Kemelut politik Negara nampaknya tidak juga reda, semakin hari semakin dilanda dengan pelbagai cerita dan fitnah yang dilihat boleh menghancurkan Negara. April nanti bakal menjelang tiba 2 pilihan raya ditambah dengan Dun Batang Ai, Sarawak yang bakal menanti aksi yang penuh dengan dosa. Sedangkan boleh dikatakan seluruh dunia sedang bergelut dengan masalah ekonomi yang sedang melanda. Masing-masing sedang berusaha untuk memulihkan ekonomi Negara agar rakyat dapat hidup aman dan sentosa.
Tapi di Negara kita lain ceritanya, politik mengatasi segalanya dan ini semua kerana demi harta, pangkat, kedudukan dan kuasa. Tapi apa yang dilihat, ia tidak lebih dari hanya satu muslihat untuk menghancurkan Negara yang telah di merdekakan oleh nenek moyang kita 51 tahun lamanya. Kemelesetan ekonomi adalah senjata untuk meruntuhkan sesebuah Negara dan tidak mustahil apa yang terjadi dan sedang berlaku dalam Negara akan diambil kesempatan oleh mereka untuk mengambil kuasa yang telah lama menjadi milik kita. Tapi semua itu terpulanglah pada kita, kerana masing-masing dianugerahkan akal oleh yang maha kuasa.
Politik Negara sungguh dashyat, tuduh-menuduh dan fitnah sudah menjadi perkara biasa. Sesetengah tuduhan itu pula menurut pepatah Melayu mengatakan kuman di seberang lautan kita nampak, gajah di depan mata kita tidak nampak. Terutama bila seseorang ahli politik itu berkuasa dan menikmati kedudukan dan kemuliaan dalam Kerajaan jadi tidak nampak kezaliman-kezaliman berlaku malah turut mempertahankan kezaliman itu. Apabila telah hilang jawatan maka akan keluarlah cerita kezaliman, sedangkan kezaliman itu sebenarnya ciptaan mereka sendiri.
Apabila mereka yang bermain politik bercakaran, yang menerima akibatnya ialah rakyat marhain yang menagih harapan. Dengan kata lain kehidupan seharian rakyat penuh dengan politik, sehinggakan penjenayah yang terlibat dengan kes rogol, bunuh dan rompak turut dipolitikan. Inilah dikatakan perangkap politik pihak-pihak tertentu untuk menghancurkan Negara.
Sedih sungguh mengenang akan sikap dan tingkah laku pemain politik Negara. Bila jenayah semakin meningkat polis dipersalah kerana tidak melaksanakan tugasan yang diamanah, tetapi bila berjaya membenteras penjenayah polis juga terus dipersalahkan. Sebelum ini kes kematian Kugan dipersoalkan, kini kematian penjenayah di Kulim yang paling dikehendaki polis turut dipertahankan oleh pemain politik.
Tetapi demi politik, rakyat semakin ‘sakit’ hati melihat sekumpulan pemain politik memperjuangkan hak penjenayah yang membahayakan nyawa awam. Tetapi demi politik untuk mendapat sokongan ‘kaum’ tertentu, segalanya dilupakan yang penting mereka dilihat sebagai seorang pejuang. Ini lah politik sempit yang menjadi amalan sekarang, kesempatan diambil dari segenap sudut, asalkan ia menguntungkan dan memberi faedah kepada mereka. Walaupun mempertahankan tindakan polis terhadap penjenayah oleh beberapa pemain politik yang waras, mereka yang tidak waras tetap mempertahankan hujah dan sedikit sebanyak menjatuhkan maruah anggota keselamatan Negara.
Bukan itu saja, lebih memalukan lagi apabila pemain politik yang memperjuangkan Islam berdiri teguh di belakang Adun Bukit Lanjan mempertahankan tindakannya berposing sakan di atas sofa. Apabila Ahli Parlimen Pasir Mas membangkitkan dan seterusnya mengkritik tindakan muslimah Pas dan pemimpin-pemimn Pas lain mempertahankan kes Adun Bukit Lanjan semasa membahas usul titah diraja pada 19 Februari 2009, beliau telah menerima padahnya.
Pemimpin-pemimpin Pas termasuk MB Kelantan dengan nada keras meminta supaya Ibrahim Ali letak jawatan sebagai Ahli Parlimen bagi membolehkan pilihanraya kecil diadakan. Sampai begitu sekali para pemimpin Pas mempertahakan perjuangan politik mereka walaupun jelas bahawa apa yang diperjuangkan oleh mereka itu boleh mengundang masalah kepada rakyat kita terutama gadis remaja.
Tindakan pemimpin muslimah Pas ini boleh ditafsir bahawa kehidupan tanpa ikatan perkahwinan dan bersekedudukan melakukan perkara yang bertentangan agama oleh umat Islam diambil ringan. Inilah wadah perjuangan pemimpin Pas yang menegakkan syiar Islam. Hari ini semuanya sudah dibolehkan, asalkan ia memberi keuntungan, walaupun ia jauh dari asal perjuangan.
Rakyat bukan ‘buta’ dan juga bukan mudah untuk di’perkuda’, tapi ada juga mereka yang ‘celik tapi buta’ buat tak nampak walaupun ia salah disisi agama. Tapi rakyat di mana saja mula berkata, inilah natijahnya jika mempersenda agama dan agama dipolitikan untuk kepentingan semata-mata. Tak kurang juga berkata, ini mungkin bala yang sedang menimpa PR kerana sumpah Saiful di atas apa yang Anwar Ibrahim lakukan ke atas beliau. Jika dilihat ada benarnya, PR terutama Parti Keadilan sedang dilanda malapetaka dan bencana. Jadi marilah kita mohon pada yang esa, mudahan kita tidak tergolong dari kalangan mereka.
Akok@Baulu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment