Saturday, 10 January 2009

PAS GAGAL DALAM MELAKSANAKAN PERJUANGAN ISLAM




Rejim Zionis semakin mengganas tanpa menghiraukan bantahan dunia supaya dihentikan serangan terhadap penduduk Palestin.Di Amerika sendiri malapetaka di bumi Palestin tidak dihiraukan sangat. Mereka lebih menumpukan kepada pemasyuran Obama dan masalah kemelesetan ekonomi mereka. Kalau adapun demonstrasi hanyalah secara kecil-kecilan dan lebih banyak demnonstrasi yang menyokong tindakan Israel terhadap bumi Palestin.

Seluruh dunia pula dilihat hanya mampu bersuara membantah dan memboikot barangan keluaran US dan Israel untuk menunjukkan kemarahan atas kekejaman yang dilakukan. Namun semuanya masih tidak berhasil, rejim Zionis terus mengganas apabila kenyataan biadab pemimpin-pemimpin rejim Zionis untuk meneruskan serangan ke atas Palestin tanpa ada mana negara bangun membantah dengan nada keras.

Persoalannya, kenapa tiada negara di bawah panji-panji PBB, OIC, NAM, Kesatuan Eropah dan sebagai sepakat menghantar bala tentera untuk menghalang tindakan kejam rejim Zionis ke atas penduduk Palestin seperti yang telah dilaksanakan ketika Iraq menyerang Kuwait? Bagamana PBB dan negara-negara barat lain menghantar tentera pengaman ketika belaku perang di Kosovo? Tetapi apabila berlaku di bumi Palestin, semua pertubuhan antarabangsa termasuk OIC membisu seribu bahasa.

Benarkah apa yang berlaku di bumi Palestin ini berpunca akibat dari perpecahan dikalangan umat Islam sendiri? Ada yang mendakwa pengerakan Fatah yang mendalangi usaha untuk menghancurkan pimpinan Hamas yang lebih serius memperjuangkan Islam dan mempertahankan kedaulatan bumi Palestin berbanding pengerakan Fatah yang mempunyai kaitan dengan rejim Zionis. Ada juga mendakwa negara-negara Arab lain yang diketuai oleh Mesir merupakan dalang untuk menjatuhkan Hamas yang semakin mendapat tempat dikalangan penduduk-penduduk tanah Arab?

Walau apa jua yang berlaku sebenarnya ia jelas dan nyata bagi kita bahawa umat Islam di seluruh dunia tidak bersatu berbanding bangsa lain terutamanya Yahudi. Kerana umat Islam sanggup buat apa saja asalkan mereka dapat hidup senang dan peroleh kuasa walaupun terpaksa gadai maruah bangsa dan agama sendiri. Kita sibuk membicarakan tentang hal negara orang sedangkan apa yang berlaku dalam negara sendiri sama seperti yang berlaku di tanah Arab pada hari ini. Cuma masih belum ada pihak secara terang-terangan melaksanakan seperti apa yang dilakukan oleh rejim Zionis.

Presiden PAS, Haji Hadi Awang semasa berkhutbah Jumaat di Masjid Batu Burok, Kuala Terengganu pada 8 Januari 2009 menyatakan bahawa “...umat Islam di negara ini diingatkan agar bersama-sama dengan kumpulan yang benar-benar memperjuangkan agama Islam” (HarakahDaily/10 Jan. 2009). Di kedai-kedia kopi rakyat mula bertanya berdasarkan kenyataan Presiden PAS itu. Adakah beliau sedar apa yang beliau ucapkan dengan apa yang PAS di bawah pimpinannya telah laksanakan?

Beliau pandai menegur dan memberi nasihat kepada para penyokong dan jemaah yang bersembahyang Jumaat tetapi beliau dengan para pemimpinnya tidak melaksanakan atau memperjuangkan Islam seperti yang dilaungkan. Hukkum Hudud/Qisas telah dipolitikkan semata-semata untuk meraih sokongan dan berkuasa tapi hingga sekarang pelbagai alasan di berikan apabila ditanya kenapa tidak dilaksanakan. Jika sebelum ini Hukum Hudud/Qisas mendapat bantahan keras dari pemimpin DAP terutama Karpal Sigh dan Lim Kit Siang tetapi hari ini Presiden PAS itu menjelaskan pemimpin-pemimpin DAP itu telah faham dengan Hukum Hudud/Qisas.

Jadi ramai mempersoalkan akan prinsip dan penjelasan keras yang pernah dikeluarkan oleh Karpal dan Lim Kit Siang berhubung Hukum Hudud/Qisas yang bersangkutan dengan penubuhan sebuah negara Islam oleh PAS. Mereka sebenarnya sehingga hari ini dikatakan masih berprinsip sedemikian dan tetap menolak cadangan pihak PAS. Namun, atas semangat pilihanraya kecil Kuala Terengganu mereka terpaksa bermuka-muka kononnya menerima dan faham akan apa yang dinginkan oleh PAS. PAS pun sedar akan sikap pemimpin DAP yang tidak akan bertolak ansur mengenai hasrat PAS tersebut namun untuk 17 Januari ini di Kuala Terengganu mereka sanggup bermuka-muka.

Tidakah kah sikap PAS ini boleh dianggap sebagai memperjuangkan Islam? PAS dilihat berpura-pura untuk melaksanakan Hukum Hudud/Qisas semata-mata untuk sokongan politik. Kenapa Hukum Hudud/Qisas tidak dilaksanakan di Kelantan yang di perintah hampir 20 tahun lamanya? Kenapa hendak tunggu apabila PAS memerintah negara? Kenapa sesuatu hukum Allah yang baik itu ditangguh oleh mereka yang memperjuangkan Islam?

Seperkara lagi berbangkit dari kenyataan Presiden PAS itu, jika benar PAS memperjuangkan Islam kenapa sebelum ini mereka mengkafirkan UMNO kerana mempunyai rakan dari MCA dan MIC dan sekarang ini mereka pula berkawan dengan DAP. Adakah mereka, para ahli dan pemimpin PAS tidak Kafir? Atau hanya kafir jika hanya di buat oleh UMNO sedangkan apa yang PAS buat semuanya berlandaskan perjuangan Islam seperti berkawan dengan DAP yang sentiasa memfitnah dan menghasut rakyat dengan mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas?

Selain itu, sebagai pemimpin yang memperjuangkan Islam, para penyokong PAS harus faham bahawa menuntut ilmu itu adalah ‘fardu Kifayah’ buat semua umat Islam. Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda ..’menuntutlah ilmu walaupun sampai ke negeri China”. Tapi apa yang berlaku PAS dan PR telah menyekat rakyat mendapatkan ilmu apabila Tadika KEMAS di negeri-negeri pentadbiran Kerajaan PR ditutup. Ingatkah kita apa yang berlaku di Terengganu semasa di bawah pentadbiran PAS?

Perkara sama berulang kembali dan paling malang kanak-kanak seawal usia 5 tahun dinafikan oleh PAS dan PR untuk menuntut ilmu. Apa yang berlaku di Perak, Selangor, Kedah, Pulau Pinang jelas menunjukkan sikap PAS dan PR untuk menafikan hak anak-anak seusia 5 tahun mendapatkan ilmu. Kenapa kerajaan PR cuba menafikan hak anak-anak seusia 5 tahun yang belajar di tadika KEMAS? Tidak masuk akal apabila pusat pendidikan kanak-kanak seawal 5 tahun juga dipolitikan oleh PR dan tindakan mereka ini seumpama ‘binatang’ dan tidak ada perasaan kemanusiaan.

Tidakkah sikap pemimpin PAS dan PR dalam perjuangan mereka ini sama seperti perjuangan penggerakan Fatah dan negara-negara Arab lain seperti Mesir yang sanggup menggadaikan maruah bangsa dan agama sendiri semata-mata kerana inginkan kuasa? PAS sanggup bersetongkol dengan DAP dan menyokong dasar DAP semata-mata untuk menjatuhkan Kerajaan BN yang telah sekian lama berkhidmat dan membangunkan negara tanpa mengira bangsa dan sehingga kini berjaya mewujudkan kestabilan dan kemakmuran yang jauh lebih bermakna dari negera-negara jiran lain.

Sedangkan PAS dan rakan-rakan dalam pembangkang sebenarnya seperti menafikan akan kenikmatan pembangunan dan kemakmuran yang di bawa oleh Kerajaan BN dengan melontarkan pelbagai dakyah dan pembohongan semata-mata untuk berkuasa. Sebagai umat Islam kita sepatutnya bersyukur dengan limpahan kenikmatan di bawah Kerajaan BN dan Kerajaan BN juga sentiasa menggalakan supaya dipergiatkan lagi ekonomi, pendidikan, sosial dan sebagainya untuk negara jauh lebih maju.

Tetapi PAS dan rakannya rakus dan sanggup melihat rakyat bertelingkah sesama sendiri, sebab itulah mereka sentiasa menyebarkan cerita yang berunsur fitnah dan hasutan. Mereka suka melihat rakyat berpecah-belah walapun sebangsa dan seagama dengan mereka.
Tindakan PAS ini sebenarnya hanya mengundang ketidakstabilan dalam negara kerana mereka dibantu oleh DAP yang bijak mengatur strategi untuk memecah belahkan rakyat dan serterusnya meruntuhkan ekonomi negara. Lihatlah langkah pertama mereka mempersenda dan memperlekehkan Proton Perdana yang menjadi lambang kebangaan negara berbanding rakan Asean lain. Tindakan Kerajaan Perak dan Selangor menukar kereta Proton Perdana kepada Toyota Camry hanya membazirkan wang rakyat memandangkan keadaan ekonomi semasa. Sedangkan dengan wang berjumlah melebihi RM4 juta ringgit untuk mendapat Toyota Camry yang dibelanjakan oleh Kerajaan Perak dan Selangor mampu membantu rakyat miskin yang memang memerlukan bantuan.

Akok@Baulu

No comments: