Hidup aman hati gembira, kehadrat ilahi puji dan syukur kita ungkapkan. Kepada Allah swt juga, Yang menguasai semesta alam, Yang Maha Pengasih dan Penyayang, Dia lah tempat kita memohon hajat. Allah lah yang menguasai Hari Pembalasan. Salawat dan salam dicurahkan buat junjungan besar Nabi dan Rasul, Muhammad SAW, buat keluarga baginda yang suci dan mulia, juga buat para sahabat yang bersama-sama berjuang menegakkan kebenaran dan kesucian Islam dan akhir sekali buat para muslim muslimat yang beriman sama ada yang masih hidup atau yang telah kembali kerahmatullah - Al-Fatihah diucapkan.
Betapa kita semua menyedari umat Islam diseluruh dunia tertekan kerana perbezaan dan konflik indentiti dalam ideologi serta kecelaruan dalam hati yang merugikan kita semua. Lebih menghancurkan dari membangun sebuah kerukunan hidup bertamaddun yang telah dibina oleh pejuang Islam dahulu kala, kini hampir hancur dipukul oleh tamak haloba dan rakus dalam mengejar kuasa.
Sejak sekian lama, setelah umat Islam mula mempunyai perbezaan ideologi dan mementingkan diri, kita lihat saudara seagama ditindas zalimi dan dirampas hak-hak mereka, dibunuh kejam seperti binatang tanpa belas ehsan. Ribuan umat Islam tidak berdosa dibunuh kejam tanpa bicara. Darah mengalir deras di Gaza, Iraq, Afghanistan, Pakistan, Mindanao, Pattani, Narrathiwat dan Yala. Cuma negara kita belum sampai ketahap sedemikian rupa.
Tapi jika adanya umat Islam yang tamak haloba, perjuangan Islam hanya kerana kuasa, tidak mustahil satu masa kita akan merempat di negeri sendiri. Kerana bangsa lain dijaga semahu hati, tanah di beri, keselesaan di jaga rapi, tapi bangsa sendiri tidak dipeduli.
Agama Islam dihina dan Nabi kita dicerca, nama Allah pula dipersenda. Tapi apa umat Islam kita lakukan apabila dihina sedemikian rupa? Hanya pemimpin BN yang bersuara, malangnya para pemimpin yang memperjuangkan Islam diam membisu seribu bahasa.
Kenapa mereka membisu? Mungkin kerana terlalu asyik dan seronok berpolitik, mencaci-maki sesama sendiri dan berpesta menyambut kemenangan, akibatnya agama sendiri dipersenda tetapi mereka hanya mampu tersenyum sipu seperti ‘kera’ mendapat bunga. Mereka kata itu bukan kerja mereka, lainlah jika mereka berkuasa.
Apabila berpidato, suara mereka sangat berbisa, berapi-rapi membakar semangat pengikut setia. Memaki-hamun, menfitnah dan menghasut tanpa segan silu lumrah dan biasa bagi mereka. Tapi apabila agama Islam di negara sendiri dihina mereka bersembunyi, seperti tikus dikejar kucing ‘gila’.
Jadi jelas, walaupun seagama dan sebangsa, dan kerana berbeza fahaman politik, umat Islam tidak lagi menjadi umat yang bersatu, kita sudah menjadi lidi-lidi patah yang berserakan, tanpa pemimpin (khalifah dan imam) yang berwibawa dan karismatik.
Manakah perginya jati diri bangsa kita? Hinggakan tak kan layu Melayu menjadi lagu sinis yang menjadi hiburan semata-mata? Didendangkan pula secara percuma, sedang pada hakikatnya kita seperti tak mungkin akan kembali bersatu kembali, lalu terus melayu.
Untuk dapat menyatukan dan menjadi umat yang bersatu perlu ada tali pengikat iaitu bangsa dan tanah air. Dari bangsa yang kuat, maju dan berilmu lahirlah para pemimpin dan imam. Melalui perpaduan umarak dan ulama kita akan menjadi lebih kuat, seumpama penyapu lidi yang diikat kemas dengan iman, taqwa dan ehsan.
Seorang pemimpin, imam pengikat ukhwah lahir dan muncul bukan dari hasil pilihan manusia, jauh sekali hasil dari persengketaan, perbalahan dan permusuhan sesama saudara sendiri. Pemimpin akhir zaman akan ditunjuk oleh Allah SWT, kerana manusia akan sering berbeza pendapat dan kepentingan dalam memilih, walau dalam sebuah organisasi yang kecil sekalipun.
Kita semua memerlukan pemimpin yang menyatu bukan memecah belahkan. Allah berjanji akan membela nasib kaum mukmin yang berusaha mengubah sendiri nasib mereka dan tahun ini adalah saat yang paling tepat untuk memilih pemimpin yang baru dalam memastikan pemimpin ini berjasa dalam mencorakkan landscap politik negara.
PKR dan Pas telah selesai memilih pemimpin mereka dan ternyata mereka sama sekali tidak mementingkan Melayu dan Islam kerana konsep sama rata dan sama rasa adalah ideologi mereka. Mereka adalah antara Melayu yang sudah lupa, tidak mengenang jasa nenek moyang mereka yang berkorban demi bangsa dan agama.
Bersatulah di bawah payung tauhid, berbarisrapilah dibawah pimpinan Umarak dan Ulamak yang bergabung menjadi satu. Dan bangunlah dari mimpi dan lena yang panjang dan api permusuhan yang tidak akan membawa kita ke-mana-mana.
Akok@Baulu
Sunday, 1 February 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment