Apakah bezanya jika kata-kata para pemimpin Pas dan PKR yang kononnya memperjuangkan Islam penuh dengan nista dan dusta. Namun, mereka masih menggunakan agama untuk mempertahankan kata-kata nista dan dusta yang mereka sebarkan pada rakyat.
Haji Hadi secara terangan telah tipu para penyokong Pas dan seluruh umat Islam di Malaysia. Rasanya bukan kali ini saja dia bercakap bohong, tetapi sikap nista dan dusta nampaknya sudah sebati dengan kehidupan harian beliau yang bertopengkan ‘serban’ yang di pakai.
Berkenaan Hukum Hudud beliau pernah kata “..isu mengenai hudud juga telah diperjelaskan kepada parti yang bergabung dalam pakatan pembangkang termasuk ia hanya dikuatkuasakan kepada masyarakat Islam. Tidak berbangkit masalah penerimaan hukum hudud dalam pakatan pembangkang sebaliknya mendakwa kalangan pemimpin Barisan Nasional (BN) yang enggan menerima hukum tersebut” (Utusan Malaysia:12/1/2009)
Betul ke apa yang Haji Hadi cakap tu? pernah ke dia jelaskan pada rakan-rakan dalam PR pasal hudud? benar ke BN yang enggan terima hudud? Kenyataan Karpal Sigh jelas membuktikan Haji Hadi seorang yang bercakap bohong dan penuh dengan kata-kata nista hanya semata-mata kepentingan politik saja.
Karpal mejelaskan bahawa, "Kenyataan oleh Abdul Hadi berhubung perlaksanaan hukum hudud, kononnya DAP sudah jelas dan faham dengan apa yang sedang bermain difikiran Pas, sebenarnya tersimpang jauh daripada kebenaran. Pas tidak pernah menjelaskan isu berhubung perlaksanaan hukum hudud kepada DAP. DAP sudah tentu ada masalah berhubung perlaksanaan hukum hudud dalam Negara”. (Utusan Malaysia:11/1/2009)
Tidak cukup dengan itu Lim Guan Eng juga menafikan apa yang di katakan oleh Haji Hadi dan menjelaskan bahawa isu pelaksanaan hukum hudud di negara ini sepatutnya tidak berbangkit kerana ia tidak termasuk dalam dasar bersama pakatan pembangkang. Lim berkata ''Jika salah satu pihak (dalam pakatan pembangkang) tidak setuju dalam sesuatu perkara seperti hudud maka ia tidak boleh dilaksanakan..”. (Utusan Malaysia:12/1/2009)
Jadi nampaknya yang bukan Islam macam Karpal Sigh dan Lim Guan Eng pun tahu macam mana nak menilai Haji Hadi dan sebab itulah mereka bermati-matian tolak hudud bukan sebab tidak terima hudud tapi sikap dusta pemimpin Pas tersebut. Walaupun Hadi dan Anwar Ibrahim cuba menyejukan hati pemimpim DAP, namun pemimpin DAP tetap dengan pendirian mereka. Menurut Anwar Ibrahim, katanya penganut Kristian tidak perlu gusar sekiranya masyarakat Islam mahukan undang-undang Islam manakala Hadi pula berkata, hudud untuk orang Islam sahaja.
Tapi Karpal menjelaskan, “Apa akan terjadi sekiranya seorang Islam dan bukan Islam menghadapi tuduhan bersama. Yang Muslim memilih dibicarakan menerusi hudud sementara bukan Islam memilih undang-undang sivil. Bagaimana mahkamah akan mengatasi dilema ini”.
Tidak cukup dengan itu sekali lagi Karpal mengeluarkan kenyataan ‘keras’ tanda peringatan kepada Pas dan PKR apabila mengancam untuk menarik diri daripada Pakatan Rakyat sekiranya Pas masih mahu melaksanakan undang- undang hudud dan qisas jika pembangkang menerajui negara ini.
Beliau mengulangi pendirian bahawa hukum hudud dan qisas bukan menjadi dasar DAP dan tidak termasuk dalam manifesto Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum Mac tahun lepas.
Jadi Haji Hadi dan rakan dalam PR perlu menjelaskan dengan sebenar hala tuju hukum hudud dan jangalah hanya pandai bermain kata dan bercakap dusta semata-mata politik dan kuasa.
Akok@Baulu
Friday, 16 January 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment