Wednesday, 21 January 2009
PAS EKSTREM
A friend who have just came back was angry with what he saw in Kuala Trengganu. He said....SIKAP ekstrem sesetengah perayu undi Pas ketika berkempen dari rumah ke rumah dalam pilihan raya kecil P.036 Kuala Terengganu membuat perayu undi UMNO terkejut.
Bayangkan wanita Pas sanggup bersembahyang di tepi-tepi jalan ketika masuk waktu walaupun tidak jauh dari tempat mereka itu ada surau atau masjid.
Apakah kerana surau dan masjid berkenaan dianggap sebagai bangunan dibina oleh UMNO atau atas alasan lain tidaklah diketahui.
Namun dalam kesibukan wanita Pas itu merayu undi penduduk seperti di kawasanundi Ladang di tengah bandar Kuala Terengganu, tindakan mereka bersolat di tepi jalan menimbulkan banyak persoalan.
Tindakan mereka itu, dikatakan ada kaitan dengan amanat Presiden Pas, Hadi Awang, ahli parti tidak sepatutnya mengharapkan ganjaran – tempat tinggal selesa dan wang – apabila berkempen dan perlu sedia berkorban.
Golongan wanita yang membawa bersama-sama anak-anak mereka biasanya lepak dekat rumah-rumah ahli Pas lain dan biasanya membiarkan si kecil membawa bendera parti.
Sikap ini amat bertentangan dengan wanita UMNO yang biasanya berbaju kurung cukup kemas dan berhias diri dengan sesetengahnya tidak bertudung.Mahu melihat mereka – berdiri atau lepak di depan Pasar Payang atau di Plaza Warisan di tepi laut.
Bukan seorang malah kumpulan demi kumpulan sudah pun beratur menuju ke dua tempat membeli-belah itu sama ada untuk membeli pakaian batik Terengganu atau Kelantan ataupun kraftangan. Ada juga yang masuk ke dalam pasar membeli rempah ratus.
Anehnya mereka ini turut ditemani oleh pemimpin lelaki UMNO yang duduk goyang kaki di Plaza Warisan. Kira-kira jam 10.30 pagi sudah habis melawat merayu undi rumah ke rumah?
Bagaimanapun, tidaklah patut agaknya kita mula menyalahkan satu demi satu golongan berikutan kekalahan Barisan Nasional dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu itu.
Ini kerana beberapa hari menjelang tarikh pembuangan undi pada 17 Januari lalu, ada pengamat politik yang sudah membuat perkiraan berdasarkan kajian, perbualan dan pemantuan, BN perlu mencari kira-kira 2,600 undi saja untuk memenangi pilihan raya itu.
Perhitungan itu dicapai berdasarkan 85 peratus pengundi keluar membuang undi. Malagnnya kira-kira 79 % daripada pengundi berdaftar membuang undi mereka pada hari berkenaan.
Apa dikesalkan adalah lebih ramai penyokong Pas dilihat di tempat-tempat membuang undi.
Ada pemerhati menyalahkan pekerja BN kerana gagal membawa keluar ramai lagi penyokong UMNO keluar dari kampong-kampung pedalaman untuk mengundi.Ternyata kegigihan penyokong Pas dibantu DAP dan Parti Keadilan Rakyat juga turut mempengaruhi pengundi Cina dari kawasanundi Bandar untuk memangkah Pas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment