Friday, 13 March 2009

KERAJAAN CAMPURAN BN-PAS, SEJAUHMANA KEBENARANNYA

Nampaknya hasil pembentangan Mini Budget yang berjumlah RM60 billion yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri belum pun berjalan telah menampakkan bunga-bunga kemanisan. Jumlah yang diumumkan mengejutkan semua pihak dan hasrat BN untuk duduk berbincang semeja dengan pembangkang menunjukkan Kerajaan BN begitu peka dengan hasrat dan kebimbangan Raja-Raja Melayu berhubung situasi politik yang melanda negara.

Kesanggupan pembangkang terutama Pas untuk duduk semeja bagi menjayakan hasrat Kerajaan terutamanya mengharungi gelombang krisis ekonomi yang semakin membimbangkan sekurang-kurangnya boleh di beri pujian. Selepas pengumuman mini budget oleh TPM, Ketua Pemuda Pas menyahut cabaran tanda bersetuju untuk duduk semeja membantu Kerajaan memulihkan ekonomi negara dan menyepadukan kembali kaum Melayu yang telah ‘terpedaya’ oleh sesetengah pihak yang begitu rakus untuk berkuasa.

Bukan itu saja, Setiausaha Pas Kelantan dan juga Presiden Pas telah menyuarakan sokongan hinggakan sanggup membentuk sebuah Kerajaan campuran BN-Pas jika Kerajaan BN menerima cadangan mereka. Tidak mustahil, cadangan ini jika benar-benar dilakukan dengan hati yang penuh kejujuran dan keihklasan serta dengan niat untuk menyepadukan umat Islam, pasti negara akan kembali aman dan tenteram. Tapi ada pihak tidak akan duduk diam, meerka akan memfitnah dan menyebarkan hasutan agar hasrat ini tidak kesampaian.

Belum pun terjadi seperti yang diimpikan oleh Kerajaan BN dan para pemimpin Pas, sudah ada suara-suara dan sindiran yang cuba menafikan hasrat murni tersebut. Bagi mengagalkan hasrat tersebut, beberapa syarat dikenakan jika BN ingin wujudkan kerjasama erat dengan pembangkang. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pembangkang semasa membentang hujah berhubung Mini Budget jelas menunjukkan hasrat beliau untuk mengagalkan hasrat murni tersebut kerana meletakkan tiga syarat jika BN ingin bekerjasama dengan pembangkang.dalam membantu memulihkan kegawatan ekonomi dan kestabilan negara.

Ketua Pembangkang itu berkata kerjasama itu boleh dilakukan sekiranya kerajaan mengkaji semula perjanjian konsesi lebuh raya, penjana tenaga bebas (IPP) dan air. Syarat kedua ialah menghentikan kezaliman dan fitnah melalui media massa serta ketiga, membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.

Jelaskan apa yang dikatakan oleh para pemimpin Pas, hasrat untuk berkerjasama dengan jujur dan ikhlas dilihat cuba dinafikan oleh Anwar. Anwar dilihat tidak ikhlas dalam cuba menanggani krisis yang sedang melanda. Syarat-syarat yang beliau utarakan itu hanyalah semata-mata untuk mengagalkan hasrat murni BN dan Pas untuk merealisasikan ‘suara rakyat’ yang ingin melihat negara terus aman dan keluar dari belenggu krisis yang melanda.

Syarat yang dikenakan juga lebih kepada hasrat politiknya yang tidak pernah reda untuk ‘berkuasa’. Beliau masih lagi melaungkan hasrat untuk menaiki takhta ‘menakluk’ negara dari BN yang sedang berkuasa. Beliau terus berjanji, jika beliau menjadi Perdana Menteri, royalti minyak di Terengganu, Sabah dan Sarawak bakal dikembalikan.

Namun laungan dan janji Anwar di tempak oleh Ahli Parlimen Kinabatangan yang telah ‘muak’ dengan mainan politik Anwar. Manakan mungkin untuk memberi royalti seperti yang beliau janjikan, sedang 16 September yang beliau war-warkan bukti satu pembohongan.


Akok@Baulu

No comments: