Saturday 10 January 2009

JANJI DI TABUR:SANGGUP DI LUDAH MODAL BARU ANWAR

Nampaknya setelah gagal dan menipu penyokongnya dan rakyat Malaysia untuk menukar Kerajaan BN pada September tahun lalu kini Anwar Ibrahim kembali ‘mengumpan’ dengan mendakwa laluan ke Putrajaya semakin jelas. Mungkin beliau baru nampak ‘cahaya’ laluan ke Putrajaya setelah seluruh penyokong PR dan rakyat Malaysia ditipu dengan angan-angan beliau.

Sebelum ini beliau gunakan ‘gula-gula’ memburukkan Kerajaan BN apabila berlakunya kenaikkan harga Petrol. Semasa debat mengenai kenaikkan harga petrol beliau menemplak tindakan Kerajaan menaikkan harga petrol sebaliknya beliau berjanji jika beliau berkuasa harga minyak akan diturun pada harga serendah RM2.20 seliter (pada masa itu harga petrol RM2.70 seliter). Akhirnya Kerajaan BN yang beliau menyamakan dengan dengan Israel telah menurunkan harga petrol jauh lebih rendah sehingga RM1.80 seliter berbanding sebelum ini harga petrol adalah RM1.92 seliter.

Selain itu, kononya dasar kerajaan berkebajikan yang beliau laungkan itu juga telah membantah dengan keras hasrat murni Kerajaan BN membuat suntikan sebanyak RM7 bilion untuk merangsangkan ekonomi. Bagai cacing kepanasan akhirnya untuk mengelak malu dan menutup kelemahan beliau terpaksa keluar Dewan Rakyat apabila rangsangan ekonomi itu diumumkan oleh Dato Najib. Fitnah Anwar dan PR yang menyamakan Kerajaan BN seperti Israel tidak benar. Bagaimana pula dengan Anwar? Tepuk dada tanya lah selera.

‘Umpan’ yang di bawa oleh Anwar kali ini menunjukkan kesungguhan hasrat beliau mengambil alih Kerajaan kerana menyatakan ‘..semua orang boleh berjumpa dan ludah muka saya..’ (Berita Harian:9 Januari 2009) jika PR apabila di beri mandat tidak mampu membawa perubahan dan membela nasib rakyat. Inilah pendekatan baru untuk menyakinkan rakyat yang digunakan oleh Anwar yang sanggup berkata-kata sedemikian hanya semata-mata untuk berkuasa dan ke Putrajaya.

Kenapa Anwar tidak berani berjanji untuk membela nasib rakyat jika beliau di beri mandat? Apakah niat beliau berkata-kata sedemikian? Adakah apa yang beliau katakan itu hanya sebagai ‘gula-gula’ untuk meraih sokongan? Ataupun cara beliau berucap itu hanyalah sekadar menutup malu takut di ludah oleh orang ramai setelah apa yang berlaku di Selangor?

PKR yang menerajui Selangor melalui Menteri Besarnya Tan Sri Khalid jelas dan nyata telah memberi harapan palsu kepada penyokongnya dan rakyat Selangor. Sekali lagi mereka gagal untuk menunaikan bantuan RM75 sebulan bagi kanak-kanak yang dihantar ke pusat jagaan kanak-kanak, tabung permulaan RM100 bagi setiap rakyat Selangor yang lahirkan anak dan pemberian RM1000 kepada anak Selangor yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti.

Mana dasar kerajaan kebajikan yang PKR laungkan sebelum PUR lalu dan janji-janji yang mereka berikan pada rakyat Selangor dalam menifesto PUR lalu? Adakah ini ‘sikap’ para pemimpin PKR yang hanya pandai mencanangkan ‘umpan’ dengan memperbodohkan penyokong dan rakyat Selangor sedangkan mereka bersenang lenang membelanjakan berjuta-juta ringgit menukar kenderaan rasmi walaupun kenderaan Proton masih boleh digunakan. Mereka penting kehidupan yang bergaya berbanding menjaga kebajikan rakyat yang sengsara.

Selain itu juga dasar kerajaan berkebajikan yang mereka laungkan sebelum ini sebenarnya bukan untuk sebangsa dan seagama dengan mereka sebaliknya untuk menjaga kebajikan ‘orang lain’. Lihat bagaimana mereka sanggup membelakangkan Kerajaan Pusat mengenai pemberian hak milik tanah kepada penduduk Kampung Baru di Perak manakala di Selangor pula bagaimana kerajaan PR di bawah PKR prihatin kepada ‘orang lain’ berbanding sebangsa dan segama dengan mereka apabila meluluskan dan seterusnya meneruskan projek ladang babi di Sepang, desakan pihak tertentu supaya kerajaan PKR menggunakan hasil wang zakat bagi membiayai rumah ibadat bukan Islam, tertangguhnya projek CAR dan sebagainya.

Jadi adakah kita masih percaya dengan ikrar dari Anwar? Sama ada Anwar atau siapa pun dalam PR membuat janji, itu hanyalah ‘umpan’ atau ‘gula-gula’ untuk berkuasa saja. Jadi marilah kita pakat ramai-ramai ludah Anwar jika terserempak dengan beliau kerana kerajaan PKR di Selangor gagal menjaga kebajikan dan membela rakyat serta menunaikan janji mereka.


Akok@Baulu

No comments: