Pepatah Melayu ada mengatakan ‘mengata dulang paku serpih, mengatakan orang dia yang lebih’. Ini lah kata-kata yang seeloknya di berikan kepada para pemimpin PR apabila bercakap mengenai isu-isu semasa terutamanya yang melibatkan politik, tetapi apabila terkena pada hidung sendiri, baru lah mereka sedar.
Sebelum ini segala yang tidak elok hanyalah dari pihak BN dan yang elok semuanya dari PR. Tapi hari ini terbukti, elok sungguh keperibadian Elizabeth Wong, adun Bukit Lanjan, Selangor kerana tidak memaklumkan kepada ketuanya iaitu Anwar Ibrahim kerana beliau sebelum ini merupakan ‘model’ utama bagi set sofa baru untuk pasaran terhad bagi kegunaan pemimpin PR sahaja.
Yang lebih membanggakan puak-puak PR ialah apabila gambar bogel Elizabeth Wong itu diambil dengan aksi selamba sambil baring di atas sofa tersebut. Nampaknya keperibadian pemimpin PR sungguh tinggi dan mulia kerana sanggup melakukan perkara sedemikian dan ini mungkin mencontohi apa yang telah di buat oleh ketua mereka.
Namun, walau apa jua keburukkan yang mereka lakukan, telah dinyatakan mereka tetap akan menafikan sekeras-kerasnya apa yang telah berlaku sebaliknya mereka akan melontarkan ‘najis’ tersebut ke muka UMNO dan BN.
"Adalah tidak adil untuk kita buat kenyataan sekarang tanpa penjelasan yang sesuai. Mana tahu jika ada orang yang mahu memerangkap beliau," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.(kenyataan MB Selangor, mStar.com.my/16 Feb.2009)
Dalam pada itu, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, pihaknya "sedih" dengan perkembangan terbaru ini. Katanya, ia merupakan paten berterusan pihak-pihak yang mahu menyerang wakil rakyat PKR.(kenyataan Presiden PKR, mStar.com.my/16 Feb.2009)
Namun, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan Naib Presiden PKR, R. Sivarasa pula mempunyai pandangan berlainan dimana kenyataan kedua-dua Ahli Parlimen ini dilihat mempertahankan apa yang di buat oleh Elizabeth Wong kerana dakwanya ia lebih kepada privasi beliau. Teresa juga meminta supaya Elizabeth Wong tidak meletak jawatan berhubung penyebaran gambar bogel beliau tersebut.
Seorang lagi Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teresa Kok berkata, Wong tidak perlu meletak jawatan berhubung isu tersebut kerana beliau adalah mangsa mereka yang tidak bertanggungjawab. "Beliau adalah seorang wanita yang menjadi mangsa percintaan. Beliau sendiri tidak tahu dan tidak menduga gambarnya dirakam oleh bekas kekasihnya," katanya.
Sementara itu, Naib Presiden PKR, R. Sivarasa berkata, insiden yang menimpa Wong adalah pencerobohan privasi beliau. "Isu yang kita dapat lihat di sini adalah pencerobohan kepada hak perbadi beliau dan gambar itu pula telah jatuh ke tangan mereka yang tidak bertanggungjawab," katanya.
(mStar.com.my/16 Feb.2009)
Kalau beginilah sikap dan peribadi para pemimpin PR, maka satu hadiah buat semua penyokong Pas dan juga PKR yang beragama Islam, inilah bakal pemimpin-pemimpin yang mereka puja selama ini.
Tetapi tidak mustahil selepas ini maka Haji Hadi atau Nik Aziz atau Anwar Ibrahim atau pemimpin-pemimpin lain dalam Pas dan PKR yang beragama Islam akan mempertahankan apa yang dilakukan oleh Elizabeth Wong. Kalau setakat isu babi di Selangor mereka boleh pejam mata dan pemberian hak milik tanah kepada penduduk kampung baru di Perak boleh mereka bangga, setakat isu bogel Elizabeth Wong sudah pasti mereka akan membela.
Mungkin selepas ini pihak polis juga perlu berwaspada dan berjaga-jaga kerana para penyokong Pas dan PKR akan mengadakan ‘demontrasi aman’ untuk mempertahankan ‘hak’ Elizabeth Wong yang beraksi di atas sofa dengan gaya bersahaja.
Namun, pada mata rakyat ia sungguh mengecewakan dan jika sebeginilah bakal pemimpin Negara sudah pasti ia bukanlah pemimpin yang sebenarnya mampu membawa kepada pembangunan dan kemakmuran Negara. Sebaliknya semakin berleluasalah masalah sosial dalam Negara kerana semua orang boleh beraksi bebas di atas sofa mereka.
Akok@Baulu
Tuesday, 17 February 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment