Belum pun bahang pilihan raya kecil Kuala Terengganu hilang dan belum pun sempat pihak-pihak tertentu seperti SPR, Polis dan sebagainya cukup rehat, mereka sekali lagi akan dikerahkan untuk mencurahkan keringat bagi menghadapi pilihan raya kecil yang bakal berlangsung di Parlimen Bukit Gantang, Perak dan Dun Bukit Selambau, Kedah.
Yang pasti Parlimen Bukit Gantang akan menjadi medan parti yang bertanding untuk membuktikan mereka mendapat tempat di hati rakyat. Ini kerana akibat situasi politik Perak yang masih terumbang ambing sejak peralihan kuasa Kerajaan Perak dari Pakatan Rakyat kepada Kerajaan BN kedua-kedua parti perlu membuktikan siapa sebenarnya di hati rakyat. Jadi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang ini adalah medan dan gelanggang bagi PR dan BN membuktikan siapa di hati rakyat.
Walau apapun berlaku ia akan tetap berlaku, tapi lebih memedihkan hati bila adanya pihak yang merendah dan mencabar keputusan atau arahan dari sultan. Lebih buruk lagi apabila adanya pemimpin PR dengan nada angkuh dan sombong serta tidak menghiraukan arahan Tuanku Sultan, berdegil untuk tidak meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar dan tidak mahu keluar dari kediaman rasmi Menteri Besar.
Karpal Sigh seperti singa kehilangan anak, sudah tidak dapat membendung lagi kemarahannya apabila Anwar Ibrahim disalahkan apabila pentadbiran Kerajaan Perak terpaksa dilepaskan oleh Dap. Kenyataan terbuka Karpal Sigh harus dihayati oleh semua rakyat terutama para penyokong PKR yang selama ini membabi buta menyokong Anwar Ibrahim. Hakikatnya kenyataan Karpal Singh itu ada benarnya dan sekarang ini Anwar Ibrahim cuba menutup kelemahannya dengan menghasut Nizar dan semua bekas Exconya supaya terus mentadbir Perak dan mengingkari titah Tuanku Sultan.
Jika dilihat apa yang berlaku antara Anwar dan Karpal mungkin ada strategi politik PR dalam usaha menyerang balas BN. BN janganlah pula mendabik dada dan berlagak sombong dengan situasi politik yang boleh dikatakan memihak kepada BN. Ramai tertanya-tanya kenapa dengan tiba-tiba Karpal Singh dengan nada marahnya menemplak Anwar dan menyalahkan Anwar di atas pergolakan politik Perak yang memaksa Dap menyerahkan kuasa kepada BN? Dan dalam masa yang sama juga Anwar dan penyokongnya begitu ‘berani’ melanggar arahan Tuanku Sultan dengan tetap mengistiharkan Nizar masih MB Perak.
Yang jelas tindakan Anwar dan Karpal hanyalah untuk mengelirukan fikiran rakyat, supaya rakyat tidak menumpukan perhatian mereka kepada isu-isu kelemahan PR yang di paparkan oleh media terutamanya angan-angan Mat Jenin Anwar berhubung peralihan Kerajaan Pusat yang dicanang oleh beliau.
Begitu juga dengan kenyatan dan Anwar yang mengajak pemimpin BN melompat parti masuk PR yang menjadi senjata utama Anwar semasa kempen 16 September 2008. Sehinggakan Anwar telah menghantar ‘skuad’ yang diterajui oleh Ahli Parlimen Batu terbang ke Taiwan bagi memujuk Ahli Parlimen BN melompat parti. Bukan Anwar saja mencanangkan usaha tersebut, Nik Aziz juga turut menyokong usaha Anwar memujuk Ahli Parlimen BN melompat parti.
Namun apabila sebaliknya terjadi, Anwar dan Nik Aziz serta pemimpin-pemimpin PR menyalahkan BN dan mendakwa BN menggunakan taktik kotor, menggunakan wang merasuah pemimpin PKR dan berbagai lagi. Termasuk kenyataan Nik Aziz yang menyatakan pemimpin PKR yang melompat itu adalah satu perbuatan yang sangat hina. Sama ada Nik Aziz ingat atau buat-buat lupa apa yang pernah dia kata sebelum ini.
Sekurang-kurangnya penyokong PR tidak didedahkan dengan penipuan oleh Anwar dan PR kepada penyokongnya. Jadi mereka wujud satu ‘ketegangan’ untuk mengalihkan tumpuan di atas kelemahan mereka. Boleh dikatakan bahawa, rakyat seluruh negara dan juga media terpesona dengan isu ‘Karpal/Anwar’ berbanding isu lebih besar iaitu sikap biadab Anwar dan pemimpin PR yang sedang menghasut rakyat supaya tidak menerima Kerajaan Perak pimpinan BN.
Media ‘spin’ yang di mainkan oleh Anwar dan Karpal nampak berjaya apabila media lebih suka menghebohkan sandiwara ‘Karpal/Anwar’ berbanding menangkis segala hasutan dan dakyah ‘busuk’ dalam setiap siri ceramah Anwar dan para pemimpin PR. Sedikit sebanyak Anwar dan pemimpin PR selesa menjelaskan situasi politik Perak. Boleh dikatakan para pemimpin PR begitu sibuk menghimpunkan pengikut mereka dan cuba manipulasikan situasi politik Perak dengan menyalahkan BN diatas apa yang berlaku.
Apa yang berlaku di Perak mungkin boleh berlaku juga di Selangor. Adakah perkara seperti ini boleh berlaku di Selangor jika Khir Toyo mengikut langkah Tajol rosli meletakan jawatan penting dalam Parti? Semua itu hanya boleh dijawab oleh pemimpin BN di Selangor.
Akok@Baulu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment