari sejak zaman Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman.

Kes Kartika Sari Dewi telah menarik perhatian masyarakat antarabangsa samaada Malaysia akan mengamalkan konservatisme atau dogmatik Islam seperti Arab Saudi atau Taliban atau akan meneruskan sikap kesederhanaan Islam yang menjadi wajah manis Malaysia sejak merdeka.

Dengan wajah Islam yang lembut inilah Malaysia telah mendapat penghormatan dunia dan bukan Islam sehingga ia menjadi negara Islam contoh.

Bagaimanapun jika Pas yang memberikan tolak ansur seperti ini yang telahpun terlihat sejak berkawan dengan PKR dan Pas, nyatalah ia telah menyeleweng dari dasarnya, hipoktrit, lidah bercabang dan tidak bermoral.

Dasar dasar UMNO tidak berjaya merasionalisasikan sikap PAS tetapi akhirnya DAP yang dapat mengkafirkan PAS dan akan membawa PAS ke neraka.

Sunday, 9 August 2009

ARAK: LAWAK BODOH KERAJAAN SELANGOR


Seperti sudah dijangka satu sandiwara dan lawak bodoh sedang berlaku di Selangor mengenai isu arak. Walaupun dibantah dan kenyataan Menteri Besar Selangor yang memihak kepada Dap, tapi ia sebenarnya menonjolkan dengan jelas bagaimana sebuah sandiwara dan lawak bodoh ini digunakan untuk menutup isu-isu tertentu yang melanda dan menimpa para pemimpin PR.

Sejak isu arak dan bantahan oleh pemimpin Pas Selangor ke atas Ronnie Liu, media-media dan laman blog pembangkang seperti Harakah Daily langsung tidak menyentuh isu tersebut. Kenapa media rasmi Pas itu mengambil sikap berdiam diri mengenai isu arak ini? Sebaliknya hanya membiarkan media arus perdana saja memutarkan isu tersebut? Tidakkah isu ini merupakan antara prinsip sebenar perjuangan media Pas iaitu menegakkan syiar Islam antaranya melarang penjualan arak secara berleluasa? Tapi kali ini media Pas memilih untuk berdiam diri atau mempunyai agenda tersendiri dalam isu ini?

Lebih mendengkilkan lagi apabila ada juak-juak dalam Pas menuding jari kepada BN di atas apa yang berlaku. Perkara ini bukan sekali dan bukan hanya pada isu arak, tetapi dalam setiap isu apabila terkena batang hidung mereka, jika tidak dapat ditutup maka mereka akan menyalahkan petadbiran lama. Kenyataan Timbalan Pemuda Pas, Ahmad Zaidy Abd. Mutalib amat memualkan berhubung isu arak dan Ronnie Liu. Beliau dengan sekeras-kerasnya menafikan yang Pemuda Pas Selangor akan mengadakan demontrasi di masjid negeri Selangor Jumaat lalu bagi membantah dan mendesak kerajaan Selangor melucutkan portfolio Ronnie Liu.

Sebaliknya beliau melontarkan dan mendakwa demontrasi itu hanyalah tindakan UMNO untuk mengeruhkan hubungan antara Pas dalam PR. “Pemuda PAS Selangor tidak pernah menghubungi Pemuda Umno dan tidak pernah merancang hendak mengadakan demonstrasi," tegasnya. Beliau menegaskan, Pemuda Umno cuba mengeruhkan keadaan dan mahu merosakkan hubungan akrab parti dalam Pakatan Rakyat” (HarakahDaily.Net 6 Ogos 2009).

Inilah sikap juak-juak dalam Pas dan nampak kejahilan mereka dan tunduknya Pas di atas kuasa Dap. Kenapa mereka takut dan menafikan ingin mengadakan demontrasi bagi menegakkan syiar Islam supaya arak tidak dijual di Selangor? Kenapa jika isu ISA mereka sanggup bersekang mata dan mengerahkan tenaga mengadakan demontrasi jalanan? Tapi bila sampai pada perjuangan agama dan menegakkan syiar Islam, mereka tidak pula sanggup membuat demontrasi, kenapa?.

Kenapa wujudnya keadaan ini? Jawapannya paling mudah, kerana apa yang mereka lakukan sebelum ini hanyalah perjuangan politik dan keduniaan semata-mata. Perjuangkan Islam yang dilaungkan itu hanyalah simbolik untuk menarik sokongan dan undi orang-orang Melayu ketika menjelang pilihanraya.

Jika kita lihat sebelum Selangor di bawah petadbiran PR, Pas mengguna dan melabelkan Kerajaan Selangor di bawah BN dengan pelbagai kata. Seperti memanggil Selangor sebagai negeri Darul Babi, negeri Darul Arak dan sebagainya. Selain itu, mereka juga mendakwa Islam di Selangor tidak dilaksanakan dengan sepenuhnya dan pemimpin-pemimpin BN dilabelkan dengan pelbagai kata-kata hina. Akhirnya, apabila berkuasa dan mentadbir Selangor, tidak pula mereka melakukan seperti apa yang mereka kata. Gejala sosial semakin meningkat, bertambahnya rumah urut, pub, dan sebagainya hanya dilihat tanpa sebarang tindak dibuat oleh pemimpin Pas. Sebaliknya mereka hanya pandai menuding jari kepada Kerajaan terdahulu dalam setiap kali isu timbul.

"Semua perkara ini berpunca daripada Umno yang telah memerintah selama 50 tahun tetapi mereka tidak dapat mengharamkan penjualan arak di kawasan-kawasan majoriti Melayu," tegasnya. Ini kerana tambah beliau, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah melaksanakan perkara tersebut walaupun baru setahun empat bulan kerajaan Pakatan Rakyat memerintah” Timbalan Pemuda Pas, Ahmad Zaidy Abd. Mutalib (HarakahDaily.Net 6 Ogos 2009).

Jika ia berpunca dari UMNO, kenapa pemimpin-pemimpin Pas tidak membetulkan keadaan? Bukankah itu tugas para pemimpin Pas untuk memgubah keadaan menurut hukum Islam setelah mereka mengambil ali pentadbiran? Apabila Khalid mengeluarkan kenyataan, kenapa pemimpin-pemimpin Pas hanya berdiam diri dan menerima saja kenyataan Khalid berhubung isu penjualan arak di Selangor? Apakah beza konsep self regulation dengan kebenaran menjual arak yang diamalkan sebelum ini, apa bezanya kedua-dua ini? Kenapa pemimpin-pemimpin Pas tidak berdemontrasi? Bukankah Pas sebuah parti yang memperjuangkan Islam? Kenapa hanya berdiam diri apabila cadangan untuk melarang jualan arak di premis 7eleven itu ditolak oleh Khalid?

Bukan itu saja, jika benarlah Pas memperjuangkan Islam, kenapa mereka tidak perjuangkan supaya ditutup semua kelab, pub dan yang mengundang gejala sosial di Selangor? Kenapa Pas sanggup memperjuangkan Exconya yang terlibat dalam kehidupan moral yang begitu rendah sekali apabila bersedudukan tanpa ikatan perkahwinan? Sebaliknya pemimpin-pemimpin Pas lebih suka dan senang menuding jari kepada orang lain.

Apakah motif sandiwara yang dimainkan oleh PR di Selangor oleh Pas? Kenyataan Khalid sedikit sebanyak menonjolkan satu lawak bodoh dalam petadbirannya di Selangor. Begitu juga dengan lakonan Nik Aziz sejak kebelakangan ini yang dilihat agak sopan santun, lembut dan lebih berbudi bahasa. Kenapa semua ini berlaku dalam tempoh yang begitu mendadak? Atau Nik Aziz dan Pas sudah nampak, gaya pendtadbiran dan cara Najib mula mendapat sokongan rakyat? Kemenangan tipis di Manek Urai mungkin alasan kuat untuk Nik Aziz dan Pas Selangor kembali meraih simpati rakyat? Sebab semua tahu, Permatang Pasir bakal menjelang tiba, sudah pasti Pas tidak mahu bala menimpa.



Sunday, 19 July 2009

KEMATIAN TEOH BENG HOCK ANGKARA SIAPA?



Nampaknya ‘syaitan bisu’ memulakan strateginya untuk menghukum BN dan juga SPRM berhubung kematian Setiausaha Politik Exco Selangor yang juga Adun Seri Kembangan. Kematian Teoh diambil kesempatan sepenuhnya oleh PR untuk menghukum BN dan SPRM seolah-olah apa yang berlaku di atas kematian Teoh adalah berpunca dari SPRM. Tak mustahil mereka akan menyalahkan BN diatas apa yang berlaku tapi buat masa ini SPRM di minta oleh mereka supaya bertanggungjawab.

Strategi dan perancangan rapi ‘syaitan bisu’ nampaknya mula menarik simpati dan sokongan rakan-rakan dalam PR. Rata-rata blog dan media pro PR mula menyerang dan menabur fitnah seoalah-olah ia dilakukan oleh SPRM ataupun Kerajaan. Para pemimpin PR dari PKR, Dap dan Pas mula mengorak langkah dengan mencipta suasana huru-hara di Shah Alam. Pada awalnya mereka berkumpul di perkarang Plaza Masalam di Shah Alam, apabila di halang polis mereka bergerak pula di Dataran Shah Alam.

Untuk menjayakan strategi yang telah telah dirancang, ‘syaitan bisu’ mula menyebarkan dan mengajak orang ramai mengadakan perhimpunan di Stadium Kelana Jaya. Yang menyedihkan ialah apabila Kerajaan Negeri Selangor menjadi dalang untuk menghimpun rakyat kononnya bagi menuntut keadilan di atas kematian Teoh.

Kerajaan Negeri Selangor akan mengadakan perhimpunan solidariti ‘Perhimpunan Rakyat’ untuk menuntut keadilan bagi mendiang Teoh Beng Hock yang mati di Plaza Massalam, Shah Alam pada Ahad, 19 Julai di Stadium Kelana Jaya, Petaling Jaya jam 4.30 petang. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berharap pihak polis bertimbang rasa ketika mengendalikan orang awam dalam perhimpunan tersebut serta dapat memahami sentimen orang awam yang secara umumnya sedih dan marah atas kematian Teoh (HarakahDaily.Net 17 Julai 2009).

Pelbagai andaian dan tanggapan dibuat oleh para pemimpin dan penyokong PR dan mereka memang meletakkan kesalahan tersebut di tangan SPRM. Begitu licik dan hebat permainan sandiwara PR dalam usaha mereka menagih kembali sokongan rakyat setelah pendedahan demi pembongkaran ‘kemungkaran’, ‘kebangsatan’ dan ‘penipuan’ yang mereka lakukan telah terbongkar. Ia bertujaun semata-mata untuk menutup dan melenyapkan isu Kampung Buah Pala di Pulau Pinang, isu perlantikan ahli majlis Pulau Pinang, isu kediaman Ketua Menteri Pulau Pinang, isu keretakan hubungan Pas dalam PR, isu Kerajaan Perpaduan dan perlbagai lagi isu lain seperti rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya dari rakyat mengetahuinya.

Kurangnya majoriti undi yang dimenangi oleh Pas di Manek Urai pada pilihan raya kecil Selasa lalu adalah bukti bahawa populariti PR semakin terjejas dan menurun. Oleh kerana takut virus itu melanda lagi teruk, terutamanya di Selangor dan Pulau Pinang, maka ‘syaitan bisu’ memulakan sandiwara dan mereka sanggup mengorbankan orangnya sendiri semata-mata untuk menutup kelemahan dan isu-isu yang ditelanjangkan di dada-dada akhbar. Bukan itu saja, untuk menyakinkan kembali sokongan orang Cina dan India terutamanya, maka mangsa juga mestilah terdiri dari keturunan mereka kerana orang Melayu ‘senang percaya’ manakala penyokong Pas dan PKR adalah ‘kerbau yang dicucuk’ hidung, mudah untuk ‘syaitan bisu’ memperbodohkan mereka.

Ketika para pemimpin PR mula berhimpun di Plaza Masala, rakyat tertanya-tanya kenapa mereka menuduh dan menyalahkan SPRM dengan begitu mudah, sedangkan pihak polis masih menjalankan siasatan. Mereka juga menyatakan orang Cina kalau sudah buat salah dan kesalahan yang mereka lakukan itu mula dibongkar, maka jalan penyelesaiannya ialah dengan bunuh diri. Ada juga menyatakan tidak mustahil ketika Teoh berjalan pulang setelah disoal siasat oleh SPRM, beliau telah dibunuh oleh mereka yang takut segala rahsia mereka terus terbongkar. Jadi jalan penyelesaiannya ialah membunuh Teoh dan mayatnya dicampak di bangunan Masalam supaya SPRM atau BN akan dipersalahkan.

Tidak mustahil semua ini perancangan dan strategi ‘syaitan bisu’ hanya untuk menutup kesalahan dan penipuan mereka lakukan dan ianya telah didedah dan dibongkarkan oleh media. Kita jadikan Peristiwa September 11, dimana World Trade Centre dan penghuninya dijadikan mangsa, maka perancang strategi menuding jari kepada penjuang Islam yang melakukannya. Maka halal lah bagi mereka menghancurkan bumi Afghanistan dan Iraq serta lebih memalukan ia turut disokong oleh bangsa Arab sendiri.

Inilah antara sikap dan cara bangsa Yahudi yang sanggup membunuh manusia hanya semata-mata untuk terus berkuasa dan mendapat sokongan politik. Ia menjadi ikutan dan budaya di Negara kita, di mana mereka sanggup ‘mengorbankan’ orang sendiri dan ia diambil kesempatan dengan menuding jari kepada orang lain supaya rakyat akan marah dan bangkit membuat bantahan. Mereka lebih suka menimbulkan huru-hara dan mewujudkan suasana tidak tenteram maka senanglah mereka mengambil kesempatan.

Jadi jika benarlah Teoh mati dibunuh, jika benarlah Teoh mati bunuh diri atau sebaliknya, berilah ruang pada polis dan pihak berkenaan untuk menjalankan siasatan dan bukannya menghukum tanpa perbicaraan. Tindakan mengajak rakyat dan para penyokong berhimpunan hanyalah dilihat satu tindakan desperado politik dan takut pada bayangan sendiri.




Akok@Baulu

Thursday, 16 July 2009

Rumah Urut dan Refleksologi Bercambah Bagai Cendawan Salepas Hujan


Sejak kerajaan pakatan rakyat Selangor yang didalangi oleh DAP memerintah, bilangan rumah urut, refleksologi bertambah daripada 700 buah kepada lebih 4,700 buah. Ini adalah antara perkaitan dan persekongkolan diantara beberapa exco pakatan dan direstui oleh MB Khalid Ibrahim.

Tuesday, 14 July 2009

Lagi Sentimen Perkauman!



Anggota Dewan Undangan Negeri Selangor bagi Kota Alam Shah, M.Manoharan merasa kurang senang melihat Speaker Dewan Negeri Selangor, Teng Chang Khim memakai songkok semasa persidangan itu kerana beliau menganggap mereka berjuang atas prinsip bahawa tidak akan memakai songkok kerana tidak diiktiraf sebagai Bumiputera.

Manoharan juga tidak gembira dengan pemakaian songkok kerana orang bukan Melayu tidak diberikan status Bumiputera dan masih dilayan sebagai kumpulan yang berbeza. Beliau turut mengulas prinsip 1Malaysia oleh Perdana Menteri dimana melalui konsep itu PM patut menimbang memberikan status Bumiputera kepada bukan Melayu.

Di samping itu, Manoharan menyatakan bahawa buat masa sekarang bukan Melayu tidak merasa bangga untuk memakai songkok dan baju Melayu kerana mereka tidak dilayan sebagai Bumiputera. Malahan status Bumiputera perlu diberi kepada bukan Melayu yang lahir selepas Malaysia mencapai kemerdekaan.

Ini pemikiran yang akan merosakkan perpaduan kaum dinegara kita. Beliau seharusnya menghormati dan menjunjung Perlembagaan.

Monday, 13 July 2009

CUTI UMUM BENTENG TERAKHIR UNTUK PUJUK RAKYAT




Saat-saat akhir menjelang pilihanraya kecil Manek Urai melihatkan Pas terpaksa menggunakan strategi terakhirnya dengan mengistiharkan cuti peristiwa bagi negeri Kelantan. Nampaknya dalam keadaan terdesak dan semakin terhimpit, kerajaan Negeri Kelantan terpaksa menyogok para pengundi dengan memberi atau istiharkan cuti bagi seluruh negeri.

Ia sebenarnya tamparan buat Pas kerana konflik antara pemimpin tertinggi Pas sudah dihidu dan mendapat tempiasnya apabila penduduk dan rakyat Kelantan tidak selesa dengan situasi dalaman parti Pas yang dikatakan dikuasai dan dipengaruhi oleh kumpulan Endorgan yang diketuai oleh Anwar Ibrahim dan pengikut kuatnya Husam Musa dan perancang strategi Lim Kit Siang. Manakala Nik Aziz yang telah terpedaya dan termakan kata-kata manis Anwar hanya digunakan sebagai batu lonjatan untuk tarikan sokongan penyokong Pas.

Sebenarnya tembelang Pas selama 20 tahun memerintah Kelantan dibuka seluas-luasnya oleh UMNO dan BN sepanjang kempen berlangsung. Keadaan penduduk dan pembangunan di Manek Urai amat daif dan tidak terurus di bawah pimpinan 20 tahun Pas. Walaupun saban kali tibanya musim pilihanraya, pelbagai janji manis disogokkan namun hakikatnya sehingga hari ini penduduk Manek Urai masih hidup ditahap lama tanpa pembelaan dari pemimpin Pas. Dengan kata lain tahap insfrastruktur di Manek Uaria amat menyedihkan dan inilah menjadi harapan pada penduduk Manek Urai supaya BN kembali untuk membangunkan Manek Urai.

Sepanjang kempen, boleh dikatakan pemimpin Pas dan juga PR langsung tidak menyentuh perihal pembangunan, mereka menyatakan pembangunan tidak penting dan sebab itulah mereka lebih menyentuh soal perjuangan Islam. Namun, walaupun isu perjuangan Islam dijadikan bahan kempen, penduduk Manek Urai juga minta penjelasan daripada pucuk pimpinan tertinggi Pas berhubung arah tuju perjuangan Islam Pas? Mereka bertanya jika Islam di perjuangkan kenapa Kerajaan Negeri Kedah sanggup mencari tapak baru untuk membina pusat ternakan babi termasuk juga ladaing ternakkan babi di Selangor? Jika dahulu ketika Selangor di bawah BN, Pas menggelarkan Selangor sebagai Negeri Darul Babi, tapi apa dah jadi dengan Kedah? Bolehkah kita gelarkan Kedah juga sebagai Negeri Darul Babi kerana terpaksa akur dengan kehendak Dap?

Bagaimana pula hasrat Presiden Pas untuk wujudkan Kerajaan Perpaduan yang ditolak oleh Nik Aziz tapi Nik Aziz tekad untuk berdebat dengan UMNO mengenai Negara Islam, sedangkan Nik Aziz tidak pula berani membuat kenyataan dan mengutus surat secara terbuka untuk berdebat dengan Karpal Sigh atau Lim Kit Siang mengenai Negara Islam yang ditentang oleh Dap? Sebaliknya Nik Aziz sanggup berpeluk-pelukan dengan Lim Kit Siang dan menyokong supaya Elizabeth, Adun Bukit Lanjang dalam isu ‘ranjang’ baru-baru ini terus kekal dalam barisan Exco Selangor. Rakyat ingin penjelasan, kenapa barisan Exco Pas tidak bersuara dan membantah tindakan tersebut?

Sebenarnya dalam pilihanraya kecil Dun Manek Urai ini Pas terpaksa kerja seorang diri. Dap dan PKR langsung tidak peduli kerana mereka takut jika mereka turun di Manek Uria rakyat akan menolak Pas dalam pilihanraya kecil ini. Namun, kumpulan Endorgan yang diketuai oleh PKR dan Dap tetap menjadi dalang dalam percaturan strategi untuk mengekalkan kerusi Dun Manek Urai di bawah Pas. Tapi penduduk Manek Urai sudah ‘bukak mata’ dan sudah ‘celik’ dengan permainan jijik politik PR yang diatur oleh PKR dan Dap.

Akibat desakan dan kehendak penduduk dan penyokong Pas di Manek Urai, Nik Aziz terpaksa akur dan tunduk dengan egonya apabila terpaksa menjemput Timbalan Presiden Pas yang juga Ahli Parlimen Bachok turun padang untuk memancing penduduk Manek Urai. Tapi ia sudah terlambat, kerana penduduk Manek Urai tahu akan lakonan Nik Aziz terhadap Timbalan Presiden Pas dan juga Presiden mereka. Nik Aziz hanya berlakon mereka sudah berbaik semula, tapi hakikatnya perasaan marah Nik Aziz kepada Timbalan Presiden masih berbauk-buak. Apa tah lagi apabila Anaknya sendiri mengiakan bahawa tidak mustahil Pas dan UMNO akan bersatu kelak.

Penduduk Manek Urai juga perlu dijelaskan akan janji yang ditabur oleh Pas seperti pembinaan jambatan keretapi dan pasar awam di Pasir Mas yang mereka menuduh UMNO tidak laksanakan pembangunan. Hakikatnya penduduk di Pengkalan Pasir telah menikmati pembangunan setelah kawasan tersebut dimenangi oleh BN pada selepas pilihanraya kecil Dun Pengakalan Pasir pada 2005. Hakikatnya mereka tabur janji tapi bila tidak terlaksana mereka akan menuding jari kepada BN. Dan ia terbukti apabila penduduk Kampung Buah Pala akan mengedarkan DVD mengenai janji manis yang ditabur oleh pemimpin PR ketika pilihanraya umum lalu, jadi kita tunggulah nanti DVD tersebut.

Tapi tidak mustahil pemimpin tertinggi PKR dan Dap yang telah menabur janji semasa kempen pilihanraya umum lalu akan menabur wang yang banyak bagi menutup cerita dan dari tersebarnya DVD tersebut. Jika tersebar maka, sah lah para pemimpin PKR dan Dap hanya pandai menabur seribu janji tetapi tidak pandai untuk menunaikannya. Apa yang mereka lakukan hanyalah sekadar permainan politik untuk berkuasa.

Temberang pembangkang hari ini sudah mula kelihatan dan mereka mula merasa kepanasan. Sebab itulah untuk dapatkan sokongan, mereka terpaksa menurunkan Timbalan Presiden Pas untuk berkempen dan juga mengumumkan cuti peristiwa bagi negeri Kelantan sebagai keadaan terdesak untuk mendapatkan sokongan.

Akok @ Baulu

Wednesday, 1 July 2009

MENANTI DAN MENEGUK DI AIR YANG KELODAK

Nampaknya Nik Aziz memang semakin ‘besar kepala’ dan semakin angkuh dan bongkak dalam membuat kenyataan. Tindakan Nik Aziz ini seumpama membelakangi Presiden Parti, Haji Hadi dan juga tidak lebih dari ‘merendahkan maruah’ Presiden Parti di mata penyokong Pas dan di persada politik negara.

Boleh juga dikatakan sikap dan tindakan Nik Aziz ini ‘biadap’ kerana tidak menghormati ketua, sedangkan dalam Islam setiap umatnya hendaklah menghormati ketua selagi tidak diarahkan melakukan perkara-perkara maksiat dan kemungkaran serta bertentangan dengan ajaran agama Islam. Tapi Nik Aziz sebaliknya, sehingga Haji Hadi dengan rendah diri menyatakan akan mengadakan perjumpaan dengan Nik Aziz untuk mendapatkan penjelasan berhubung idea debat dengan Najib. Persoalannya siapa Presiden parti? Nampaknya Presiden parti terpaksa tunduk kepada Mursyidul Am yang juga Menteri Besar.

Isu debat bukan saja ditolak oleh UMNO, tetapi pemimpin-pemimpin PR sendiri menolak cadangan Nik Aziz berhubung idea untuk diadakan debat secara terbuka. Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan menyatakan bahawa muzakarah merupakan medan terbaik berbanding pendekatan lain seperti berdebat kerana pelaksanaannya berdasarkan semangat musyawarah. Beliau juga berkata, melalui muzakarah mereka yang terbabit dengan perbincangan itu boleh mengemukakan hujah serta pendapat masing-masing dengan lebih selesa dan kondusif.

Kerana muzakarah membolehkan masing-masing mengemukakan hujah dan pendapat dengan berpaksikan kebenaran dan dengan kata lain melalui muzakarah tiada pihak akan dapat menegakkan benang yang basah. Ini adalah kerana semasa dalam bermuzakarah kebenaran tetap kebenaran dan ia tidak berubah kerana muzakarah adalah lebih berbentuk kepada wacana keilmuan yang sepatutnya disuburkan demi kepentingan ummah.

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin juga tidak bersetuju dengan cadangan Nik Aziz. Beliau menjelaskan bahawa debat secara terbuka tidak akan membawa kebaikan kepada mana-mana pihak. Sebaliknya, beliau mencadangkan kedua-dua pihak menggunakan pentas yang lebih sesuai iaitu berbincang mencari kesepakatan Islam dan Melayu menerusi dialog tertutup. Menurut beliau juga, dialog itu perlu dihadiri atau diadili oleh seorang pengendali yang berpengalaman dalam agama dan ummah bagi memastikan kelancaran dialog yang diadakan.

"Tujuan debat itu untuk apa? Kalau nak cari populariti berdebatlah. Tapi kalau nak selesai masalah, dialoglah," katanya.

"Saya lebih suka diadakan dialog tertutup dan berbincang dalam bentuk kumpulan. Kita akan tahu apa yang menjadi masalah sehingga menimbulkan keadaan tidak senang hati antara kita semua," katanya. (Utusan Malaysia:30 Jun 2009)

Nik Aziz sebaliknya, beliau masih berdegil dan tetap dengan ideanya untuk mengadkan debat secara terbuka. Namun, jika kita amati, jika inilah situasi yang berlaku dalam masyarakat Islam pada masa ini, tidak mustahil ada pihak akan menanti dan meneguk di air yang kelodak. Sudah nampak perselisihan dan perbezaan pendapat antara umat Islam dan ia juga menunjukkan umat Islam tidak bersatu dalam menyelesaikan dan menanggani masalah yang mendatang. Tiadanya perpaduan dan hilangnya kesepakatan sebaliknya munculnya keegoan dan keangkuhan akan menyenangkan lagi cubaan pihak tertentu untuk meneneruskan agenda memecah-belahkan umat Islam.

Kenapa susah sangat Nik Aziz menerima idea untuk diadakan perbincangan melalui muzakarah yang lebih rasional tanpa ada pihak yang bertindak secara emosional serta mengikut perasaan berbanding dengan debat secara terbuka?
Ataupun Nik Aziz akur dengan ‘aku janji’ yang mungkin telah dipersetujui antara beliau dengan Anwar dan juga Dap. Memang Anwar dan Dap melarang keras Pas mengadakan perbincangan atau musyawarah dengan UMNO. Kerana mereka sedar akan kebaikkan musyawarah berbanding dengan debat. Mereka juga takut, pemimpin-pemimpin Pas dapat disedarkan oleh UMNO akan niat dan strategi jahat mereka. Kerana sekiranya muzakarah Pas-UMNO ini berjaya, ia merupakan satu titik permulaan bagi Pas-UMNO untuk mengadakan lebih banyak perbincangan berbentuk keilmuan antara kedua-dua belah pihak.

Akok@Baulu

Wednesday, 24 June 2009

KEKACAUAN DAN PERSENGKETAAN DI IRAN PATUT JADI TAULADAN

Dengan pengumuman yang di buat oleh Majlis Pimpinan PR untuk tidak lagi duduk berbincang dan bercakap mengenai Kerajaan Perpaduan yang diinginkan oleh Presiden Pas ia jelas menunjukan penguasaan Anwar dan pemimpin Dap ke atas Pas. Walaupun Anwar dan Dap kalah dalam percaturan meletakkan ‘anak didik’ mereka seperti Husam Musa dalam barisan tertinggi Pas, namun secara kasasrnya mereka telah berjaya menundukkan pengaruh Presiden Pas dan Timbalannya secara terbuka.

Niat murni dan baik Haji Hadi yang ditegaskan dan telah mendapat sokongan dan persetujuan para penyokongnya semasa Muktamar Pas baru-baru ini untuk mengadakan perbincangan dengan UMNO berhubung Kerajaan Perpaduan telah dinafikan oleh Anwar dan Dap.

Sepatutnya keputusan Majlis Pimpinan PR perlu diteliti oleh pucuk teringgi Pas atau di bawa kedalam muktamar atau mesyuarat tertinggi Pas sebelum pemimpin tertinggi PKR membuat keputusan. Ini jelas menunjukkan Anwar dan Dap telah menafikan hak dan sokongan penyokong Pas keatas Presiden mereka.

Anwar dan Dap sengaja mereka dan telah menggunakan perang psikologi mereka apabila mendakwa dan menuduh idea Haji Hadi adalah fitnah dan tohmahan UMNO untuk mengugat kekuatan PR. Strategi inilah yang ditanam oleh Anwar dan Dap untuk mengagalkan hasrat murni Haji Hadi yang mendapat sokongan penuh UMNO dalam usaha memperteguhkan perpaduan bukan saja dikalangan bangsa Melayu bahkan semua kaum berasaskan 1Malaysia.

Hakikatnya Haji Hadi semasa menegaskan hasrat Pas untuk mengadakan perbincangan berhubung Kerajaan perpaduan adalah kerana demi bangsa dan negara dan tidak lebih dari itu. Sebaliknya Anwar dan Dap tidak melihat sedemikian, apa yang dilihat oleh Anwar dan Dap ialah kuasa, pangkat dan kedudukan.

Hakikatnya juga, Anwar dan Dap sudah melihat trend pengundi terutama bangsa Melayu yang semakin meningkat sokongan mereka keatas UMNO setelah melalui beberapa insiden-insiden terutamanya krisis di Perak. Anwar dan Dap juga sebenarnya bimbang jika cadangan penubuhan Kerajaan Perpaduan itu dapat dilaksanakan ia sekaligus akan melenyapkan sokongan khususnya orang-orang Melayu terhadap Anwar dan Dap.

Dengan kata lain, Anwar dan Dap hanya menggunakan pengaruh Pas untuk meraih sokongan dan seterusnya mendapat tambahan kerusi bagi memperkuatkan pengaruh mereka dan juga untuk terus bertaktha dan berkuasa.

Namun, apa jua yang berlaku sebenarnya menimbulkan kerisauan dan kegusaran para penyokong Pas sendiri kerana dalam sekelip mata ketegasan yang diungkapkan oleh Presiden dan Timbalan Presiden mereka semasa Muktamar baru-baru ini lenyap begitu saja. Mereka juga risau akan tekanan yang semakin ketara oleh Anwar dan Dap keatas Pas sehingga Pas terpaksa mengikut telunjuk Anwar dan Dap.

Perkara yang paling merisaukan penyokong Pas ialah apabila tindakan menolak Kerajaan Perpaduan seumpama menolak ajaran Islam yang menggalakkan umatnya hidup bersatu padu. Tindakan Anwar dan Dap ini dilihat seperti inginkan Malaysia menjadi sebuah negara yang tidak bersatu padu dan mereka juga melahirkan kerisauan dengan memberi contoh situasi dan keganasan yang melanda di Iran pada masa ini.

Jika di tanah Arab, anasir asing telah berjaya menghancurkan hampir keseluruhan negara Arab seperti Iraq, Afghanistan dan sebagainya, manakala hanya tinggal Iran saja yang masih kekal berkuasa dan mampu memberi ancaman kepada mana-mana kuasa yang menggugat kestabilan dan umat Islam. Tapi hari ini Iran menghampiri kehancuran apabila adanya anasir-anasir luar yang telah berjaya mewujudkan suasana tidak aman di bumi Iran.

Manakala di bumi Asia, Indonesia yang pengaruhnya Islamnya yang kuat telah dijinakkan dan bumi Selatan Thailand pula dilanda pergolakkan dan menitis ‘kelenyapan’, tidak mustahil apa yang dilakukan oleh Anwar dan Dap merupakan antara usaha anasir luar yang telah mempengaruhi mereka dan cuba menghuru-harakan negara. Sebab itulah mereka tidak mahukan sebuah negara perpaduan, kerana jika negara kita rakyatnya bersatu padu maka susahlah mereka menghancurkan pengaruh Islam.

Mungkin untuk menggunakan senjata tiada alasan, sama seperti di Iran, jadi gerakan secara halus telah digerakkan. Renungi dan hayatilah akan krisis dan persengketaan di Iran dan jadikanlah ia sebagai tauladan dan sempadan. Kekadang apabila dilamun kuasa dan ingin menjadi pemerintah, mereka akan lupa segalanya. Sehinggakan akan mengarahkan penyokong mereka bertindak di luas batas manusia, tapi ada pihak senyum dan ketawa menanti peluang yang yang ada.



Akok@Baulu

BANGUN SERENTAK MEMPERTAHANKAN IMEJ POLIS

Oleh Munsyi Abdullah.

Usaha pihak tertentu untuk menjatuhkan imej polis sedang berlaku secara konsisten. Apa juga isu samaada sah atau tidak akan digunakan oleh mereka untuk mencapai matlamat ini. Ini adalah strategi untuk menunjukan ketidakadilan dan kekejaman polis yang kebanyakannya terdiri dari orang Melayu.

Terbaru ialah kes tindakan polis di Klang terhadap suatu majllis jamuan makan rmalam DAP. Seperti selalunya akhbar The Star memulakan laporan dalam pekara ini seolah-olah pihak polis telah menyekat majlis itu dari diadakan pada malam Ahad lalu tanpa sebab..

Sekalipun pihak polis telah menjelaskan bahawa polis telah membatalkan kebenaran kerana penganjur tidak mematuhi syarat dan juga sekatan tertentu tetapi yang terlibat dengan penganjuran itu anggota Parlimen Klang Charles Santiago menyatakan bahawa dia tetap akan menyaman polis.

Polis menjelaskan bahawa kebenaran diberikan untuk mengadakan majlis makan malam itu didalam pejabat tetapi pada saat terakhir khemah telah didirikan di kawasan kaki lima di jalan raya yang menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas. Ini menimbulkan kemarahan orang ramai. Polis tentunya dituduh lemah kerana tidak dapat mengawal keadaan jika terus membiarkannya..

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar menjelaskan beliau sendiri telah menasihatkan Santiago supaya memindahkan jamuan malam itu ketempat lain atau di dalam stadium yang boleh memuatkan lebih 3,000 orang. Tetapi mereka enggan untuk berbuat demikian.

Sementara itu Majlis Peguam juga akan mengambil tindakan undang undang keatas kerajaan kerana polis menangkap lima peguam di luar stesen polis Brickfields sekalipun kerajaan meminta maaf.
Secara logiknya bagaimana polis akan dapat mengenal antara peguam dan bukan peguam didalam sesuatu perhimpunan. Kehadiran peguam adalah lebih menyukarkan pihak polis dan bukannya memudahkan tugas mereka.

Nampaknya Majlis Peguam yang diketuai oleh orang India telah gagal untuk mengujudkan suatu jalinan kerjasama yang baik dengan pihak polis demi kepentingan undang-undang dan keselamatan negara. Majlis Peguam nampaknya hendak mengajar rakyat supaya menjadi liar dan memusuhi polis.

Sebenarnya apa yang sedang disaksikan oleh rakyat sekarang adalah provokasi terhadap pihak polis oleh pihak-pihak tertentu dengan mempunyai niat yang jahat berasaskan prejudis dan cauvinisme..


Malangnya keadaan ini berlaku ketika tugas dan tanggungjawab polis amat genting dan semakin berat dengan masalah pendatang haram dan jenayah yang semakin ganas, buas , agresif dan bersifat kebinatangan.

Polis telah banyak berjaya dalam tindakan memerangi jenayah tetapi pernahkah pihak pembangkang atau Majlis Peguam memuji mereka. Pihak yang sepatutnya seimbang dalam tindakan dan pemikiran membuktikan diri mereka sebagai golongan yang tidak taat pada undang-undang dan langsung tidak bertimbangrasa terhadap kepentingan sebenar orangramai. Tetapi lebih mementingkan kepentingan politik dan perkauman. .



Adalah sukar untuk polis menghadapi pihak yang menggunakan undang-undang untuk menghancurkan undang-undang dengan berusaha memberikan gambaran buruk terhadap polis dan menghasut orang ramai hampir setiap hari supaya jangan percaya kepada polis.

Apa yang harus disedari oleh rakyat bahawa tindakan undang undang yang sewenang-wenang terhadap polis yang semakin kerap berlaku sekarang adalah untuk bertujuan untuk memburukan pihak polis yang dianggap sebagai simbol kepada kuasa Melayu. Usaha ini akan digiatkan dan dipertingkatkan lagi dari masa kemasa.

Usaha ini lebih mudah digerakan oleh golongan chuavanis di negara ini sekarang kerana mereka telah mendapat sokongan dari pemimpin politik Melayu yang mempunyai kepentingan diri. Mereka mahu menghapuskan kredibiliti polis dari peringkat setinggi tingginya hingga ke bawah, dari Ketua Polis Negara hingga kepada polis biasa.

Kehilangan keyakinan rakyat kepada polis akan memberikan peluang kepada pihak pembangkang dan yang berkepentingan untuk menegakkan pembohongan sebagai kebenaran dan kes benar sebagai palsu dan matlamatnya ialah untuk memburukkan kuasa Melayu.

Orang ramai harus menyedari cabaran terhadap polis ini dari masa ke masa mungkin akan memberikan kesan menjatuhkan moral dan semangat polis. Maka itu orang ramai dari semua lapisan dari pelajar, guru, kerani biasa, pegawai kerajaan, kaum perkerja, petani, nelayan dan rakyat di luar bandar hendaklah bangun sekarang menunjukan sokongan kepada pihak polis.

Rakyat mestilah bersatu dan mengambil tindakan bersama dengan apa cara yang difikirkan sesuai untuk membela pihak polis dan untuk memberikan semangat kepada polis bagi meneruskan perjuangan dan tanggungjawab suci mereka bagi menjaga keselamatan rakyat dan negara, agama dan bangsa.

Langkah mesti diambil untuk menyusun kebangkitan ini secara teratur dan berkesan.

Saturday, 20 June 2009

MCA BOLEH RUNDING KERAJAAN PERPADUAN DENGAN DAP

Oleh Munsyhi Abdullah.

Permintaan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyuddin Yassin supaya Pas melupakan persengketaan lama untuk berunding dengan UMNO bagi mengembalikan perpaduan Melayu dan Islam tidak seharusnya dianggap sebagai bersifat perkauman dan kefanatikan agama.


MCA harus menunjukan sikap rasional sebagai rakan UMNO lama yang memahami konsep UMNO dalam mencari perpaduan yang lebih besar yang pastinya tidak akan membelakangkan tatasusila Barisan Nasional yang diwarisi sejak Perikatan.

Pemuda MCA telah menunjukan kecetekannya dengan menunjukan ketakutan kepada rundingan untuk Kerajaan Perpaduan yang dianjurkan oleh Pas kerana pandangannya adalah berasaskan sentimen perkauman Cina yang sempit dan melupakan hakikat bahawa UMNO adalah tunjang perpaduan BN yang tidak pernah melupakan akar umbinya.

Kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO yang menampakan penentangan terhadap kerajaan perpaduan adalah bertujuan untuk menarik perhatian dan sokongan orang Cina. Ini menjelaskan bahawa MCA sudah tidak lagi diwarisi oleh kepimpinan yang menghayati dan memahami inspirasi pemimpin pemimpin terdahulu yang percaya bahawa perpaduan Melayu adalah penting sebagai tunggak kestabilan negara.

MCA sekarang telah terbawa dalam arus sentimen parti pembangkang terutama DAP yang memomokkan keris sebagai senjata merbahaya sekalipun sebenarnya keris inilah yang dijulang oleh bapa Merdeka Tunku Abdul Rahman Putra yang diketahui sebagai seorang yang liberal dan adil kepada semua kaum.

Setelah malapetaka 2008 , MCA nampaknya sudah hilang keyakinan diri dan tidak lagi jelas hala tujunya untuk memulihkan imej dan pengaruhnya di kalangan masyarakat Cina sebaliknya ia mahu menumpang sentimen DAP dan semangat puak Cina yang cauvinis (bukan semua ).


Jika MCA terus berpegang kepada kepercayaan bahawa langkah politik ini akan memulihkan kekuatannya maka kesan yang melandanya semakin hari akan semakin terhakis identitinya sebagai parti yang berpengalaman dan mempunyai prinsipnya sendiri dalam merasionalisasikan sikap orang Cina. Yang akan terserlah ialah MCA menjadi parti “Pak Turut” yang hilang kejatian diri.

Jika MCA mahu memilih jalan DAP maka ia mestilah menerima hakikat bahawa orang Melayu tidak mungkin akan menerima Malaysian Malaysia yang tidak berRaja dan tanpa kedaulatan Islam dan orang Melayu .Dalam hal ini tidak dapat dihapuskan kelebihan kelebihan terutamanya dari segi agama yang mesti diterima. Agama Hindu tidak boleh sama sekali setaraf dengan agama Islam.Orang Cina tidak boleh jadi Raja .Hanya orang Cina yang tidak realis yang akan cuba berfikir diluar dari kotak ini. Dan diluar dari apa yang termaktub dalam perlembagaan negara.



Jika hakikat ini juga tidak mahu diterima oleh MCA seperti sikap DAP maka orang Cina akan membayar harga politik yang sangat mahal.

Maka itu MCA mestilah menunjukkan kesanggupannya untuk menerima hakikat prinsip prinsip negara yang tidak akan berubah dan memberitahu masyarakat Cina jalan sebenar yang memungkinkan mereka dapat terus hidup aman damai di negara ini. Sanggup menyatakan kebenaran memerlukan pengorbanan dan keberanian dari MCA untuk kepentingan masa depan masyarakarat Cina di negara ini. Membohongi mereka juga akan memberikan akibat yang buruk kerana MCA tidak mungkin memberikan sesuatu yang tidak boleh diberikan.

Kesilapan yang telah berlaku ialah MCA membiarkan akhbar akhbar Cina dan khususnya akhbar The Star membesarkan harapan kepada orang Cina berasaskan kepada hasrat DAP yang meletakan MCA kepada pandangan rendah kerana MCA tidak mungkin melaksanakan harapan harapan itu yang diluar perlembagaan.


Semangat Lee Kuan Yew tidak boleh dibawa ke Malaysia kerana ternyata telah menanam bibit prasangka yang membawa malapetaka kepada masyarakat Cina ini hingga menyebabkan kemajuan politik orang Cina yang sihat tertolak orang Melayu tertolak beberapa tahun kebelakang bila berlaku peristiwa 13 Mei.

Orang Melayu tidak pernah memandang tinggi kepada PM Singapura Lee Kuan Yew malah setiap langkah lawatannya ke Malaysia di pandang serong dan jijik oleh orang Melayu. Orang Melayu lebih ikhlas dengan pemimpin pemimpin Republik Rakyat Cina. Mereka tidak suka Singapura seperti mereka juga tidak suka Taiwan.

Jika MCA juga hendak meminjam semangat Lee Kuan Yew seperti DAP maka ia tidak akan dapat membantu mengembalikan kekuatan dan perpaduan UMNO yang diperlukan untuk membantu memulihkan MCA,MIC dan Barisan Nsional sendiri.

Perpaduan di kalangan orang Melayu menerusi Barisan Nasional tidak akan menjadi ancaman kepada kaum kaum lain kerana UMNO selalu mengimbangi kehendaknya dengan kehendak rakan rakan komponennya dalam BN. Ini adalah sejarah yang tidak dapat dinapikan sejak berpuluh tahun yang lalu.

MCA tidak seharusnya menjadi duri dalam daging dalam Barisan Nasional yang akan menyebabkan orang Cina memandang serong kepada UMNO sebaliknya MCA mestilah melihat dalam peringkat sekarang ini pemulihan perpaduan Melayu diperlukan bagi mengembalikan kestabilan politik ekonomi dan social untuk matlamat 1Malaysia bukan Malaysian Malaysia..

MCA harus menyedari bahawa orang Melayu dan khususnya UMNO tidak akan memberikan reaksi negatif jika MCA menyeru kearah peraduan orang Cina menerusi MCA malah jika MCA menyuarakan untuk berunding dengan DAP untuk perpaduan masyarakat Cina diatas konsep perpaduan nasional atau 1 Malaysia tidak akan ditolak oleh masyarakat Melayu.


Adalah mustahil bagi UMNO untuk berunding dengan Pas bagi penubuhan Kerajaan Perpaduan di luar konsep BN.Pas yang telah berkawan dengan DAP dan PKR lebih memahami keperluan hidup bersama antara kaum sekarang ini.

Pakatan Rakyat yang terdiri dari DAP, PAS dan Parti Keadiaan Rakyat sekarang ini adalah berada diperingkat awal penubuhan Perikatan. Perikatan juga bermula dengan ancaman sentimen perkauman setiap kaum yang sekiranya tidak ada kebijaksanaan antara Tunku, Tan Siew Sin dan Sambathan mengawalnya dari awal pastilah tidak ada BN yang telah menjayakan Malaysia.

Perikatan dan seterusnya BN dapat mengekalkan “Perpaduan Dalam Kelainan”demi untuk kesejahteraan rakyat.

UMNO tentunya tidak akan melupakan MCA dan MIC dalam berunding dengan PAS tetapi akhir akhir ini MCA telah menunjukan sikap terburu buru untuk menunjukan sentimen perkaumannya lebih dari DAP sendiri. Dalam soal kerajaan perpaduan ini nampaknya MIC lebih rasional dari MCA.

Perundingan antara PAS dengan UMNO seharusnya dilihat diluar pandangan perkauman tetapi kearah menwujudkan suatu kerajaan perpaduan dalam konsep nasional yuang lebih luas kearah sebuah kerajaan yang bersih, cekap dan amanah. Jika DAP dan Pas dapat membantu BN dalam soal ini maka kenaapakah UMNO atau BN harus menolaknya.

Seharusnya Pemuda MCA dapat menunjukan sikap yang rasional dan kewarasan yang dapat menarik penghomrtan masyarakt Cina dan bukannya bermain diatas sentimen perkuman dan dorongan fahaman kebangsaan yang sempit untuk memenangi hati orang Cina.

UMNO sendiri tentunya tidak akan marah jika MCA juga bercakap dengan DAP kearah melahirkan sebuah Kerajaan Perpaduan sebelum suatu langkah besar diambil untuk suatu persidangan meja bulan bagi penubuhan kerajaan perpaduan yang tidak lari dari dasar dan konsep asal negara.

Monday, 8 June 2009

KERAJAAN PERPADUAN : Antara Realiti dan Impian

Hasrat Kerajaan pimpinan Najib untuk mewujudkan Kerajaan Perpaduan, iaitu gabungan antara BN dan PR nampaknya tidak menampakkan bayangan akan wujudnya persefahaman untuk kearah tersebut. Gagasan untuk mewujudkan Kerajaan Perpaduan nampaknya menerima pelbagai pandangan dan tidak ketinggalan kritikan sinis oleh PR. Terdapat beberapa dakwaan dengan nada sindiran dilontarkan oleh pemimpin PR berhubung hasrat murni untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan bagi menyelesaikan masalah negara.

Bagi BN hasrat murni yang diilhamkan itu boleh direalisasikan bila-bila masa saja tapi bagi Pas, ia perlu diperinci. Tapi lebih menyedihkan apabila ada segilintir pihak dalam Pas secara terangan menentang hasrat menubuhkan Kerajaan Perpaduan. Dalam satu kenyataan yang di buat oleh Husam Musa, beliau mendakwa pembentukan Kerajaan Perpaduan yang dipertahankan oleh Presiden Pas tidak menguntungkan Pas. Kerana beliau mendakwa tidak mahu Pas menjadi ‘kuda tunggangan’ UMNO. (Utusan Malaysia 6 Jun 2009)

Katanya lagi, beliau khuatir jika pembahagian kerusi di antara Pas dan UMNO kemungkinan akan wujud ketidakadilan. Belum pun kedua-dua parti duduk berbincang, sudah ada kata-kata atau cubaan yang memperkecilkan hasrat murni tersebut. Jika beliau mendakwa Kerajaan Perpaduan tidak menguntungkan Pas kerana Pas akan menjadi ‘kuda tunggangan’, cubalah beliau fikirkan adakah Pas di Perak dan Selangor tidak ‘ditunggang’? tapi lebih elok dikatakan telah ‘dikeldaikan’ oleh DAP.

Apa yang Pas perolehi hasil dari penat lelah dan pengorbanan pemimpin Pas dan ahli-ahlinya di atas kejayaan PR di Perak dan Selangor? Walaupun beberapa pemimpin Pas ditempatkan dalam Exco, sejauhmana suara mereka didengar dalam memperjuang dan memberi keuntungan pada penyokong Pas. Negeri Selangor semasa di bawah BN di gelar oleh pemimpin Pas sebagai ‘Darul Babi’ dan ‘negeri pengeluar arak’ namun sehingga kini suara perjuangan Pas untuk merealisasikan hasratnya untuk mengeluarkan Selangor dari seperti yang dinyatakan tidak ‘dilayan’. Jadi ia seumpama senjata makan tuan.

Begitu juga di Perak, walaupun diberikan jawatan sebagai Menteri Besar tapi ia tidak memberi keuntungan buat penyokong PAS. Sebaliknya penyokong DAP mendapat durian runtuh apabila mendapat pemilikan tanah sehingga 999 tahun hasil dari kebijaksanaan mantan MB Perak dari PAS. Mungkin Husam bangga dengan apa yang telah di buat oleh Pas Perak, sebab itulah dia rasa lebih senang untuk bekerjasama dengan Dap dan PKR. Husam sebenarnya mempunyai agenda tertentu, kerana belum apa-apa beliau sudah memikirkan tentang pembahagian kerusi jika Kerajaan Perpaduan dibentuk kelak.

Kenapa beliau kemaruk dengan pembahagian kerusi? Keputusan pemilihan pucuk pimpinan tertinggi Pas juga jelas menunjukkan ahli Pas menolak beliau untuk diangkat menjadi Timbalan Presiden. Mungkin ahli-ahli Pas sedar kerana perjuangan Husam dilihat kearah yang bertentangan dengan golongan veteran yang inginkan pakatan perpaduan.

Pendirian Husam turut mendapat syak wasangka dan lebih menyedihkan apabila seorang perwakilan dari Kelantan mengeluarkan kenyataan yang tidak mencerminkan ciri-ciri kepimpinan ulamak dalam Pas. Petikan dalam Harakahonline, 6 Jun 2009 menyebut “Perwakilan Kelantan, Dato' Wan Abdul Rahim Abdullah mengingatkan pimpinan PAS agar tidak menjalinkan hubungan dengan Umno kerana dengan berbuat demikian ia boleh membuatkan orang Melayu terus sesat kerana bagi Umno, politik suku dan agama suku dan ia bukan satu ajaran Nabi Muhammad s.a.w.”

Inilah akibatnya jika seseorang bercakap dahulu sebelum berfikir atau berfikir menggunakan ‘kepala lutut’. Kenapa seseorang yang kononnya memperjuangkan agama Islam sanggup menyatakan sedemikian. Inikah ajaran yang sentiasa diajar oleh pemimpin-pemimpin Pas? Jika inilah ajarannnya, Paslah yang sebenarnya telah menyesatkan orang Melayu. Kerana bagi perjuangan Pas sekarang, berpelukan dan bercium pipi dengan pemimpin Dap sudah dihalalkan berbanding sebelum ini. Bagi Pas juga, Dap tidak akan menyesatkan penyokong Pas kerana ahli-ahli Dap sudah pandai membaca ayat-ayat suci Al-quran dan sudah sanggup pakai baju Pas dalam apa jua program.

Apa yang dibuat oleh Dap pada hari ini sudah cukup menyakinkan Pas akan ‘kesucian’ hati Dap untuk mendalami Islam dan sebab itulah Ketua Menteri P. Pinang akan memeluk Islam tapi bila bapanya meninggal dunia. Jadi hari ini, semua pemimpin dan penyokong Pas menanti dengan penuh harapan dan dengan perasaan bangga di atas hasrat murni Ketua Menteri P.Pinang tersebut.

Oleh kerana perjuangan Dap dan PKR yang arahnya adalah arah kebenaran, maka bertekadlah pemimpin dan penyokong Pas mempertahankan dan memperjuangkan pemberian tanah 999 tahun buat ahli Dap, mengekalkan Selangor menjadi negeri ‘Darul babi’ dan ‘negeri pengeluar arak’, isu Elizabeth dan sebagainya. Inilah yang mungkin dimaksudkan oleh Husam dan Dato’ Wan, keuntungan bekerjasama dengan Dap dan PKR serta perjuangan Pas yang disuluh oleh Dap mengeluarkan orang Melayu dari kesesatan.

Jika benar Kerajaan Perpaduan yang diilhamkan oleh Najib dan adanya keyakinan dari Presiden Pas untuk merealisasikan hasrat ini, ia akan menguntungkan semua pihak khasnya negara. Cuma jika seseorang itu mempunyai agenda atau niat tertentu sudah tentu sukar bagi mereka untuk menerima cadangan ini. Kerana mereka-mereka ini takut akan kehilangan kuasa dan pengaruhnya dalam parti.


Akok@Baulu

Monday, 25 May 2009

MOGOK LAPAR TAPI PEMIMPIN DAP MEMBUTAL KEKENYANG

Hari ini bermula lah para penyokong PR terdiri dari Pas dan PKR diperbodohkan oleh pemimpin DAP dengan melancarkan mogok lapar. Sejak petang tadi hampir 20 orang ditangkap termasuk pemimpin-pemimpin DAP yang juga ahli Parlimen dan Adun negeri Perak kerana mengadakan perhimpunan tanpa permit di luar Wisma DAP. Tapi rata-rata rakyat Perak yang ditemui dan ditanya berhubung mogok lapar anjuran DAP mengatakan mereka masih waras dan sedar apa motif dan agenda DAP menganjurkan mogok lapar tersebut.

Ada yang berkata pemimpin DAP sanggup berlapar kerana mereka sudah kenyang ‘meratah’ hasil bumi Perak selama Perak diterajui oleh si ‘keldai’. Ketika meninjau dan mendapatkan reaksi umum dari rakyat Perak, penulis singgah di sebuah warung untuk membasah tekak yang haus kerana cuaca yang agak panas. Termenung seketika memikirkan dengan cuaca sedemikian, kenapa mereka sanggup mengadakan mogok lapar atau hanya semata-mata kecewa tidak dapat lagi ‘meratah’ hasil bumi Perak.

Ketika melabuh punggung di atas kerusi, terpandang sekumpulan lelaki dan ada 2 atau 3 orang di antara meraka yang sudah berumur dan mereka memanggilnya Pak Haji dan Tuan Sheikh. Mereka mengatakan mogok lapar itu bukan satu bentuk protes yang cerdik, tetapi ia adalah tindakan seseorang yang cetek pengetahuan agama dan akibat kecewa, minda mereka tertutup rapat untuk menerima hakikat keputusan mahkamah yang mengistiharkan Zambry sebagai Menteri Besar yang sah.

Hakikatnya dalam Islam perbuatan mogok lapar tapi boleh makan dan minum ini adalah syirik dan berdosa serta dianggap satu bentuk perbuatan yang sia-sia sahaja kerana ia hanya memudaratkan kesihatan dan tidak memberi apa-apa kebaikan. Sebab itulah, untuk tidak terjerat, Nizar si ‘keldai’ kata dia berpuasa sunat. Tapi hakikat dan tujuannya adalah kerana ‘menghalalkan’ mogok lapar anjuran DAP.

Seperti diduga, Nga Kor Ming telah mengumumkan bahawa tujuan diadakan mogok lapar tidak lain tidak bukan hanya untuk mendesak Sultan Perak supaya di bubarkan DUN Perak. Tindakan Kor Ming mendesak Sultan Perak sebenarnya adalah satu tindakan biadab dan tidak menghormati institusi Raja Melayu. Rakyat Perak semakin mual dan meluat dengan tindakan biadab para pemimpin DAP sejak kebelakangan ini yang terengan cuba mengugat institusi Raja Melayu.

Tindakan mogok lapar ini hanyalah satu kerja yang sia-sia dan jelas menunjukan betapa daifnya dan kurang ajarnya pemimpin DAP mempersenda undang-undang dan institusi Raja-Raja Melayu.

Pengunjung di warung itu berkata, jika nak buat mogok lapar bukan susah, tetapi untuk benar-benar berlapar tidak semudah mengajak orang berlapar. Para pemimpin DAP boleh ajak pengikutnya mogok lapar, tapi mereka juga boleh secara senyap menyusup ke dalam Wisma DAP untuk makan dan minum hingga membutal kenyang, siapa yang tahu? Yang menjadi mangsa ialah penyokong yang termakan dengan hasutan dan dakyah DAP yang mungkin juga akan menerima penyakit, tapi para pemimpin DAP sentiasa segar dan bertenaga kerana mereka masih boleh ‘melalak’ menyampaikan berceramah walaupun ‘tidak minum dan makan’.

Sinis mereka berkata, mungkin ramai akan ‘bersimpati’ pada mereka yang menyertai mogok lapar, tetapi bukanlah bersimpati sebab mereka sanggup berlapar tetapi bersimpati kerana sedih melihat mereka sanggup memilih jalan singkat dan langsung tidak cerdik kerana memudaratkan kesihatan diri sendiri.

Penulis ada menerima SMS yang dikatakan datangnya dari ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali menyatakan “suka hati merekalah jika mereka memilih untuk berlapar sehingga menemui ajal sekali pun dan rakyat sedia menabur bunga di pusara mereka nanti sebagai satu penghargaan terhadap perjuangan mereka”. Jadi bolehlah nanti satu lagi plak demokrasi di letakkan di hadapan Wisma DAP sebagai tanda kenangan dan mengingati kedangkalan manusia yang berfikiran sempit.

Akok@Baulu

Tuesday, 12 May 2009

GERAKKAN KOMUNIS UNTUK MEMPENGARUHI PENDUDUK TANAH MELAYU

Hari ini Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan satu keputusan yang diterima dengan hati terbuka dan fikiran waras oleh BN dan semua penyokong serta ahlinya. Walaupun dengan hati yang berat, keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hendaklah diterima, setelah Kerajaan BN di bawah Zambry berusaha kembali untuk memperbaiki kehidupan rakyat setelah diabaikan semasa di bawah pentadbiran Kerajaan PR.

Walaupun apapun Kerajaan BN di bawah Zambry sudah pasti tidak akan berdiam diri dan pasti akan berusaha kerana Mahkamah Persekutuan masih boleh mendengar dan meneruskan perbicaraan kes Menteri Besar Perak yang sah. Namun, sepanjang hampir 100 hari di bawah pentadbiran Zambry, pelbagai usaha telah dibangunkan oleh BN dalam menanggani kesusuhan dan keresahan sepanjang di bawah pentadbiran PR.

Namun, jika mengambil kira keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, ini bermakna rakyat Perak akan kembali berada dan hidup dalam kesusahan disebalik kemewahan kehidupan para Exconya. Rakyat hidup dalam kesusahan, namu para Exconya menikmati kehidupan kemewahan yang melimpah ruah seperti bergaya dengan Toyota Camry untuk ke pejabat.

Jika benarlah juga ini keputusan buat Kerajaan BN di Perak dan juga Kesultanan Perak, maka Perak akan kembali berada seperti di bawah pengaruh ‘komunis’. Ada sumber menyatakan bahawa DAP sememangnya bercita-cita untuk mentadbir dan memerintah negara. Walaupun terpaksa menunggu lama, hingga berpuluh-puluh tahun lamanya, namun kesabaran itu ada hasilnya.



Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ke atas Nizar dan PR memberi sinar harapan baru buat DAP untuk meneruskan agenda mereka memperluaskan pengaruh dan agenda politik mereka. Dalam melebarkan pengaruh dan sokongan politiknya, DAP akan cari mereka yang boleh ‘diperbodohkan’. Melihat kelemahan Pas yang memang terkial-kial dan terlalu inginkan kuasa, DAP menggunakan sepenuhnya kelemahan tersebut untuk ‘mengkeldaikan’ Pas.

Pas mudah disogok dengan pangkat dan kedudukan, mereka tidak kisah jika dijadikan ‘keldai tunggangan’ asalkan mendapat pangkat dan kedudukan. Sebagai ‘keldai tunggangan’ mereka hanya menurut saja apa yang diarahkan oleh ‘tuannya’. Sang ‘tuan’ pula bijak menggunakan keadaaan dengan melontarkan perjuangan amal makruh nahi mungkar dan berjuang kearah fisabillillah.

Untuk menyakinkan Pas mudah ‘dikeldaikan’ pemimpin DAP mula menggunakan ayat-ayat Al-Quran untuk tarik perhatian. Dipertahankan oleh para pemimpin Pas, kononnya tidak salah jika pemimpin bukan Islam terutama pemimpin DAP membaca ayat suci Al-Quran. Apabila ada yang menentang, mereka mereka mendakwa ‘orang’ tersebut tidak faham pasal Islam, mereka lebih fasih dan faham pasal Islam. Sebab mereka lebih faham dan fasih lah dahulu mereka haramkan UMNO kerana berkawan dengan MCA dan MIC dan sebaliknya hari ini mereka adalah kawan rapat kepada DAP.

Pas mungkin tahu dan sedar kenapa dan apa tujuan pemimpin DAP menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran dan pendekatan Islam dalam kempen politik mereka. Namun, atas sebab pangkat dan kedudukan, semua itu tidak diambil pusing lagi oleh Pas. Sedangkan jika kita belajar sejarah dan menghayati sejarah, penggunaan ayat-ayat suci Al-Quran telah dipratikkan oleh Parti Komunis untuk menyebarkan pengaruh mereka.

Jadi tidak mustahil apa yang DAP buat adalah berdasarkan apa yang telah dibuat oleh Parti Komunis sebelum ini. RTM dalam berita ringkasnya pada tahun 1983 adalah bukti kukuh bagaimana Parti Komunis menggunakan ayat suci Al-Quran untuk mempengaruhi perjuangan mereka (capaian berita ringkas RTM boleh didapati di(http://www.youtube.com/watch?v=Do5d7dBMtH8).

Kalau dilihat berdasarkan sejarah negara pun, para pemimpin Pas pernah berjuang dan menyokong perjuangan Parti Komunis semasa Tanah Melayu bergelut memperjuangkan Kemerdekaan negara. Kita tidak boleh menolak dan menafikan fakta dalam Sejarah.


Akok@Baulu

Thursday, 2 April 2009

Will Nizar needs Ngeh's clearance to speak in Parliament? If he ever get elected..

A friend codenamed Another Brick on the Wall came a calling and this is what he has to say:

UMNO should deal with all the issues and let the people decide.

Sentiment is wavering against the Pakatan Rakyat brand of wayang politics. Speak the truth to the rakyat, particlarly the majority Malays and they will rationally decide.

The rakyat must be made known of the truth behind the empty rhetorics of Nizar-led Perak Government. The Batu Gantang seat is a contest between UMNO and DAP with Nizar and PAS be made DAP's puppet to serve their chauvalistic ego and greed.

Let the proof present itself.

In the first place, a ban was not necessary for a warning should have been sufficient to avoid subjudice and seditious words on his Majesty. Just be firm when any offense was made. That means not a one night ISA detention and stupid excuse such as protection.

Syed Hamid should not have banned any mention of Altantunya and Sultan Perak for the tri-election. From last night's trip visit to Pekan Bukit Gantang's campaign, both side PAS and UMNO did not totally heed the ban. Lets face up to the need to make known to the rakyat the issue at stake.

Is this another desperate and selfish attempt, to add to the banning of Suara Keadilan and Harakah before the UMNO General Assembly, to maintain Syed Hamid's relevance in the new cabinet?

Coupled with plans by GMP to bring the PPSMI issue to Bukit Gantang, these are issues that is detouring the campaign from what it is really all about. Oppositions are using PPSMI issue merely to deny UMNO's claim to Malay Nationalism.

Ideally, the Bukit Gantang election is about selecting a representative for Bukit Gantang to the Parliament. However, DAP and their former puppet MB, Nizar, is making attempt to set the by-election as a people's referendum for a statewide re-election. But that is not what this by-election is about.

As far as Nizar, he is a lost cause and had blew the trust the Sultan had bestowed to select him as Menteri Besar. He was weak in exerting his authority and allowed his exco members to step over his head. As a Malay MB, he betrayed the expectation of the Malays upon him.

For the endless conjuring of excuse by Pakatan Rakyat politicians, the Sultan did not contravene with any State or Federal Constitution to refuse the dissolution of the State Assembly and select another MB. Pakatan Rakyat lost their majority and power has shifted.

The rest is procedure and the court will prove it.

Subsequent to the 2008 General election, Barisan Nasional with 28 seats (27 UMNO and 1 MCA) did not have sufficient majority to rule the state.

After much to and fro from palace, Nizar came to power following an agreement dubbed by PAS own people as Perjanjian Pangkor II. PAS with only 6 seats made a pact with 18 seat DAP for the MB post to be held by Nizar and DAP held the position of Speaker, Deputy Speaker and six state exco positions. PKR held 3 and PAS held 2 more Exco posts.

That arrangement did not go down well with even the PKR Deputy President, Syed Husin who felt it should reflect proportionately the almost 60% majority Malay population. Out of the 10 exco position, there was only 4 Malays.

Nizar could not hold his own as he was caught in his own political rhetorics of justice, equality, and fairness. The one calling the shot was senior exco member, Datuk Ngeh Koo Ham and his cousin Nga Kor Ming. The Ngeh and Nga duo was imposing their wills on the exco much to the chagrin of the Malay exco members.

With Nizar succumbing to Ngeh and Nga, the 7 non Malay exco members holding more critical posts passed at will policies and approvals to the detriment of Malay interests.

The most known is the ridiculous 999 years land title to Communist collaborators living at the Chinese New Village. This had received the disgust of the Royal Highness the Sultan of Perak. PAS Mustafa Ali himself disagreed with the decision. It was later known that Nizar had defied the Sultan's request for only as 60 year title.

It is widely spoken in Perak of the duo approving log concessions to their cronies.

Any disagreements was responded rudely by the two cousins related to Chin Peng. They would brush aside any views by the Malay excos. It is widely known that the two would bully any opposition by Malay exco members by embarassing their academic qualification, and professional background.

Nizar was powerless.

It came to the point that in answering supplementary questions in the State Assembly, which is to be answered only by the Menteri Besar, Nizar had to constantly refer to Ngeh before answering. At times, Ngeh himself attempted to answer the questions.

Ngeh influence over Nizar was so obvious that in any press conference where he is present, Nizar's body language would be seen constantly swaying towards Ngeh for approval. Will Nizar have the luxury of getting whisper of advise and approval from Ngeh in Parliament?

Should the people of Bukit Gantang be allowed to be represented by someone who failed to defend and protect their interest?

Visit Another brick On the Wall at http://anotherbrickinwall.blogspot.com

Wednesday, 25 March 2009

LIM KIT SIANG DAN PENGARUHNYA DALAM DAP




Hari ini Dewan Rakyat yang bersidang untuk hari terakhir bagi Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Parlimen ke-12 memaparkan sikap Lim Kit siang yang ‘bacul’ lagi ‘dayus’ kerana mengeluarkan perkataan mengatakan UMNO gila dan diikuti dengan UMNO gila kuasa. Tindakan biadab Lim ini membuatkan ahli UMNO marah dan meminta perkataan tersebut di tarik balik. Namun keangkuhan Lim telah memaksa Speaker mengarahkan beliau keluar Dewan sehingga jam 2.30 petang.

Sebelum ini pun Lim sudah beberapa kali mengeluarkan perkataan biadab bukan saja kepada UMNO bahkan orang Melayu. Sikap biadab Lim inilah juga yang menyebabkan wujudnya spekulasi bahawa Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Lew Chin Tong meletak jawatan. Dari sumber PR memaklumkan bahawa sikap ‘kurang ajar’, sombong, angkuh dan susah untuk ditegur menyebabkan kedua-dua ahli Perlimen tersebut melatak jawatan.

Walaupun ia sekadar spekulasi tetapi berdasarkan khabar angin sebelum ini yang bertiup seperti perletakkan jawatan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang ada kebenarannya. Penafian Ketua Menteri Pulau Pinang tidak boleh menyekat khabar angin dan hasrat kedua-dua ahli Parlimen tersebut untuk meletakkan jawatan. Kecuali ada yang mengatakan ‘Lim’s and Son empayar’ menawarkan sesuatu yang menarik dari spekulais ini menjadi kebenaran.

Ada orang menyatakan bahawa Lim sebenarnya ‘gila kuasa’ dan memang beliau ingin memastikan tompok pemerintahan dalam DAP dikuasai oleh keturunannya. Sebab itulah apabila Pulau Pinang jatuh ke tangan DAP, beliau telah menggunakan kuasa ‘veto’nya dengan melantik anaknya, Lim Guang Eng sebagai Ketua Menteri. Walaupun beberapa pemimpin DAP sendiri membantah termasuk kedua-dua ahli Parlimen tersebut.

Dalam DAP hanya Karpal Singh saja yang sanggup berada lama dalam DAP, dari sumber PR memaklumkan kerana kedua-dua mempunyai sikap dan sifat yang sama iaitu untuk kekal untuk berkuasa. Namun, Lim lebih cepat mengintai peluang berbanding Karpal Singh yang gagal untuk mempertaruhkan anaknya ahli Parlimen Puchong untuk menjadi Menteri Besar Selangor.

Namun lain-lain ahli DAP seperti Tan Sri Lee Lam Thye adalah contoh terbaik ahli DAP yang terpaksa keluar dari parti kerana mual dengan sikap Lim. Bukan saja Tan Sri Lee Lam Thye tetapi beberapa lagi tokoh-tokoh lama dalam DAP keluar parti kerana meluat dengan sikap Lim.

Namun, apa yang berlaku dalam DAP bagaimanapun sedikit sebanyak boleh dijadikan ikhtibar dalam UMNO. Walaupun mereka sedar Lim cuba mengekal dan menyebarkan pengaruhnya dalam parti dan politik namun semangat ahli-ahli partinya tetap kepada DAP berbading dengan UMNO.

Bukan untuk memperkecilkan UMNO tetapi apa yang berlaku jelas menunjukkan sikap tidak professional ahli UMNO dalam menerima reality. Adakah kemenangan Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda UMNO akan memperkuatkan kembali pemuda UMNO? Adakah para pemuda akan kembali semula menyertai UMNO? Sama-samalah kita tunggu dan tiga pilihanraya kecil nanti bakal menguji barisan baru UMNO. Tapi dari sembang-sembang selepas pengumuman jawatan Ketua Pemuda, UMNO /BN akan sekali lagi akan berputih mata.


Akok@Baulu

Monday, 9 March 2009

KEMELUT POLITIK PERAK, APAKAH PENGHUJUNGNYA

Semakin hari kemelut politik negeri Perak semakin menjadi kacau-bilau dan menyusutkan pemikiran rakyat. Tindakan pemimpin-pemimpin politik PR yang mengasak Kerajaan Perak di bawah BN dilihat mempunyai agenda sendiri. Dengan beberapa tindakan saman dan kejutan berhubung sidang yang diadakan di bawah pokok seolah-olah ingin menarik perhatian pihak luar untuk masuk campur dalam hal ehwal Negara.

Tindakan pemimpin PR yang masih tidak mengaku kalah sebenarnya hanya ingin melihat suasana atau keadaan di Perak tidak terkawal dan tidak aman di bawah pentadbiran BN. Sedangkan rakyatlah yang menjadi sengsara dan terpaksa memikul suasana yang tidak tentu halanya.

Tujuan mereka hanyalah satu, di bubarkan Dun dan diadakan pilihan raya negeri. Tapi Kerajaan BN memandang kearah sebaliknya, jika pilihan raya negeri diadakan belanja yang besar terpaksa di peruntukan dan alangkah baiknya jika wang tersebut digunakan untuk membantu rakyat miskin ditambah lagi dengan kemelut ekonomi yang mencabar pada hari ini.

Jelas dilihat situasi dan suasana politik negeri Perak tidak menguntungkan rakyat tetapi hanya sekadar memuaskan hati pemimpin PR di atas tindakan yang mereka buat. Jika suasana dan kemelut ini berterusan semua pelaksanaan dan pembangunan negeri tidak dapat dilaksanakan bahkan juga tidak akan mendapat kelulusan. Ini kerana terdapat sesetengah perkara perlu mendapat kelulusan dari Dewan seperti Bajet dan sebagainya.

Berdasarkan kemelut sekarang, nescaya sidang Dewan tidak dapat dilaksanakan dan kedua-dua pihak tidak akan duduk bersama di dalam Dewan. Mungkin dengan kuasa Sultan Dewan boleh di panggil tapi Speaker Dewan mempunyai kuasa untuk menentukan keputusan apa yang dibincangkan dan diputuskan.

Apa akan terjadi jika kemelut ini akan berterusan? Bagaimana ekonomi Perak akan berkembang jika pelabur takut untuk datang melabur kerana situasi politik yang tidak tenteram? Bagaimana dengan nasib rakyat yang menjadi mangsa keadaan? Adakah rakyat akan terus dihidangkan dengan tindakan-tindakan tidak masuk akal oleh pemimpin PR seperti ‘syaitan’?

Ada yang mengatakan ini semua strategi Dap untuk menguasai Perak, merekalah yang menyusun, merangka dan mengatur strategi berdasarkan tindakan-tindakan yang telah dilaksanakan. Sebaliknya Pas dan PKR hanyalah ‘keldai tunggangan’ yang tampil kehadapan semata-mata dijanjikan jawatan.

Lihatlah bagaimana Karpal Singh meluahkan kemarahannya kepada Anwar Ibrahim di atas tindakan Anwar yang memperkenalkan agenda melompat parti. Akhirnya tindakan Anwar memakan diri sendiri dan tempiasnya terpaksa di tanggung oleh Dap. Dari sumber yang dipercayai, sekarang ini para pemimpin Pas dan PKR tidak dibenarkan bercakap sebaliknya hanya ‘mengkeldaikan diri’ menuruti apa yang dirancang, disusun dan diatur oleh Dap.

Hakikatnya Dap tidak senang dgn kuasa dipegang oleh BN dan sebolehnya Dap mahu mewujudkan suasana yang boleh menggugat keamanan dan kestabilan Negara. Lihat lah bagaimana Karpal Singh cuba mewujudkan suasana tidak harmoni apabila menuduh pemuda UMNO menghantar 2 butir peluru hidup kepadanya dan tuduhan melampau kepada Pemuda UMNO dengan mengatakan Pemuda UMNO celaka.

Sikap biadap dan provokasi pemimpin Dap berterusan apabila Adun Dap di Johor menyamakan dasar Negara sama dengan dasar Apartheid dan ia juga cuba di provokasi sekali lagi oleh pemimpin Dap apabila mengatakan UMNO mengamalkan dasar Apartheid. Apakah tujuan kata-kata provokasi ini di utarakan? Tapi bila ada menyebut mereka ini ‘pendatang’ mula lah mereka bercakap bukan-bukan.

Tindakan para pemimpin Dap dan PR akhir-akhir ini sebenarnya hanyalah mahu menunjukkan merekalah yang terbaik. Namun disebabkan tamak dan pentingkan kuasa, mereka sanggup membelakangkan arahan dan titah dari Sultan. Sebenarnya pelaung ini digunakan dengan sebaliknya oleh Dap dengan mengambil kesempatan untuk melebarkan pengaruh mereka terutama kepada kaum bukan Melayu. Slogan yang mereka gunakan ialah UMNO dengan amalan perkuamannya sedangkan mereka berjuang berdasarkan hak sama rata.

Sebab itulah mereka mendapat sokongan dari kaum bukan Melayu, kerana perjuangan hak sama ratanya. Sebaliknya bagi orang Melayu terutama yang ‘buta’ terus terpedaya dan percaya, tapi kita tunggulah jika mereka berkuasa, apa akan jadi pada orang Melayu terserah pada kita sebenarnya. Janganlah satu hari baru kita bercakap dan sedar, tapi masa itu sudah terlambat dan mungkin juga masa itu kita sudah tiada, yang akan tanggung akibat perbuatan kita adalah anak cicit kita.

Jadi sempena dengan Maulidul Rasul yang bakal menjelang, umat Melayu yang beragama Islam hendaklah bersatu, jauhkan perbalahan dan tinggalkan amalan hasutan fitnah dan hasad dengki. Sesungguhnya fitnah adalah punca sesuatu tamaddun ini musnah. Hayatilah sejarah Islam bagaimana tamaddun Islam menjadi lemah dan jadikanlah ia sebagai pengajaran dan bukannya sebagai sempadan. Apa yang terjadi di Palestine hari ini cukup membuktikan bagaimana jika kita sesama bangsa dan agama tidak bersatu.


Akok@Baulu

Sunday, 15 February 2009

KONON BERJUANG KERANA AGAMA ISLAM TAPI SIKAP KALAHKAN SYAITAN

Sebenarnya Malaysia ini sebuah negara yang bertuah kerana kemakmuran dan kehormoniannya walaupun rakyatnya berbilang bangsa dan berbeza agama. Semua itu tidak dijadikan alasan untuk Malaysia menjadi sebuah negara yang sentiasa diintai oleh rakyat laur untuk turut sama menikmati kehidupannya. Sama ada untuk mencari rezeki atau pun untuk mengucar-kacirkan kemakmuran yang ada.

Namun, satu saja perbezaan Malaysia berbanding lain negara, senario politiknya adalah sepanjang masa. Sepatutnya Kerajaan BN setelah hampir setahun mengukuhkan kuasa perlu tumpukan kepada pembangunan negara, ditambah lagi dengan situasi ekonomi global yang memerlukan perhatian dan tumpuan yang sewajarnya agar rakyat tidak merana. Tetapi ia sebaliknya, dek kerana gilakan kuasa dan tamak haloba, gabungan parti politik Pas, DAP dan PKR setiap detik mewujudkan suasana hura hara dengan fitnah dan hasutan yang amat meloyakan.

Sedihnya sikap pemimpin gabungan parti PKR, PAS dan DAP seperti tidak pakai akal apabila membicarakan sesuatu perkara. Apa yang mereka lakukan semuanya baik, tidak pernah mereka mengkritik dan mengaku kesilapan yang mereka lakukan. Mereka juga bersikap berdolak dalik atas setiap kenyataan yang mereka keluarkan. Jika sesuatu perkara itu menguntungkan atau memihak kepada mereka, semuanya baik namun jika sebaliknya mereka akan memusingkan fakta dan melupakan apa yang telah mereka lakukan.

Lihatlah apa yang terjadi di Kedah, apabila Adun Bukit Selambau meletakkan jawatan mereka tanpa segan silu dan tanpa memikirkan dosa pahala menfitnah BN terlibat dlaam perkara ini. Tidak cukup dengan itu lagi hasutan oleh para pemimpin Pas yang memperjuangkan Agama Islam melebarkan semburan fitnah mereka dengan mendakwa Adun Bukit selambau itu telah diugut, keluarganya diancam dan disogok dengan wang ringgit sehingga RM5 juta. Sebagai Menteri Besar, yang beragama Islam dan berjuang menegakkan Islam, adakah beliau tahu apa yang dia cakapkan itu? Adakah ini contoh seorang tauladan dari seorang yang bergelar Ustaz atau alim ulamak? Atau jika seseorang itu berada dalam gabungan parti PKR, PAS dan DAP maka ia dibolehkan mengeluarkan kenyataan sedemikian tanpa bukti?

Yang pastinya yang bukan Islam sedang gelak ketawa dek kerana sikap sesetengah Ustaz dan alim ulamak yang merendahkan Islam itu sendiri. Semua ini hanya kerana kuasa dan kepentingan diri sendiri demi mendapat tempat atau kedudukan dalam politik, Islam dipersendakan. Lihatlah kenyataan Menteri Besar Kedah berhubung isu perletakan jawatan Adun Bukit Selambau, kalau benar apa yang beliau nyatakan mana buktinya dan adakah Adun Bukit Selambau itu telah membuat laporan polis?
Menjawab pertanyaan media, kata Ustaz Azizan (MB Kedah), Arumugam dalam suratnya menjelaskan bahawa beliau menghadapi ugutan daripada pihak Barisan Nasional dan menawar kepadanya jutaan ringgit untuk melompat kepada BN.
"Dia dan keluarganya tidak tahan lagi, rasa tertekan dengan pelbagai ugutan, jadi atas dasar itu demi keselamatan diri dan anggota keluarga dia, maka dia rasa elok dia menarik diri dari politik dengan menjadi wakil rakyat.
"Dia juga diugut pada beberapa kali terutama di peringkat akhir keretanya (disimbah) dicat dan pelbagai lagi. Maka sebab itu dia tak sanggup lagi jadi dia letak jawatanlah," ujarnya yang turut memaklumkan surat itu diperolehinya jam 5 petang tadi.
Jelas beliau, surat itu bercop suruhanjaya sumpah dan akan diserahkan beliau kepada Speaker. Mengulas pertanyaan media juga beliau menganggap perkara itu lumrah dalam politik. Ditanya tindakan pihak polis terhadap aduan yang pernah dibuat, katanya perkara itu perlu dirujuk kepada pihak polis.
Diminta mengulas mengenai Arumugam, beliau menyifatkan Arumugam seorang yang telah menjalankan tugas dengan baik. Ustaz Azizan juga menjelaskan bahawa ugutan yang diterima Arumugam telah berlaku sejak beliau memenangi kerusi Dun Bukit Selambau dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.

"Paling terakhir dia ditawarkan RM5 juta. Saya menghargai sikap beliau yang menolak tawaran sebanyak RM5 juta itu. Tapi kerana tekanan emosi, tekanan kepada keluarga, maka tidak ada jalan lain," terangnya yang turut membacakan penjelasan bertulis Arumugam. (HarakahDaily.Net:10 Februari 2009)

Benarkah apa yang dikatakan oleh Menteri Besar Kedah itu? Dari maklumat mereka yang sentiasa bersama dengan Adun Bukit Selambau itu, sebenarnya BN langsung tidak terlibat berhubung krisis perletakan jawatan ini. Apa yang berlaku sebenarnya ialah Adun Bukit Selambau ini sebenarnya disisih oleh Exco Kedah yang lain. Walaupun beliau seorang Adun, namun suara beliau langsung tidak diendahkan dan peruntukan yang diberikan kepada beliau pun dikatakan adalah yang paling sedikit berbanding Exco lain.

Beliau mewakili kawasan yang majoritinya penduduk India terutamanya adalah miskin. Setiap kali apabila berjumpa dengan rakyat, rakyat mengadu dan memohon bantuan dari adun tersebut. Jadi beliau memanjangkan permohonan tersebut kepada Menteri Besar tapi tidak di layan. Sebagai wakil rakyat beliau terpaksa memenuhi permintaan rakyat dan beliau terpaksa menggunakan wang peribadinya. Oleh kerana terpaksa menggunakan wang sendiri, dan permohonan yang diminta dari MB tidak dilayan inilah antara punca beliau meletak jawatan.

Dikatakan kehidupan beliau semakin terhimpit setelah menjadi Adun kerana terpaksa menggunakan wang sendiri atau jika menggunakan wang peruntukan pun ia langsung tidak memadai. Ada juga menyatakan yang beliau tidak di layan oleh MB dan para Exco lain adalah kerana beliau adalah Adun ‘katak’ yang hanya terpaksa diterima oleh Pas setelah didesak oleh PKR. Adun Bukit Selambau pada pilihan raya umum ke 12 lalu bertanding atas tiket Bebas tetapi setelah dipujuk beliau ‘melompat’ masuk PKR dan Pas pula di paksa menerima Adun tersebut atas kouta PKR.

Sebenarnya menurut sumber tersebut Adun Bukit Selambau dari September tahun lepas lagi sudah ingin meletak jawatan namun di halang oleh pemimpin PKR. Tapi, sampai bila beliau boleh bertahan, semakin hari beliau disisihkan dan tidak dipedulikan. Jadi keputusan untuk meletak jawatan adalah yang terbaik buat Adun Bukit Selambau bukan sebab beliau mendapat tekanan atau ancaman dari BN tetapi MB Kedah dan Exconya sendiri yang mensisihkan beliau dari kerajaan negeri.


Akok@Baulu