Wednesday, 25 March 2009
LIM KIT SIANG DAN PENGARUHNYA DALAM DAP
Hari ini Dewan Rakyat yang bersidang untuk hari terakhir bagi Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Parlimen ke-12 memaparkan sikap Lim Kit siang yang ‘bacul’ lagi ‘dayus’ kerana mengeluarkan perkataan mengatakan UMNO gila dan diikuti dengan UMNO gila kuasa. Tindakan biadab Lim ini membuatkan ahli UMNO marah dan meminta perkataan tersebut di tarik balik. Namun keangkuhan Lim telah memaksa Speaker mengarahkan beliau keluar Dewan sehingga jam 2.30 petang.
Sebelum ini pun Lim sudah beberapa kali mengeluarkan perkataan biadab bukan saja kepada UMNO bahkan orang Melayu. Sikap biadab Lim inilah juga yang menyebabkan wujudnya spekulasi bahawa Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Lew Chin Tong meletak jawatan. Dari sumber PR memaklumkan bahawa sikap ‘kurang ajar’, sombong, angkuh dan susah untuk ditegur menyebabkan kedua-dua ahli Perlimen tersebut melatak jawatan.
Walaupun ia sekadar spekulasi tetapi berdasarkan khabar angin sebelum ini yang bertiup seperti perletakkan jawatan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang ada kebenarannya. Penafian Ketua Menteri Pulau Pinang tidak boleh menyekat khabar angin dan hasrat kedua-dua ahli Parlimen tersebut untuk meletakkan jawatan. Kecuali ada yang mengatakan ‘Lim’s and Son empayar’ menawarkan sesuatu yang menarik dari spekulais ini menjadi kebenaran.
Ada orang menyatakan bahawa Lim sebenarnya ‘gila kuasa’ dan memang beliau ingin memastikan tompok pemerintahan dalam DAP dikuasai oleh keturunannya. Sebab itulah apabila Pulau Pinang jatuh ke tangan DAP, beliau telah menggunakan kuasa ‘veto’nya dengan melantik anaknya, Lim Guang Eng sebagai Ketua Menteri. Walaupun beberapa pemimpin DAP sendiri membantah termasuk kedua-dua ahli Parlimen tersebut.
Dalam DAP hanya Karpal Singh saja yang sanggup berada lama dalam DAP, dari sumber PR memaklumkan kerana kedua-dua mempunyai sikap dan sifat yang sama iaitu untuk kekal untuk berkuasa. Namun, Lim lebih cepat mengintai peluang berbanding Karpal Singh yang gagal untuk mempertaruhkan anaknya ahli Parlimen Puchong untuk menjadi Menteri Besar Selangor.
Namun lain-lain ahli DAP seperti Tan Sri Lee Lam Thye adalah contoh terbaik ahli DAP yang terpaksa keluar dari parti kerana mual dengan sikap Lim. Bukan saja Tan Sri Lee Lam Thye tetapi beberapa lagi tokoh-tokoh lama dalam DAP keluar parti kerana meluat dengan sikap Lim.
Namun, apa yang berlaku dalam DAP bagaimanapun sedikit sebanyak boleh dijadikan ikhtibar dalam UMNO. Walaupun mereka sedar Lim cuba mengekal dan menyebarkan pengaruhnya dalam parti dan politik namun semangat ahli-ahli partinya tetap kepada DAP berbading dengan UMNO.
Bukan untuk memperkecilkan UMNO tetapi apa yang berlaku jelas menunjukkan sikap tidak professional ahli UMNO dalam menerima reality. Adakah kemenangan Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda UMNO akan memperkuatkan kembali pemuda UMNO? Adakah para pemuda akan kembali semula menyertai UMNO? Sama-samalah kita tunggu dan tiga pilihanraya kecil nanti bakal menguji barisan baru UMNO. Tapi dari sembang-sembang selepas pengumuman jawatan Ketua Pemuda, UMNO /BN akan sekali lagi akan berputih mata.
Akok@Baulu
Labels:
DAP,
lim kit siang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment