Sebenarnya Malaysia ini sebuah negara yang bertuah kerana kemakmuran dan kehormoniannya walaupun rakyatnya berbilang bangsa dan berbeza agama. Semua itu tidak dijadikan alasan untuk Malaysia menjadi sebuah negara yang sentiasa diintai oleh rakyat laur untuk turut sama menikmati kehidupannya. Sama ada untuk mencari rezeki atau pun untuk mengucar-kacirkan kemakmuran yang ada.
Namun, satu saja perbezaan Malaysia berbanding lain negara, senario politiknya adalah sepanjang masa. Sepatutnya Kerajaan BN setelah hampir setahun mengukuhkan kuasa perlu tumpukan kepada pembangunan negara, ditambah lagi dengan situasi ekonomi global yang memerlukan perhatian dan tumpuan yang sewajarnya agar rakyat tidak merana. Tetapi ia sebaliknya, dek kerana gilakan kuasa dan tamak haloba, gabungan parti politik Pas, DAP dan PKR setiap detik mewujudkan suasana hura hara dengan fitnah dan hasutan yang amat meloyakan.
Sedihnya sikap pemimpin gabungan parti PKR, PAS dan DAP seperti tidak pakai akal apabila membicarakan sesuatu perkara. Apa yang mereka lakukan semuanya baik, tidak pernah mereka mengkritik dan mengaku kesilapan yang mereka lakukan. Mereka juga bersikap berdolak dalik atas setiap kenyataan yang mereka keluarkan. Jika sesuatu perkara itu menguntungkan atau memihak kepada mereka, semuanya baik namun jika sebaliknya mereka akan memusingkan fakta dan melupakan apa yang telah mereka lakukan.
Lihatlah apa yang terjadi di Kedah, apabila Adun Bukit Selambau meletakkan jawatan mereka tanpa segan silu dan tanpa memikirkan dosa pahala menfitnah BN terlibat dlaam perkara ini. Tidak cukup dengan itu lagi hasutan oleh para pemimpin Pas yang memperjuangkan Agama Islam melebarkan semburan fitnah mereka dengan mendakwa Adun Bukit selambau itu telah diugut, keluarganya diancam dan disogok dengan wang ringgit sehingga RM5 juta. Sebagai Menteri Besar, yang beragama Islam dan berjuang menegakkan Islam, adakah beliau tahu apa yang dia cakapkan itu? Adakah ini contoh seorang tauladan dari seorang yang bergelar Ustaz atau alim ulamak? Atau jika seseorang itu berada dalam gabungan parti PKR, PAS dan DAP maka ia dibolehkan mengeluarkan kenyataan sedemikian tanpa bukti?
Yang pastinya yang bukan Islam sedang gelak ketawa dek kerana sikap sesetengah Ustaz dan alim ulamak yang merendahkan Islam itu sendiri. Semua ini hanya kerana kuasa dan kepentingan diri sendiri demi mendapat tempat atau kedudukan dalam politik, Islam dipersendakan. Lihatlah kenyataan Menteri Besar Kedah berhubung isu perletakan jawatan Adun Bukit Selambau, kalau benar apa yang beliau nyatakan mana buktinya dan adakah Adun Bukit Selambau itu telah membuat laporan polis?
Menjawab pertanyaan media, kata Ustaz Azizan (MB Kedah), Arumugam dalam suratnya menjelaskan bahawa beliau menghadapi ugutan daripada pihak Barisan Nasional dan menawar kepadanya jutaan ringgit untuk melompat kepada BN.
"Dia dan keluarganya tidak tahan lagi, rasa tertekan dengan pelbagai ugutan, jadi atas dasar itu demi keselamatan diri dan anggota keluarga dia, maka dia rasa elok dia menarik diri dari politik dengan menjadi wakil rakyat.
"Dia juga diugut pada beberapa kali terutama di peringkat akhir keretanya (disimbah) dicat dan pelbagai lagi. Maka sebab itu dia tak sanggup lagi jadi dia letak jawatanlah," ujarnya yang turut memaklumkan surat itu diperolehinya jam 5 petang tadi.
Jelas beliau, surat itu bercop suruhanjaya sumpah dan akan diserahkan beliau kepada Speaker. Mengulas pertanyaan media juga beliau menganggap perkara itu lumrah dalam politik. Ditanya tindakan pihak polis terhadap aduan yang pernah dibuat, katanya perkara itu perlu dirujuk kepada pihak polis.
Diminta mengulas mengenai Arumugam, beliau menyifatkan Arumugam seorang yang telah menjalankan tugas dengan baik. Ustaz Azizan juga menjelaskan bahawa ugutan yang diterima Arumugam telah berlaku sejak beliau memenangi kerusi Dun Bukit Selambau dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.
"Paling terakhir dia ditawarkan RM5 juta. Saya menghargai sikap beliau yang menolak tawaran sebanyak RM5 juta itu. Tapi kerana tekanan emosi, tekanan kepada keluarga, maka tidak ada jalan lain," terangnya yang turut membacakan penjelasan bertulis Arumugam. (HarakahDaily.Net:10 Februari 2009)
Benarkah apa yang dikatakan oleh Menteri Besar Kedah itu? Dari maklumat mereka yang sentiasa bersama dengan Adun Bukit Selambau itu, sebenarnya BN langsung tidak terlibat berhubung krisis perletakan jawatan ini. Apa yang berlaku sebenarnya ialah Adun Bukit Selambau ini sebenarnya disisih oleh Exco Kedah yang lain. Walaupun beliau seorang Adun, namun suara beliau langsung tidak diendahkan dan peruntukan yang diberikan kepada beliau pun dikatakan adalah yang paling sedikit berbanding Exco lain.
Beliau mewakili kawasan yang majoritinya penduduk India terutamanya adalah miskin. Setiap kali apabila berjumpa dengan rakyat, rakyat mengadu dan memohon bantuan dari adun tersebut. Jadi beliau memanjangkan permohonan tersebut kepada Menteri Besar tapi tidak di layan. Sebagai wakil rakyat beliau terpaksa memenuhi permintaan rakyat dan beliau terpaksa menggunakan wang peribadinya. Oleh kerana terpaksa menggunakan wang sendiri, dan permohonan yang diminta dari MB tidak dilayan inilah antara punca beliau meletak jawatan.
Dikatakan kehidupan beliau semakin terhimpit setelah menjadi Adun kerana terpaksa menggunakan wang sendiri atau jika menggunakan wang peruntukan pun ia langsung tidak memadai. Ada juga menyatakan yang beliau tidak di layan oleh MB dan para Exco lain adalah kerana beliau adalah Adun ‘katak’ yang hanya terpaksa diterima oleh Pas setelah didesak oleh PKR. Adun Bukit Selambau pada pilihan raya umum ke 12 lalu bertanding atas tiket Bebas tetapi setelah dipujuk beliau ‘melompat’ masuk PKR dan Pas pula di paksa menerima Adun tersebut atas kouta PKR.
Sebenarnya menurut sumber tersebut Adun Bukit Selambau dari September tahun lepas lagi sudah ingin meletak jawatan namun di halang oleh pemimpin PKR. Tapi, sampai bila beliau boleh bertahan, semakin hari beliau disisihkan dan tidak dipedulikan. Jadi keputusan untuk meletak jawatan adalah yang terbaik buat Adun Bukit Selambau bukan sebab beliau mendapat tekanan atau ancaman dari BN tetapi MB Kedah dan Exconya sendiri yang mensisihkan beliau dari kerajaan negeri.
Akok@Baulu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment