Sekarang ketahuilah seluruh dunia mengapa Anwar Ibrahim selama ini bagitu gerun dengan Datuk Seri Najib sehingga sanggup menggunakan sumber paling lemah dan strategi paling kotor untuk mencemarkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib bagi menyekatnya ke puncak kuasa.
Belum pun berkuasa, Najib telah menjatuhkan maruah Anwar Ibrahim yang memukul gendang perang setelah mendapat seorang Adun UMNO menyertai PKR tetapi Najib membalasnya dengan sekelip mata bukan sahaja dapat merampas tiga ADUN dari Pakatan Rakyat dan mengembalikan seorang diculek PKR malah menjatuhkan kerajaan PR Perak.
Anwar terdampar dalam kemaluan, kepanikan dan kekecewaan yang amat besar . Ini dapat dilihat dalam blognya yang dengan tiba tiba mengulangi sendiri apa yang selama ini disuruh pencacainya melakukannya. Diantaranya dia sendiri menuduh Najib berada di belakang pembunuhan kejam Altantuya. Selama ini dia menggunakan Raja Petra.
Anwar juga memukul gendang mendakwa keputusan Suruhanjaya Pilihanraya tidak akan mengadakan pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Behrang dan Changkat Jering sebagai tidak sah kerana penyelewengan dua anggota ADUN nya tetapi Pengerusi DAP Karpal Singh mengingatkan bahawa tidak ada gunanya keputusan itu dicabar kerana keputusan yang sama pernah di buat oleh mahakamah sebelum ini..
Kemudian Anwar membuat berbagai-bagai kenyataan lagi dalam blognya terhadap BN yang tidak perlu disebut satu persatu kerana semuanya dirasakan oleh orang ramai sebagai “mengata dulang paku serpih mengata orang kita yang lebih”.
Macam macam ceritanya, BN culik orangnya, BN bayar 50 juta, Najib ugut dan mungkin lakukan apa yang di lakukan terhadap Atantuya, tetapi Anwar lupa dialah perancang “defection strategy”untuk menjatuhkan kerajaan BN menerusi politik wang,janji jawatan menteri dan sebagainya yang tidak bagitu disenangi sendiri oleh Pengerusi DAP Karpal Singh.
Semakin terang lagi bersuluh sekarang kerajaan BN tidak jatuh pada 16 Septembar tetapi kerajaan Pakatan Rakyat Perak runtuh pada 4 Febuari 2009 dan akan diikuti dengan keruntuhan kerajaan Pas Kedah yang telah mulai tercemar oleh skandal saeorang Ahli Dewan Undangan Negeri nya dan kerajaan Pulau Pinang yang tidak lagi dapat menutup krisis ekonomi dan kegagalannya untuk memberikan apa yang telah diberikan oleh kerajaan BN sebelumnya terutama kepada masyarakat Cina di Penang.
Orang Melayu Pulau Pinang yang sememangnya mudah dihasut dan cepat mempunyai sikap prejudis terhadap sesaorang hanya berdasarkan khabar angin dan sekarang mereka telah mulai marah dengan orang PKR yang sombong dan bongkak , kasar dan tidak mempunyai kebijaksanaan dalam menangani kes kes rakyat. Cerita tutup kelas KEMAS terus membara di Pulau Pinang.
Semua ini untuk pengetahuan saudara Anwar Ibrahim adalah pertanda yang sangat baik bagi Datuk Seri Najib dalam langkahnya untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri tidak lama lagi dan petanda bahawa Anwar Ibrahim akan terus jadi Seniman Jalanan..
Sekarang Anwar sedang mengatur strategi untuk mengadakan perhimpunan raksaksa bagi menderhaka kepada Sultan yang membenarkan peralihan kuasa dari PR kepada BN di negeri Perak yang dari perhitongan undang undangnya sendiri tidak sah.
Munsyhi Abdullah..
Friday, 6 February 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment