KEMBALI kepada apa yang berlaku di tanah air, salepas membangkitkan isu Hukum Hudud, isu dosa pahala pula dijadikan umpan oleh PAS dalam usaha mereka memancing dan meraih sokongan orang-orang Melayu di pilihanraya kecil Kuala Terengganu. Jika isu Hukum Hudud dibangitkan oleh Timbalan Presdien PAS, Husam Musa tapi kali ini bos beliau Nik Aziz pula membangkitkan isu dosa pahala.
Sebenarnya isu dosa pahala sudah lama dimainkan oleh PAS seperti juga isu Hukum Hudud tetapi ia diperhangatkan kembali. Ramai berkata ia hanya bermotifkan politik semata-mata. Nada yang sama berulang apabila Nik Aziz mengingatkan para pengikutnya serta pengundi supaya mengundi calon PAS akan mendapat pahala sebaliknya jika memilih calon BN akan mendapat dosa.
Kenapa seorang yang dipanggil atau digelar tok guru boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian? Adakah pahala dan dosa dalam konsep perjuangan PAS ditentukan hanya dengan memangkah kertas undi dan berpihak kepada PAS dan bukan dengan perbuatan-perbuatan lain? Jika seseorang pengundi itu beroleh pahala jika mengundi PAS, bagaimana pula yang berlaku pada PUR ke 12 yang lepas? Adakah tidak berdosa jika para penyokong PAS yang telah memangkah Lim Guang Eng, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Teresa Kok dan rakan-rakan seangkatannya dalam PUR ke 12 lalu?
Atau dosa itu hanya jika penyokong PAS memilih BN? Mungkin Nik Aziz ada jawapan kepada para penyokongnya yang ‘berdosa’ kerana telah memilih calon-calon bukan Islam yang hari ini menolak dengan keras perlaksanaan Hukum Hudud yang diperjuangkan oleh PAS.
Ramai yang berkata tindakan PAS menggunakan isu dosa pahala dan perjuangan Islam adalah lebih kepada untuk meraih sokongan orang-orang Melayu di Kuala Terengganu yang bakal mengundi nanti. Kerana apa yang diperjuangkan oleh PAS tidak menampakkan kesungguhan untuk membela nasib masyarakat Islam. Di Kelantan sendiri contohnya, penduduk Kampung Sireh, Kota Bharu telah hilang punca pendapatan mereka kerana tanah pertanian yang mereka kerja berpuluh-puluh tahun sebelum ini telah dirampas oleh Kerajaan PAS dengan membenarkan pembinaan pasaraya Tesco dan sekarang ini sedang giatkan dibangunakan bangunan-bangunan sebagai pusat perniagaan.
Boleh dikatakan 40% penduduk Kampung Sireh sebelum ini yang mengerjakan tanah pertanian tersebut dimiliki Kerajaan Negeri dengan bercucuk tanam hilang pendapatan kerana tanah tersebut telah dikomersialkan demi kepentingan sesetengah pihak. Dikatakan penduduk diberikan pampasan yang tidak setimpal dengan pengorbanan yang terpaksa mereka tanggung untuk selama-lamanya.
Penduduk-penduduk kampung tersebut sebenarnya telah diperdaya oleh pemimpin PAS dengan pelbagai janji jika projek itu siap. Namun janji hanya tinggal janji kerana ada penduduk mendakwa semasa proses pengambilan tanah tersebut di buat pemimpin PAS berjanji akan mengutamakan penduduk kampung tersebut bagi memiliki unit-unit dalam bangunan yang dibina namun sehingga kini, tiada satu pun unit kedai dalam bangunan TESCO dan juga bangunan yang giatkan dibangunkan itu dimiliki atau di sewa oleh penduduk kampung tersebut.
Yang memiliki unit-unit kedai dan perniagaan tersebut adalah dimonopoli oleh kaum Cina sebagai balasan mengekalkan kemenangan PAS di Kelantan. Lagipun manakan mampu penduduk kampung tersebut memiliki atau menyewa unit-unit kedai atau bangunan tersebut kerana harganya mencecah sehingga RM600 hingga RM800 ribu seunit dan sewa bulanan seunit dalam bangunan TESCO serendah RM4000 sehingga mencecah RM12000 sebulan. Sebenarnya janji pemimpin PAS itu hanyalah sekadar untuk mengaburi mata penduduk kampung tersebut untuk ‘menghalalkan’ tindakan mereka.
Dikatakan juga kaum cina yang memiliki unit-unit kedai di tapak tersebut dapat menarik nafas lega kerana mereka akan memilikinya secara pemilikan kekal berbanding semasa pemerintahan BN. Berdasarkan Kanun Tanah Kelantan hanya membenarkan pemilikan kekal hanya kepada kaum Melayu sahaja manakala kaum lain di Kelantan hanya mampu memiliki bangunan hanya dengan pajakan 99 tahun. Namun kini kerana ingin mendapatkan pengaruh politik dan kekalkan kuasa, keistimewaan dan hak orang Melayu Kelantan telah dirampas. Tapi semua ini tidak berdosa bagi PAS namun sengsara bagi penduduk kampung terbabit langsung tidak dipedulikan.
Cakap-cakap kedai kopi ada yang menyatakan Anwar Ibrahim yang menjelajah ke luar negara sebelum menjelangnya hari penamaan calon dan pengundian adalah untuk melobi mendapatkan peruntukan tambahan bagi pilihan raya kecil di Kuala Terengganu. Nampaknya Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya kecil ini akan memperolehi dana yang besar darii luar negara dalam memastikan kemenangan calon PAS.
Jadi adakah para pemimpin PAS sudah menyelidiki dari mana punca sumber kewangan tersebut? Halal kah sumber kewangan yang di bawa itu? Mungkin pendapat para pemimpin PAS adalah berbeza kerana tapi sebagai rakyat kita perlu selidiki punca kewangan tersebut adakah ia dari sumber yang halal atau sebaliknya.
Pilihan raya kecil Kuala Terengganu semakin dekat dan sehingga artikel ini ditulis PAS masih belum mengemukakan bakal calon mereka. Alasannya cukup mudah kerana untuk mengelak calon mereka dikritik. Jadi kesimpulannya cukup mudah, PAS sememang tidak yakin dengan calon-calon yang bakal dipilih dan boleh diibaratkan sebagai ‘pengecut’ kerana takut dengan bayang-bayang sendiri.
Akok@Baulu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment