Monday, 2 February 2009

STRATEGI KOTOR PR KE ATAS BN

Belum pun disahkan meletakan jawatan sebagai Adun Behrang dan Changkat Jering di Perak, puak-puak PR mula mengelabah dan seperti biasa mereka akan menuding jari kepada BN. Kononnya apa yang berlaku adalah perancangan dan strategi BN untuk melemahkan PR.

Bukan itu saja, tohmahan dan sangkaan jahat pemimpin PR turut dilemparkan kepada Dato Najib. Anwar Ibrahim dalam kenyataan akhbarnya telah memulakan perang saraf PKR dengan mengaitkan kehilangan Adun Behrang dan Changkat Jering itu dengan Dato Najib dengan menyamakannya kes kehilangan dua Adun itu sama seperti kes Altantuya.

Beliau juga mendakwa kehilangan dua Adun PKR itu dikaitkan tindakan ‘ganas’ BN setelah mengalami kekalahan di pilihan raya kecil di Kuala Terengganu baru-baru ini.

Tidak cukup dengan itu, untuk menakutkan keluarga kedua-dua Adun tersebut, Anwar Ibrahim meminta supaya keluarga kedua-dua Adun tersebut berjaga-jaga kerana mungkin mereka akan diugut atau diperlakukan dan sebagainya. Selain itu Anwar Ibrahim juga menuduh berlakunya sogokan wang dan rasuah berhubung dua Adun PKR melompat parti.

Belum pun kedua-dua Adun ini melompat dan keluar atau meletak jawatan dalam parti, pemimpin-pemimpin PR masing-masing mula menyerang BN dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan. Dalam masa yang sama pemimpin-pemimpin PR dengan angkuh mengatakan mereka bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil tersebut pada bila-bila masa.

Nampaknya pemimpin-pemimpin PKR begitu seronok untuk menghadapi pilihan raya kecil wal hal kedua-dua Adun tersebut masih pun belum meletakkan jawatan mereka. Mungkin sudah ada dikalangan pemimpin-pemimpin PKR yang ‘bermimpi’ dan ‘berkira-kira’ untuk mengisi kekosongan tersebut?


Hari ini terbukti bahawa kedua-dua Adun tersebut tidak akan meletak jawatan. Kenyataan dari Adun Behrang dan laporan polis yang dibuat oleh Adun Changkat Jering sedikit sebanyak memberi jawapan berhubung dakwaan mereka meletak jawatan. (Berita Harian, Online:2 Feb. 2009)

Jadi dapatlah disimpulkan bahawa kemungkinan apa yang berlaku kepada kedua-dua Adun ini adalah sebenarnya perancangan dan strategi PKR dan kawan-kawan mereka untuk ‘menghalau’ kedua-dua Adun tersebut keluar dari PR. Tapi cara dan tindakan PR dilihat secara halus dan tersusun supaya tidak nampak mereka yang berbuat sedemikian, sebaliknya mereka akan menuding jari kepada BN dan meletakan sebarang apa yang berlaku itu adalah sebenarnya strategi dan perancangan BN.

Hakikatnya PR sendiri sudah tidak memerlukan khidmat kedua-dua Adun tersebut kerana ada mengatakan kedua-dua Adun tersebut ‘keras kepala’ dan tidak tunduk kepada arahan DAP serta tidak memihak kepada Kerajaan Negeri dalam sidang Dun. Itulah sebabnya mereka cuba diusir keluar dan yang menerima tohmohan ialah BN.

Kenyataan Anwar Ibrahim yang mendakwa kedua-dua Adun tersebut di sorok oleh BN dengan mendakwa Dato Najib terlbat dalam isu ini, jelas membuktikan beliau adalah pembohong dan dalang utama dalam isu perletakan jawatan kedua-dua Adun ini.

Kenyataan akhbar Adun Behrang jelas membuktikan bahawa beliau tidak disorok atau mendapat tekanan dari mana-mana pihak kerana beliau menyatakan bahawa beliau bercuti rehat sepanjang tempoh tersebut kerana jatuh sakit.
SEPANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi sekali lagi mengesahkan beliau masih berkhimat sebagai wakil rakyat dan tidak mempunyai sebarang rancangan untuk lepaskan jawatan itu.

Dalam satu kenyataan yang diedarkan pegawai khasnya, Firdaus Shaharuddin jam 3.45 petang tadi, di Hotel Pan Pasifik KLIA, di sini, beliau juga mendakwa tidak pernah menghilangkan diri seperti dilaporkan sebelum ini.

"Saya tak melarikan diri daripada mama-mana pihak dan ingin saya jelaskan saya bercuti dari 28 hingga 30 Januari lalu kerana sakit.
"Manakala pada 31 Januari dan 1 Februari pula adalah cuti hujung minggu untuk berehat," katanya.

Beliau juga berkata laporan berita yang beliau sudah menghantar surat meletakkan jawatan Adun amat mengejutkannya.

"Kenyataan Speaker DUN, V Sivakumar itu tidak berasas sama sekali dan saya tidak menghantar sebarang surat kepadanya, apatah lagi saya sendiri saya tak berada di Perak, semalam," katanya. (Berita Harian Online:2 Februari 2009)

Kenyataan dan tindakan oleh V. Sivakumar, Speaker Dun juga menimbulkan persoalan dikalangan pemerhati politik. Kenapa beliau berani mengeluarkan kenyataan sedemikian? Jika benar beliau mendapat surat berkenaan, kenapa beliau tidak menanyakan tuan punya badan terlebih dahulu akan kesahihan surat yang beliau terima? Atau adakah beliau telah diarahkan oleh pemimpin-pemimpin tertinggi PR supaya mengeluarkan kenyataan tersebut?

Apa pun yang berlaku, rakyatlah menjadi penentu. Sekurang-kurangnya rakyat akan sedar apa yang berlaku dan siapa yang sebenarnya disebalik apa yang berlaku. Pelbagai tuduhan dan tohmahan dilemparkan kepada BN dan Dato’ Najib dan akhirnya terbukti kenyataan dan tuduhan Anwar Ibrahim hanyalah sangkaan buruk semata-mata dan juga kepentingan politik beliau sahaja. Kenyataan akhbar Adun Behrang jelas membuktikan beliau tidak disorot.

Jadi fakir-fikirkan lah?


Akok@Baulu

No comments: