Tuesday, 17 March 2009

Membuka Pekong Didada

Dikatakan amalan rasuah berakar umbi dalam UMNO dan ia diperakukan sendiri oleh orang UMNO apabila hari ini seluruh media mendedahkan dan menyajikan amalan rasuah dan politik wang dalam UMNO. Pendedahan oleh UMNO sendiri dan disebarkan pula oleh media umpama ‘bulan jatuh ke riba’ buat pembangkang. UMNO sedang dalam peralihan kuasa dari Pak Lah kepada Najib dan tiga pilihan raya kecil yang bakal memberi ‘bala’ kepada UMNO. Adakah dengan pendedahan kelemahan-kelemahan dalaman UMNO ini merupakan satu langkah bijak? Atau adakah ini ketelusan di saat-saat UMNO sedang bergelut dengan keaadaan yang tidak sepatutnya?

Adakah dengan pendedahan ini akan memberi kelebihan buat UMNO dalam 3 pilihan raya kecil akan datang? Atau memang sengaja situasi sekarang dicipta untuk menghalang atau meruntuhkan sama sekali politik seseorang? Jika di lihat ia seperti satu tindakan yang menampakkan ‘kebodohan’ dalam mencipta kejayaan sendiri tapi akan memberi ‘pulangan berharga’ buat seluruh penyokong parti.

Tidakkah UMNO perlu belajar daripada pilihan raya 1969 apabila UMNO hilang banyak kerusi, 1990 UMNO hilang Kelantan, 1999 UMNO hilang Kelantan/Terengganu manakala Selangor dan Kedah hampir jatuh ke tangan pembangkang dan pada 2008 lima negeri UMNO/BN hilang. Tidakkah ini menunjukkan perubahan yang perlu disedari oleh UMNO? Selang beberapa hari UMNO menerima ‘bala’ kekalahan, pelbagai andaian dan tafsiran dibuat punca alami kekalahan. Hinggakan UMNO terpaksa mengadakan ‘retreat’ untuk memulihkan keadaan.

Namun apa yang dilihat kesannya langsung tidak menyakinkan, ‘penyakit’ yang melanda UMNO semakin merebak dan semakin sukar untuk diubati. Lebih ‘sakit hati’ seolah-olah pemimpin UMNO tidak menghiraukan penyakit yang ada dan kehendak penyokong akar umbi seperti tidak dipeduli. Sebaliknya menambah lagi dengan penyakit yang ‘sukar’ untuk diubati dan ‘penyakit’ itu boleh menyebabkan rakyat ‘lari’.

Adakah pendedahan media akan ‘sikap’ dan ‘perbuatan’ tidak mengaibkan UMNO? Ahli-ahli UMNO yang bercakap di kedai-kedai kopi pun mula melahirkan rasa kesal dan malu di atas pendedahan dan ‘keterbukaan’ UMNO dalam membuat perubahan setelah Tsunami politk melanda pada Mac 2008.

Mereka berkata, apa yang pemimpin UMNO laungkan selama ini untuk membuat perubahan drastik dalam UMNO hanya cakap-cakap kosong saja. Amalan rasuah menjelang pemillihan tidak sepatutnya berlaku selepas hasrat UMNO untuk melakukan perubahan. Sebaliknya, ‘penyakit’ ini tidak juga terubat bahkan ia semakin merebak dan ‘menyakitkan.

Hari ini rakyat telah bersuara, bagaimana seorang Ketua Menteri dan beberapa pemimpin lagi terlibat sama dengan ‘penyakit’ yang melanda ini? Bagaimana UMNO boleh melantik pemimpin ‘berpenyakit’ ini? Dan berbagai lagi persoalan dari rakyat dan ini boleh menyebabkan rakyat mula ‘pandang-pandang dan jelling-jeling’ pada mereka yang tidak ‘berpenyakit’.

Sanggupkah UMNO melihat rakyat bertindak sebegini? Benarkah UMNO hayatnya sudah dipenghujung jari? Adakah hanya selepas perhimpunan agung UMNO nanti UMNO akan kembali pada landasannya? Tapi sesetengah orang bercakap ‘penyakit’ yang melanda ini semakin sukar untuk diubati, sukar diubati oleh sebab ‘perlakuan’ pemimpun UMNO sendiri.

Al-quran ada menyebut, tidak akan ubah nasib sesuatu kaum itu jika kaum itu sendiri tidak mengubah nasibnya sendiri. Jadi fikir-fikirkan dan renung-renunglah.

Akok@Baulu

No comments: