Nampaknya Tsunami telah melanda kerajaan PR hinggakan Nizar, Menteri Besar Perak (tengah dapatkan talian hayat) dengan tergesa-gesa mengumumkan pembubaran Dun Perak hari ini tanpa dimaklum atau mendapat restu dari Sultan Perak. Tindakan Nizar ini boleh dicatat dalam sejarah negara kerana belum ada mana-mana Menteri Besar bubarkan Dun negeri tanpa terlebih dahulu mendapat berkenan Sultan.
Ada rakan-rakan dalam kerajaan negeri menyatakan sekarang ini pemimpin-pemimpin PR sudah membuat persediaan menutup segala kerakusan sepanjang 11 bulan mentadbir negeri. sudah pasti mereka-mereka ini tidak lena untuk melelapkan mata kerana khuatir beberapa rancangan mengaut kekayaan negeri untuk kepentingan parti yang masih dalam proses untuk mendapatkan hasil dapat diselokar oleh BN.
Tapi semua ini belum lagi pasti, kerana semuanya bergantung kepada restu dari Sultan. Apa-apa pun BN sudah boleh menerajui kerajaan negeri, merampas kembali negeri yang dikuasai oleh PR yang hanya pandai menggadai maruah bangsa sendiri.
Ironinya sebelum ini, Anwar Ibrahim menjaja serata negeri mendakwa orang BN akan melompat parti kerana menagih ‘keadilan’ dan demokrasi. Boleh dikatakan dimana saja beliau pergi, jika beliau berceramah di Kuantan, beliau akan katakan pemimpin BN Pahang akan keluar masuk PR. Kalau berceramah di Melaka, beliau akan katakan pemimpin BN Melaka akan melompat masuk PR dan begitulah seadanya.
Hinggakan heboh satu Malaysia bahkan dicanangnya ke seluruh dunia bahawa beliau akan mengambilalih Kerajaan di bawah pimpinan BN pada 16 September 2008 dan bertukar ke bulan November dan di ulang lagi dengan mengatakan pengambilalihan akan berlaku pada suatu masa yang akan ditentukan kemudian. Namun hingga kini gendang beliau nadanya begitu sumbang. Sebaliknya, orang beliau melompat masuk BN kerana mual dengan sikap angkuh dan bongkak pemimpin-pemimpin PR.
Barang kali juga gendang yang di palu oleh Anwar terlalu kuat hingga binggit telinga dan ada setengah pula menanah telinga di buatnya dek kerana alunan sumbang gendang yang di palu oleh Anwar.
Nak kata malu, lebih agaknya. Bak kata orang tua-tua, seronok dok kata orang semakin ramai suka kat kita dan dok kata orang akan melompat kat kita, alih-alih orang kita keluar tinggalkan kita. Mungkin sebab terlalu banyak sangat suka mengata dan memfitnah orang jadi inilah akibatnya.
Bila orang BN keluar dan masuk parti depa, depa kata itu hak masing-masing kerana negara kita amalkan demokrasi katanya. Jadi tiada siapa boleh halang, ada juga kata sebab ia kehendak rakyat dan pelbagai lagilah kenyataan yang menyokong apa jua tindakan yang menyebelahi mereka. Tapi jika orang depa melompat dan keluar dari parti depa, pelbagai dakyah dan fitnah dilemparkan. Pengkhianat la, dikaitkan dengan rasuah, sogok wang, tuduh media putar belit dan sebagainya. Yang pasti pemimpin BN lah yang dipalunya secukup rasa.
Namun, BN dan rakyat Perak seluruhnya haruslah berwaspada kerana kemungkinan PR akan membuat satu plan dalam usaha mengagalkan BN mentadbir negeri. Pihak berkuasa harus berjaga-jaga, memantau situasi semasa kerana Kerajaan PR akan berusaha sedaya upaya mempertahankan kerajaan mereka.
Bak kata orang tua-tua, tak kan nak serah begitu saja, nak menang pun dulu sampai bersekang mata. Jadi kenalah kuat berusaha, dan jangan pula belum ada apa-apa, dah nak bersengketa dek kerana tamak haloba. Nanti yang dah ada dalam gengaman terlepas pula kat mulut buaya.
Akok@Baulu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment