Friday, 16 January 2009

TUNTUT HAK MELAYU

Orang Melayu terguris dan marah apabila hak dan perkara sensiviti mereka disentuh atau dipersoalkan oleh kaum atau bangsa lain. Tapi yang menyedihkan dan melukakan lagi orang Melayu ialah apabila Kerajaan Negeri Perak di bawah kepimpinan Ulamak iaitu PAS sanggup menelanjangkan bangsa sendiri.

Pemimpin-pemimpin DAP langsung tidak memberi ulasan atau komen berhubung tindakan ‘terpuji’ dan ‘ehsan’ Menteri Perak berhubung pemberian hak milik kepada penduduk kampung baru di Perak. Sebaliknya pemimpin-pemimpin Melayu yang berjanggut siap berkopiah dan beserban yang sentiasa melaungkan perjuangan menegakkan Islam berhempas pulas mempertahankan tindakan pemimpin mereka yang menggadaikan maruah bangsa sendiri.

Kenyataan Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali bahawa orang Melayu Perak patut menuntut hak mereka ada kebenarannya. Jika benarlah Kerajaan pimpinan PAS dan PR mengutamakan atau membela rakyat atau dengan kata lain negara kebajikan kenapa hak yang sama tidak diberikan kepada orang Melayu yang mempunyai tanah berstatuskan pajakan 99 tahun supaya tanah tersebut diberikan hak milik kekal atau dilanjutkan tempoh pajakan sehingga 999 tahun?

Kenapa Menteri Besar Perak dan juga pemimpin PAS dan pemimpin Melayu dalam PKR tidak memperjuangkan hak orang-orang Melayu yang senasib kaum Cina yang di tatang bagai minyak penuh oleh Menteri Besar Perak? Jika kita amati tindakan Menteri Besar Perak sama seperti tindakan rejim Zionis Cuma yang bezanya, rejim Zionis terpaksa berhempas pulas menggalas senjata untuk mengusir orang Palestin. Sebaliknya di Perak, hak kaum pribumi diberikan dengan suka rela tanpa paksa.

Tapi rakyat Perak masih membisu dan seperti di pukau oleh mereka yang digelar sebagai ‘syaitan bisu’. Rakyat Perak perlu mendesak Kerajaan Negeri supaya diberikan hak sama rata kepada orang Melayu dan Kerajaan negeri wajar melakukannya dengan adil tanpa mengira kaum. Apa akan jadi jika tempoh pajakan tanah untu orang Melayu tamat tempoh 99 tahun? Mana orang Melayu ingin pergi? Jika sudah tidak ada tanah, dimana hak orang Melayu sebagai kaum pribumi?

Ramai juga mempersoalkan dan bukan tujuan untuk membangkitkan kisah silam. Tapi sejarah tetap sejarah, tapi demi untuk menjaga kepentingan politik, bangsa Melayu yang memperjuangkan hak kepada bangsa lain patut sedar dan akan masa depan anak bangsa sendiri.

Sepatutnya juga, Kerajaan Negeri Perak mengutamakan bekas-bekas anggota polis dan tentera yang telah berkhidmat mempertahan dan membebas negara dari di jajah oleh komunis. Mereka ini telah berjasa dan telah mencurahkan taat setia serta keberanian mereka mempertahankan negara dari dijajah oleh komunis. Namun hari ini lain pula terjadi, yang berkorban demi bangsa dan maruah negara di abai sebaliknya yang tidak berbuat apa-apa, hanya sekadar memenangkan mereka dalam pilihan raya mendapat habuan yang tak sepatutnya.

Inilah orang Melayu yang mulutnya manis memperdaya bangsa sendiri dengan kata-kata dan laungan begitu ’hanyir’ baunya. Walaupun tidak diberikan tanah seperti pada kaum yang memberikan mereka kemenangan smasa pilihan raya, sekurang-kurangnya mereka turut dibela nasib dengan menghulur bantuan kewangan untuk membalas jasa mereka.

Seperti apa yang dilaungkan oleh Anwar di Terengganu bahawa PR akan membela dan mengubah nasib rakyat jika memerintah negara. Adakah yang Kerajaan PR membela rakyat? Bela tapi kaum bukan sebangsa dengan mereka. Bela nasib rakyat sebab itulah Kerajaan Negeri mengeluarkan wang sehingga lebih RM2 juta untuk bersenang-senang dengan kereta Camry yang baru. Supaya rakyat terbela dengan kemewahan dan ‘bergayanya’ para exco dengan kereta baru itu.

Orang Melayu harus sedar, jika ramai pemimpin-pemimpin Melayu bersikap sedemikian, tidak mustahil apa yang berlaku di Palestin boleh berlaku pada bumi kita sendiri. Jadi sedarlah orang Melayu Perak, janganlah apa yang berlaku seperti di Palestin akan terjadi dan berlaku di bumi Perak.


Akok@Baulu

No comments: