Semakin hari kemelut politik negeri Perak semakin menjadi kacau-bilau dan menyusutkan pemikiran rakyat. Tindakan pemimpin-pemimpin politik PR yang mengasak Kerajaan Perak di bawah BN dilihat mempunyai agenda sendiri. Dengan beberapa tindakan saman dan kejutan berhubung sidang yang diadakan di bawah pokok seolah-olah ingin menarik perhatian pihak luar untuk masuk campur dalam hal ehwal Negara.
Tindakan pemimpin PR yang masih tidak mengaku kalah sebenarnya hanya ingin melihat suasana atau keadaan di Perak tidak terkawal dan tidak aman di bawah pentadbiran BN. Sedangkan rakyatlah yang menjadi sengsara dan terpaksa memikul suasana yang tidak tentu halanya.
Tujuan mereka hanyalah satu, di bubarkan Dun dan diadakan pilihan raya negeri. Tapi Kerajaan BN memandang kearah sebaliknya, jika pilihan raya negeri diadakan belanja yang besar terpaksa di peruntukan dan alangkah baiknya jika wang tersebut digunakan untuk membantu rakyat miskin ditambah lagi dengan kemelut ekonomi yang mencabar pada hari ini.
Jelas dilihat situasi dan suasana politik negeri Perak tidak menguntungkan rakyat tetapi hanya sekadar memuaskan hati pemimpin PR di atas tindakan yang mereka buat. Jika suasana dan kemelut ini berterusan semua pelaksanaan dan pembangunan negeri tidak dapat dilaksanakan bahkan juga tidak akan mendapat kelulusan. Ini kerana terdapat sesetengah perkara perlu mendapat kelulusan dari Dewan seperti Bajet dan sebagainya.
Berdasarkan kemelut sekarang, nescaya sidang Dewan tidak dapat dilaksanakan dan kedua-dua pihak tidak akan duduk bersama di dalam Dewan. Mungkin dengan kuasa Sultan Dewan boleh di panggil tapi Speaker Dewan mempunyai kuasa untuk menentukan keputusan apa yang dibincangkan dan diputuskan.
Apa akan terjadi jika kemelut ini akan berterusan? Bagaimana ekonomi Perak akan berkembang jika pelabur takut untuk datang melabur kerana situasi politik yang tidak tenteram? Bagaimana dengan nasib rakyat yang menjadi mangsa keadaan? Adakah rakyat akan terus dihidangkan dengan tindakan-tindakan tidak masuk akal oleh pemimpin PR seperti ‘syaitan’?
Ada yang mengatakan ini semua strategi Dap untuk menguasai Perak, merekalah yang menyusun, merangka dan mengatur strategi berdasarkan tindakan-tindakan yang telah dilaksanakan. Sebaliknya Pas dan PKR hanyalah ‘keldai tunggangan’ yang tampil kehadapan semata-mata dijanjikan jawatan.
Lihatlah bagaimana Karpal Singh meluahkan kemarahannya kepada Anwar Ibrahim di atas tindakan Anwar yang memperkenalkan agenda melompat parti. Akhirnya tindakan Anwar memakan diri sendiri dan tempiasnya terpaksa di tanggung oleh Dap. Dari sumber yang dipercayai, sekarang ini para pemimpin Pas dan PKR tidak dibenarkan bercakap sebaliknya hanya ‘mengkeldaikan diri’ menuruti apa yang dirancang, disusun dan diatur oleh Dap.
Hakikatnya Dap tidak senang dgn kuasa dipegang oleh BN dan sebolehnya Dap mahu mewujudkan suasana yang boleh menggugat keamanan dan kestabilan Negara. Lihat lah bagaimana Karpal Singh cuba mewujudkan suasana tidak harmoni apabila menuduh pemuda UMNO menghantar 2 butir peluru hidup kepadanya dan tuduhan melampau kepada Pemuda UMNO dengan mengatakan Pemuda UMNO celaka.
Sikap biadap dan provokasi pemimpin Dap berterusan apabila Adun Dap di Johor menyamakan dasar Negara sama dengan dasar Apartheid dan ia juga cuba di provokasi sekali lagi oleh pemimpin Dap apabila mengatakan UMNO mengamalkan dasar Apartheid. Apakah tujuan kata-kata provokasi ini di utarakan? Tapi bila ada menyebut mereka ini ‘pendatang’ mula lah mereka bercakap bukan-bukan.
Tindakan para pemimpin Dap dan PR akhir-akhir ini sebenarnya hanyalah mahu menunjukkan merekalah yang terbaik. Namun disebabkan tamak dan pentingkan kuasa, mereka sanggup membelakangkan arahan dan titah dari Sultan. Sebenarnya pelaung ini digunakan dengan sebaliknya oleh Dap dengan mengambil kesempatan untuk melebarkan pengaruh mereka terutama kepada kaum bukan Melayu. Slogan yang mereka gunakan ialah UMNO dengan amalan perkuamannya sedangkan mereka berjuang berdasarkan hak sama rata.
Sebab itulah mereka mendapat sokongan dari kaum bukan Melayu, kerana perjuangan hak sama ratanya. Sebaliknya bagi orang Melayu terutama yang ‘buta’ terus terpedaya dan percaya, tapi kita tunggulah jika mereka berkuasa, apa akan jadi pada orang Melayu terserah pada kita sebenarnya. Janganlah satu hari baru kita bercakap dan sedar, tapi masa itu sudah terlambat dan mungkin juga masa itu kita sudah tiada, yang akan tanggung akibat perbuatan kita adalah anak cicit kita.
Jadi sempena dengan Maulidul Rasul yang bakal menjelang, umat Melayu yang beragama Islam hendaklah bersatu, jauhkan perbalahan dan tinggalkan amalan hasutan fitnah dan hasad dengki. Sesungguhnya fitnah adalah punca sesuatu tamaddun ini musnah. Hayatilah sejarah Islam bagaimana tamaddun Islam menjadi lemah dan jadikanlah ia sebagai pengajaran dan bukannya sebagai sempadan. Apa yang terjadi di Palestine hari ini cukup membuktikan bagaimana jika kita sesama bangsa dan agama tidak bersatu.
Akok@Baulu
Monday, 9 March 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment