Nampaknya parti-parti yang bertanding dalam pilihanraya kecil di dua bukit satu batang kali ini dilihat semakin rancak memulakan kempen memancing para pengundi. Jolokan dua bukit satu batang menjadi bahan jenaka buat para pengundi di ketiga-tiga negeri. Namun yang pasti tumpuan adalah tertumpu kepada Bukit Gantang yang dilihat menguji rakyat setelah berlakunya peralihan kuasa dari PR kepada BN.
Walaubagaimanapun Bukit Selambau dan Batang Ai turut menjadi tumpuan kepada beberapa isu hangat akan dijadikan modal parti yang bertanding untuk meraih undi. Bagi Batang Ai pula tidak dilihat akan persaingan sengit dari PR berbanding Pilihanraya Umum lalu. Kerana boleh dikatakan penduduk-penduduk di rumah panjang menunggu pemimpin PR dengan ‘parang panjang’.
Ini dimaklumkan oleh rakan penulis yang mengikuti perkembangan di Batang Ai kerana beliau yang disangka agen PR hampir dilibas dengan ‘parang panjang’ oleh penduduk di kawasan tersebut. Untuk mengelak kejadian yang tidak diingini, rakan penulis terpaksa menyatakan yang beliau adalah pekerja BN, barulah beliau disambut mesra oleh para penduduk rumah panjang tersebut. Apabila rakan bertanyakan penduduk mengapa mereka berbuat sedemikian, mereka menjawab para pemimpin PR bukannya pemimpin yang mampu membawa pembangunan dan pembaharuan serta kesejahteraan rakyat sebaliknya hanya mampu menjadikan Negara dalam keadaan huru hara.
Mereka hanya berjuang untuk kepentingan diri sendiri dan bukannya untuk agama, bangsa dan Negara. Mereka berterima kasih kepada RTM kerana siaran langsung dari Parlimen pada setiap hari membuka mata mereka bagaimana ‘buruk’ nya sifat para pemimpin PR tidak ubah seperti ‘anjing kurap liar ’ dan ‘babi hutan’ di kawasan mereka diami ketika berhujah di Parlimen.
Mereka juga mendakwa rakyat Sarawak amat utuh dalam perhubungan persaudaraan walaupun berlainan keturunan mereka hidup dalam aman dan tenteram. Mereka tidak boleh menerima hasutan dan pendekatan pemimpin PR yang melaga-lagakan dan penuh dengan emosi kebencian yang mampu meruntuhkan keharmonian yang telah lama mereka pelihara. Sikap biadab dan tidak bertamadun pemimpin PR tidak ada dalam kamus hidup harian mereka.
Apa yang dicakapkan oleh rakyat Sarawak turut dikongsi bersama oleh rakyat Perak akan kebiadaban pemimpin PR semasa mereka berkempen. Nizar dalam satu majlis bacaan yassin anjuran BN di Masjid Simpang, Bukit Gantang telah bertindak kurang bijak apabila merampas dan mengambil alih program anjuran BN. Walaupun tindakan Nizar mengimam solat magrib dan solat hajat anjuran BN perbuatan mulia tapi apabila beliau dan pengikutnya merampas mikrofon dari imam untuk cuba mengadakan ceramah adalah tindakan keterlaluan dan tidak menghormati tuan rumah (Berita Harian:30 Mac 2009).
Alasan yang beliau berikan adalah untuk memberi takzirah dan membaca tafsiran ayat-ayat yang beliau baca ketika mengimamkan solat tersebut. Namun yang menjadi persoalannya ialah majlis tersebut adalah majlis anjuran BN, kenapa beliau dan pengikutnya bertindak sedemikian? Rata-rata jemaah yang menghadiri majlis tersebut tersinggung dengan sikap Nizar yang dilihat cuba mewujudkan provokasi untuk mengeruhkan suasana.
Tidak puas lagikah Nizar dengan perbuatannya selama ini sehingga mengheret keharmonian rakyat Perak yanghidup tenteram selama ini di bawah pentadbiran BN? Menurut jemaah, imam masjid langsung tidak mengundang Nizar untuk berceramah seperti yang didakwanya dan sebab itulah Pengerusi Masjid, Encik Yahaya Sulaiman bertindak menghalang Nizar berbuat demikian.
Jemaah juga menyatakan inilah bukti bagaimana Nizar dan pengikut serta partinya yang didokong oleh DAP sudah tidak diterima oleh rakyat Perak dan beliau terpaksa menggunakan cara sedemikian untuk berhadapan dengan rakyat Perak yang sudah ‘jemu’ dengan perjuangan PR. Jemaah juga secara sinis mengejek Nizar dan pengikutnya supaya sedar kerana majlis tersebut adalah anjuran BN dan BN tidak menghalang kehadiran Nizar tetapi sifat orang Melayu mestilah ‘beradab’.
Perilaku Nizar ini menunjukkan terdesaknya PR untuk memikat kembali hati rakyat Perak yang terguris setelah Nizar dan rakan-rakannya dalam PR menghina Sultan Perak dan mewujudkan suasana tidak harmoni di Perak. Ramai analisis politik meramalkan Nizar akan tersungkur kerana peribadi yang telah ‘dikeldaikan’ oleh DAP. Analisa dan andaian dari Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, YB. Zulkifli Nordin jelas membuktikan ‘bala’ yang bakal melanda PR.
“Komposisi pecahan kaum di Bukit Selambau adalah 64% Melayu, 29% Cina dan 7% India. Dalam pilihanraya lepas, PR mendapat sokongan 45% pengundi Melayu. Saya jangkakan peratus pegundi Melayu yang menyokong akan menurun pada 40%. Saya menjangkakan calon PR akan menang bergantung kepada sokongan padu kaum Cina dan India” (zul4kulim.blogspot.com)
Jelas kenyataan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu ini menunjukkan kerisauan PR. Sebenarnya bukan setakat undi Melayu, tetapi juga undi kaum India mungkin akan berkurang kerana terdapat perpecahan dikalangan pengikut PR kaum India berdasarkan bantahan kepada calon yang di pilih oleh Anwar baru-baru ini. Ia diikuti oleh bubarnya PKR Bahagian Jerai dan pengistiharan keluar parti beramai-ramai 500 ahli dan penyokong PR turut mencemaskan PR (Berita Harian:30 Mac 2009).
Pengundi India hari ini sudah sedar akan kepincangan dan penyelewengan dalam PR sehinggakan Ketua Bahagian PKR Jerai, B. Kalaivanar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Masyarakat India Kedah secara terbuka menyatakan beliau sudah hilang keyakinan dan kepercayaan kepda kepimpinan PR khususnya Anwar Ibrahim. Beliau juga menggelar Anwar sebagai Firaun dan diktaktor.
Apapun BN perlu memperkuatkan jentera untuk berkempen bagi memenangi hati pengundi Melayu dan India dan yang lebih lebih penting undi kaum Cina yang dilihat sebagai penentu kepada kemenangan calon BN. Apa jua pendekatan perlulah dilihat lebih kepada mesra rakyat dan janganlah pula berjanji tinggi melangit sehingga memakan diri kemudian hari. Yang pasti pilihanraya kecil di dua bukit satu batang bakal menjadi saksi angin perubahan rakyat yang inginkan perubahan.
Akok@Baulu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment